Thursday 15 April 2010

Pengetahuan: Teknologi Jam Tangan Bhg. 3

"Jam tangan Seiko Kinetik dengan Citizen Eco-Drive ada kesamaan tak? Jawapannya sama, tapi tak serupa. Macam mana tuh? Sesungguhnya gergasi pengeluar jam dari negara matahari terbit ini banyak memodenkan industri pembuatan jam di dunia". - thetick-thetick

Jam Tangan Electric dan Electro-Mechanical

Pada tahun 1952, Fred Lip, pengeluar jam dari Perancis telah mencipta prototype untuk jam berkuasa bateri. Bekerjasama dengan Elgin Company USA, Lip telah cuba untuk mengeluarkan jam electric namun hanya beberapa sahaja berjaya dikeluarkan. Asalnya, jam electronic yang menggunakan “transistorized circuit” telah dicipta oleh jurutera Switzerland yang bernama Max Hazel. Namun kerana tiada sokongan di Switzerland, beliau telah bekerjasama dengan Bulova USA. Maka terhasillah jam “Tuning Fork” yang pernah mendapat sambutan di tahun 70an. Jam tersebut menggabungkan operasi electric dan mekanikal atau “Electro-mechanical”. Setelah Bulova, Citizen, Seiko dan Rolex juga mengeluarkan electro-mechanical movement mereka sendiri. Bulova amat terkenal dengan model “Accutron”, Citizen dengan “Cosmotron” dan yang paling dicari oleh pengumpul jam Rolex adalah model "Rolex Oysterquartz".

Jam electro-mechanical ini menggunakan bateri sebagai sumber kuasa yang menggerakkan “oscillator” atau “balance wheel”. Ia menggantikan barrel pada jam mekanikal. Seterusnya, dari oscillator, train-wheel akan memacu pergerakan gear saat, minit, jam, dan haribulan. Berbeza dengan balance wheel, model Bulova Accutron menggunakan tuning fork yang mengguna prinsip yang sama, Cuma bentuknya bukan bulat seperti balance wheel tetapi 2 batang besi berbentuk seperti garpu (fork) yang bertentangan akan berpusing mengikut “charge” negatif dan positif dari arus elektrik yang disalurkan dari batteri. Pergerakkan tuning fork dan balance wheel inilah yang mentransmisikan pergerakkan jam.

Berbeza. Citizen menggunakan balance wheel sementara Bulova (gambar kecil) menggunakan “tuning fork”.

Rolex Oysterquartz, jam yang sukar diperolehi. Perjalanan jarumnya seperti jam quartz dikenali sebagai“dead-beat second”.

Jam Tangan Electric dan Kawalan Radio
Di awal tahun 80an, sebuah firma German – Junghans telah mencipta “radio controlled clock” yang beroperasi dengan transmisi “time signal” dari pemancar radio yang terletak di Rugby, England, Fort Collins di Colorado USA, Nagasaki di Jepun dan Frankfurt di German. Signal yang di hantar dari pemancar radio ke jam-tangan mengikut frekuensi tertentu membolehkan waktu pada jam tangan dikawal mengikut kiraan masa, haribulan, dan juga tahun lompat. “Receiver” atau penerima di dalam jam menerima signal dan diaktivasikan setiap jam. Jam Junghans menggunakan penunjuk masa analog dan digital.

Junghans dari negara German, pelopor jam kawalan radio.

Jam Tangan Electric dan Quartz
Pada awal kewujudan jam electric, beberapa pengeluar jam di Switzerland telah bersatu untuk mengeluarkan dana untuk “Research & Development” bagi membina “Quartz Oscillator”. “The Centre for Electric Horology” yang berpengkalan di Neufchatel telah mengeluarkan enjin jam quartz yang pertama dipanggil “Beta I”. Ia memenangi tempat pertama di pertandingan yang dianjurkan pusat tersebut sementara Seiko - pengeluar dari Jepun mendapat tempat kedua. Seiko bukanlah asing dalam bidang “horology technology”. Setelah mengeluarkan beberapa alat “quartz chronometer” di sukan Olimpik 1964, Seiko tampil dengan jam tangan “quartz” pertama dunia yang dinamakan “Seiko Astron” pada tahun 1968. Hasil penciptaan Seiko, banyak pengeluar mengeluarkan jam tangan quartz sehinggalah ke hari ini.

Seperti jam mekanikal, jam quartz mempunyai sumber kuasa, “regulator”, dan sistem penunjuk masa sama ada analog mahupun digital. Sumber kuasanya adalah bateri dan arusnya disalurkan ke “integrated circuit” yang di dalamnya terdapat “quartz oscillator”. Kemudian regulator yang menerima getaran dari quartz oscillator mengeluarkan “impulse” untuk menggerakkan jam melalui penggunaan gear atau wheels yang minimum. Gear atau wheels ini juga mempunyai jewels! (1 hingga 11 jewels). Oscillator jam quartz diperbuat dari “peizoelectric quartz crystal” yang dipotong menggunakan laser (laser cut) mengikut saiz tertentu bagi mengeluarkan frekuensi pada 32,768 Hz apabila dicaj arus elektrik. “Stepping motor” yang diintegrasikan pada oscillator seterusnya mengubah frekuensi kepada impulse yang memacu pergerakan jam. Bateri jam yang digunakan sekarang adalah dari jenis “silver oxide” ataupun jenis “lithium” yang tahan lebih lama.

Seiko Astron, dilancarkan tahun 1969. Jam tangan quartz pertama di dunia.

Kebanyakkan jam SWISS seperti TAG Heuer, Omega, Tissot, dan Longines jenis model quartz menggunakan movement ETA.

Jam Tangan Digital Display
Ketika negara barat berlumba-lumba untuk menghantar manusia ke bulan, program-program pembangunan kapal angkasa telah mencipta “electronic console” untuk panduan pengendalian penerbangan. Tercipta juga mesin kira atau “calculator” yang menggunakan “electronic display” yang menggunakan “diod” yang memaparkan nombor secara secara electronic. Pada awal 70an, pemapar “liquid crystal display atau LCD” telah tercipta dan setelah itu saiz pemapar digital ini semakin diperkecil. Disamping kemajuan “integrated circuit atau IC” yang juga ikut mengecil (miniaturized), mesin kira turut menjadi kecil. Kedua-dua teknologi ini telah digabungkan oleh Citizen untuk membuat jam meja LCD pertama di dunia. Kemudian, teknologi LCD digunakan pula untuk jam tangan Citizen. Teknologi ini semakin berkembang, canggih, dan memenuhi pasaran di serata dunia sehingga kini.

Jam digital menggunakan bateri sebagai sumber kuasa, IC yang diprogramkan, “electronic regulator”, dan paparan (display) waktu. Di bawah LCD yang kelihatan lutsinar atau “crystalized clear”, terdapat electro-plate yang mana apabila disalurkan arus elektrik akan menyebabkannya bertukar warna kepada “dark chrome”. Jika dinyah-arus, ia kembali kepada keadaan lutsinar. Asas ini membentuk paparan nombor-nombor digital pada jam bagi menunjukkan catatan waktu contohnya 10:35:45 am (jam 10 tiga puluh lima dan 45 saat, pagi. Electronic regulator yang memacu kiraan masa adalah dari IC yang diprogramkan untuk yang mengawal sejumlah electro-plate yang memaparkan nombor atau karaktor di bawah panel LCD.

Kini, jam tangan digital display semakin canggih dan mempunyai pelbagai fungsi selain dari menunjukkan masa dan haribulan. Ada fungsi chronograph/stop-watch, timer, world time, altitude, barometer, temperature, GPS (global positioning system), dan macam-macam lagi fungsi yang dipandu oleh penggunaan program electronic seperti komputer.

Jam tangan digital display. Paparan LCD dan penunjuk masa – simple!

Jam Tangan Kinetic
Seiko bukanlah pengeluar teknologi jam yang baru. Seiko dikagumi oleh pengeluar jam tangan Swiss kerana teknologi engine jamnya yang pelbagai dan berketepatan tinggi. Contohnya, engine Seiko Chronograph automatik adalah yang pertama menggunakan “vertical clutch - column wheel” yang mana kini menjadi ikutan pembuat “chronograph movement” dari Switzerland. Begitu juga dengan engine Seiko “Hi-Beat 36000” yang kebanyakannya digunakan untuk model elit “Grand Seiko” atau “King Seiko”. Ia adalah satu daripada dua engine yang mempunyai getaran atau “beat” balance wheel pada tahap 36,000vph/bph (vibration per hour) atau bph (beat per hour). Yang satu lagi adalah engine Zenith “El-Primero”. Sehingga kini, tiada engine jam lain yang dapat menandingi kedua-dua engine ini.

Setelah mencipta jam tangan quartz, Seiko telah membangunkan semula teknologi electro-mechanical dengan menggabungkan komponen jam quartz dengan mekanikal. Maka lahirlah jam tangan “Kinetic”. Movement jam kinetic tidak seperti jam automatik. Seperti jam quartz, ia menggunakan bateri. Dua bateri, satu “primary battery” dan satu lagi “secondary battery”. Cuma, penjanaan kuasa datang dari rotor yang menggunakan konsep sama dengan jam automatik. Rotor yang diintegrasikan dengan peranti electronic yang bersifat seperti “dynamo” akan mengecas (charging) “secondary battery" yang bertindak sebagai “reservoir” yang menyimpan tenaga electric. Seterusnya, tenaga tersebut disalurkan kepada “primary battery” yang memacu pergerakan jam melalui “integrated circuit” yang sama seperti jam quartz. Ini adalah versi pertama “Seiko Kinetic”, kini (sejak penghujung 2008) versi terbaru engine kinetic cuma menggunakan satu bateri jenis “lithium” yang menerima caj dari rotor dan terus memacu pergerakkan jam. Teknologi ini dipanggil “Direct-Drive”. Jam “Kinetic Direct-Drive” boleh dikunci (guna Crown) untuk menambah semula kuasa pacuan jam. Ia juga membolehkan pemakai mengetahui jumlah kuasa simpanan jam (Power Reserve) melalui kaunter petunjuk kuasa.

Seiko Kinetic movement. Gabungan teknologi electronic dan mekanikal.

Jam Tangan Kuasa Cahaya (Light-powered)
Selain Seiko, Citizen adalah pengeluar jam dari negara matahari terbit yang tidak kurang hebatnya dari segi penciptaan teknologi horology. Di era 70a, engine chronograph Citizen mempunyai getaran pada 6v/bps (vibration/beat per second) atau 21,600v/bph. Lebih tinggi dari engine Seiko Chronograph 6139/6138 yang hanya pada 5v/bps ata 18,000v/bph. Selepas menghasilkan engine electro-mechanical “Cosmotron” yang menyaingi kehebatan Bulova “Accutron”, Citizen mengorak langkah dengan mengkaji dan membangunkan jam electric.

Citizen mengambil pendekatan berbeza. Jika Seiko menggunakan peranti mekanikal untuk mengecas bateri bagi memacu pergerakkan jam, Citizen menggunakan tenaga cahaya. Samada cahaya matahari atau cahaya lampu, ia mampu menjana tenaga jam tangan dengan menggunakan “electro photo cell” yang terletak di bawah dial jam tangan. Electro photo cell mampu menyerap dan mengumpul tenaga dari cahaya (negative & positive charge). Untuk memudahkan cahaya menembusi dial, Citizen telah menggunakan teknologi pembuatan"ceramic" yang canggih dimana ia mampu ditembusi cahaya! Hebat! Tenaga yang diserap oleh electro photo cell seterusnya dialirkan ke dalam bateri yang diperbuat dari bahan lithium yang bertindak sebagai “reservoir” yang menyimpan dan membekal kuasa untuk memacu pergerakan jam seperti jam quartz.

Eco-Drive. Guna cahaya untuk membentuk tenaga jam tangan. Mengurangkan penggunaan bateri yang boleh mencemarkan alam sekitar (ecology).

"Teknologi jam dan rekabentuk semakin canggih, poket aku jeh yang tak canggih-canggih... beli jam vintage je lah. Kalau takde teknologi yang lama, mana nak ada yang baru! He he he ...". - thetick-thetick
[Semak dan susun semula 18 Julai 2020]