Sunday 18 April 2010

Tick-Talk: Seiko - Peneraju Pembuatan Jam Chronograph

“Tidak sekali memandang kebelakang, pandang kehadapan, bergerak kehadapan walaupun ianya separuh langkah setiap pergerakan, tahu untuk berubah demi menerima perubahan, dan ikhlas.”- Kintaro Hattori, Pengasas Seiko.

Sejak penubuhannya di tahun 1881, Seiko Corporation terus membina reputasi untuk ketelitian(precision), ketahanan (reliability), dan kecemerlangan di dalam memperbaharui teknologi. Meneruskan penerokaannya, Seiko Spring Drive telah dihasilkan dan memenangi pelbagai award untuk penciptaan teknologinya dari segi inovasi dan ‘superior design’ sejak pertama kali dilancarkan pada tahun 2005.

Tahun 2009 pula menyaksikan Seiko melancarkan inovasi terkini dari koleksi jam tangan Spring Drive: Spring Drive Chronograph edisi terhad, jam yang bergaya dengan kerjatangan yang membanggakan dari segi teknologi sukatan (measurement technology). Spring Drive Chronograph kini menjadi model 'movement’ Spring Drive yang ke 5 dikeluarkan oleh Seiko. Dari segi ketepatan (accuracy), is sukar ditandingi mana-mana pengeluar jam Swiss, German, dan Jepun; terima kasih kepada revolusi dan keunikan ‘glide motion’ jarum-jarumnya. Jarum chronograph berhenti di kedudukan yang tepat (precise) apabila butang ditekan, tidak pada indeks yang terdekat dengannya.

SD Chronograph Ananta 2009. Rekabentuk inspirasi dari pedang 'Katana' Jepun.

Movement Spring Drive Chronograph adalah ‘masterpiece’ pembuatan jam mewah - Caliber 5R86. Ia mengandungi 416 bahagian (parts) dan 50 jewels. Ia juga mempunyai ketepatan masa (accuracy) yang menyamai +/- 1 saat sehari! Ia juga di datangkan dengan penunjuk waktu GMT, tarikh, dan 72 jam kuasa simpanan, serta teknologi ‘instant stop function’.

Dengan kepakaran yang lahir sejak 50 tahun dan penerju pembangunan alatan perakam masa sukan, butang operasi chronographnya adalah sangat tepat (precise) dan ‘error-free’. Movement ini menggunakan ‘vertical clutch’ untuk memastikan operasi chronograph berketepatan tinggi (extreme precision and accuracy), dan penggunaan ‘column wheel’ untuk ketahanan dan kestabilan yang maksimum. Rupabentuk jam tangan siri Spring Drive Chronograph menunjukkan ketelitian pembuatannya. Rekabentuknya juga mencerminkan ketelitian pembuatan jam mewah ‘masterpiece’ dengan ‘precision engineering’ yang tidak dapat dinafikan.

Spring Drive Calibre 5R86. Rotor berinspirasikan bilah pedang 'Katana' Jepun.

Dikagumi. Kecemerlangan pembuatan movement ‘automatic chronograph’ gred tinggi ini adalah hasil dari R&D hampir sedekat dan juga hasil dari pelancaran 'Calibre 6139' Seiko di tahun 1969. Walaupun ada automatic chronograph dikeluarkan pada tahun 1969, Seiko adalah pengeluar pertama yang menintegrasikan penggunaan ‘vertical clutch’ dan ‘column wheel’ untuk ketepatan dan kestabilan operasi chronograph. Gabungan fungsi-fungsi di dalam Calibre 6139 telah menjadi satu standard dunia untuk pengeluaran automatic chronograph yang bermutu tinggi, dan kini Seiko sekali lagi telah berjaya menghasilkan Spring Drive Chronograph yang menakjubkan.

Calibre 6139, model Seiko Chronograph yang menguasai pasaran tahun 70an hingga awal 80an. Kini menjadi buruan pengumpul jam vintage Seiko.
Calibre 6139, movement chronograph pertama menggunakan Verticle Clutch dan Column Wheel.

NB: Sila rujuk artikel Seiko vs. Swiss. Ada gambar 'column wheel' pada movement 6139

“Jika anda pengumpul dan peminat Seiko chronograph versi automatic, pastikan anda memiliki model 6139 kerana ‘movement’nya mempunyai sejarah yang tersendiri dan menjadi standard pembuatan jam chronograph dunia sehingga kini. Walaupun datang dan pergi, sekurang-kurangnya saya akan memiliki satu sebagai koleksi.”thetick-thetick.
[Semak dan susun semula 12 April 2020]