Thursday 22 April 2010

Tick-Talk: Movement Seiko Vintage 19,800bph - 36,000bph

“Masa mula-mula aku kumpul jam, jenama Seiko ni aku rasa agak kurrreeeeeng! Kureng mungkin pasal jam Seiko (terutamanya Seiko 5 tuu) tu jam pakcik-pakcik ataupun jam atuk! Jam otai! Tapi selepas belasan tahun mengenali Seiko melalui pengalaman, kajian, dan forum; aku tertarik dengan Seiko terutamanya Seiko vintage. Macam peminat kereta antik; aku pun nak tau model-model yang ada, yang famous, yang hebat, tip-top,’ rare’, jenis-jenis movement (engine jam), dsbg. Jangan sangka besi buruk takde harga! Ada Seiko vintage yang kekadang kita ada duit, tapi tak boleh dapat! Kumpul jam tangan vintage ni ada selera masing-masing. Ada sorang brader tuh, dia jual dia punya Rolex-Rolex, Omega, dan lain top line Swiss vintage semata-mata nak dapatkan Grand Seiko vintage. Kenapa ye?” – thetick-thetick

60an Hingga 70an - Era Keemasan Seiko
Jam tangan Seiko vintage memang boleh dibanggakan kerana kepelbagaian movementnya. Dari tahun 60an hingga penghujung 70an, tatkala banyak jenama Swiss menggunakan movement buatan A. Schild, ETA, Venus, Valjoux, Unitas, Peseux, dan Ronda; Seiko telah mengeluarkan banyak ‘mechanical movement’.

Daini Seikosha dan Suwa Seikosha
Pada tahun 60an hingga pertengahan 80an, movement-movement dan model-model jam tangan Seiko dikeluarkan oleh dua kilang miliknya iaitu Daini Seikosha Co. Ltd. dan Suwa Seikosha Co. Ltd. Kedua-dua kilang ini telah bersaing untuk membangun dan menambah-baik jam-jam keluaran mereka. Untuk membezakan keduanya, terdapat logo atau lambang yang mewakili mereka tercetak pada dial-dial jam tangan yang dikeluarkan. Walaupun setiap entiti membangun dan mengeluarkan movement-movement sendiri, ada movement-movement yang bagus telah dikongsi antara mereka.
Cetakan pada dial. Logo atau lambang yang membezakan jam tangan Seiko keluaran Daini dan Suwa.

Seiko Movement
Pada era keemasan, Seiko telah mengeluarkan banyak movement yang mempunyai ketepatan tinggi (high accuracy). Ketepatan movement-movement yang digunakan membolehkan Seiko mendapat pensijilan 'chronometer' badan penilai bebas di Switzerland dan di Jepun. Ketepatan movement-movement ini bergantung kepada nadinya atau pun ‘balance wheel’ yang mengawal pergerakan ‘escapement wheel' (mekanisma yang dikenali sebagai ‘regulator') dan seterusnya merakam masa dengan tepat. Balance wheel yang berpusing separuh kiri dan separuh kanan hasil dari pacuan escapement wheel mengeluarkan bunyi detik atau pun ‘beat’. Beat atau juga dipanggil ‘vibration’ digunakan untuk mengukur tahap nadi sesebuah movement apabila beroperasi.
Antara jenis regulator yang digunakan pada jam tangan Seiko. Untuk movement yang dikeluarkan mulai penghujung 80an, ia menggunakan regulator yang Seiko namakan sebagai Etachron.

Kiraan Detik bps/bph
Ketinggian torque yang dilepaskan oleh mainspring melalui train wheels dikawal oleh regulator. Ia menghasilkan bunyi 'nadi movement jam tangan. Kekuatan kuasa yang dilepaskan dan kawalan oleh regulator pada tahap tertentu telah mengambilkira fizik untuk menghasilkan ketepatan sesebuah jam tangan. Ia dikira pada detik sesaat atau beat per second. Formula perkiraan: detik setiap saat (beat per second) x 60 saat x 60 minit = bph (beat per hour). Mechanical movement jam tangan Seiko keluaran tahun 60an sehingga 70an mempunyai tahap 5bps sehingga 10bps. Tahap 5bps hingga 6bps dikategorikan sebagai Low Beat sementara 8bps dan 10bps dikategorikan sebagai High Beat. Berikut adalah senarai jenis movement atau calibre (singkatan Cal.), tahun keluaran, dan model keluaran mengikut tahap bps. Senarai ini disusun mengikut tahun dan bulan movement dan model keluaran Seiko untuk 5.5bps/19,800bph hingga 10bps/36,000bph. (Nota: senarai ini akan dikemaskini dari masa ke semasa berdasarkan maklumat yang diperolehi). 

Movement 5.5bps (19,800 bph)
1966 Februari
6216A (Cal. 62) - Seiko Weekdater MAWK
1966 March
6245/6245A 35 jewels (Cal. 62) - Seikomatic Chronometer Calendar
6246/6246A 39 jewels (Cal. 62) - Seikomatic Chronometer Weekdater
1966 August
5722B 35 jewels (Cal. 57) - Grand Seiko self-dater GSS
5740B 23 jewels (Cal. 57) - Seiko Lord Marvel LMK
1967 March
5106A 33 jewels (Cal. 51) - Seikomatic - P 51MW
1967 June
5126A 23 jewels (Cal. 51) - Seiko 5 51-5
1967 September
5139A 27 jewels (Cal. 51) - Seiko 5 Deluxe 51-5D

Movement 6bps (21,600 bph)
1967 May
6106A 21 jewels (Cal. 61) - Seiko 5 Deluxe 61-5D
1968 January
5606A 25 jewels (Cal. 56) - Seiko Lord Matic Weekdater
5606A 23 jewels (Cal. 56) - Seiko Lord Matic Weekdater

Movement 8bps (28,800 bph)
1968 October
5625A 25 jewels (Cal. 56) - King Seiko Calendar 56KAC
5626A 25 jewels (Cal. 56) - King Seiko Weekdater 56KAW
1969 April
5605A 25 jewels (Cal. 56) - King Seiko Chronometer Calendar 56KCM
5606A 25 jewels (Cal. 56) - King Seiko Chronometer Weekdater 56KCW
1969 September
5146A 30 jewels (Cal. 51) - Seiko Presmatic
1970 August
5645A 25 jewels (Cal. 56) - Grand Seiko Calendar 56GAC
5646A 25 jewels (Cal. 56) - Grand Seiko Weekdater 56GAW
1970 November
5206A 25 jewels (Cal. 52) - Seiko Lord Matic Special 52LMW
1971 March
5245A 25 jewels (Cal. 52) - King Seiko Calendar Chronometer 52KCM
5246A 25 jewels (Cal. 52) - King Seiko Weekdater Chronometer 52KWM

Movement 10bps (36,000 bph)
1967 March
5740C 23 jewels (Cal. 57) - Seiko Lord Marvel 36000 LM36
1967 September
1944A 25 jewels (Cal. 19) - Seiko Hi-Beat 36000
1968 February
6145A 25 jewels (Cal. 61) - Grand Seiko 61GAC
6146A 25 jewels (Cal. 61) - Grand Seiko Weekdater 61GAW
1968 April
6159A 25 jewels (Cal. 61) - Seiko 300m Diver Model 6159
1968 August
1964A 25 jewels (Cal. 19) - Grand Seiko 1964
1968 September
4520A 25 jewels (Cal. 45) - Grand Seiko 45GS
4522A 25 jewels (Cal. 45) - Grand Seiko Calendar 45GSC
1968 October
4500A 25 jewels (Cal. 45) - King Seiko 45KS
4502A 25 jewels (Cal. 45) - King Seiko Calendar 45KSC
1969 April
4502A 25 jewels (Cal. 45) - King Seiko Chronometer 45KCM


Calibre 6146A digunakan untuk model Grand Seiko Hi-Beat 36000
"Kepada peminat-peminat Seiko, pasti anda tertanya-tanya mengapa model 44GS tiada di dalam senarai di atas! Movement 4420A dan 4420B adalah 5bps. Ia telah dibangunkan oleh Daini Seikosha dan pada mulanya digunakan pada model King Seiko Chronometer (rujukan model EKSCM). Atas sebab keupayaan yang bagus, movement ini telah digunakan pada model Grand Seiko (rujukan model 44GS) - jam tangan popular keluaran Suwa Seikosha. Ini membuktikan bahawa high beat bukanlah penentu kepada ketepatan sesebuah movement jam tangan. 5bps mampu mencapai gred ketepatan chronometer." - thetick-thetick
[Semak dan susun semula 20 Julai 2020]