Wednesday 29 December 2010

Tips: Awas Jam 2nd Hand & New Old Stock Tiruan

"Bek, ramai kawan kita dah terkena. Itulah luahan saudara Hassan Detikduabelas kat aku dua minggu lepas. Aku perasan benda-benda nih... cuma tak nak komen pasal orang cari makan. Tapi kepada penternak-penternak yang mengeluarkan modal untuk membeli jam-jam yang rasanya nak disimpan pakai... maka aku buat la lapuran ni untuk tatapan bersama. Hanya jauhari mengenal manikam. Hati-hati. Aku pun pernah terkena." - thetick-thetick

China Made - China Fake
Hampir kesemua peminat-peminat dan pengumpul jam mengetahui akan kepakaran negara China untuk menciplak apa jua teknologi yang ada dari serata dunia - terutamanya jam tangan. Tidak ramai mengetahui bahawa movement jam ETA Swiss 2824-2 dan 2836 variant sudah diciplak hampir serupa dengan yang asli/genuine. Dan kebanyakan jam-jam tiruan automatik keluaran China menggunakan movement Miyota 8200/8202 yang diciplak. Selalunya jam-jam tiruan pelbagai gred hanya tertumpu kepada jenama Swiss. Namun sejak kebelakangan ini jam-jam tangan dari Jepun seperti Seiko, Citizen, dan Casio menjadi mangsa. Ini mungkin disebabkan production plant jenama-jenama ini beroperasi di negara China maka proses menciplak makin menjadi-jadi. Seiko terutamanya mengeluarkan casing untuk model jam-jam tangan quartz dan kineticnya di negara China. Casio pula membuat model-model yang tertentu sepenuhnya di China dan Thailand. Kerana itu fake atau replica model-model jenama ini adakalanya tidak jauh beza atau tidak dapat dibezakan dengan jam asli. Bahkan, menggunakan movement yang berkeupayaan hampir sama dan ada yang menggunakan movement yang sama.

Vintage dan New Old Stock Tiruan
Pengeluar-pengeluar dari Switzerland banyak mengeluarkan model re-edition mungkin kerana tema pada model tersebut ataupun mungkin kerana keunikan dan popularnya sesuatu model. Kerana itu dikeluarkan semula - re-edition. Jenama dan model Rado Diastar adalah salah satu keluaran re-edition yang kini mendapat tempat di kalangan peminat-peminat jam tangan moden adakalanya dianggap sebagai vintage di kalangan peminat jam-jam otai. Disebabkan ia kelihatan baru tanpa cacat-cela. Ramai yang tidak meragui keasliannya dan melabelkannya sebagai New Old Stock (NOS) untuk dijual atau dibeli. Tahukah anda bahawa terdapat banyak Rado Diastar tiruan terpampang di blog-blog, lelong.com, mudah.com.my dan website-website jam replica! Memang hampir serupa dengan yang asli. Ada yang menggunakan movement ETA 2836 (warna keemasan) fake dan China faked Miyota. Ada bisik-bisik yang saya terima mendapati banyak juga Mido Commander yang kononnya NOS adalah fake vintage atau juga dilabel sebagai re-edition.


Rado Diastar tiruan. Nampak vintage - New Old Stock? 
Di dalam beberapa blog dan iklan di mudah.com.my, terdapat model Citizen Eagle (vintage atau NOS!) yang agak pelik dari segi rekabentuk keluarannya. Rekabentuk jam diver Citizen tahun 80an mahun pun 70an tidak lah semoden yang yang terpampang di gambar di bawah. Cuba bandingkan dengan Tudor Hydronaut II diver keluaran tahun 2007. Siapa tiru siapa? Memang Tudor Hydronaut II ada yang diciplak. Bahkan casingnya turut digunakan oleh pengeluar-pengeluar jenama murahan lain menggunakan quartz movement. Dan, mungkin juga penjual rojak yang merojakkan dial jam Citizen lama dengan casing rekabentuk Tudor ini. Di dalamnya? Didapati ada yang menggunakan movement Miyota 8202 dan ada pula yang menggunakan China Made Miyota.


Siapa tiru siapa? Ada ke Citizen macam ni dalam katalog?
Nah, nengok kat belakang nih... enjin mana la pulak dia pakai?
Movement Miyota 8202 yang asli terdapat engraving pada rotor plate. China Made fake Miyota dicetak (lama kelamaan tanggal/padam) dengan perkataan Citizen atau Miyota, winding direction/arrow, dan 21 jewels. Jadi, apabila ingin membeli untuk menjual atau membeli untuk koleksi, hati-hati. Banyak NOS yang memang boleh disangsikan keasliannya.
Second Hand/Pre-owned Japanese Watch
Lihat gambar Casio Edifice di bawah ini. Apa firasat anda apabila seseorang menyatakan ia adalah jam terpakai dan ingin dijual? Pre-owned atau second hand. Itulah tajuk jualan utama di mudah.com.my mahupun di lelong.com.my.

Casio Edifice - Made in China. Genuine pun buat kat China!
Walaupun tiruan, ada hakikatnya dari luaran hampir 99% menyamai dengan yang asli. Mungkin kerana model asli dikeluarkan di China maka untuk diciplak memanglah mudah. Di dalam? Sama. Menggunakan movement chronograph quartz Miyota. Ada dua jenis movement yang digunakan mengikut konfigurasi chronograph. Ada yang menggunakan movement Miyota OS10 dan OS11. Ini kategori mana? AAA? Atau superfake!?? Bezanya cuma harga. Dan ada yang dijual dengan box set termasuk manual dan warranty card! Seiko tidak terkecuali. Lihat gambar di bawah. Seiko Velatura. Ada yang menawarkannya sebagai second hand. Alasan yang diberi kenapa dijual adalah untuk upgrade koleksi atau memerlukan wang. Harga yang ditawarkan berlegar di sekitar RM450 hingga RM650. Harga yang asli hampir kepada RM1,900. Boleh caya ke brader? Yang pastinya, gambar-gambar yang diposkan untuk iklan datang dari sumber yang sama. Dari website-website yang menjual jam replika dari China.
Seiko Velatura tiruan. Siapa ada? Movement hapa dia pakai nih...habaq mai kat cek!
Selain jam tangan quartz, jam automatik Seiko turut dicetak-rompak. Mak ai... Seiko diver SKX model yang menggunakan movement 7S26. Kononnya! Kebanyakannya menggunakan China Made Miyota dan pernah diiklankan di mudah.com.my sebagai second hand atau jam lama. Kalau di lelong.com.my, cuba anda search. Memang banyak dan dijual pada harga sekitar RM80 menggunakan tali getah Z22 tiruan. Pernah dibisikkan pada saya beberapa bulan lalu, jam yang serupa pernah tersesat di dada-dada blog penjual jam lama atau baru.

Fuyyooooo... siap ada print Made In Japan! Fake Seiko Diver.
Kepada peminat Seiko diver, apa komen anda?
Kesimpulan
Untuk pembeli-pembeli dan pengumpul jam tangan, tepuk dada tanya selera. Nak beli, beli lah. Pilih yang mana suka ikut budget masing-masing. Untuk penternak-penternak jam vintage, hati-hati. Untuk yang membeli untuk menjual, pastikan yang genuine. Jangan nanti pembeli komplen, mintak pulangkan duit jam. Inilah bahayanya apabila Seiko dan Casio beroperasi di China. Proses menciplak lebih mudah. Nah kau, Miyota memang membuat dan menjual movement sahaja. Sesiapa sahaja boleh membeli untuk mengeluarkan jam jenama sendiri menggunakan pelbagai jenis movement mereka. "Junkers Made in Germany" dan "Invicta Japan Movt" masih bergantung kepada movement Miyota. Turut menggunakannya adalah jenama-jenama designer (designers' brand) seperti Nautica, Adidas, Tommy Hilfiger, Elle, Guess, dsbg. Titus, jenama swiss turut menggunakan movement Miyota. Ini terdapat pada model-model yang dikeluarkan di Hong Kong. Banyak dijual di rangkaian kedai City Chain di Malaysia, Singapura, dan Hong Kong.
"Bek. Ko nengok gambar enjin Rolex transition model nih. Ori ke tak? Tanya saudara Hassan Detikduabelas selepas hantar MMS gambar movement sebuah jam Rolex otai. Sorry, gambar aku dah delete takble nak post kat sini. Kompom, jam ciplak... pasal apa bek? Tanya Hassan. Aku jawab selamba jeh...jam Swiss tahun 20an sampai 30an mana ada engraved Swiss dekat movement plate. Biasanya dia engrave Suisse. Dan lagipun logo Rolex dengan movement number takde... he he. Nasib baik la sahabat kepada saudara Hassan tu tak beli. Kalu beli sesenang jeh terbang seribu lebih.... hati-hati bila beli jam vintage atau jam-jam lama. Pasal harga vintage mahal. Rojak mamak memang sedap. Kena jam rojak haru babe!" - thetick-thetick 
[Semak dan susun semula 11 May 2020]