Monday 13 December 2010

Tips: Membersihkan Jam Diver - Seiko The Reds 6309-7290

"Hassan Detikduabelas panggil Seiko Red Devil pasal dia peminat Manchester United kutt. Sorry heh..aku Liverpool punya big fan. So aku panggil The Reds sempena nama panggilan team bola kesayangan aku nih. Aku nih kalu beli jam sure aku bikin kasi bersih. Baru puas hati simpan bikin koleksi."- thetick-thetick

Seiko Diver 6309-7290 The Reds
Aku beli jam ni dari Hassan Detikduabelas. Sebelum ni aku dah beli dari dia 7002-7001 Blue Chelsea (jerung biru) dengan 6309-7290 transition model black dial. Sebab tak pernah ada jam warna merah, aku tambah koleksi 6309-7290 slim/transition model dengan dial dan minute marker warna merah aftermarket. Production sekitar tahun 1986 nih memang ‘Made in Japan’ dan untuk Middle-East market, dia tulis arab daaa... Memandangkan ramai tertanya-tanya macam mana nak buat basic watch cleaning, di bawah, aku kongsikan sedikit tips atau cara-cara macam mana nak bikin. Paling lama 1 jam jeh. Fast cleaning dengan bezel adjustment pasal scuba bezel punya marker tak align dengan 12 hour marker. Maaf, aku cuba guna penulisan bahasa pasar lagi sempoi jadi sesiapa yang baca rasa relax sikit. Sorry la, gambar tak berapa canggih dan sequence tak boleh nak detail pasal dah terlajak hendak ambil gambar.

Keperluan Peralatan
1. Watch (case) holder – pemegang case jam
2. Case opener – pembuka case jam jenis screw-down
3. Spring bar remover – penanggal spring bar (guna screw driver leper pun boleh)
4. Tweezers
5. Kertas penggulung tembakau rokok
6. Peg wood (guna cutter untuk memotong, jadikan macam mata pensel)
7. Pencungkil gigi (tooth pick)
8. Kain pembersih/penggilap
9. Cleaning compound – Brasso, Autosol, MAAS, dll. kalau ada
10. Glue/bonding compound
11. Petroleum jelly – Vaseline Cream atau lain-lain jenama
12. Blow-duster – untuk membuang habuk jenis pump

Alatan untuk membersih
MAAS Cleaning Compound - lebih baik dari Polywatch Cream. Setakat ini, inilah compound terbaik untuk menggilap bahan logam dan acrylic crystal atau glass. Mudah hilangkan calar pada acrylic crystal. Tanya Hassan Detikduabelas. Aku pernah demo kat dia.

Bahagian A – Dismantle
Step A1 – Tanggalkan tali (strap/bracelet) dengan menggunakan spring bar remover/skrew driver leper.
Step A2 – Buka watch case (case lid) dengan menggunakan case opener.
Step A3 – Keluarkan crown (rujuh gambar di bawah). Tekan crown lock pin pada tekanan sederhana sambil menarik keluar crown (tanggalkan) dari movement.
Step A4 – Tanggalkan spacer ring menggunakan tweezer.
Step A5 – Tanggalkan gasket pada case dan crown – ganti jika gasket perlu ditukar.
Step A6 – Tanggalkan scuba bezel. Guna skrew driver leper, umpil bezel pada kedudukan pukul 5 – bezel akan tanggal.

Tekan crown stem lock sambil tarik crown keluar
Habis terbarai The Reds aku...

Bahagian B – Membersihkan Case dan Case Lid
Step B1 – Guna peg wood (sudah diasah seperti mata pensel), keluarkan kotoran pada bahagian casing – luar dan dalam. Guna pencungkil gigi untuk mengeluarkan kotoran pada tepian crown pipe. Bersihkan juga case lid (penutup case). Bersih sehingga anda berpuas hati.

Tepi "Crown Pipe" berkeladak. Guna pencungkil gigi untuk membuang kotoran.
Gunakan "Peg Wood" untuk membersih watch case. Peg wood tidak mencalarkan bahagian-bahagian jam yang diperbuat dari besi.

Step B2 – Sapukan cleaning/polishing compound pada bahagian case dan case lid (penutup). Gunakan kain untuk menggilap/buang kotoran. Gilap sehingga anda puas hati.
Step B3 – Gunakan blow-duster untuk membuang sebarang habuk di bahagian dalam/bawah crystal.
Step B4 – Gunakan kertas pembalut tembakau untuk membersihkan dan mengeringkan bahagian bawah crystal. Blow-duster akan meninggalkan wap pada bahagian bawah crystal. Kertas pembalut tembakau boleh menyerap dan mengeringkan wap.

Gunakan kertas penggulung tembakau untuk membersihkan bahagian bawah crystal
Case dan Case Lid yang sudah dibersihkan [bahagian atas]
Case dan Case Lid yang sudah dibersihkan [bahagian bawah]

Bahagian C – Membersihkan Scuba Bezel
Step C1 – Tanggalkan/keluarkan bezel rubber insert ring. Rubber ring terdapat di bahagian dalam bezel.
Step C2 – Tanggalkan bezel insert (scuba marker/rule) dengan menekan dari bahagian bawah. Hati-hati, jangan sampai bengkok atau tidak sama rata.

Bezel unit yang sudah ditanggalkan

Step C3 – Gunakan cleaning/polishing compound untuk membersihkan bezel ring terutamanya kesan glue sebelum ini.
Step C4 – Sapukan sedikit petroleum jelly pada rubber insert ring untuk membuang kotoran. Rubber insert ring yang bersih akan nampak seperti baru. Masukkan ke dalam bezel ring selepas dibersihkan.

Petroleum Jelly. Guna untuk membersihkan bahagian-bahagian diperbuat dari getah. Juga boleh disapu pada case gasket.
Bezel unit yang sudah dibersihkan

Bahagian D – Assembling dan Strapping
Step D1 – Masukkan movement ke dalam case. Tekan crown lock pin sambil memasukkan crown melalui crown pipe. Pastikan crown berfungsi sepenuhnya untuk menukar calendar dan menggerakkan jarum.
Step D2 – Pasangkan spacer ring pada kedudukan sepatutnya.
Step D3 – Ambil case gasket baru. Sapukan sedikit petroleum jelly. Pasangkan pada casing.

Setelah dipasang movement, crown, spacer ring dan gasket

Step D4 – Tutup case. Ketatkan menggunakan case opener.
Step D5 – Pasang bezel ring (dengan menekan dari atas). Pastikan gigi pada bezel ring kena (tepat) pada bezel track-ball.

Pasang bezel ring. Pastikan gigi bezel ring kena pada track-ball.

Step D6 – Sapukan glue/bonding compound ditepian bahagian dalam bezel ring.

Bezel ring yang sudah dipasang. Glue di tepian bahagian dalam bezel ring sebelum memasang bezel insert.

Step D7 – Pasang bezel insert (scuba marker). Pastikan scuba triangle marker selari atau tepat dengan 12 hour marker.

Bezel insert (scuba marker) dipasang selari dengan 12 hour marker (dalam bulatan)

Step D8 – Pasangkan strap/bracelet pada case. Takkan tak tau beb...

Pasang tali diver getah. Nampak macho beb!
Pasang kondom!!! Untuk perlindungan bezel. Nampak garang beb! Bezel cover ni hadiah persahabatan dari Hassan Detikduabelas.
"Aku harap siapa-siapa yang baca boleh faham artikel nih. Simple cleaning dan bezel marker allignment. Ada sorang penternak Seiko Panda dari Puchong iaitu saudara Hassan Detikduabelas mintak aku buat pemindahan organ (organ transplant) untuk sekor panda dia yang terkehel akibat terpasang kaki palsu buatan Citizen. Nantikan artikel seterusnya macam mana aku buat organ transplant Panda Puchong nih. Panda China dah nak pupus. Seiko Panda punnn… nantikan." - thetick-thetick

[Semak dan susun semula 28 Mei 2020]