Wednesday, 10 August 2011

Blog Kedua: chachamerbah.blogspot.com

Hampir enam bulan lamanya aku memikirkan pasal nak bikin satu lagi blog. Pada mulanya nak ikut idea Dr. Asmar Duniajam; satu blog untuk review jam tangan, satu untuk jual jam. Tak salah aku Tn. Syed Mohri irhomdey.blogspot pun pernah ada second blog! Aku ni takda la simpan banyak jam macam member-member blogger yang lain. Betul tu bek? Lain lah Saudara Hassan D24... upps sorry. D24 tu durian. D12. Detikduabelas. Ni kan pulak nak jual! Jadi bila aku memikirkan pasal blog aku yang kedua, aku terkesima (bahasa Hassan D12) bila salah seorang peminat jam bernama Mr. Black bagitau kebanyakan barang-barang dia, dia beli kat pasar karat dan bundle. Idea... idea... idea! Jadinya, aku bercadang nak menghimpunkan beberapa barangan yang aku pasti masih elok dan boleh dijual melalui blog kedua nih! Buat simple review, jual harga yang berpatutan. Daripada simpan berhabuk, karat, elok let go kat orang lain. Mana tau ada yang minat. Jadinya, di penghujung bulan Jun aku pun set-up lah blog kedua nih. Ini lah rupanya landing page blog kedua aku.

Chachamerbah (cha-cha-merbah), apakenama ni yeop?

Chachamerbah
Aku teringat jurulatih aku selalu sebut, "aku bagi hangpa lima minit. tukaq baju cha-cha-merbah". Biasa laa... masa 'sojar' dulu kena change parade. Chachamerbah ni tak salah aku merujuk kepada burung merbah yang rupa dia macam-macam dan tak tentu hala... macam-macam fashion. Macam tu la 'skot-skot' aku dulu laa. Jadinya chachamerbah ni aku rasa sesuai dengan konsep blog kedua nih. Macam-macam ada... tapi yang pasti barangan yang original! Genuine. No fake.

Amende ada kat chachamerbah nih?

Kategori Barang-Barang
Nak kata everything under the sun, tak boleh laa... Kalau nak kira, ada member suruh tolong jualkan tug boat dia! Besar sangat tuu... Kita main benda kecik-kecik je lah. Harga puluhan ringgit, ratusan ringgit, pangkal ribu... mampu milik. Sudahlah. Daripada cincin, batu permata, jam tangan, aksesori jam, sehinggalah peralatan sukan dan hobi. Tak kira lah; aku punya atau kawan punya. Aku review, kasi jual. Jadinya, pada 8hb Ogos 2011; blog chachamerbah ni aku lancarkan dengan beberapa barangan ditawarkan. Setakat artikel ni dipos, ada 27 barangan yang ditawarkan. InsyaAllah, dalam masa terdekat aku akan iklankan banyak lagi barangan terutamanya jam tangan, jam poket, dan jam dinding. Terpulang kepada bekalan dari negara jiran. Begitu jugak pen-pen Mont Blanc dan jenama lain, akan aku buat tawaran. Harga mampu milik, asli, genuine, authentic, original, no fake! Stay tune...

11 comments:

  1. ...a cargo load will come. see if i can rack some junks... he he

    ReplyDelete
  2. Wah... bagus gak konsep tu bang. Tahniah!

    ReplyDelete
  3. Bang, sy cadangkan tambah kat tepi tu.. FOLLOWER... Kiranya sapa2 pun boleh follow blog & tahu bila blog update. Hehe

    ReplyDelete
  4. Asmar, aku ni nama ja Technology/ICT consultant. bab2 benda-benda ni kekadang aku kena tanya staff/programmer aku di opis... he he. La tunggu kommitmen dari negara sebrang... nak bawak masuk Seiko, Citizen, Orient, & Swiss punya jam lama; murah dan harga berpatutan.... baju bundle ada, barang2 kulit pun ada... cuma yang aku teringin sangat nak juai pen2 lama... nak dapat Mont Blanc murah2 tapi genuine, Indon ada banyak... aku ni sebenaqnya selain kumpul jam; aku kumpul pen, cincin, batu permata, dengan cufflinks!!! aksessori orang lelaki... tapi bila banyak sangat takutt... cuba nak jadik zuhud!!! he he

    ReplyDelete
  5. Tak sabar menunggunya... hehe...

    Nak tambah follower tu cuma tambah kat add GADGET kat setting. Ada kat tepi tu. Hehe

    ReplyDelete
  6. di area manjung perak ade 1 kdi mamak nama caca marba...bunyi hampir same la..

    ReplyDelete
  7. kompom... bunyik sama. ntah-ntah taukeh kedai mamak tu pernah kawan ngan sojar (askar)... pasal perkataan cha-cha-merbah ni sojar selalu pakai... atau mamak tu memang peminat pilem P. Ramlee...

    ReplyDelete
  8. Mr. Kecil soon to be Mr. Big, aku link kan blog ko kat blog akuh...

    ReplyDelete
  9. hah! sadah.. peminat nomco 1 P.Ramlee kot? Hehe

    ReplyDelete