Friday 16 March 2012

Tick-Talk: Legenda Seiko SKX007 200m Diver Bhg. 1

"Bek, ramai tanya aku pasal SKX007. Ramai carik. Entah kenapa sekarang ni ramai yang carik... kata Hassan Detikduabelas. Itulah hakikatnya. Makin hangat lagi, ramai tanya pasal Seiko Bullet - adik kepada SKX007 nih. Itu kemudian. Kita cerita pasal ajen 007 ni dulu. Sejak kebelakangan ni model Seiko Diver SKX007 yang menggunakan movement 7S26 ni memang semakin berkurangan di ruang-ruang pameran di kedai-kedai jam seluruh Malaya. Kebetulan Hassan ada extra, aku pun terus bodek dan rembat. Sebetulnya aku memang rindu nak pakai balik jam Seiko James Bond 007 nih. Dulu aku beli lepas tu jual, beli, jual... apara! Bila dah beli dari Hassan, apa lagi... tukar tali President. Beli tali yang agak jarang kelihatan ni kat negara seberang tambak Johor tuu... Pehhhh, makin mengancam, menjelma jadi SKX007P!!! Mana taknya, selama ni asyik pakai tali zulu canvas, tali getah ZLM, tali besi Jubilee, dengan tali besi Oyster jeh... Tapi memang itulah hakikat si James Bond Jepun ni. Model diver yang paling lama berada di pasaran dan tak pernah jemu dipakai, dijeling, dan dimodified!!!!" - thetick-thetick

Bila James Bond jadi President, camni la rupe dia. Abang kepada Seiko Bullet. Usah eksen la bullet... ko tak banyak beza pun dengan aku... kata James Bond!

Spesifikasi SKX007
  • Movement: 7S26A/B, 21 jewels, automatic, non-hacking
  • Movement frequency: 21,600bph/6bps
  • Movement power reserve: +/- 42 jam
  • Timing accuracy (all position): +/- 40sec/day
  • Calendar: Day + Date, dual-language bergantung kepada pasaran
  • Case construction: Stainless Steel
  • Caseback type: 7S26-XXXX bergantung kepada model dan konfigurasi
  • Crystal: thick "Seiko Hardlex" mineral glass, flat profile
  • Crown: Screw-down/Screw-in dengan waterproof gasket ring
  • Bezel: Uni-directional, 120 graduations (click)
  • Water resistant rating: 200m, ISO certified
  • Luminous: LumiBrite(TM)  
Nota: Movement Made in Japan, assembled in Japan (SKX007J), Movement Made in Singapore/Malaysia, assembled in Singapore/China (SKX007K)

"Itu lah dia serba sedikit tentang spesifikasi si James Bond 007 ni. Memang Seiko adalah jenama jam tangan yang kedua selepas Rolex yang menaja filem James Bond. Lepas Seiko dan sampai sekarang watak James Bond pakai jam Omega. Model ni dipanggil James Bond mungkin disebabkan oleh nombor model dia 007 (kebetulan!!!). Apa sebenarnya yang menarik sangat pasal jam diver Seiko nih? Tunggu bahagian kedua artikel mengenai Icon jam tangan nih. Korang setuju tak kalau aku kata jam Seiko diver ni adalah jam replika yang asli? Haaaaa... tunggu" - thetick-thetick
[Semak dan susun semula 17 April 2020]