Monday 2 April 2012

Tick-Talk: Legenda Seiko SKX007 200m Diver Bhg. 2

“Hari ahad lepas sahabat aku saudara Rashdan tanya (SMS) pasal tali besi Seiko president. Sebelum tu ramai lagi yang tanya. Puas aku nak menjawabnya. Memang tali president ni kalau pasang kat jam SKX007 dan sewaktu dengannya memang nampak berlainan sikit. Nampak macho bekkkk! Senang cerita, aku beli kat ebay Singapore. Pasal memang susah dan jarang sekali kita jumpa model James Bond yang bertali president nih. Thong Sia Malaysia memang tak offer model nih. Spare part pun dia tak bawak masuk. Sememangnya model SKX007K-P bukan untuk pasaran Asia. Untuk Eropah dan US sahaja. Tapi kat Singapore memang banyak, pasal buat kat sana daaa... Berbalik kepada Seiko SKX007 James Bond, apa yang istimewa sangat pasal penyu Jepun ni? Haaa... baca bahagian kedua dalam siri Icon jam tangan nih.” – thetick-thetick

Seiko Diver, Jam Replika Yang Asli!
Perkataan replika (replica) adalah perkataan yang tidak asing di kalangan peminat jam tangan. Dalam istilah horology, replika adalah merujuk kepada jam tangan asli yang meniru rekabentuk jam tangan yang lain. Istilah replika kini sudah disalahertikan dan kini dirujuk kepada jam tiruan (faked atau counterfeit). Kebanyakan jam yang ditiru akan rekabentuknya adalah merupakan ‘trendsetter’. Cuma jam tangan replika yang asli ini berbeza dari segi saiz dan bahagian luaran yang lain berbanding jam tangan yang ditiru akan rekabentuknya. Jam tangan diver yang paling banyak direplika adalah ‘Rolex Submariner’. Banyak jam tangan diver di dunia meniru rekabentuk jam tangan yang paling ‘evergreen’ sepanjang zaman nih! Ia adalah ‘signature watch’ bagi pengeluar dari negara Switzerland yang sememangnya terkenal dengan pelbagai rekabentuk yang mempengaruhi pengeluaran jam tangan dunia. Salah satu pengeluar jam tangan diver yang mereplika jam tangan Rolex Submariner ini adalah Seiko.
Seiko Diver yang pertama (model 6217-8000, c1965) adalah replika kepada Rolex Submariner (gambar atas, model pertama 6204, c1953). Sama tapi tak serupa! Bezanya model Submariner Seiko yang pertama ini mempunyai haribulan.
Daripada DNA yang sama, iaitu model 6217-8000 yang dikeluarkan disekitar 1965 sehinggalah kepada model SKX007 yang mula dipasarkan pada sekitar tahun 1998, rekabentuk replika yang mirip kepada Rolex Submariner ini amat diminati peminat-peminat Seiko seluruh dunia.
Seiko SKX007 dan Rolex Submariner 16610, di era yang sama. Model Seiko SKX007J ini menggunakan tali ‘oyster’ yang mula-mula direkabentuk dan dipasarkan oleh Rolex untuk model Submariner.
Dua model replika Rolex Submariner dari pengeluar Jepun. Selain Seiko SKX031 Black-Sub nih, Orient turut mengeluarkan model replika Submariner yang menggunakan tali ‘oyster’. Yang menariknya Orient nih ada ‘cyclops’ kat crystal dia menambahkan “Rolekan” jam tu sendiri... he he  
Seiko SKX007, Kepelbagaian Model
Tahukah anda bahawa Seiko model SKX007 adalah model diver 200m yang paling lama berada di pasaran? Sejak tahun 1998 sehinggalah sekarang, model ini masih mendapat sambutan. Model yang menggunakan movement 7S26 ini bukan sekadar digunakan untuk menyelam, malah sesuai dipakai hari-hari untuk ke pejabat dan santai. Memang tidak jemu dipakai dan dipandang. Mengikut satu kajian di Switzerland, model Seiko SKX007 ini tersenarai antara model jam tangan diver automatik yang terlaris di dunia. Mungkin disebabkan oleh rekabentuknya (yang mirip Rolex Submariner) dan harganya yang berpatutan, ia menjadi buruan ramai. Selain model standard SKX007K yang menggunakan tali getah Z22, tiga lagi variasi yang lain menggunakan tali besi (stainless steel bracelet). Selain menggunakan tali besi rekabentuk ‘oyster’, tali rekabentuk yang diasaskan oleh Rolex iaitu ‘jubilee’ dan ‘president’ turun ditawarkan. Mungkin ini strategi pemasaran Seiko, menawarkan jam tangan yang mirip Rolex!
Variasi model: bertali Z22, jubilee dan president.
Seiko SKX007-MOD?
Salah satu sebab mengapa model James Bond ini amat diminati adalah disebabkan oleh rekabentuk dan construction nya yang mudah diubah – modified (MOD). Bukan hanya model SKX007, model sebelumnya iaitu 7002 dan 6306/09 juga mudah diubah mengikut citarasa si pemakai. Ia boleh dijadikan variasi model scuba mahupun military/pilot. Berasaskan ‘interchangeable construction’, model SKX007 mudah ditukar-pasang dengan komponen asal dari Seiko ataupun OEM/after market berikut:

  • Tali - yang mempunyai hujung bersaiz 22mm samada tali besi, kulit, silicon, PVC resin, getah, ataupun nylon/Velcro
  • Bezel Insertbezel insert untuk diver ataupun military (marker 12 jam) berwarna hitam, hitam-merah, biru-merah, dan pelbagai side scale/rule insert yang lain
  • Jarum Jam – pelbagai bentuk, saiz, dan warna yang boleh dipasang pada second hand wheel, hour pinion dan minute pinion yang digunakan oleh movement 7S26
  • Dial – pelbagai warna dan marker dial untuk konfigurasi diver mahupun military, samada mempunyai calendar window mahupun tanpanya
  • Minute Track – pelbagai warna yang bersesuaian dengan dial
  • Calendar Disc – boleh ditukar menggunakan calendar disc dari model 7S26 yang menggunakan latar belakang berwarna hitam dengan cetakan haribulan berwarna putih

Interchangeable components asas kepelbagaian pada Seiko SKX007-MOD
Apa beza SKX007 James Bond dengan adik dia si Bullet nih? Seiko Bullet ni bagi aku adalah original MOD keluaran Seiko! Macam Mitsubishi Lancer dengan Proton Wira je... he he
Pelbagai rupa Seiko SKX007-MOD yang boleh ditemui

“Teringat aku... Pak Raji pakai jam Rolex. Waduh, lumayan pak! Tegur kawan aku kat Jakarta – Bapak Billy Djoemhana. Ampun pak, ini bukan jam Rolex pak. Ini jam Seiko. Murah aja dehh... jawab aku. Looo, persis jam Rolex yah! Sambut Bapak Billy. Itulah yang berlaku pada aku tak lama dulu masa aku kat Indonesia. Masa tu aku pakai jam Seiko diver Black-Sub SKX031. Memang dari jauh nampak macam Rolex Submariner. Itulah hakikat sebenar jam replika yang asli! Tapi awas, sejak kebelakangan ni banyak SKX007 tiruan dijual di pasaran!” – thetick-thetick
[Semak dan susun semula 17 April 2020]