Wednesday 16 January 2013

(!) Mengimbau Seiko SKZ325K1 “Stargate” Diver

"Aku tak tau lah mengapa. Page view untuk Seiko Stargate ni dah nak dekat 10,000 dah. Baru perasan tadi bila nengok statistik blog nih. Artikel yang aku siarkan pada awal tahun 2011. Dah masuk 2 tahun berkumandang di blog nih. Kebanyakan yang baca bukan dari Malaysia, tapi dari negara luar terutamanya Amerika dan Eropah. Mungkin pasal artikel tu bahasa inggeris. Setiap hari ada saja orang akan baca. Mungkin kat belah wilayah sana takde model ni. Ke, memang untuk pasaran Asia sahaja! Ada ura-ura (melalui forum) yang mengatakan ini lah model pengganti SKX diver! Aku rasa mungkin jugak... pasal sekarang ni banyak dipamer di dalam kandang-kandang kaca kat kedai jam. Dulu mula-mula Hassan Bek D12 dapat pun macam beli rokok seludup. Susah dapat. Kat Filipina, model ni memang famous di kalangan peminat dan penyelam-penyelam skuba. Aku tak berani la nak komen lebih. Kalau betul la ini model pengganti atau DNA terbaru dari siri penyu-penyu Jepun dari siri 6000, 7000, sampai ke SKX... ada kemungkinan. Kita tunggu dan lihat. Gamaknya model SKX akan makin pupus!" - thetick-thetick

Stargate... memang nampak macho, masculin. Pengganti SKX diver?

James Bond... SKX007P, tak jemu mata memandang.

Jam dan artikel menduduki tahta blog ni sampai sekarang... ramai yang baca. Ramai yang browse melalui Google untuk keyword SKZ325K1 dan Stargate. Siapa la yang mula-mula bagi nama Stargate nih?

"Seiko Monster dah berubah wajah... model asal dah disolek kepada wajah baru. Warna lip-lap. Jam James Bond dengan Monster ni aku kira dua model Seiko mampu-milik yang sememangnya popular. Siapa yang ada, simpan la baik-baik. Cuma si Monster tuu, model awal lebih mantap. Bezel lama guna cast-metal, yang sekarang dan terbaru macam guna nickel-plating. Cuba gosok pakai autosol kalau berani... haaaa sure lelama jadi kuning macam tembaga! Ada yang buat, dah kena... So, taukeh jam jangan la naikkan harga model-model Monster yang lama tu yea... hehe." - thetick-thetick