Tuesday 8 January 2013

Review [BM]: Balmer Monster Diver

"Balmer? Jenama yang selalu aku nampak kat kaca pameran kedai-kedai jam yang biasa aku masuk. Sifu aku Mr. Lee ada bagitau jenama ni pakai movement quartz Seiko Epson dengan Miyota. Yang model automatic pakai Miyota Clone Made in China. Ntah cammana, aku terserempak dengan satu model yang memang bentuk dia familiar. Macam Schaumberg ada... cam Nauticfish pun ada... cam Kobold pun ada. Bagi aku kualiti dia tak jauh beza dengan jam Invicta diver yang guna movement Jepun. Besar bekkk... saiz dia 56mm lugs-to-lugs! Dari jauh nampak cam jam diver kelas mewah, menarik! Aku buat review sempoi-sempoi bahasa untuk tatapan ngkorang semua. Berapa harga? Ngkorang cuba la risik-risik kat kedai jam. Model baru tahun 2013. Penghujung 2012 baru masuk kedai. Kata taukeh kedai..." - thetick-thetick


Balmer Quartz "Monster Diver"
Setelah diperiksa, spesifikasi si Balmer Monster ni seperti tersenarai di bawah:
Jenama & Model: Balmer 7773
Movement: Miyota 2405 Japan Quartz, Day-Date
Water Resistant: 3 ATM/30 Meter/98 Feet
Case: Stainless Steel; 56mm lugs-to-lugs, 48mm diameter, 9mm height
Crown: Ruggedized, 5mm diameter, push-pull type
Bezel: Stainless Steel; uni-directional, 60 click, luminous paint graduation marker
Dial: glossy black paint with second marker, baton-numeral luminous minute-hour marker with rectangle calendar window
Case Back: Screw type lid with water-resistant gasket
Crystal: Thick dome mineral glass
Strap: Cowhide leather 5mm (end) to 3mm (end) thick, stainless steel 'tongue' buckle 


Nengok crown dia. Kemas. Mantap. Ngam-ngam duduk tengah-tengah crown protector.
Tebal giler bezel dia. Ada luminous marker lagi... nampak cam jam Nauticfish!
Cuba ukur ikut kayu pembaris tu! Mak ai, godang jam nih.. kata orang minang. Kalau orang tegganu... bapok besorrr...
Buckle ada signature... macam logo kereta Bentley.
Walau tak seterang Seiko Monster, Balmer Monster punya bezel bole nyala tauuu....
Nampak rugged... nengok dari tepi nampak macho. Sapa besar? Jam ke tangan aku?
Pergelangan tangan aku saiz sederhana... jam tu memang la besar. Lagi mau tanya... haiyyaa!
'Clean Dial'... simple but monstrous!!!
"Bek, aku tau jam tu besor. Tak tau kat mana nak gantung... kata Hassan D12 melalui SMS setelah mendapat perkabaran tentang jam Monster Balmer nih. Aku minat, aku suka, aku pakai... apa ngkorang kisah? Kan H4U tu heterogeneous.. kepelbagaian. Janji jam... pasang kat mana pun tak kisah. Janji bole bagitau... pukul berapa datuk harimau? He he!" - thetick-thetick 
[Semak dan susun semula 27 Februari 2020]