Friday, 5 June 2020

Tick-Talk: Citizen Cal. 0100 Juara Baru Movement Quartz Dunia

Lima dekad lamanya Seiko menerajui dunia teknologi pembuatan jam-jam quartz sejak pelancaran model quartz pertamanya Seiko Astron 35SQ pada tahun 1969. Sejak dari itu pesaing-pesaing dari Switzerland turut serta berlumba mengeluarkan movement-movement quartz terbaik mereka. Persaingan ini telah menyaksikan terkuburnya teknologi movement electronic dan tuning-fork yang dipelopori oleh Bulova melalui model Accutron yang turut disaingi oleh jenama Citizen melalui model-model Cosmotron. Pada era yang sama, Rolex turut serta dengan movement "dead beat second" yang terdapat pada model Oysterquartz keluaran mereka. Yang pastinya, movement-movement quartz adalah lebih accurate berbanding movement mekanikal dan kos pembuatannya adalah jauh lebih rendah. Pengeluar-pengeluar seperti Seiko, Citizen, Omega, Breitling, ETA, dan Longines telah menggunakan segala pengalaman, kepakaran dan sumber yang banyak bagi membangun dan meneruskan pengeluaran movement quartz yang terbaik secara berterusan sehingga kini. Selepas lima dekad bersaing, kedudukan terbaharu tidak lagi memihak kepada Seiko. Breitling pula mendapat saingan terus dari Omega. Begitu juga pengenalan semula Longines V.H.P. (Very High Precision) telah mencabar kedudukan Grand Seiko Quartz. Apa pula cerita Citizen? - thetick-thetick
Wajah juara baharu. Citizen Calibre 0100.

Berikut senarai kedudukan terbaharu lima pengeluar movement quartz yang terbaik di dunia.

Tempat ke 5 - Breitling SuperQuartz
Breitling SuperQuartz (in-house movement, bukan SuperQuartz berasaskan ETA terdahulu) adalah movement quartz yang digunakan pada model popular digital-analogue yang dibuat khusus untuk juruterbang. Antara model popular yang menggunakan movement ini adalah Breitling Cockpit B50. Keunikan yang ada pada movement SuperQuartz buatan ini adalah pematuhan kepada C.O.S.C. sebagai Certified Chronometre dan dikawal ketepatannya pada 3 sukatan suhu (23°C, 38°C, and 8°C). Movement ini mempunyai ketepatan pada pada julat +/-15 saat setahun.
Breitling Cockpit B50
Tempat ke 4 - Omega Calibre 5666
Omega Cal. 5666 adalah movement quartz jenis thermal compensated yang mempunyai fungsi penyesuaian suhu persekitaran bagi mengawal ketepatan perakam waktu. Ia mula digunakan pada model Omega Speedmaster - Spacemaster Z-33 digital-analogue yang beroperasi seperti jam tangan Breitling SuperQuartz. Cal. 5666 mempunyai ketepatan pada julat +/-10 saat setahun.
Omega Speedmaster - Spacemaster Z-33
Tempat ke 3 - Longines V.H.P. Calibre L.2888
Cal. L.2888 adalah movement quartz hasil usahasama antara Longines dan ETA. ETA dan Longines adalah syarikat bersekutu di bawah Swatch Group. Cal. L.2888 adalah movement terbaharu dibangun dan digunakan untuk jam tangan Longines model-model V.H.P. Re-issue mulai tahun 2018. Tidak seperti model V.H.P. pertama yang dikeluarkan pada tahun 1984, model-model terbaharu atau re-issue ini menggunakan Cal. L.2888 yang mempunyai ketepatan pada julat +/-5 saat setahun.
Longines Conquest V.H.P. menggunakan Cal. L.2888
Tempat ke 2 - Seiko Calibre 9F82A
Seiko high precision quartz movement Cal. 9F digunakan pada model-model elit Seiko seperti Grand Seiko Quartz dan Seiko Astron. Terdapat beberapa variasi untuk Cal. 9F. Cal. 9F82A adalah yang terbaik dikeluarkan oleh Seiko dan digunakan pada model-model terbaharu Grand Seiko dan Seiko Astron. Cal. 9F82A mempunyai ketepatan pada julat +/-5 saat setahun. Walaupun julat ketepatan masanya sama dengan Longines Cal. L.2888, namun Cal. 9F82A mempunyai kelebihan dimana quartz oscillator frequency pada movement boleh diregulasikan (tuning) untuk ketepatan pada posisi dan suhu persekitaran mengikut chronometre standard. 
Grand Seiko Quartz SBGX259 menggunakan Cal. 9F82A
Tempat Pertama - Citizen Calibre 0100
Dilancarkan pada awal tahun 2019, Citizen Calibre 0100 yang digunakan pada model-model elit Citizen Eco-Drive adalah movement quartz jenis thermal compensated yang menggunakan sumber kuasa cahaya paling accurate di dunia. Antara teknologi terbaharu pada movement ini adalah bentuk potongan quartz oscillatornya. Ia amat berbeza dari bentuk-bentuk tradisi yang banyak digunakan oleh pembuat-pembuat movement quartz lain sebelum ini. Cal. 0100 mempunyai ketepatan pada julat +/-1 saat setahun.
Model pertama Citizen yang menggunakan Cal. 0100. Edisi terhad untuk pasaran antarabangsa ini diperbuat dari emas putih dengan model rujukan AQ6010-06A. Pengeluaran terhad sebanyak 100 unit dan dijual pada saranan harga 16 ribu US Dollar untuk setiap satu.
Nota: Calibre 0100 akan diperincikan dalam artikel khas
"Kepada pengikut-pengikut The Purist, mereka lebih menghargai ketepatan jam tangan mekanikal. Sememangnya jam tangan mekanikal mempunyai julat ketepatan yang jauh berbeza berbanding jam tangan quartz. Nilai precision engineering yang digunakan menyebabkan jam tangan mekanikal berketepatan tinggi lebih dihargai. Namun, jika kita betul-betul patuh pada ketepatan masa; jam tangan jenis quartz adalah pilihan yang terbaik. Kerana itu, jam-jam tangan Grand Seiko Quartz sukar diperolehi kerana hampir kesemua keluaran model JDM ini dibeli oleh orang Jepun, masyarakat yang mementingkan disiplin masa. Lambat satu minit dianggap kesalahan besar yang tidak sepatutnya berlaku!" - thetick-thetick