Thursday, 30 September 2010

Pengetahuan: Cermin (Crystal) Pada Jam Tangan

"Kawan, ini jam Swiss grade punya. Ini cermin ha, sapphire crystal, ta bole calar punya. Kata sorang mat bangla penjual jam tiruan di P.S. Betul ke sapphire crystal? Sapphire crystal mahal. Tak kan jam RM650 pakai Sapphire Crystal...mmmhhh." - thetick-thetick

Apa itu crystal pada jam tangan?
Crystal adalah terma (term) yang digunapakai untuk cermin jam. Dari segi sifat, crystal atau kristal dalam ejaan Bahasa Malaysia adalah bahan mineral yang lutsinar dan terlalu jernih. Apabila dipasang pada jam tangan, ia membolehkan dial dan pergerakan jarum dapat dilihat dari segenap sudut. Bergantung kepada jenis dan ketebalan, crystal menjadi pelindung kepada dial dan jarum jam. Bukan setakat menjadikan dial jarum kelihatan jelas, ia juga menahan dari habuk, air, dan benda asing yang lain dari memasuki jam tangan.

Acrylic
Acrylic atau plastic adalah merupakan bahan terawal digunakan pada jam tangan. Sifatnya yang mudah ditempa dan dibentuk mengikut rekabentuk sesebuah jam tangan menyebabkannya digunakan oleh industri pembuatan jam dalam jangkamasa yang agak lama. Kosnya juga rendah. Jam tangan menggunakan acrylic atau plastik masih wujud sehingga sekarang namun hanya digunakan pada jam-jam digital dan jam-jam yang berharga rendah. Jam Swatch masih lagi mengekalkan penggunaan acrylic pada sebahagian besar produk-produknya. Kelebihan yang ada pada acrylic ialah ianya tidak mudah pecah berderai (shattered) tetapi mudah calar dan retak. Warnanya juga akan menjadi kekuningan setelah melalui tempoh yang agak lama. Ini boleh kita lihat pada jam-jam vintage sebelum pertengahan tahun 70an. Acrylic mudah digilap (polish) untuk menghilangkan calar-calar halus dengan menggunakan bahan-bahan pengilap yang non-abrasive. Sebelum tahun 70an, kebanyakkan jam penyelam (diver’s watch) yang kalis air menggunakan thick-acrylic atau acrylic tebal bagi mengekang crystal daripada retak semasa jam digunakan di tahap kedalaman yang tertentu.

Omega Seamaster vintage menggunakan acrylic. Crystal jam Omega yang asli terdapat logo Omega pada bahagian bawah-tengah (bulatan).
Mineral Glass
Mineral glass atau kaca mineral mula digunakan di awal tahun 70an. Ia dipelopori oleh pengeluar-pengeluar jam penyelam yang yakin bahawa jam akan tahan lebih banyak tekanan (water depth pressure) dengan menggunakan bahan kaca yang keras (hardened glass). Bukan itu sahaja, gelas yang tebal dan berbentuk dome pada jam penyelam memudahkan waktu pada dial dilihat di setiap sudut ketika berada di dalam air. Trend jam sport yang bermula pada penghujung tahun 60an juga menyaksikan banyak jam-tangan seperti itu menggunakan bahan kaca. Seiko, peneraju jam tangan sport dari Jepun menggunakan Hardened Mineral Glass pada jam-jam tangannya. Pembuatan crystal jam tangan sport Seiko yang berbentuk dome dan adakalanya kelihatan melengkung dipanggil Hardlex Glass. Mineral glass yang bersifat keras dan dibuat tebal memang tahan lasak untuk kegunaan jam sport seperti chronograph dan diver. Namun, mineral glass mudah calar, retak, dan sopek (chipped) jika terkena hentakan yang kuat. Mineral glass mudah digilap menggunakan bahan-bahan non-abrasive. Namun, calar yang ada tidak mudah dihilangkan melainkan dengan teknik glass-buffing.

Sapphire Crystal
Pengeluar jam Swiss berjenama Rolex menetapkan sapphire crystal sebagai standard kepada kesemua jam-jam tangan keluarannya. Crystal jam yang diperbuat untuk jam tangan adalah synthetic sapphire yang mempunyai kekerasan tinggi hampir kepada berlian (diamond). Sapphire dan ruby yang diklasifikasikan sebagai Corundum berada di skala 400 mengikut tahap kekerasan. Sapphire crystal tidak mudah calar dan retak dan hampir sama tahap lutsinar dan kejernihannya dengan kaca. Namun begitu, pada tahap hentaman (hostile bang or stress) yang tertentu, sapphire crystal lebih mudah sopek berbanding kaca. Kerana itu, jam tangan Rolex menggunakan sapphire crystal yang agak tebal. Seperti kaca, sapphire crystal mudah digilap menggunakan bahan non-abrasive.

Rolex menggunakan sapphire crystal yang agak tebal. Ini jelas kelihatan pada model Rolex Explorer I di atas.
Anti-reflective Coating
Crystal pada jam tangan adakalanya menyerap bayangan (reflex) dan memantulkan cahaya. Silau, ini mengganggu pembacaan waktu pada dial. Breitling, pengeluar jam tangan sport dari Switzerland adalah antara pengeluar yang mula-mula menggunakan anti-reflective coating pada jam-jam tangan keluarannya. Ia menggunakan teknik yang sama digunakan pada lensa-lensa kamera bagi memantulkan (reflective) bayangan dan menyerap cahaya. Bahan anti-reflective yang disalut dibahagian bawah crystal membolehkan waktu dibaca pada semua pencahayaan di sekitar kita. Crystal jam yang mempunya anti-reflective coating akan kelihatan kebiru-biruan pada tepinya dan jika dipandang pada sudut tertentu.

Breitling Super Ocean menggunakan anti-reflective coating. Crystalnya nampak kebiru-biruan seperti gambar di atas.
Anti-reflective Sapphire Glass
Anti-reflective sapphire glass mula digunakan oleh jenama-jenama elit Swiss mulai pertengahan tahun 2000. Jam tangan Panerai siri terbaru menggunakannya sebagai satu standard. Begitu juga jenama Patek Philippe, Audemars Piguet, Omega, Tag Heuer, dll. Kelebihan anti-reflective sapphire glass adalah gabungan ketahan sapphire crystal dan bahan campurannya yang mampu memantulkan bayangan dan cahaya. Tidak seperti anti-reflective coating, anti-reflective sapphire glass tidak menampakkan warna kebiru-biruan pada crystal jam.

"Negara China adalah antara pengeluar terbesar synthetic sapphire di dunia. Kerana itu, ada jam-jam tangan tiruan dari negara China yang dipanggil 'Swiss Grade' menggunakan sapphire crystal. Ada juga sapphire crystal tiruan yang menggunakan treated glass yang tidak mudah calar. Pada hakikatnya, sapphire crystal tiruan tetap akan calar apabila treatment-coatnya tanggal pada suatu tempoh tertentu. Harga sapphire crystal agak mahan berbanding jam tangan tiruan grade swiss itu sendiri!" - thetick-thetick

[Semak dan susun semula 15 Julai 2020]

Wednesday, 29 September 2010

Tips: Membeli Jam Tangan Vintage dan Antik

"Tipah tertipu! Itulah pengalaman. Pengalaman yang mengajar aku apabila membeli jam-jam vintage mahupun antik. Pernah dulu aku beli vintage Rolex. Hisshhh, mahal pulak tuh. Harga US dollar, kene aku. Enjen dia enjen Rusia, complete vintage stamp Rolex, rupanya vintage celup. Ada sekali dua tu pulak terbeli jam rojak. Spesis yang ni banyak di pasaran ‘flea market’ dan Internet. Kekadang tu taukeh yang jual pun tak tau jam tu jam rojak. Yang paling menyedihkan, bila beli tak sampai sebulan pakai dah ‘kong’ - spare part takde babe! "- thetick-thetick

Jam Vintage, Antik, dan New Old Stock
Jam vintage atau jam antik mempunyai tanggapan yang hampir sama. Tetapi tidak serupa dari segi 'age group' dan nilai. Mungkin pada sebilangan peminat dan pengumpul jam-jam lama berumur 40 hingga 50 tahun dikategorikan sebagai vintage dan 50 tahun ke atas pula dikira sebagai jam antik. Kalau diikut kategori seperti ini, jam era 80an boleh dikira hanya jam lama. New Old Stock atau NOS, adalah jam stok lama yang masih dikira baru kerana belum terjual. Jarang sekali ada jam antik yang NOS. Vintage, memang ada walau bagaimapun tidak banyak terdapat di pasaran.

Daripada zaman 'transition' di sekitar awal 1920an di mana jam poket menjadi jam tangan sehinggalah ke penghujung 1970an, jam antik dan vintage boleh dibezakan dari segi saiz, rekabentuk casing, dial, crown, strap, dan movement yang digunakan. Setiap ‘trend’ menggambarkan zaman atau tahun (umur) jam-jam tersebut. Secara umum kita akan dapati trend jam tangan dari 1920an hingga 1940an bersaiz agak kecil dan casingnya agak unik seperti art deco watch, punyai sub-second, squarish, dan menggunakan winding-movement ataupun jam kunci. Majoriti menggunakan strap atau tali kulit.

1950an merupakan permulaan trend jam tangan 'instrument' dengan saiz yang agak besar (sekitar 38mm hingga 40mm) seperti 3-register chronograph, diver, full-calendar, dsbg. 1960an merupakan peralihan cermin jam (crystal) dari bahan acrylic (plastik) ke bahan kaca. 1970an merupakan era jam tahan lasak, strap besi, bersaiz besar, 'retro', dan menggunakan kaca keras (hardened mineral glass). Teknologi dan material jam tidak banyak bezanya dari 1920an sehinggalah pertengahan 1960an di mana bermulanya era elektronic, electro-mechanical, dan seterusnya quartz yang diterajui oleh Seiko ketika itu. Pengetahuan mengenai perkara ini asas penting dalam membuat penilaian dan keputusan sebelum membeli jam tangan vintage atau antik.

Di Mana Kita Membeli Jam Tangan Vintage dan Antik?
Internet merupakan satu ruang niaga secara maya yang banyak membantu penjual-penjual jam baru, 'second-hand', vintage, dan antik untuk menjual barangan mereka. Ia juga adalah 'venue' yang memudahkan pembeli membuat pilihan dan berinteraksi secara terus dengan penjual untuk membuat pembelian. Di beberapa tempat, ada 'flea market' atau 'pasar lambak' yang menjadi tempat di mana peniaga-peniaga jam vintage dan antik menjual barangan mereka. Di P. Pinang ada 'Road Walk', di Melaka ada 'Jonkers Street', di Ipoh ada 'Open Market', di Jalan Sultan KL ada 'Pasar Karat' dan di PJ ada Amcorp Mall Flea Market. Ada pula yang menjualnya di kedai. Namun tidak ada kedai khas yang menjual hanya jam vintage dan antik untuk pengemar dan collector kerana bilangannya agak semakin berkurangan. Kerana itu, jika di Internet ada jenis-jenis yang mudah dijual dalam jangkamasa singkat.

Bergantung kepada pengalaman seseorang penggemar dan collector, membeli jam-jam vintage atau antik memerlukan beberapa penelitian sebelum membuat pembelian. Begitu juga penjual, mereka juga perlu mengetahui banyak perkara mengenai jam-jam vintage dan antik. Pengalaman dan pengetahuan bertahun-tahun membolehkan seseorang pembeli mendapat nilai terbaik dari sesebuah jam vintage mahupun antik. Begitu juga penjual, mampu menjual pada harga yang baik dan menarik apabila memberikan butir-butir yang boleh meyakinkan pembeli mengenai jam yang dijual.

Tips Umum (General Tips) Untuk Membeli Jam Tangan Vintage dan Antik
Seperti pembuka kata di atas, membeli jam vintage dan antik memerlukan pengalaman dan pengetahuan. Banyak yang perlu dipelajari. Bukan setakat menilai dan menawar harga, banyak perlu diketahui dan ia bergantung kepada pengalaman seseorang pembeli terutamanya peminat dan pengumpul jam-jam vintage mahupun antik. Di sini, saya ingin berkongsi beberapa perkara yang boleh dijadikan pedoman atau tips untuk dikongsi bersama. Ia berdasarkan pengalaman saya selama hampir 10 tahun meminati, membeli, dan mengumpul jam vintage dan antik. Saya senaraikan mengikut keutamaan seperti di bawah.

1. Jenis-jenis Jam Tangan dan Trend
Kita perlu mengetahui jenis-jenis jam tangan dan trend sesuatu zaman di mana jam-jam vintage dan antik itu terdapat di pasaran. Secara umum, kita ketahui jam diver yang mempunyai scuba bezel hanya wujud di awal 1960an sejak terciptanya Rolex Submariner di penghujung 50an. Jika ada jam diver mempunyai bezel dikatakan jam tahun 1940an, apa yang anda fikir? Begitu juga jam chronograph automatik yang dikatakan jam tahun 1950an. Jam chronograph automatik hanya mula dipasarkan sekitar 1960an, sebelum itu cuma hand-winding ataupun jam kunci. Begitu juga counter atau register jam chronograph. Jam chronograph 3 register hanya wujud di penghujung 1950an/awal 196oan. Ini adalah pengetahuan asas yang boleh memberikan kita panduan mengenai sesebuah jam vintage dan antik.

2. Brand Familiarity dan Watches Signature
Terdapat ribuan jenama atau brand dari Switzerland atau Swiss. Ada juga Swiss brand yang di’localised’ di Hong Kong, dan ramai tahu tentang Seiko, Orient, dan Citizen dari Jepun. Begitu juga HMT India yang merupakan usahasama dengan Citizen Jepun. Setiap jam tangan mempunyai 'signature' nya sendiri. Signature-signature ini boleh kita lihat di setiap model keluaran jenama-jenama tersebut. Sebagai contoh, jam tangan Omega 1950an ke atas mempunya logo Omega pada crown jam, logo kuda laut untuk jam Seamaster di penutup jam, begitu juga logo 'Observatory' untuk model Constellation dan buckle tali jam mempunyai logo berbentuk Omega. Jam chronograph Omega 'Broad Arrow' menggunakan jarum penunjuk 'waktu jam' yang unik seperti anak panah yang besar. Begitu juga clasp buckle yang turut mempunyai signature Omega. Serial number jam Omega juga dirujuk pada enjinnya yang mempunyai siri sebanyak 7 hingga 8 digit. Nombor siri jam pada enjin jam Omega boleh memberitahu kita tahun jam tersebut dikeluarkan. Nombor model dan bahan case dipaparkan di dalam penutup jam. Setiap jam tangan seperti Omega mempunyai signaturenya sendiri. Begitu juga jenama-jenama 'top' yang lain seperti Rolex, Audemars Piguet, Breguet, Patek Philippe, Blancpain, Cartier, dsbg. Nombor siri dan nombor model Rolex hanya terdapat di bahagian casing di antara dua lugs jam. Tidak terkecuali, jam Seiko, Citizen dan Orient. Jam Seiko akan memaparkan (printed) nombor movement dan model di atas dial jam dan di atas penutup jam. Sekiranya terdapat percanggahan dari segi 'standard signature' jam-jam tangan ini, ia memungkinkan jam tersebut adalah 'fake vintage' ataupun 'jam rojak'. Banyak terdapat jam vintage Seiko Bellmatic dan chronograph yang dirojakkan. Ini berlaku apabila spare part semakin pupus dan jam-jam mula dirojakkan. Tahap pengetahuan atau 'familarity' ini bergantung kepada minat kita terhadap sesuatu jenama. Jika seseorang meminati jam tangan vintage berjenama Seiko, mendalami pengetahuan mengenai model, signature, movement, dan trend akan banyak membantu anda membuat penilaian.

3. Watches Material dan Watches Movement
Jam tangan sport tahun 70an kebanyakkannya menggunakan 'hardened mineral glass'. Jika terdapat cermin jam sport 70an yang menggunakan acrylic, besar kemungkinan ia diganti dan ini menjadikannya jam rojak. Begitu juga enjin jam. Ini bukan sesuatu yang mudah. Jam calendar watch jenama Tudor misalnya menggunakan enjin ETA dan AS (bergantung kepada model dan tahun). Ada signature Tudor di winding rotor dan watch plate. Jika signature ini tiada, kemungkinan enjin lain dipasang pada jam tersebut. Begitu juga jam-jam lain yang menggunakan enjin ETA, AS, Lehmania, Venus, dan Valjoux. Mengenali jenis-jenis enjin yang dipakai oleh jenama-jenama jam terutamanya yang berharga mahal adalah perlu bagi mengelakkan kita tertipu. Ini memerlukan minat yang tinggi. Jika kita tidak pasti, dapatkan nasihat dari pengumpul dan peminat yang berpengalaman dan berpengetahuan mengenai movement jenama-jenama tertentu. Seiko, jenama terkenal dari Jepun adalah pengeluar yang paling banyak mengeluarkan enjin-enjin jam. Di sebabkan standard yang digunakan pada dial jam-jam tangannya, jam Seiko vintage mudah 'dirojakkan' dan mengunakan enjin-enjin yang lain dari model sebenarnya. Ada terdapat jam diver 6309 yang menggunakan enjin 7002. Banyak pula model chronograph 6139 yang menggunakan dial dan penutup jam yang berlain dari model yang sepatutnya.

4. Memeriksa Kondisi Jam Tangan
Agak mustahil untuk memeriksa keadaan fizikal sesuatu jam tangan jika anda membelinya di Internet. Keadaan fizikal atau condition sesuatu jam tangan itu bergantung kepada penjual itu sendiri. Kita hanya bole memeriksa keadaan jam tersebut setelah kita membayar dan menerima hantaran. Jika kita membeli di Kedai mana jam tangan berada di tangan kita, penilaian boleh dibuat seperti berikut:

Cara 1: Jam automatic atau kunci. Kunci crown jam (winding) dan cuba dengar (dekatkan dengan telinga) bunyi train wheels yang memacu barrel jam. Seharusnya ia berbunyi agak konsisten dan perjalanan gear tidak tersekat-sekat ketika jam dikunci. Jika tersekat-sekat, kemungkinan salah satu jejari gear pada train wheel patah atau haus. Ini menyebabkan penguncian kuasa jam bermasalah. Jika jam kunci, apabila dikunci penuh kita akan rasakan seperti spring atau anjal pada pergerakan crown. Jika dikunci penuh dan crown berbunyi tik tanpa keanjalan ini bermakna sistem pengunci tidak berfungsi pada keadaan sepatutnya. Keanjalan yang terdapat pada sistem winding adalah untuk mengelakkan crown stem dan barrel winder rosak dan patah. Kebanyakkan jam automatik Swiss boleh dikunci. Jika jam mati dan dikunci beberapa pusingan, seharusnya jarum saat akan mula bergerak. Fungsi ini tidak terdapat pada jam automatik Jepun. Cukup dengan menggoyang, jam automatik Jepun akan berfungsi.

Cara 2: Lihat pergerakkan jarum saat. Pastikan jarum bergerak secara konsisten dan boleh bertahan selama beberapa minit. Jika jarum saat terhenti pada jangkamasa yang agak pendek, ulang langkah 1. Jika hasilnya sama, ada beberapa kemungkinan seperti (1) centre wheel atau second wheel sudah rosak, (2) transmission wheel tersangkut disebabkan oleh friction, (3) barrel jam stuck dan (4) besar juga kemungkinan escape mechanisme jam tidak berfungsi dengan baik.

Cara 3: Pusingkan crown untuk tempoh kiraan 24 jam mengikut pusingan jam (clockwise). Pastikan setiap kiraan 1 jam - jarum jam dan jarum minit berada pada indeks yang betul. Jika jam berkalendar, pastikan tarikh kalendar bertukar di antara indeks jam 10 hingga 12 (waktu petunjuk malam) dan terpapar betul-betul di tengah date window. Jika kedudukan calendar disk lari dari date window atau apperture ia disebabkan oleh calendar gear dan strike pin yang sudah rosak. Begitu juga untuk konfigurasi day-date.

Cara 4: Buka penutup jam dan lihat keadaan enjin jam. Apabila jam berfungsi, lihat pergerakkan balance wheel. Pastikan ia bergerak stabil pada posisi mendatar (jam terbalik, letak di atas permukaan rata). Jika balance wheel bergerak agak terkeluar dari paksi bulatan, kemungkinan besar hari spring pada balance wheel sudah bengkok ataupun rosak. Kerosakan pada balance wheel menyebabkan jam sukar untuk di'tune' bagi mendapatkan ketepatan perjalan masa.

Cara 5: Lihat pada regulator atau tuner. Jika jam Swiss, ada sebahagian bridge yang memegang gear-gearnya terukir ‘F’ untuk Fast dan ‘S’ untuk Slow. Ada jarum penghubung dan penanda (regulator marker) yang menunjukkan kelajuan balance wheel. Jika penanda menunjukkan hampir pada ’F’ pada indeks maksimum ia bermakna timing jam sudah sampai ke kemuncak dan ini memberi isyarat yang enjin tersebut perlu diservis atau 'overhaul'. Ini sering terjadi pada jam-jam yang sudah bertahun tidak diservis di tune sehingga maksimum untuk menunjukkan masa yang tetap. Jika S, keadaan di sebaliknya. Samada S dan F, + (plus) atau - (minus), regulator ini menunjukkan tahap kemampuannya untuk ditunekan. Regulator yang baik, penandanya berada hampir di tengah antara kedua-duanya bagi menunjukkan keseimbangan (balance).

Cara 6: Jika jam automatik, ia mempunyai rotor plate. Gerakkan jam (keadaan mendatar) dan lihat pergerakkan rotor plate, jika ia tersekat-sekat, kemungkinan berlaku kehausan atau terdapat karat pada roller-ball atau ball bearing pada winding mechanisme. Gerakkan jam dalam keadaan menegak dan pastikan rotor plate tidak bergerak ke atas dan ke bawah. Jika berlaku, kemungkinan terdapat gear pada winding mechanisme yang sudah longgar. Ini boleh menyebabkan transmisi penguncian (winding) tidak sampai pada barrel jam. Keadaan ini menyebabkan penguncian yang tidak maksimum maka kuasa simpanan jam tidak optimum.

Pastikan rotor plate, winding mechanisme, dan balance wheel stabil.
Cara 7: Jika jam chronograph, pastikan 'interval-start-stop pusher' dan 'reset pusher' berfungsi apabila ditekan. Pastikan setiap pergerakan 60 saat, jarum perakam minit bergerak ke indeks yang sepatutnya apabila jarum saat tepat kepada ‘0’ atau pada ‘12’. Apabila start-stop pusher ditekan, pastikan semua jarum perakam chronograph terhenti. Tekan semula untuk membuat kiraan interval dan pastikan jarum chronograph bergerak secara spontan. Jika lambat, ada kemungkinan terdapat kerosakan pada chronograph stock dan gear stopper. Tekan rest pusher, secara spontan semua jarum chronograph mesti berada pada indeks ’o’ pada setiap register samada 30/45 minit, 12 jam, dan 60saat. Jika kedudukan jarum lari dari indeks yang sepatutnya setelah berulang kali pusher ditekan, kemungkinan besar clutch dan 'lever setting mechanisme' untuk reset sudah rosak.

Cara 8: Jika jam diver atau scuba yang mempunyai outer bezel. Pusing bezel mengikut pusingan lawan arah jam dan pastikan pergerakkannya lancar. Jika tersekat, ada kemungkinan ball-bearing, getah (bezel rubbber inset hanya pada jam Jepun), dan holding wire rosak. Ada juga kemungkinan terdapat keladak atau kotoran disebabkan oleh karat pada gigi bezel.

Kombinasikan cara-cara di atas apabila memeriksa jam secara fizikal. Ia bergantung kepada jenis-jenis jam tangan. Dalam pada kita memeriksa secara fizikal, adalah disarankan kita observe timing pada jam tangan tersebut dengan memakainya sekurang-kurangnya dalam tempuh 6 jam. Synchronize dengan jam quartz dan bandingkan. Jika timing pada jam vintage itu cepat atau perlahan dari jam quartz yang agak tepat, ini bermakna sesuatu harus dilakukan pada mekanisma jam tangan tersebut.

”Selamat mencuba! Kalau beli jam kat flea market, sure taukeh jam tu ada case opener. Suruh dia bukak. Make sure rotor plate, winding mechanisme, dan balance wheel dia okey. Nak tau enjin tu ori ke rojak, kene banyak belajar la babe. Pasal wa pun selalu gak terkena. Sama tapi tak serupa, apa bole buat. Nantikan tips-tips seterusnya.” - thetick-thetick
[Semak dan susun semula 20 Februari 2020]

Friday, 24 September 2010

(i) External Drive Crashed. Habis Blog Article Aku.

Hampir 4 purnama aku tak blogging. Sibuk. Sibuk dengan kerja. Meniaga IT. Banyak design dengan documentation. Dalam pada sibuk, aku sempat draft aku punya artikel untuk blog. Ada la dalam lima ke enam tajuk. Semua aku humban dalam external drive aku. Huarghhhh.... drive tu pulak crash. Sekarang ada dekat budak teknikal aku. Cuba recover balik file-file yang ada dalam drive tuh. Ada koleksi gambar-gambar jam, movement jam, artikel-artikel jam, segala-galanya jam, sejak dari tahun 1999! Aduhhhhh... penuh dengan directory pasal jam. Ni nak mula blogging balik dah jadik putus idea. Takpa, ilmu ada dalam kepala. InsyaAllah aku akan strukturkan balik artikel-artikel untuk kita kongsi bersama. Jadi, saudara Hasan Detik 12 tak perlu nak 'consult' aku itu ini pasal jam. Aku post kat blog ni. Sekarang ni dalam perancangan nak buat siri pengetahuan mengenai jam seperti tajuk-tajuk yang berikut:

1. Jenis-jenis jam tangan
2. Teknologi dan bahan-bahan pembuatan jam
3. Tips penjagaan jam vintage dan antik
4. Preview
5. Teknik asas untuk membaiki jam
6. Sambungan Exploring Horology (artikel bahasa inggeris)

InsyaAllah, dalam masa terdekat ini aku akan mula posting artikel-artikel merangkumi 6 kategori tajuk di atas.


Casio Digi-Ana 1/1000s Chronograph. Apa yang anda perlu tahu pasal digital chrono?

"Nantikan artikel-artikel aku. Gambar jam Casio bertenggek atas tangan aku ni gambar jam raya akuh. Biasanya aku akan simpan satu jam jenis digital quartz tali getah camni. Bukan apa, pakai masa main golf atau badminton. Jam lasak, tahan peluh masin dan masam! Lagi satu, kegunaan dia adalah untuk aku 'synchronize' time untuk jam-jam mekanikal aku yang lain. Kalu takde jam macam nih, korang synhronize la dengan time kat hanpon, komputer, jam dinding kat rumah ke, takpun pegi Dataran Merdeka korang synchronize la dengan waktu kat bangunan bersejarah tu. Nak tepat lagi, korang synchronize la dengan "standard time display" kat bangunan SIRIM kat Shah Alam. Aku punya 'main source' adalah 'atomic time clock', pakai Internet 'connection' ke laptop aku. Memang tepat, pakai atomic movement tuuu...1 second (anggaran) lambat atau cepat setiap 70 tahun! Camna la rupa enjen jam atomic nih? Haaa, nanti aku cerita. Masih lagi Syawal. Selamat hari raya aidil fitri untuk pengunjung dan pembaca di blog ini".

I am back – thetick-thetick