Neuchâtel Observatory
Neuchâtel Observatory atau Observatoire Astronomique et Chronométrique de Neuchâtel adalah balai cerap astronomi yang ditubuhkan pada tahun 1858 di Canton Neuchâtel, Switzerland. Selain berfungsi sebagai balai cerap astronomy, Neuchâtel Observatory turut menguji dan menilai ketepatan movement-movement yang digunakan pada perakam waktu atau jam yang dibuat oleh pengeluar-pengeluar dari Switzerland. Pada tahun-tahun awal penubuhannya Neuchâtel Observatory memberi pensijilan ketepatan (accuracy) kepada jam-jam yang digunakan untuk pelayaran (marine chronometer).
Apabila wujudnya jam poket dan jam tangan, fungsi dan operasi Neuchâtel Observatory tetap sama. Ia menguji dan mengeluarkan sijil chronometer untuk movement yang digunakan bagi mengukur ketepatan pada jam-jam jenis tersebut. Dari tahun 1945 hingga 1967 sebanyak 3,356 movement mekanikal dan quartz (chronometres-mécanique dan chronometres-electronique) telah dihantar oleh pembuat-pembuat jam tangan untuk tujuan pensijilan Certified Chronometer. Ujian yang dibuat oleh Neuchâtel Observatory mengambil masa 45 hari, diuji pada 5 kedudukan, pada suhu panas dan suhu sejuk. Ujian ketepatan ini lebih rumit dan mengambil masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan kaedah yang digunakan oleh badan pensijilan lain.
Setiap movement yang diuji akan diberi pensijilan certified chronometer yang dinamakan Bulletin de Marche. Setiap tahun Neuchâtel Observatory akan mengeluarkan carta kedudukan (ranking) ketepatan perakam waktu untuk semua pengeluar dan movement yang diuji. Ia menjadi satu pertandingan yang penting kepada pengeluar-pengeluar jam di Switzerland. Pengiktirafan ini amat penting bagi jenama dan pemasaran. Pengiraan mata (scoring) adalah berdasarkan perbezaan antara bacaan dari movement yang diuji berbanding dengan kiraan waktu sebenar melalui cerapan astronomy di observatory. Semakin kecil mata yang diperolehi semakin tepat perakam waktu pada movement yang diuji. Antara nama-nama besar yang telah berjaya menduduki kedudukan terbaik dalam carta tahunan Neuchâtel Observatory adalah Omega, Longines, dan Zenith.
Neuchâtel Observatory, menyimpan sejarah pertandingan jam-jam yang bertaraf chronometer. Jika kita lihat pada case back jam-jam tangan vintage Omega Constellation, kita akan temui emblem yang diukir dengan kubah cerap astronomi mirip Neuchâtel Observatory.
Geneva Observatory
Neuchâtel Observatory berada di kawasan Valley de Joux yang menempatkan sebahagian besar pengeluar-pengeluar jam di negara Switzerland. Kewujudan Neuchâtel Observatory di sana menjadikannya sebagai institusi bebas pilihan untuk melaksanakan pensijilan chronometer. Demi memajukan industri pembuatan jam tangan sedunia, Neuchâtel Observatory turut membuka peluang pensijilan untuk pembuat-pembuat jam dari negara luar.
Geneva pula adalah kawasan lain di Switzerland yang turut menempatkan pengeluar-pengeluar jam. Untuk pengeluar-pengeluar yang berada di Geneva, pensijilan chronometer dibuat di Geneva Observatory. Fungsi Geneva Observatory adalah sama seperti Neuchâtel Observatory. Namun tidak banyak pengeluar-pengeluar yang mendapat pensijilan di sana. Antara jenama-jenama yang sering mendapat ranking terbaik di Geneva Observatory adalah Omega, Rolex, dan Patek Philippe. Patek Philippe, Rolex dan Omega adalah tiga nama-nama besar yang menghantar movement jam tangan keluaran mereka untuk pensijilan dan menyertai pertandingan di Neuchâtel dan Geneva Observatory. Penglibatan Rolex di Neuchâtel Observatory adalah pada tahun 1945 sehingga tahun 1953 sementara Patek Philippe hanyalah pada tahun 1948.
Rolex, sebelum penubuhan C.O.S.C. mendapat pensijilan chronometer dari Neuchâtel dan Geneva Observatory
Penglibatan Seiko di Neuchâtel Observatory
Sekitar tahun 50an, Ministry of Commerce and Industry negara Jepun telah menyarankan supaya semua jam-jam tangan elit buatan tempatan mendapatkan penarafan chronometer dan pengiktirafan antarabangsa. Satu pertandingan tempatan yang dikendalikan oleh Quality Comparison Testing Board for the Assessment of International Timepieces telah dijalankan. Ia melibatkan Seiko, Citizen, dan Orient. Namun persaingan ini banyak didominasi oleh Seiko melalui dua kilang pengeluar jam tangan miliknya iaitu Daini Seikosha Co. Ltd. dan Suwa Seikosha Co. Ltd. Pada tahun 1958, Suwa Seikosha telah berjaya memenangi 9 dari 10 kategori pertandingan melalui model terbaharu mereka - Seiko Marvel. Bagaimanapun, pertandingan tempatan ini dihentikan pada tahun 1960 dengan kemenangan oleh Seiko melalui model Chronos, Lord-Marvel dan model terbaharu diperkenalkan iaitu Grand Seiko. Bagi memenuhi hasrat kerajaan Jepun, Seiko mula menghantar movement-movement untuk pensijilan dan pengiktirafan antarabangsa di Neuchâtel Observatory pada tahun 1963 melalui Suwa Seikosha dan Daini Seikosha. Pada tahun pertama 1964, Seiko mendapat kedudukan tercorot. Namun, tahun-tahun seterusnya memihak kepada Seiko hasil dari kesungguhan Suwa Seikosha dan Daini Seikosha untuk membaiki kedudukan dan mengalahkan nama-nama besar dari Switzerland.
Daini Seikosha, Suwa Seikosha, dan Geneva Observatory 1968
Tahun 1964 sehingga 1967 menyaksikan persaingan sengit di Neuchâtel Observatory antara dua entiti yang dimiliki oleh Seiko. Daini Seikosha lebih menyerlah berbanding Suwa Seikosha. Daini Seikosha berjaya meraih 61 ranking ranking terbaik sementara Suwa Seikosha mendapat 36. Setahun selepas mencapai kecemerlangan di Neuchâtel Observatory, Seiko telah menghantar Suwa Seikosha ke Geneva Observatory Competition. Tujuannya adalah untuk memberi motivasi kepada Suwa Seikosha untuk menyaingi kecemerlangan Daini Seikosha di Neuchâtel pada tahun-tahun sebelumnya. Hasilnya pada tahun 1968, Suwa Seikosha telah mendapat tempat ke-4 di belakang Omega untuk kategori jam tangan. Jam-jam tangan Omega yang mendapat tempat pertama hingga ketiga adalah jam yang menggunakan movement quartz. Seiko yang mendapat tempat ke empat adalah jam mekanikal. Maka, juara keseluruhan jam mekanikal untuk ranking Geneva Observatory 1968 adalah milik Seiko. Turut serta di pertandingan pada tahun yang sama adalah Rolex dan Patek Philippe. Kedua-duanya yang bersaing dengan jam-jam tangan yang menggunakan movement mekanikal.
"Jika kita lihat pada dial jam vintage Seiko GS dan KS, kita akan dapati cetakan 'Chronometer', 'Superior Chronometer' dan 'Officially Certified'. Bukan hanya Seiko GS dan KS, Citizen Chrono Master vintage juga terdapat cetakan chronometer. Apakah pensijilan chronometer ini dari C.O.S.C.? Apakah dari pensijilan Neuchâtel dan Geneva? Pastinya tidak. Ha... dari mana datangnya pensijilan chronometer pada Seiko dan Citizen ini? Dan... apa pula cerita 'Astronomical Observatory - Chronometer - Officially Certified'? Ikuti sambungan di bahagian kedua yang bakal tersiar pada 21hb Julai 2020." - thetick-thetick2020