Jam-Jam Icon, Popular, Original Design, dan Trendsetter
Tak banyak, tapi ada berberapa model jam tangan popular dari jenama-jenama terkenal layak dikategorikan sebagai icon dalam dunia horology. Jam-jam tangan ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Rekabentuk dan nilai estetikanya (aesthetic value) menjadi ikutan pengeluar jam-jam tangan yang lain. Model-model yang dianggap sebagai trendsetter ini merupakan original design kepada pengeluarnya dan sering mendapat jolokan sebagai signature model. Demi mengambil peluang untuk pasaran-pasaran tertentu, model-model ini telah dikeluarkan oleh pembuat-pembuat jam tangan yang lain dengan menggunakkan rekabentuk yang sama, atau hampir sama tanpa melanggar undang-undang hakcipta atau meniru registered pattern oleh pengeluar yang asal (pemilik original design). Ada jugak yang tiru!!! Maka wujudlah di pasaran - jam-jam original replica dan homage. Jam-jam tiruan (fake) jangan cakap laa... makin banyak, bak cendawan tumbuh di pagi hari. Antara model-model trendsetter yang menjadi ikutan, antaranya adalah Rolex Submariner, Rolex Oyster-Date, Rolex Cosmograph, Rolex Explorer, Panerai Luminor, Panerai Radiomir, Patek Philippe World-Timer, Breitling Navitimer, dan model-model signature jam penyelam Seiko. Perkara ini bukan baru, tetapi telah wujud sejak tahun 60an dan berlarutan sehingga sekarang.
Rolex Submariner & Date-just. Model yang paling banyak direplika dan dihomage. Mutakhir ini Seiko SKX Bond ni pun dah dihomage dan dijadikan tukun tiruan!!!
Jam-Jam Model Re-Issue, Replica, dan HomageTajuk debat seantero dunia - re-issue, replica, dan homage. Tiga terma berbeza dari segi istilah. Dari segi pengeluaran jam tangan ianya perkara yang sama. Bagi pengeluar jam tangan jenama Seiko, model re-issue adalah replica kepada model asal keluaran mereka sebelum ini yang mendapat perhatian dan diminati oleh penggemar dan collector seperti model 62MAS, Turtle, Samurai, dan berberapa lagi signature models. Model-model ini dikeluarkan oleh pemilik original design itu sendiri iaitu Seiko. Begitu juga Omega yang mengeluarkan replica-replica kepada model-model asal Seamaster yang popular untuk edisi re-issue atau untuk edisi anniversary. Homage... ada dua pandangan tentang homage. Pertama - homage adalah satu penghormatan oleh pengeluar-pengeluar jam tangan terhadap model-model tertentu keluaran mereka atas kejayaan model-model tersebut (successful models). Sebagai contoh, Mido mengeluarkan semula model Multifort sebagai penghormatan (paying homage) kepada kejayaan model tersebut. Begitu juga Tag Heuer dengan model Monaco; Blancpain dengan Fifty-Fathom; dan banyak lagi. Ini adalah homage oleh pengeluar untuk model-model mereka sendiri. Kedua - homage adalah jam-jam replica atau original replica yang dikeluarkan oleh jenama-jenama lain sebagai tarikan jualan untuk pasaran tertentu. Tidak semua orang mampu memilik jam tangan Rolex Submariner kerana faktor harga; maka pengeluar jenama Invicta mengeluarkan jam-jam tangan yang hampir sama sepertinya pada harga yang jauh lebih murah. Ini dikategorikan sebagai jam-jam homage. Pendapat atau pandagan mengenai homage ini masih jadi perdebatan, namun ia tidak dikategorikan sebagai jam tiruan (fake watches).
Original Replica. Phoibos dan Invicta - replika asli kepada Rolex Submariner. Orient - rekabentuk jam macam telur ni bukan Ahmad Albab yang punya... Rado yang punya?!!! Takpa... ni semua jam-jam ori.
Homage Seiko SKX oleh Steeldive... cuma model homage oleh Steeldive ni hanya ada date calendar, takda week-date (day-date) calendar. Kalu ada... mau kena saman dengan Seiko. Saman dengan Seiko, bukan Saman Ekor!!!
Jam Original Replica vs. Jam Replika Tiruan (Fake)Original replica pastinya tidak akan 100% sama dengan original design atas sebab undang-undang hakcipta yang melindungi pemilik model yang asal. Nampak macam sama! Banyak jam-jam original replica boleh dijumpai di hampir semua toko-toko menjual jam tangan. Kebanyakannya adalah replika kepada model-model signature jenama elite seperti Rolex Submariner, Rolex Date-just, Rolex Cosmograph, Rolex Explorer, dan Rolex GMT. Jenama Jepun seperti Orient, Citizen, dan Seiko ada mengeluarkan model-model yang mirip Rolex Submariner dan Rolex Date-just. Begitu juga jenama-jenama lain seperti Steinhart, Invicta, Ancon, dll. Ada juga pengeluar-pengeluar jam tangan lain yang mengeluarkan model-model seakan Panerai. Semua jam-jam ini dikategorikan sebagai original replica dan yang pastinya setiap satu memaparkan jenama pengeluar itu sendiri. Namun disebalik pemintaan original replica model-model mampu milik ini, ada pengeluar jam tangan haram yang mengeluarkan replika tiruan (fake watches). Merekalah yang melabelkan jam-jam tangan ini sebagai replika! Kenapa? Banyak sebab. Haha... tak perlulah aku nak bahas kat sini. Cuba browse Shopee atau Lazada. Ada best copy, ada re-assemble, ada original copy 1:1, clone dan yang paling extreme - Original. Macam mana jam tiruan dioriginalkan??? Nantilah aku buat satu artikel khas hasil siasatan aku sendiri. Keluar modal bekkkk... nasib baik dapat balik refund. Saja aku test seller tuu... hehe.
Cuba nengok online sales display kat atas ni. Seiko PADI. Munasabah tak harga dia RM398.00??? Ini jam tiruan, bukan original/genuine. Ikut kehendak ngkorang laa... nak beli? 23 sold!
Generasi Baru Jam Tiruan - Replica, OEM, Re-Assembled, Copy Original 1:1, Best Copy, dan CloneAda satu teknologi yang telah wujud lebih dari sedekat lamanya yang dikenali sebagai rapid prototyping. Teknologi ini tujuan asal dibangunkan adalah untuk membolehkan sesuatu objek diimbas secara 3 dimensi (3D scan) untuk tujuan pembuatan barangan proto-type secara pantas. Teknologi ini semakin berkembang dan semakin mampu dimiliki oleh mana-mana pengeluar, termasuklah pembuat-pembuat jam tangan halal dan haram! Antara negara industri yang menguasai teknologi ini adalah China. Kerana itu Seiko, Citizen, dan banyak lagi pengeluar-pengeluar jam tangan menjadi mangsa. Semuanya kerana business outsourcing dimana sebahagian dari model-model keluaran mereka dikeluarkan di sana secara 100%, atau assembled, atau "Cased in China". Profile sesuatu unit keluaran (production unit) samada case, dial, jarum, crown atau bahagian-bahagian jam tangan lain mudah diciplak. Makanya wujud generasi baru jam tiruan yang memang canggih dan hampir sama dengan yang asli. Bukan hanya watches hardware, movement-movement turut ditiru atau diklonkan! Namun, harga jam-jam tangan jenis ini berbeza dari segi kualiti. Dari semurah puluhan ringgit sehinggalah ribuan ringgit. Mengapa murah? Mengapa mahal? Akan saya kupaskan dalam satu artikel khas. Tunggu....
ORIGINAL! LOWEST PRICE GUARANTEED. 2 YEARS WARRANTY. Harga RM68.00 satu tak termasuk shipping dari China! Jam clone, jam copy ori 1:1, premium copy. Memang fungsi dan kualiti hampir-hampir sama dengan yang asli. Amacam? Nak borong? Ratusan! Rasanya ribuan dah dibeli oleh peminat-peminat jam G-Shock dari Malaya.
"Nak carik jam tiruan, replika jenis tiruan, original tiruan, clone... sekarang ni tak perlu naik-turun turun-naik kereta, bas, LRT-MRT, atau angkat Grab pergi P.S. Boutique... Petaling Street. Kat Shopee dengan Lazada berlambak-lambak boleh jumpa. Kalau kat Lelong.my... setakat ni memang aku dah tak jumpa. Bagus. Pengurusan Lelong dah tak nak virtual market mereka menjadi lubuk jam-jam tiruan. Kalau kat eBay sejak awal mula memang tak ada pun. Jadi kalu beli jam kat Shopee dengan Lazada tuu... pandai-pandai, jangan sampai tak boleh dapat refund dah laa! Tipah tertipu bang... Tipah tertipu." - thetick-thetick2020