Nama Panggilan Samurai
Jam-jam penyelam Seiko mempunyai signature design tersendiri. Dari signature-signature design inilah terciptanya nama-nama panggilan seperti Tuna, Turtle, Monster, Mohawk, Stargate, dsbg. Kepada peminat-peminat Seiko, nama panggilan Samurai diambil sempena bentuk jarum jam yang kelihatan seperti pedang Jepun atau pedang Samurai. Jarum hours dan minute sepasang seperti Daisho - pedang utama/panjang Katana dan pedang pendek Wakizashi/Tanto. Bukan hanya jarum; watch case (dan watch shoulder) model ini kalau dilihat dari sisi akan kelihatan seperti bahu pahlawan Samurai yang dipakai dengan baju perisai.
Tiga jenis pedang Daisho yang berbeza pada jarum-jarum jam Samurai generasi pertama.
Generasi Pertama 2004 Hingga 2008
Ada komentar-komentar di forum dan blog mengatakan dari tahun 2004 hingga 2008 terdapat dua generasi Samurai. Ada pula yang yang menyatakan semuanya sebagai satu generasi, generasi pertama. Perbezaan pendapat ini adalah berdasarkan perbezaan pada tali, jarum, dan dial marker pada model-model Samurai ketika itu. Jika kita lihat pada model reference, terdapat tiga edisi. Pertama model standard atau international edition SNM, kedua model limited edition SNM dan yang ketiga model JDM SBDA. Ketiga-tiganya mempunyai perbezaan dari segi material, rekabentuk, dan dial setting. Model rujukan standard adalah SNM009K1, SNM011K1, dan SNM033K1. SNM033K1 yang dikenali sebagai Black Samurai adalah untuk pasaran Amerika Utara. Ia kelihatan hampir sama dengan SNM011K1. Model limited edition yang dianggap sebagai mega rare oleh peminat-peminat Seiko pula adalah rujukan SNM015K1, SNM017K1, dan SNM019K1. Model SNM019K1 hanya dikeluarkan oleh Seiko sebanyak 300 unit untuk pasaran antarabangsa sementara SNM015K1 dan SNM017K1 terhad kepada 500 unit bagi setiap model. Model-model rujukan JDM adalah SBDA001, SBDA003, dan SBDA005. Model-model JDM ini diperbuat dari logam titanium gred tinggi.
Model standard/international edition. Kiri SNM009K1. Kanan SNM011K1.
Model-model generasi pertama ini menggunakan movement Seiko Cal. 7S35. Ia adalah upgrade kepada Cal. 7S25/26 - 3 hands date movement. Beza Cal. 7S35 dan Cal. 7S25 adalah Cal. 7S35 menggunakan Spron 510 mainspring. Pada ketika itu Cal. 7S35 hanya digunakan untuk model-model Seiko Superior dan Seiko Premium, maka penggunaannya pada model Samurai merupakan movement upgrade kepada jam-jam penyelam Seiko. Kini, selepas lebih sedekad; model-model generasi pertama ini dikategorikan sebagai rare kerana pengeluarannya yang terhad dari tahun 2004 hingga 2008. Sepasang jam Samurai JDM SBDA yang diperbuat dari titanium kini boleh mencapai harga sehingga lima ribu ringgit. Model-model standard juga bernilai tinggi.
Generasi Kedua, 2017 Hingga Sekarang
Selepas hampir sedekad, Seiko mengembalikan semula jam penyelam Samurai ke pasaran melalui model re-issue pertamanya SRPB09K1 Limited Edition yang mendapat jolokan nama Blue Lagoon. Model re-issue pertama ini dikeluarkan secara terhad sebanyak 6 ribu unit untuk pasaran antarabangsa. Ia dilancarkan pada bulan Februari 2017. Terdapat beberapa perubahan atau facelift pada bracelet, dial setting, dan watch case generasi baharu ini. Jika diperhatikan, rekabentuknya adalah berasaskan model-model JDM generasi pertama. Model generasi kedua ini lebih compact. Namun, signature asalnya sudah hilang! Tiada lagi jarum Daisho seperti bentuk pedang-pedang Samurai. Seperti generasi pertama, generasi kedua Samurai ditawarkan dengan pelbagai model standard, special edition, limited edition dan JDM.
Perbezaan Antara Generasi
Movement
Generasi pertama menggunakan Seiko Cal. 7S35, generasi kedua menggunakan Seiko Cal. 4R35. Seiko 7S35 tidak mempunyai fungsi manual-winding dan tiada hacking function berbanding 4R35. Kedua-duanya mempunyai frequency yang sama 21,600bph, power reserve +/- 41 jam, dan menggunakan Spron 510 mainspring.
Seiko Cal. 7S35 dan Cal. 4R35 adalah berasal dari DNA Cal. 7S25/26. Antara movement terbaik yang dikeluarkan oleh Seiko Instruments Inc.
Dial Setting dan Bezel Index
Terdapat empat perbezaan dial setting. Generasi pertama standard edition mempunyai jarum yang agak kecil sementara generasi pertama JDM pula mempunyai jarum yang agak besar/lebar. Jarum generasi pertama edisi terhad pula menggabungkan dua tona pada jarum hour dan minute. Model-model generasi kedua pula menggunakan jarum seperti arrow dan sword seperti yang terdapat pada model-model penyelam Seiko terkini. Jarum saat pada ke empat-empat versi ini berbeza. Dari segi bezel indices, terdapat dua perbezaan. Generasi pertama versi standard dan limited edition mempunyai time lapse marker 20 minit dan numeral markings 25-35-45-55 minit. Generasi pertama JDM dan generasi kedua pula hanya ada time lapse marker untuk 15 minit dan numeral markings 20-30-40-50 minit.
Empat dial setting yang berbeza pada generasi pertama dan kedua. Bezel index pada generasi pertama JDM dan generasi kedua mempunyai time lapse marker 15 minit. Generasi pertama standard/international edition pula 20 minit sama seperti generasi pertama limited edition.
Lain dari yang lain. Model limited edition generasi pertama menggunakan marker dan indices jenis inner ring. Jarumnya pula mempunyai dua tona.
Watch Case Profile
Generasi pertama standard dan limited edition tiada crown guard. Crown guard cuma ada pada generasi pertama JDM dan model generasi kedua. Side profile pada casing semua model generasi pertama mempunyai aesthetic design berbentuk seumpama pin atau rivet yang terpasang pada bahagian tepi watch case. Tiada pada generasi kedua.
Generasi pertama standard dan limited edition, tiada crown guard. Seperti model SNM033K1 "Black Samurai" di atas, terdapat dua bulatan seperti pin rivet pada bahagian tepi watch case.
Gambar kecil - side profile generasi pertama JDM. Generasi kedua (gambar utama) lebih clean tiada pin rivet. Kedua-duanya mempunyai crown guard namun crown guard pada generasi kedua lebih tirus berbanding generasi pertama JDM yang agak tebal.
Gambar kecil - side profile generasi pertama JDM. Generasi kedua (gambar utama) lebih clean tiada pin rivet. Kedua-duanya mempunyai crown guard namun crown guard pada generasi kedua lebih tirus berbanding generasi pertama JDM yang agak tebal.
Bracelet
Terdapat perbezaan ketara anda kedua-dua generasi. Generasi pertama standard dan limited edition mempunyai bracelet end link yang berbeza berbanding model-model JDM. Begitu juga end link pada generasi kedua. End link pada generasi kedua lebih ringkas dan kelihatan compact. Kesemua model-model dari dua generasi ini menggunakan bracelet yang mempunyai bahagian centre link yang digilap (polished). Model-model dan generasi yang berbeza ini menggunakan clasp yang sama dan mempunyai diver's extension.
Tiga bracelet end link yang berbeza. End link pada generasi kedua nampak lebih kemas dan sama aras dengan hujung watch case. Generasi pertama, kedua-dua jenis bracelet end link kelihatan agak panjang melebihi hujung watch case.
Sambungan di bahagian kedua. Apakah model-model generasi kedua yang menjadi buruan peminat-peminat jam penyelam Samurai setakat ini?