Saturday, 8 August 2020

Pengetahuan: Apa itu Tourbillon?

"Ejaan dia tourbillon. Sebut dia ter-byon atau teur-byon. Bahasa Perancis. Inilah jam jenis payah nak sebut, payah nak buat. Mahal. Jam mewah untuk golongan elit bangsawan kayangan. Apa dia ter-byon byon byon ni? Apa yang istimewa? Sejak berdekat lamanya pembuat-pembuat jam dari negara Switzerland terutamanya, German, U.K. malah Citizen dan Seiko Jepun turut serta mengeluarkan jam tourbillon. Ada juga jam tourbillon tiruan dan murah dari negara China wujud mutakhir nih. Jangan tak tahu!” – thetick-thetick2020
Tourbillon dan Sejarah Penciptaan
Tourbillon telah wujud sekian lama dan dicipta oleh master watchmaker Abraham Louis Breguet (pengasas jenama Breguet) dalam tahun 1795. Ia kemudian dipatenkan oleh beliau pada tahun 1801. Paten ini telah lama luput dan membolehkan watchmaker-watchmaker lain membuatnya. Tourbillon, dalam bahasa Perancis bermaksud angin yang berputar (whirlwind). Ini adalah kerana mekanisma ini secara fizik berputar dengan sendirinya. Ia seumpama satu jam kecil yang berputar di dalam jam yang lain. Ini adalah idea asal Breguet. Namun komponen yang jelas kelihatan adalah balance wheel yang bukan sekadar berputar separa kiri dan kanan tetapi ia turut berputar mengikut arah pusingan jam. Ia dikenali sebagai ‘balance wheel oscillation’ atau putaran balance wheel. Satu putaran penuh tourbillon ada yang merakam kiraan 60 saat dan ada pula yang 30 saat. Untuk kitaran penuh 60 saat, ia sering dijadikan ‘sub-second’ untuk penunjuk masa.

Tourbillon. A - balance wheel pada mekanisma regulator bergerak separa kiri dan kanan. B - tourbillon carriage akan menggerakan keseluruhan mekanisma regulator mengikut arah jam dan sering dijadikan penunjuk masa sub-second.

Brequet. Jenama Swiss yang terkenal dengan pembuatan jam-jam tangan tourbillon. (sumber: Breguet)

Tujuan Penggunaan Tourbillon
Asas utama tourbillon adalah balance wheel yang bergerak pada kesemua arah (360 darjah) dikatakan mampu mengurangkan atau nyah kesan graviti apabila movement jam beroperasi. Ia tidak statik pada satu kedudukan seperti movement jam tangan mekanikal yang biasa. Tujuannya adalah supaya jam tangan memberi bacaan yang lebih tepat. Namun, ia hanyalah konsep dan setakat ini terbukti ia tidaklah setepat jam-jam tangan biasa yang bertaraf chronometer. Mungkin pada zaman ia dicipta ia adalah sesuatu yang bagus kerana diguna pada jam-jam poket. Jam jenis ini apabila disimpan dalam poket, kedudukan movementnya adalah tegak atau vertical. Tarikan graviti pada kedudukan ini juga bersifat vertical dan apabila balance wheel bergerak, ia dikatakan mampu nyah kesan graviti.
Kesan tarikan graviti pada balance wheel (anak panah merah). Konsep tourbillon adalah untuk nyah kesan graviti pada balance wheel. Asas yang sama digunakan untuk chronometer testing dan regulator tuning.

Komponen-komponen utama pada mekanisma tourbillon (sumber: ablogtowatch)

Jenis-Jenis Tourbillon
Penghasilan jam-jam tourbillon mengambilkira arah tarikan graviti dan paksi (axis) balance wheel apabila jam tangan dipakai. Ada tiga jenis tourbillon – traditional/classic tourbillon (one axis tourbillon), ‘flying tourbillon’, dan multi-axis tourbillon. Traditional Tourbillon menggunakan ‘bridge’. Ia adalah mekanisma yang memegangnya pada kedudukan tetap dan membolehkan ia dilihat apabila berputar.

Jam Danial Roth Classic Tourbillon. Menggunakan bridge yang dipasang pada movement secara kekal untuk memegang mekanisma tourbillon.

Jam tangan jenis 'open heart' seperti Orient ini hanya menunjukkan mekanisma balance wheel melalui bukaan pada dial. Bukan tourbillon.

Flying Tourbillon mempunyai binaan yang bersifat aesthetic dimana bridge tidak digunakan supaya tourbillon dapat dilihat sepenuhnya tanpa halangan. Ia terhubung pada movement yang memegangnya. Ia amat rumit untuk dibina secara artistik.

Jam Jaeger-LeCoultre Master Minute Repeater Flying Tourbillon. Tiada tourbillon bridge. Mekanismanya dipasang pada movement.

Kebanyakan movement-movement tourbillon beroperasi pada satu paksi (one axis). Namun ada juga movement-movement tourbillon yang bergerak pada pelbagai paksi (multi-axis). Tujuannya adalah untuk nyah kesan graviti apabila jam dipakai bergerak ke pelbagai arah. Secara lumrah, tangan kita bergerak sepanjang masa maka Multi-Axis Tourbillon dicipta untuk tujuan tersebut. Ia umpama gyroscope. Jam tourbillon jenis multi-axis mahal dengan harga ratusan ribu.


Jaeger-LeCoultre Master Grand Tradition Gyrotourbillon. Jam tourbillon mewah. Tourbillon yang bergerak di pelbagai paksi. Rekabentuknya unik.

Kemajuan teknologi rekabentuk 3D dan precision engineering kini banyak membantu master-master watchmaker untuk mencipta pelbagai jenis tourbillon. Ada yang single tourbillon, double tourbillon, triple, quadruple, dan pelbagai komplikasi lain.

Jam tangan Deep Space Tourbillon ciptaan independent watchmaker Vianney Halter. Canggih dan futuristic.

“Mahal, namun tidaklah sehebat jam yang menggunakan movement tradisional yang bertaraf chronometer. Jam-jam tourbillon memang mengasyikkan apabila diperhatikan. Komplikasi dan pergerakannya menggambarkan kemampuan sesebuah jenama untuk membuatnya. Mengeluarkan jam tangan tourbillon hanyalah kebanggaan. Kebanggaan kepada watchmaker atau jenama yang mampu membuatnya dan pemilik yang mampu membelinya.” – thetick-thetick