Apa itu crystal pada jam tangan?
Crystal adalah terma (term) yang digunapakai untuk cermin jam. Dari segi sifat, crystal atau kristal dalam ejaan Bahasa Malaysia adalah bahan mineral yang lutsinar dan terlalu jernih. Apabila dipasang pada jam tangan, ia membolehkan dial dan pergerakan jarum dapat dilihat dari segenap sudut. Bergantung kepada jenis dan ketebalan, crystal menjadi pelindung kepada dial dan jarum jam. Bukan setakat menjadikan dial jarum kelihatan jelas, ia juga menahan dari habuk, air, dan benda asing yang lain dari memasuki jam tangan.
Acrylic
Acrylic atau plastic adalah merupakan bahan terawal digunakan pada jam tangan. Sifatnya yang mudah ditempa dan dibentuk mengikut rekabentuk sesebuah jam tangan menyebabkannya digunakan oleh industri pembuatan jam dalam jangkamasa yang agak lama. Kosnya juga rendah. Jam tangan menggunakan acrylic atau plastik masih wujud sehingga sekarang namun hanya digunakan pada jam-jam digital dan jam-jam yang berharga rendah. Jam Swatch masih lagi mengekalkan penggunaan acrylic pada sebahagian besar produk-produknya. Kelebihan yang ada pada acrylic ialah ianya tidak mudah pecah berderai (shattered) tetapi mudah calar dan retak. Warnanya juga akan menjadi kekuningan setelah melalui tempoh yang agak lama. Ini boleh kita lihat pada jam-jam vintage sebelum pertengahan tahun 70an. Acrylic mudah digilap (polish) untuk menghilangkan calar-calar halus dengan menggunakan bahan-bahan pengilap yang non-abrasive. Sebelum tahun 70an, kebanyakkan jam penyelam (diver’s watch) yang kalis air menggunakan thick-acrylic atau acrylic tebal bagi mengekang crystal daripada retak semasa jam digunakan di tahap kedalaman yang tertentu.
Omega Seamaster vintage menggunakan acrylic. Crystal jam Omega yang asli terdapat logo Omega pada bahagian bawah-tengah (bulatan).
Mineral GlassMineral glass atau kaca mineral mula digunakan di awal tahun 70an. Ia dipelopori oleh pengeluar-pengeluar jam penyelam yang yakin bahawa jam akan tahan lebih banyak tekanan (water depth pressure) dengan menggunakan bahan kaca yang keras (hardened glass). Bukan itu sahaja, gelas yang tebal dan berbentuk dome pada jam penyelam memudahkan waktu pada dial dilihat di setiap sudut ketika berada di dalam air. Trend jam sport yang bermula pada penghujung tahun 60an juga menyaksikan banyak jam-tangan seperti itu menggunakan bahan kaca. Seiko, peneraju jam tangan sport dari Jepun menggunakan Hardened Mineral Glass pada jam-jam tangannya. Pembuatan crystal jam tangan sport Seiko yang berbentuk dome dan adakalanya kelihatan melengkung dipanggil Hardlex Glass. Mineral glass yang bersifat keras dan dibuat tebal memang tahan lasak untuk kegunaan jam sport seperti chronograph dan diver. Namun, mineral glass mudah calar, retak, dan sopek (chipped) jika terkena hentakan yang kuat. Mineral glass mudah digilap menggunakan bahan-bahan non-abrasive. Namun, calar yang ada tidak mudah dihilangkan melainkan dengan teknik glass-buffing.
Sapphire Crystal
Pengeluar jam Swiss berjenama Rolex menetapkan sapphire crystal sebagai standard kepada kesemua jam-jam tangan keluarannya. Crystal jam yang diperbuat untuk jam tangan adalah synthetic sapphire yang mempunyai kekerasan tinggi hampir kepada berlian (diamond). Sapphire dan ruby yang diklasifikasikan sebagai Corundum berada di skala 400 mengikut tahap kekerasan. Sapphire crystal tidak mudah calar dan retak dan hampir sama tahap lutsinar dan kejernihannya dengan kaca. Namun begitu, pada tahap hentaman (hostile bang or stress) yang tertentu, sapphire crystal lebih mudah sopek berbanding kaca. Kerana itu, jam tangan Rolex menggunakan sapphire crystal yang agak tebal. Seperti kaca, sapphire crystal mudah digilap menggunakan bahan non-abrasive.
Rolex menggunakan sapphire crystal yang agak tebal. Ini jelas kelihatan pada model Rolex Explorer I di atas.
Anti-reflective CoatingCrystal pada jam tangan adakalanya menyerap bayangan (reflex) dan memantulkan cahaya. Silau, ini mengganggu pembacaan waktu pada dial. Breitling, pengeluar jam tangan sport dari Switzerland adalah antara pengeluar yang mula-mula menggunakan anti-reflective coating pada jam-jam tangan keluarannya. Ia menggunakan teknik yang sama digunakan pada lensa-lensa kamera bagi memantulkan (reflective) bayangan dan menyerap cahaya. Bahan anti-reflective yang disalut dibahagian bawah crystal membolehkan waktu dibaca pada semua pencahayaan di sekitar kita. Crystal jam yang mempunya anti-reflective coating akan kelihatan kebiru-biruan pada tepinya dan jika dipandang pada sudut tertentu.
Breitling Super Ocean menggunakan anti-reflective coating. Crystalnya nampak kebiru-biruan seperti gambar di atas.
Anti-reflective Sapphire GlassAnti-reflective sapphire glass mula digunakan oleh jenama-jenama elit Swiss mulai pertengahan tahun 2000. Jam tangan Panerai siri terbaru menggunakannya sebagai satu standard. Begitu juga jenama Patek Philippe, Audemars Piguet, Omega, Tag Heuer, dll. Kelebihan anti-reflective sapphire glass adalah gabungan ketahan sapphire crystal dan bahan campurannya yang mampu memantulkan bayangan dan cahaya. Tidak seperti anti-reflective coating, anti-reflective sapphire glass tidak menampakkan warna kebiru-biruan pada crystal jam.
"Negara China adalah antara pengeluar terbesar synthetic sapphire di dunia. Kerana itu, ada jam-jam tangan tiruan dari negara China yang dipanggil 'Swiss Grade' menggunakan sapphire crystal. Ada juga sapphire crystal tiruan yang menggunakan treated glass yang tidak mudah calar. Pada hakikatnya, sapphire crystal tiruan tetap akan calar apabila treatment-coatnya tanggal pada suatu tempoh tertentu. Harga sapphire crystal agak mahan berbanding jam tangan tiruan grade swiss itu sendiri!" - thetick-thetick
[Semak dan susun semula 15 Julai 2020]