Showing posts with label Seagull Movement. Show all posts
Showing posts with label Seagull Movement. Show all posts

Tuesday, 25 February 2020

Tick-Talk: Jam Tangan Replika (Tiruan) High Grade dan Mewah

"Aku ngaku. Aku pernah jadi peminat jam-jam replika tiruan suatu masa dulu. Cumanya waktu tuu aku bukan laa penternak. Sekadar memenuhi selera mata... nak melaram. Dari yang murah 2 3 ratus sebijik sampai laa yang cecah harga ribuan satu. Pastinya yang branded! Kini tukun-tukun ni memang dah takda lagi dalam simpanan. Lama dah aku usir keluar... hehe! PS Boutique pusat jual beli jam-jam spesis camni pun dah bertahun aku tak jejak. Tapi minat aku masih ada pada tukun-tukun tiruan ni. Bukan minat nak beli-pakai-simpan, tak! Tapi minat mengetahui perkembangan tukun-tukun ni terutamanya yang harga seketul seribu ke atas. Ada gak kengkawan yang pakai kereta Merc Bee Em masuk kencang puluh ribu setiap bulan... pakai tukun-tukun ni. Bukan tak mampu beli yang ori. Mereka minat, cuma tak nak belanja mahal-mahal. Hehe! Jangan rasa hairan, ramai orang macam ni kat luar sana. Okeylah, aku kongsikan sedikit hasil carigali aku pasal industri penternakan tukun tiruan gred gred tinggi nih... baca santai, jangan serious! Artikel agak panjang." - thetick-thetick2020 

Jam Replika (Tiruan) High Grade
Bila disebut atau dinyatakan sebagai jam replika high grade, pastinya kita beranggapan yang jam tangan tersebut berkualiti tinggi. Berdasarkan pengalaman, ada kemungkinan ianya benar. Kemungkinan juga tidak. Walaupun harga memainkan peranan dalam menentukan kualiti sesuatu barangan, kita tolak tepi dahulu. Jam-jam replika jenis high grade biasanya mempunyai ciri-ciri ‘luaran’ seperti berikut: 
  • Fizikal – Mempunyai bentuk fizikal yang sama atau hampir sama dengan yang asli, boleh dikategorikan sebagai ‘clone’. Dari segi ukuran dan ‘setting’ segalanya sama atau hampir sama.
  • Fungsi – Sama seperti jam yang asli. Fungsi perakam masa, chronograph, GMT, ‘bezel operation’, moon-phase, dll. sama sepertimana yang terdapat pada jam asli yang diciplak. 
  • Material – Ini sesuatu yang sukar dibezakan. Banyak jenis gred stainless steel ada dipasaran. Ada replika yang menggunakan gred-gred bagus seperti ‘surgical grade steel’, 316L steel, dll. Crystal juga, kebanyakkanya menggunakan sapphire crystal dan tidak kurang juga diperbuat dengan AR coating. Untuk tali jam yang bukan metal, jam-jam replika jenis gred mewah menggunakan tali getah, tali silicon, dan tali kulit yang bermutu tinggi. Begitu juga hardware yang lain seperti buckle dan keeper pada tali jam tangan.
  • Signature – Kebanyakan jam-jam yang diciplak adalah dari jenis berjenama dan model-model yang mendapat sambutan. Kebanyakan jam-jam asli ini mempunyai signature tersendiri. Daripada sebesar-besar crown signature sehinggalah engraving pada movement jam tangan, semua signature-signature ini ada pada jam replika mewah. Hanya jauhari mengenal manikam, nak membezakan adakalanya sukar.
  • Complete Merchandise – Ini bukan suatu yang baharu. Jam replika jenis ini dijual dengan set lengkap (complete merchandise) yang sama seperti jam-jam asli. Kotak luar, presentation box, certificate, booklet, manual, sales tag, watch tag, dll, kualiti kesemua barangan ini adalah jenis yang sememangnya bermutu, hampir serupa – good counterfeit, premium fake.
Semua yang di atas adalah sifat-sifat ‘luaran’; dalaman pula adalah merujuk kepada movement (atau enjin jam) yang digunakan pada jam replika tersebut. Baik, berbalik kepada andaian high grade, high quality; movement pada jam tangan replika menjadi penentu. Adakalanya high grade, high price... inferior quality. Bukan semua replika mewah ini high quality. Usah seronok bayar harga ribuan. Bukan sedikit, tapi kebanyakannya selepas beberapa tahun dipakai - kalah pada jam Seiko 5, jam atuk-atuk yang berharga cuma dua tiga ratus! Tepuk dahi kauuu... jam replika mewah betul-betul jadi tukun. Campak ke laut. Percaya atau tidak? Baik, baca di bawah, jenis-jenis movement yang digunakan. Ini jadi ukuran!

The ‘Asian’ ETA
Asian ETA adalah merujuk kepada movement Swiss ETA yang diciplak dan dikeluarkan di negara China. Tidak dapat dipastikan samada ia adalah movement yang sama digunakan oleh pengeluar jam terkemuka dari China – Seagull. Terdapat berberapa variasi movement ETA yang diciplak - Cal. 2824, Cal. 2836, Cal. 2892, Unitas 6497/98, dan variasi chronograph Valjoux 77xx. Yang pastinya, movement-movement ini adalah calibre yang memacu perakam waktu pada tahap 8bps/28,800bph dan mempunyai kadar ketepatan yang bagus. Cuma, tahap ketahanan movement-movement Asian ETA ini meragukan. Samada mempunyai signature ETA pada semua movement-movement ini atau tidak, kualiti bahan dan proses pembuatannya tetap jadi persoalan. Berapa lama workhorse ini mampu bertahan? Jika beli (jam guna Asian ETA) harga seribu, tahan hanya dua tahun... berbaloi? Alat ganti? Berdasarkan pengalaman, tiada alat ganti. Cuma perlu ganti  movement yang sama... mana nak cari? Taukeh replika bagi 6 bulan warranty jeh... aduyai!  

Kiri - Mido Multifort high grade replica. Guna clone ETA Cal. 2824-2. Kanan - Longines Master Collection. Guna clone ETA Cal. 2892. Haa amacam? Serupa tapi tak sama. 
The Miyota
Miyota adalah syarikat bersekutu kepada jenama Citizen dari Jepun. Miyota mengeluarkan movement jam quartz dan automatic untuk kegunaan jenama-jenama kumpulan Citizen dan juga pengeluar-pengeluar lain. Jam-jam replika tiruan menggunakan dua jenis movement Miyota – Standard Automatic dan Premium Automatic. Harga jam replika berbeza dan bergantung kepada Miyota Standard atau Premium. Pastinya jam replika gred tinggi menggunakan Miyota Premium terutamanya Cal. 9015 atau Cal. 90S5. Movement Miyota juga banyak digunakan oleh pengeluar-pengeluar jenama mikro (micro brand) dan jenama-jenama lain yang agak dikenali. Movement Miyota ini telah terbukti keupayaan dan ketahanannya. Malah dikatakan sebagai pesaing utama kepada movement Soprod, Sellita, dan ETA yang asli.

Bell & Ross BR123 Vintage. Jam replika gred mewah B&R model ini menggunakan movement Miyota Calibre 9015. Berbaloi beli?!!!
The Clone
Pembuat-pembuat jam tiruan kini semakin maju. Movement-movement "in house" atau "enhanced ETA ebouche" kini sudah mereka berjaya klonkan. Memang perlu penelitian untuk membezakan antara movement yang asli dengan yang klon. Namun, disebalik kesamaan dari segi bentuk dan jenis komplikasi; movement yang diklonkan ini pastinya tidak sama dari segi kualiti dan penggunaan bahan. Proses pembuatan, pastinya tidak sama. Jam-jam asli guna in house movement atau enhanced ETA dijual pada harga yang boleh cecah ratus ribu, kalau murah pun... haha, tak murah, mungkin puluhan ribu. Maka pastinya ada proses dan kualiti pembuatan khusus pada movement yang digunakan. Klon? Mungkin harga jam guna movement klon ini hanya berharga sekitar 2 hingga 3% dari harga jam yang asli. Jadi, movement klon bagaimana? Murah dari yang asli... pastinya tidak akan tahan lama. Cuma bertahta di mata, pandang memang seronok. Bila rosak, pasti tiada alat ganti dan pastinya menyakitkan hati. Tepuk poket, tanyalah selera. Jam komplikasi harga ratusan ribu Richard Mille kini ada high grade replica guna clone movement. Nak beli? Harga 3 ke 4 ribu lebih bro... kalau rosak? Elok beli jam Oris genuine. Pasti tahan berzaman lamanya. Fikir-fikirkan...

Clone Movement. Omega Calibre 8900 dengan Panerai P.1000. Menarik! Nak beli jam-jam Omega atau Panerai second hand hati-hati... jangan sampai remuk hati. Bayar beribu, tapi jam clone. Kalau yang memang mencari... pilihan sendiri. Mahal brader....  
The Ronda Quartz
Selepas ISA Elemex SA dibeli oleh syarikat Ricoh dari Jepun dan tidak lagi mengeluarkan movement-movement quartz, pembuat-pembuat jam dari Switzerland mula beralih kepada Ronda. Ronda adalah pembuat movement quartz dari Switzerland yang masih beroperasi dan menjadi alternative kepada ETA quartz. Movement-movement Ronda sudah lama digunakan oleh jenama-jenama Swiss dan juga jenama-jenama lain dari seluruh dunia. Ia digunakan untuk jam-jam kelas pertengahan. Ronda mengeluarkan movement jenis standard timekeeper, GMT, dan pelbagai konfigurasi jam chronograph. Jenama Tag Heuer adalah pengeluar yang paling banyak menggunakan movement Ronda. Hampir kesemua model-model quartz Tag Heuer menggunakan Ronda. Nah!!! Kalau jam replika Tag Heuer guna movement Ronda bagaimana? Harga pulak hampir satu per empat dari harga yang asli! Rupa jam replika pula memang hampir 99% sama. Inilah realiti, engine sama kilang lain-lain. Kilang halal dengan kilang haram. Yang pastinya, movement Ronda memang terbukti kualitinya dan sudah digunakan oleh industri sejak sekian lama. Spare part? Mudah diperolehi. Hantar sahaja kepada apek-apek repair jam. Maka jam-jam replika gred mewah guna Ronda ni hayat dia agak panjang laa kutt! Tukar Swiss Renata battery je bro!

"Original Reassembled!" jam tiruan Swiss Made Tag Heuer Formula 1 WAZ111A. Guna original Ronda quartz.
Nota: Tag Heuer asli tidak guna spacer plastic berwarna putih seperti gambar di atas. Guna stainless steel spacer. Bila buka case back baru tahu bek!!!  
Rumusan
Ini pendapat peribadi. Bukan hendak mempromosi jam-jam replika gred sebegini. Cuma pandangan terhadap industri pembuatan jam tangan itu sendiri. Sejak movement ETA hanya dibuat dan diguna untuk jenama-jenama dari Swatch Group; Ronda menjadi alternative kepada pengeluar-pengeluar lain. (Nota: ETA Montres SA adalah anak syarikat kepada Swatch Group yang memiliki jenama-jenama seperti Omega, Longines, Tissot, Swatch, dll jenama mewah). Movement Ronda boleh diperolehi dan diguna oleh pembuat-pembuat jam jenama lain termasuklah pembuat tukun tiruan harga mewah. Begitu juga setelah berakhirnya hakmilik paten (patent right expiry) movement ETA; pengeluar-pengeluar lain mula beralih kepada Soprod, Sellita, Miyota Premium, atau Seagull yang mengeluarkan movement berkeupayaan yang hampir sama dengan ETA. Kehadiran teknologi Rapid Prototyping pula membolehkan pelbagai movement-movement in house diciplak atau diklonkan. Perkembangan ini membuka luas peluang untuk pengeluaran jam-jam replika tiruan gred tinggi dan mewah. Selagi ada permintaan, selagi itu aktiviti ciplak akan terus hidup dan berkembang. Permintaan dari yang ingin bergaya, tanpa mahu berbelanja banyak... atau yang kurang berkemampuan. Branded dan status sosial!

"Best copy, best edition, factory A, factory B, original reassembled, tut.. tut.. tut. Macam-macam tagline sipenjual jam replika tiruan jenis mewah ni. Aku tak nafi laa... bila nengok tuu macam berselera pulak. Cun bekkk... tapi tuu laa. Kita ikut matematik orang kumpul jam laa senang. Bayar replika sampai seribu setengah... elok aku beli jam Seiko Prospex, Citizen Promaster ke... Orient Star ke... jam Swiss second hand pun okey pe! Selera masing-masing. Seiko high-grade tiruan guna movement original Seiko... NH35 dengan NH36. Haruuuuu... Grand Seiko Quartz tiruan pun dah muncul! Siapa ada beli? Meh aku operate jam tuu." - thetick-thetick2020

Monday, 23 February 2015

Review: Kronen & Sohne KS232 Dress Watch

"Sejak Swatch Group AG Switzerland mengambilalih ETA Montres S.A. - pengeluar ebouche ETA; pembuat-pembuat jam tangan yang tidak mempunyai movement sendiri mula beralih kepada Miyota, Seiko, Ronda, ESA, dan jugak Seagull. Swatch Group menghadkan penggunaan movement ETA hanya untuk jenama-jenama dan pengeluar di bawah syarikat bersekutunya sahaja seperti Omega, Tissot, Longines, Mido, Rado, dsbg. Dan, sejak negara China mula membuka pintu untuk produk-produknya, banyak jenama jam tangan wujud disebabkan  teknologi pembuatan movement mekanikalnya yang agak murah berbanding pengeluar dari negara Jepun dan Switzerland. Kronen & Sohne adalah salah satu dari jenama yang menggunakan movement mekanikal dari China yang dibuat oleh Tianjin Seagull Corporation. Seagull yang telah wujud sejak tahun 1955 ini telah mengeluarkan banyak model jam tangan untuk pasaran tempatan (China) dan telah mula menyaingi Miyota dan Seiko sejak sedekat yang lalu dengan menjual movement-movement mekanikalnya. Kini banyak jenama-jenama dari negara German seperti Kronen & Sohne menggunakan movement Seagull yang pelbagai jenis. Jam jenama Ingersol turut menggunakan movement yang sama. Dress watch model KS232 ini adalah untuk dijual. Harganya jauh lebih murah dari Ingersol namun kualitinya tetap setanding. Baca review di bawah. Jam automatik Kronen & Sohne. Jenama boutique yang terdapat banyak cawangan di serata dunia dan wujud sejak 1992 di negara Jerman." - thetick-thetick 


Spesifikasi
Brand & Model: Kronen & Sohne, KS232
Movement: Calibre KM02L03 (Seagull, China), automatic
Function: Hour, minute, second, date
Case: Stainless steel, polished, see-through case back
Case Dimension: 40 mm without crown
Case Lug: 22 mm
Crystal: Mineral glass & see-through case back
Strap: Mixed high grade crocodile texture PU with genuine leather lining, black, 22 - 20
Strap Buckle: Signed KS stainless steel buckle, polished
Water Resistant: Not stated

Boutique dress watch - jenama dari Jerman... exclusive look
Guilloche dial atau engraved dial - memang mengasyikkan. Jarum ada luminous compound.
Coined-edge bezel - memang exclusive. Mineral glass crystal.
Signed crown. KS logo. 
Signed buckle. KS logo. Croco black watch strap.
Automatic movement. KS signed rotor. See through case back. Anti-shock balance wheel.
Blued screw. Purple jewel cup. Clean movement... boleh kunci tauu!
Kronen & Sohne - calibre KM02L03. Automatik... cuma tak boleh hacking.
Simple but exclusive packaging. Box set - watch tag, manual, open international warranty card.
"Sejak mutakhir ni memang banyak jenama-jenama jam wujud. Dari jam dress/boutique sampailah kepada model specialist. Jenama Ingersol, cecah ribu... seribu lebih tapi pakai movement Seagull. Camtu jugak jenama Borealis yang buat jam diver. Ada model Borealis yang guna Miyota, ada yang guna Seiko NH, dan ada jugak yang guna high-grade Seagull. Begitulah jadinya apabila Swatch Group memonopoli movement-movement ETA sehinggakan jenama Swiss (bukan Swatch Group) yang dulunya menggunakan movement mekanikal terpaksa menggunakan movement quartz buatan Ronda dan ESA. Model Tag Heuer terbaru menggunakan movement Miyota calibre 9015!!! Movement hi-grade 28,800bph keluaran Miyota yang boleh mendapat pensijilan COSC! Nanti aku buat research pasal cal. 9015 nih..." - thetick-thetick 
[Semak dan susun semula 27 Februari 2020]