Tuesday, 20 November 2012

Pengetahuan: Gas Helium & Helium Escape Valve (HEV)

"Bek, macam mana sifu ko servis jam Seiko Marine Master tuh? Tak keluar ke dia punya Helium gas? Gitulah ceritanya bila Hassan soal aku pasal Seiko Marine Master 300m yg ada sememangnya takde Helium Escape Valve tak lama dulu. Apa fungsi HEV nih? Gas masuk ke... gas keluar. Keluar masuk – masuk keluar. Yang mana satu? Memandangkan ramai tak tahu, makanya aku buat lah artikel ni untuk pengetahuan bersama. Bahasa sempoi-sempoi supaya mudah paham." - thetick-thetick.

Gas Helium dan Penyelam Skuba
Gas helium (singkatan kimia He) adalah gas yang paling ringan. Ia sering diisikan kedalam belon getah yang boleh terapung di udara. Kita biasa melihat kanak-kanak mahupun orang dewasa memegang belon yang pelbagai bentuk. Belon diikat dengan tali dan terapung. Itu adalah salah satu sifat gas helium. Bagi penyelam skuba (scuba diver); selain gas nitrogen, gas helium adalah salah satu elemen yang perlu diambilkira apabila menyelam pada kedalaman 50 meter atau lebih. Pada tahap kedalaman lebih dari 200 meter terdapat banyak gas helium di dalam air yang berada pada tekanan atau kemampatan yang tinggi (mengikut kiraan atmospheric ATM atau barometric BAR).

Memandangkan tekanan yang tinggi pada kedalaman tersebut, gas helium yang banyak mudah menyerap dan memasuki saluran darah penyelam skuba. Semakin dalam dan semakin lama penyelam skuba berada di dalam air terutamanya di laut, semakin banyak terdedah kepada gas helium. Oleh yang demikian, penyelam skuba perlu naik (surface-up) pada masa dan tahap (graduation) yang sesuai supaya gas helium dapat disisihkan mengikut tekanan. Semakin hampir di permukaan air, tekanan akan menjadi semakin rendah. Apabila berada di permukaan, tekanan udara adalah pada tahap normal pada bacaan barometer. Ini adalah satu disiplin wajib bagi penyelam skuba bagi mengelakkan DCS Sickness (Decompression Sickness). Kandungan helium yang berlebihan di dalam darah akan menyebabkan DCS dan boleh membahayakan penyelam skuba. Bagaimana pula kesan gas helium pada jam tangan penyelam skuba?

DOXA. Jam tangan penyelam berwarna oren pertama di dunia. Turut dipatenkan, pada scuba bezel terdapat 'depth graduation scale' bersebelahan 'time elapse' pada bezel ring.
Jam Tangan Penyelam Skuba
Sejak majunya pembuatan microprocessor, ramai penyelam skuba menggunakan 'dive-comp' yang kelihatan seperti jam tangan canggih. Selain menunjukkan waktu, dive-comp mempunyai pelbagai fungsi yang boleh membantu penyelam ketika berada di dalam air. Ia adalah merupakan jam tangan digital atau digital-analog dan antara jenama yang popular di kalangan penyelam skuba adalah Suunto dan Casio. Bagi jam tangan analog sepenuhnya, samada mekanikal ataupun quartz pasti mempunyai 'scuba bezel' ataupun 'dive timer scale' untuk membantu penyelam merujuk masa berlalu (time lapse) setiap kali menyelam. Ia juga berfungsi untuk mengagak tahap kandungan 'compressed air' pada tanki 'regulator' mengikut waktu pernafasan.

Kesan Gas Helium Pada Jam Tangan Skuba
Gas helium secara umumnya tidak memberi sebarang kesan pada jam tangan digital yang dipacu oleh movement electronic mahupun quartz. Ini adalah kerana perakam masa dipacu oleh microprosessor ataupun ketetapan pulse pada jam quartz. Untuk jam tangan mekanikal, kandungan gas helium yang terserap secara berlebihan di dalam watch case  akan menyebabkan pergerakan movement terbatas terutamanya balance wheel dan escape mechanisme. Apabila pergerakan balance wheel terganggu (mengikut kiraan BPS/VPS), ia akan menyebabkan perakam waktu menjadi perlahan atau mungkin terhenti terus.

TAG Heuer Aquaracer 300m Quartz. Tidak perlu HEV kerana perakam waktu dipacu oleh movement quartz.
Seiko Diver 200m Automatic. Tidak perlu HEV. Tapi, siapa yang nyelam takat 200m kena la displin... kena DCS kang naya! Masuk decompression chamber kang baru tau... he he...
Helium Escape Valve
Helium Escape Valve (HEV) berfungsi untuk mengeluarkan gas helium yang terdapat di dalam jam tangan. Memandangkan sifatnya yang ringan, ia mudah dilepaskan melalui injap (valve) pada jam tangan. Apabila berada dipermukaan air atau pada tahap tekanan udara rendah/normal, penyelam scuba boleh menekan tombol (knob) pada jam tangan untuk membolehkan gas helium dilepaskan. Kebanyakan jam tangan yang mempunyai HEV adalah jam skuba mekanikal yang mampu digunakan pada tahap kedalaman 300m dan/atau lebih. Jam tangan Rolex Sea-Dweller yang dikeluarkan pada awal tahun 70an adalah jam tangan penyelam skuba yang mula-mula mempunyai HEV. Kini HEV menjadi trend untuk pembuat jam tangan skuba yang lain dan terdapat pelbagai rekabentuk dan cara mengoperasikannya. Fungsinya tetap sama, untuk melepaskan gas helium dari dalam jam tangan.

Nota: Seiko MM300m dan MM1000m tidak mempunyai HEV. Mungkin rekabentuknya mampu menghalang kemasukan gas helium? Kedua-duanya direkabentuk tanpa ‘screw case back’. 

Fungsi HEV. Hanya dioperasikan pada tekanan udara rendah/normal di luar air dan setiap kali penyelam menamatkan selaman.
ROLEX SEA-DWELLER. Helium Escape Valve knob (dalam bulatan).
Pelbagai rekabentuk HEV knob. Kebanyakannya di bahagian tepi watch case' 
Selain knob untuk ditekan, jam skuba seperti Omega Seamaster menggunakan crown (dalam bulatan). 'He' pada knob atau crown adalah merujuk kepada gas Helium mengikut singkatan kimia. Bila crown diputar, injap akan terbuka untuk membebaskan gas Helium yang terkandung di dalam jam.
"Gas Argon (Ar) adalah salah satu gas yang digunakan di dalam pembuatan jam tangan. Pembuat jam tangan jenama Sinn dari Frankfurt German menggunakan gas argon di dalam model skuba. Gas argon yang terkandung di antara dial dan crystal membolehkan bacaan di buat dari setiap sudut pandangan ketika berada di dalam air. Biasan cahaya di dalam air secara alami memang mengganggu bacaan pada sudut tertentu ketika di dalam air. Gas argon mampu menghilangkan biasan apabila terdapat di bawah crystal jam tangan skuba yang secara umumnya agak tebal. Ini memang gas yang dimasukkan kat dalam jam untuk memudahkan bacaan di dalam air. Nak servis jam tu? Haaa... kena la hantar kat ejen. Hantar kat apek-apek servis jam kang... he he. Bek, kalau ko nak helium gas ko pegi la kat fun fair... kat orang jual belon. Sedut jeh kat tangki yang kembangkan belon tuuuu... sure suara ko jadi cam Donald Duck! Kalau suara kambing? Bekkkkk...” - thetick-thetick 
[Semak dan susun semula 20 Februari 2020]