Sebagaimana perakam waktu (timekeeper) yang berjalan berterusan (perpetual motion), calendar pada jam tangan turut bertukar dari tarikh semasa kepada tarikh yang seterusnya secara berterusan selagi mana jam beroperasi. Ini bermakna kita tidak perlu menukar tarikh secara manual, hari demi hari. Pertukaran ini berlaku tepat pada jam 12 malam setiap hari selama mana jam tangan beroperasi. Calendar tarikh (date calendar) mempunyai kitaran atau pusingan dari 1 hingga 31 haribulan. Apabila tarikh bulan berakhir pada 28, atau 29, atau 30; calendar perlu diubah supaya tarikh seterusnya akan bermula dengan 1 haribulan. Begitu juga apabila jam tangan terhenti dan perlu di set semula. Ini kita boleh lakukan dengan cara manual. Jam tangan perpetual calendar samada quartz atau mechanical adalah jam tangan yang mampu memaparkan calendar secara tepat. Untuk memberikan ketepatan pada calendar, setting atau penetapan perlu dibuat terlebih dahulu. Setelah dibuat, calendar akan beroperasi seperti perakam masa - secara perpetual motion.
Jenis-Jenis Calendar Jam Tangan
Untuk jam tangan analogue, terdapat dua jenis calendar iaitu 1. Analogue Calendar yang menggunakan jarum atau dikenali sebagai pointer date dan 2. Display calendar yang menggunakan calendar disc yang dicetak dan dipapar pada bukaan (aperture) pada dial jam tangan. Terdapat beberapa calendar complication pada jam tangan. Yang paling asas adalah date. Ada juga jenis week-date yang memapar day dan date. Terdapat pula jam tangan dengan fungsi annual calendar complication yang mampu memaparkan date, day, month, dan year termasuklah tahun lompat atau leap year. Untuk jam-jam tangan digital, calendar akan dipapar pada LCD atau LED screen. Kiraan dibuat oleh micro processor yang terdapat dalam movement jam tangan digital tersebut.
Jam mewah annual calendar. IWC Swiss (gambar kiri) menggunakan calendar display manakala Lange Germany (gambar kanan) pula menggunakan jarum dan calendar register.
Bagaimana Perpetual Calendar Berfungsi?
Jam-jam tangan analogue, samada mechanical atau quartz menggunakan beberapa gear untuk menukar tarikh. Pusingan pada gear-gear inilah yang membolehkan kiraan 24 jam dibuat bagi pertukaran tarikh secara perpetual. Ilustrasi berikut menerangkan secara fizik, asas bagaimana calendar jam tangan analogue berfungsi secara berterusan, perpetual.
- Seconds Wheel - satu pusingan penuh bermaksud kiraan sudah menepati jangkamasa 1 mini. Pusingan gear pada seconds wheel akan memacu minute wheel untuk meneruskan pusingan untuk kiraan jam.
- Minute Wheel - satu pusingan penuh bermaksud kiraan sudah menepati jangkamasa 1 jam atau 60 minit berdasarkan pacuan dari seconds wheel (60 pusingan seconds wheel).
- Hour Wheel - satu pusingan penuh bermaksud kiraan sudah menepati jangkamasa 6 jam. Secara berterusan, dari pacuan yang dibuat oleh seconds dan minute wheels; hour wheel akan membuat 4 pusingan untuk menepati kiraan 24 jam (6 jam untuk 1 pusingan penuh x 4 pusingan = 24 jam). Hour wheel terhubung dengan calendar striking mechanism/wheel dengan gear-gear pelbagai saiz yang dikenali sebagai reduction wheels. Reduction wheels mempunyai gigi-gigi gear yang lebih halus maka pusingannya akan menjadi lebih kecil. Reduction wheels akan mentransmisikan kiraan sebanyak 24 jam apabila terhubung pada striking mechanism/wheel.
- Striking Mechanism/Wheel - Striking mechanism/wheel akan berfungsi untuk menukar tarikh selepas menerima transmisi berterusan dari reduction wheel yang mengira pusingan penuh untuk 24 jam. Bergantung kepada pembuatan striking mechanism, secara umumnya mekanisma ini akan menukar tarikh semasa kepada tarikh seterusnya hanya selepas 1 pusingan penuh. Striking mechanism akan memicu calendar disc untuk bergerak dari satu tarikh kepada tarikh yang lain.
- Calendar Disc - Calendar disc akan bergerak mengikut arah jam atau lawan arah jam - bergantung kepada movement yang digunakan. Calendar disc diperbuat dari logam yang agak ringan seperti aluminium atau brass. Terdapat gigi-gigi pada disc. Striking mechanism/wheel akan memicu (seperti menarik untuk memusing) gigi-gigi pada calendar disc untuk membuat pertukaran tarikh. Untuk mendapat kedudukan cetakan tarikh (date print) yang tepat, calendar disc menggunakan holding pin atau calendar pin untuk memegang salah satu dari gigi yang terdapat pada disc. Holding pin akan memegang dan membebaskan gigi apabila striking mechanism/wheel memicu pergerakan disc untuk pertukaran tarikh. Calendar disc hanya berputar pada satu arah.
Menukar Tarikh Secara Manual
Terdapat dua cara untuk menukar tarikh pada jam tangan mechanical. 1. dengan menggunakan crown (atau pemutar jarum jam tangan) dan 2. dengan menekan butang (push button atau push piece). Menukar tarikh secara manual menggunakan crown dipanggil quickset date lever setting. Ilustrasi berikut menjelaskan bagaimana manual setting dibuat tanpa mengganggu timekeeper yang merakam waktu secara perpetual motion.
- Crown - Untuk mengoperasikan crown bagi menukar tarikh, ia perlu ditarik keluar dari kedudukan operasi. Pada kebanyakan movement-movement jam tangan, ia perlu ditarik pada had yang pertama. Had kedua biasanya untuk menukar waktu. Pada crown stem, terdapat stem lever yang akan terhubung kepada mekanisma untuk menukar tarikh atau calendar secara manual.
- Stem Lever - Disengaged : Pada kedudukan operasi iaitu apabila crown tidak ditarik keluar, stem lever tidak terhubung dengan quick-setting wheels. Engaged : Apabila crown ditarik keluar, stem lever akan terhubung dengan quick-setting wheels. Pada kedudukan ini apabila crown diputar; ia akan memacu gear-gear yang ada pada quick-setting wheels untuk berpusing.
- Quick-setting Wheels - Sama fungsi seperti reduction wheels, quick-setting wheels mempunyai jejari bersaiz sesuai untuk membuat pusingan yang sama bagi memacu calendar disc.
- Calendar Disc - Pacuan dari quick-setting wheels akan menggerakan disc untuk menukar tarikh. Ia mampu untuk dioperasikan untuk rapid date change, iaitu pertukaran tarikh terpilih melalui langkauan tarikh demi tarikh secara berterusan.