Saturday, 28 March 2020

Pengetahuan: Jenis-Jenis Tali Jam Tangan Bhg. 1

Tali putus! Tali kulit lusuh! Tali besi tak cukup panjang... perlu diganti baharu. Kita cari tali-tali aftermarket sebagai pengganti atau ganti dengan tali dari model yang asal. Bila dipasang, adakalanya jam tangan murah boleh kelihatan mahal. Adakalanya pula, jam tangan cantik boleh kelihatan hodoh atau tidak kena! Bagaimana ini terjadi? Sudah pastinya disebabkan oleh penggantian tali jam yang tidak bersesuaian. Tali jam tangan samada jenis kulit, getah, silicon, hybrid mahu pun besi (atau bahan-bahan logam lain) ada pelbagai jenis, rekabentuk, saiz, dan warna. Begitu juga lug atau bahagian di mana tali disambung kepada watch head atau kepala jam ada pelbagai bentuk dan saiz. Untuk mendapat padanan yang terbaik untuk jam tangan anda, asas-asas ini perlu diketahui. Dari segi harga, ia pilihan masing-masing. Sudah semestinya yang mahal lebih berkualiti. Namun, ada juga yang murah tetapi padan kepada jam tangan anda. Berikut perjelaskan jenis-jenis lug, bentuk sambungan tali, dan terma-terma tali jam tangan yang patut kita ketahui secara umum. Artikel dibahagikan kepada dua bahagian. - thetick-thetick

Jenis-Jenis Lug dan Sambungan Tali Jam
Terdapat tiga jenis lug yang biasa direkabentuk untuk pembuatan jam tangan iaitu open lughooded lug dan fixed lug. Jenis-jenis ini bergantung kepada rekabentuk watch headOpen lug adalah ruang terbuka di kedua-dua hujung watch head atau bahu jam (watch shoulder) di mana terdapat pinhole untuk tujuan penyambungan. Manakala hooded lug pula, pinhole terdapat di bahagian dalam shoulder. Kedua-duanya menggunakan spring bar atau screw pin untuk tujuan penyambungan kepada tali jam samada jenis kulit, getah/silikon, atau bahan-bahan logam (metal). Fixed lug adalah rekabentuk di mana tiada penggunaan spring bar untuk pemasangan ke watch head. Jam-jam tangan fixed lug ini biasanya adalah jam-jam jenis kegunaan tentera dan juga jam-jam vintage yang wujud sebelum terciptanya spring bar. Namun ada juga pengeluar-pengeluar yang masih mengekalkan rekabentuk fixed lug ini untuk model-model jam tangan mereka.

Tali-tali jam disambung kepada kepala jam (watch head) dengan dua cara - integrated dan detached. Integrated adalah dimana tali disambung terus kepada watch head, sementara detached pula adalah rekabentuk di mana keseluruhan tali boleh dipasang dan dibuka menggunakan spring bar atau screw pin. Kebanyakan jam tangan integrated adalah jenis bertali logam.

Tanpa mengira jenis-jenis material yang digunakan, tali yang dipasang pada lug terdapat dua jenis iaitu straight-end dan curved-end. Ini merujuk kepada bahagian hujung (end link atau strap end) di mana tali disambung ke watch head.
Tali Kulit
Terdapat banyak jenis kulit yang digunakan sebagai tali jam seperti cowhide (kulit lembu), alligator/crocodile, ostrich (kulit burung kasawari), shark, stingray, dll. Di sebalik material yang pelbagai, tali kulit diperbuat dengan lima bentuk - straight, tapered, flat, padded, dan semi-padded. Untuk jenis tapered, kebanyakannya pengeluar-pengeluar akan menandakan saiz tapering pada tali jam seperti 20-18 dsbg. 20 bermaksud 20mm saiz pangkal tali manakala 18 bermaksud 18mm saiz di hujung tali. Tali jenis padded adalah tali yang agak tebal. Terdapat lapisan cushion di bahagian dalam tali. Tali jenis padded juga dinamakan sebagai Breitling Type sempena tali jam jenis kulit yang dibuat oleh syarikat Breitling untuk model-model jam pilot keluaran mereka. Jenis semi-padded pula adalah jenis tali yang terdapat padding di bahagian pangkal sementara sebahagianya hujungnya tiada. Bahagian yang tiada padding ini adalah bahagian tali yang terdapat lubang-lubang untuk diikat kepada buckle.

Tali Getah, Silikon, dan Resin
Tali jenis getah atau silikon biasanya dipasang pada jam-jam tangan penyelam scuba ataupun jam-jam sports. Begitu juga resin yang dibuat menggunakan poly compound atau bahan-bahan campuran plastik. Tujuan penggunaan bahan-bahan ini ada kalis air. Terdapat banyak jenis texture pada tali-tali ini. Namun di sebalik pelbagai texture terdapat dua jenis bentuk tali getah, silikon ataupun resin. Mereka adalah jenis flat dan vented. Jenis vented (atau sebahagiannya berlubang) adalah sesuai untuk dipakai semasa aktiviti penyelaman di laut dalam. Vent atau lubang boleh memberi keselesaan kepada pemakai semasa berada pada tekanan tinggi di dalam air. Kebanyakan tali-tali jenis ini agak tebal berbanding tali-tali jam tangan yang biasa. Jam G-Shock mampu digunakan pada tahap kedalaman hingga 200 meter di dalam air. Maka itu, hampir semua tali-tali jam tangan G-Shock adalah jenis vented. Begitu juga tali-tali jam tangan penyelam yang lain.

Tali Kanvas
Tali kanvas adalah jenis tali yang menggunakan bahan-bahan tenunan seperti cotton-wovennylon, dan Cordura. Tali-tali jenis ini biasanya digunakan pada jam-jam tangan lasak seperti jam-jam tentera (military) ataupun outdoor. Berikut adalah jenis-jenis tali kanvas aftermarket yang terdapat di pasaran. Bahagian-bahagian tali yang diperbuat dari logam dipanggil hardware. Untuk tali-tali kanvas, bahagian-bahagian hardware ini adalah buckle, keeper, dan loop yang terdapat pada tali jam. Sebagai contoh, tali jam NATO yang diperbuat dari kanvas jenis nylon kebanyakannya menggunakan buckle yang diperbuat dari logam dan mempunyai standard 3 loop dari bahan yang sama bertujuan untuk disarung pada watch head melalui lug. Begitu juga tali jenis parachute yang berasal dari negara Perancis. Ia menggunakan hardware dari jenis logam untuk mengubah saiz dan mengikat kedua hujung tali jam.

Tali Hybrid
Tali hybrid adalah tali-tali gabungan bahan. Antara yang paling popular adalah gabungan silikon dan kulit. Bahagian bawah diperbuat dari silikon dan bahagian atas daripada kulit. Tujuannya adalah untuk memberi daya tahan. Bahagian bawah dari bahan silikon ataupun getah untuk kalis peluh/air dan bahagian atas dari kulit untuk aesthetic. Ada gabungan lain seperti getah dan kanvas. Ada pula logam dan resin.

Bersambung di bahagian kedua.