Friday, 22 May 2020

Tick-Talk: Helm Vanuatu, Jam Penyelam Jenama Mikro Yang Jadi Perhatian

Jenama mikro, microbrand. Jam tangan microbrand bukanlah suatu yang baharu. Telah wujud di zaman keemasan industri jam tangan dari pertengahan tahun 50an hingga penghujung tahun 70an. Terdapat ratusan jenama mikro ketika itu. Sekitar tahun 2013/2014 ia kembali popular. Tidak seperti jenama-jenama homage dari tanah besar China dan Hong Kong, jenama-jenama mikro ini menawarkan model-model rekabentuk tersendiri. Trending, jenama mikro kini tumbuh bagai cendawan. Namun, tidak semuanya mendapat sambutan pasaran. Hanya segelintir dan bergantung kepada kekuatan rekabentuk jam yang dikeluarkan. Antara yang berjaya adalah Helm Watches yang begitu terkenal dengan jam penyelam Vanuatu. Jam ini begitu terkenal sehingga mewujudkan 'cult follower' sendiri. Hendak membeli yang baharu? Selamat mencuba! Selalu 'out of stock'. Jam yang agak sukar diperolehi! Di pasaran jam tangan terpakai juga jarang ditemui. Inilah rungutan ramai watch reviewer dari serata dunia. Apa istimewanya jam penyelam jenama mikro ini? thetick-thetick
Latar Belakang Helm Watches
Helm Watches adalah jenama yang dimiliki oleh The Helm Group Limited yang berasal dari North Carolina, Amerika Syarikat. Ia ditubuhkan pada bulan September tahun 2014. Helm Watches adalah pengeluar jam tangan penyelam dengan pematuhan standard ISO 6425. Jam tangan keluaran Helm Watches menggunakan movement Seiko Instruments Inc. (SII) iaitu Cal. NH35 (bersamaan dengan Seiko 45R35) dan Cal. NH38 (tanpa tarikh/date). Model pertama yang dilancarkan adalah model Helm Vanuatu (versi pertama) pada bulan Oktober 2015. Model ini mempunyai tahap ketahanan tekanan air pada kedalaman 300 meter. Ia juga ditambah-baik secara berterusan dan versi/generasi yang terkini adalah yang ke 4.

Selepas kejayaan model Vanuatu, Helm Watches mengeluarkan dua lagi model penyelam yang tidak kurang daya tarikannya iaitu Khuraburi dan Komodo. Kedua-duanya turut mempunyai rating 300m dan pensijilan ISO 6425. Helm Watches menggunakan stainless steel gred 316L pada hampir semua bahagian jam tangan yang dikeluarkan. Sebagai jaminan pelanggan, setiap unit keluaran akan diuji dan diberikan sijil untuk ujian ISO 6425. Timing movement turut diregulasikan sebelum dihantar kepada pembeli. Selain tiga model jam tangan; Helm Watches turut menjual aksesori dan alat ganti untuk kesemua model-model keluaran mereka. Semua pembelian adalah melalui webstore rasmi - www.helmwatches.com

Pictorial Review - Helm Vanuatu Versi/Generasi Kedua
Jam Helm Vanuatu mula aku sedari pada tahun 2016 melalui carian ranking jenama-jenama microbrand popular. Ada beberapa jenama yang popular pada tahun 2016. Antaranya Halios, Tisell, Boldr, Zelos, dan Helm Vanuatu. Helm Vanuatu adalah jenama dan model yang paling laris dan mendapat sambutan (hingga sekarang). Namun, pada ketika itu anda perlu menunggu sehingga 6 bulan (atau lebih lama) untuk mendapatkannya secara terus dari Helm Watches dan akhir-akhir ini sentiasa kehabisan stok. Jam ini tidak dijual melalui pengedar-pengedar mahupun peruncit yang dilantik. Aku ni kurang sabar, bila dah bayar nak dapat cepat. Maka, lupakan niat. Nak jadi cerita al-hikayat, jam ini muncul depan mata hampir setahun yang lalu. Jam second hand, terus bayar, tak banyak tanya. Terima kasih kepada Saudara Hassan Detikduabelas 'Penternak Diver sa Malaya'. Selama berada dalam koleksi aku buat external cleaning, brushing, dan merekodkan ketepatan Cal. NH35A yang telah diregulasikan (tuning) oleh Helm. Memang betul pendapat-pendapat reviewer dan peminat-peminat Vanuatu. Berikut, review bergambar jam Helm Vanuatu versi/generasi kedua sebagai ukuran.

Semua bahagian jam adalah steel brushed. Case dimension: 43mm diameter, 14mm thickness, 50mm lug to lug, dan 22mm lug width. Dial Vanuatu ni hitam tak berkilat (matte black). Indeks minit dicetak dengan warna putih. Logo Helm dan references dicetak dengan warna kelabu gelap (grey lacquer). Nampak stealth! Indeks 5 minit dicetak dengan orange dot dan lume marker pula agak besar berbentuk empat segi. Date aperture terletak pada kedudukan pukul enam. Ada dua variasi pilihan - tarikh cetakan putih background hitam dan cetakan hitam background putih. Jarum hour dan minit kelihatan seperti jarum pada jam Sinn Germany model U1. Jarum lebar yang penuh dengan luminous compound. Jarum saat jenis lollypop kombinasi warna hitam dan oren. 120 clicks uni-directional bezel. Black PVD coated bezel insert. Lancar apabila diputar. Bezel tuu ada lume braderr.
Gigi-gigi bezel ring pada versi kedua lebih smooth berbanding versi pertama, lebih kemas. Lihat crown dan crown guard pada watch case. Memang buatan bermutu. Begitu juga Helm signature pada crown. Case shoulder melengkung recessed. Pinhole memudahkan strap/bracelet dibuka-pasang. Memang case yang rugged... toughSpringbar tebal macam Seiko diver... fat springbar.
Menggunakan solid end link. Tali besi jenis 5-piece-link. Antara bracelet yang paling bermutu hasil keluaran jenama mikro setakat ini. Setiap satu link agak tebal dan disambung menggunakan screw. Untuk saiz pergelangan tangan aku... lepas bracelet dipotong dekat 200 gram berat jam ni! Lenguh tangan masa mula-mula pakai.
Orang kata tali ni jenis tayar rantai kereta kebal, tank track pad! Memang solid tapi selesai dipakai. Dia punya double safety clasp pun buatan jenis kepingan besi tebal! Logo Helm terukir kemas.
6 lubang untuk micro-adjustment. Clasp yang memang bermutu, cuma takde diver extension. Clasp ni macam standard keluaran MiLTAT yang dijual kat Strapcode. Jenis bracelet mahal.
Tengok case lid... memang menampakkan pembuatan yang bermutu. Deep engraving. Semua reference ada pada penutup jam ni. Kalau rujuk pada website rasmi Helm, waterproof ring yang digunakan adalah jenis gred tinggi. Warna hijau. Macam yang diguna pada jam-jam penyelam Sinn Germany. Memang sesuai bagi pematuhan ISO 6425 untuk W.R. rating pada kedalaman 300 meter.
Tak perlu suluh dengan torch light. Kat cahaya kelam pun boleh nampak lume glow pada dial marker, hands, dan bezel index. Luminous compound jenis Swiss Super Luminova® BGW9 warna kebiru-biruan.  
Cermin jam jenis sapphire crystal tebal. Ada dua lapisan anti-reflective (A.R. coating) kat sebelah belakang cermin jam. Warna A.R. nampak sedikit ungu, purple. Memang tak mengganggu pembacaan walau di bawah sinaran mentari. Percaya atau tak?! Seminggu pakai, hampir 15 jam sehari, timing SII NH35 movement jam ni purata +/-4 saat sehari! Patut la Vanuatu ni mendapat perhatian! Inilah jam yang tak berapa mahal tapi payah nak dapat.
"Jam jenama mikro dari Switzerland... Swiss Made pun dah mula bersaing. Steinhart, Christopher Ward, Monta, dan Ancon adalah antara jenama Swiss yang semakin dikenali. Sesungguhnya jenama-jenama mikro yang makin bercambah ni mengambil peluang dari segi kekurangan yang ada pada rekabentuk jam dari jenama-jenama besar. Jenama mikro cuba menepati dan memenuhi citarasa ramai peminat dengan rekabentuk yang lebih menarik. Pengeluar-pengeluar ini juga mengambil peluang dari segi harga dan sasaran pasaran. Tujuan pengeluar-pengeluar ini hanya satu - memberi peluang kepada peminat-peminat untuk memiliki jam tangan yang bermutu pada harga mampu milik. Pengeluar movement seperti SII, Miyota, Soprod, Sellita, dan Sea-gull turut merancakkan perkembangan ini. Movement-movement inilah yang digunakan pada jam tangan jenama mikro. Dalam pencarian... nak carik jam second hand Halios Seaforth guna Miyota 90S5. Payah betul nak jumpa... hmmhh." - thetick-thetick2020