Showing posts with label Hairspring. Show all posts
Showing posts with label Hairspring. Show all posts

Tuesday, 30 June 2020

Pengetahuan: Ketepatan Jam Mekanikal Bhg. 2

Sambungan dari bahagian pertama.

Escapement dan Beat
Timekeeping module pada movement-movement mekanikal menghasilkan vibration atau beat (detik-detik) apabila jam beroperasi. Ia terhasil dari pergerakan "escapement" yang terdiri daripada balance wheel, pallet fork, dan escapement wheel. Ini adalah bunyi detik-detik (beat) yang kita dengar pada jam tangan. Ada bunyi berdetik laju dan ada yang perlahan. Detik-detik ini diukur dengan kiraan beat per second (bps) dan beat per hour (bph). Ada juga yang menggunakan vibration per second (vps) dan vibration per hour (vph). Secara umum, kebanyakannya menggunakan bps/bph. Semakin tinggi bps, semakin tinggi bph (nota: jumlah bps X 60 saat X 60 minit = jumlah bph). Movement-movement yang terdapat di pasaran kini mempunyai dua kategori vibration: 10bps/36,000bph dan 8bps/28,800bph untuk high-beat dan 6bps/21,600bph untuk low-beat. Fizik pada ketiga-tiga pembahagian masa (time division) yang terhasil dari 6bps/8bps/10bps adalah menepati formula untuk kiraan masa perakam waktu. Ilustrasi berikut menunjukan bagaimana detik-detik ini terhasil dari pergerakan escapement.

[A] Escapement Wheel bergerak pada satu hala hasil dari pacuan train wheels. [A1] Pallet Fork yang ditarik oleh escapement wheel akan tersangkut untuk bergerak dan memacu Balance Wheel Stud. Selepas ditarik, ia akan segera dilepaskan [A2]. Pergerakan ini kenali sebagai escapement. [A3] Hasil dari pergerakan escapement, pallet fork akan bergerak ke kiri dan ke kanan bagi memacu Balance Wheel untuk membuat putaran separuh ke kiri dan separuh ke kanan [B].

High-Beat Lebih Tepat?
Kepada peminat-peminat jam tangan mekanikal, mereka lebih memandang kepada movement-movement high-beat. Ini adalah kerana mereka beranggapan bahawa movement-movement high-beat seperti 10bps dan 8bps mampu memberi ketepatan perakam waktu yang lebih bagus berbanding low-beat 6bps. Persepsi dan tanggapan ini tidak 100% benar. Samada high-beat atau low-beat, semua movement yang digunakan tetap terdedah kepada 3 elemen persekitaran yang mengganggu timekeeping module. Bagi memastikan ketepatan, movement-movement in perlu terlebih dahulu diregulasikan (adjusted). Jika adjustment dibuat secara betul, movement low-beat juga boleh mencapai ketepatan pada julat-julat yang sama pada movement high-beat. Kerana itu majoriti movement-movement yang mendapat pensijilan adalah pada kategori 8bps. Hanya segelintir sahaja movement yang berada pada kategori 10bps. Kebanyakan jenama-jenama besar Swiss seperti Rolex, Breitling, JLC, AP, Patek Philippe, dan Zenith mendapat pensijilan melalui movement-movement 8bps. Movement 10bps lebih sesuai untuk perakam masa fungsi chronograph kerana pada tahap 10bps perakam chronograph (stop-watch) mampu merakam waktu pada pembahagi masa 1 per 10 (1 over 10th). Dari segi perpetual motion atau pergerakan berterusan, jarum saat pada movement 10bps bergerak lebih lancar (smooth) berbanding 8bps. Perhatikan pergerakan jarum saat pada ketiga-tiga kategori ini! Pasti ada perbezaan! Jarum pada 6bps kelihatan tersekat-sekat tidak seperti 10bps yang lebih lancar. Untuk movement 6bps mencapai julat ketepatan yang bagus, jenis regulator atau regulator system yang terdapat pada movement tersebut perlu diambil-kira sebelum adjustment dibuat.

Balance Wheel, Beat-Corrector, dan Timegrapher
Kebanyakan balance wheel hairspring diperbuat dari logam. Ada pula pengeluar yang menggunakan bahan-bahan bukan logam lain seperti gentian fibre (fibreglass) dan ada juga yang menggunakan bahan silica atau silicium. Bahan-bahan ini tahan karat, tidak mudah putus (nota: unbreakable spring), anti-magnetic, dan bersifat anjal. Ia membolehkan balance wheel bergerak separa kiri dan kanan apabila balance wheel pivot digerakkan oleh pallet fork. Kelajuannya ditentukan oleh saiz panjang dan diameter apabila digulung. Apabila diameter mengecil (menguncup), ia akan menggerakkan balance wheel dengan lebih laju dan apabila diameter membesar (mengembang) akan memperlahankan pergerakannya. Kelajuan balance wheel yang bergerak bersama escapement wheel akan menentukan ketepatan perakam waktu. Maka itu ia perlu diregulasikan.


Hairspring. Gegelung yang dipasang pada balance wheel. [A] Apabila mengembang, ia akan memperlahankan pergerakan. [B] Apabila menguncup, ia akan mempercepatkan pergerakan. Hairspring stud akan disambung terus ke beat-corrector. Kedudukannya kekal terpasang bagi membolehkan adjustment dibuat.
Beat-corrector adalah mekanisma yang dibina pada movement untuk tujuan adjustment. Ia adalah sebahagian daripada regulator system pada movement. Terdapat pelbagai jenis. Ada yang menggunakan lever dan ada yang menggunakan kombinasi lever dan screw. Movement-movement 6bps biasanya menggunakan jenis lever manakala 8bps/10bps kebanyakannya menggunakan screw-lever. Ilustrasi di bawah menunjukkan jenis beat-corrector yang digunakan pada movement Ronda R150. Beat-corrector jenis ini dioperasikan menggunakan screw dan lebih mudah untuk diregulasikan pada index + dan - (laju dan cepat) yang berskala kecil bagi mengawal kelajuan balance wheel.
Beat-corrector. Terdapat pelbagai jenis yang digunakan pada regulator system. Jenis screw-lever adjustment lebih mudah untuk digunakan.


Untuk mendapatkan bacaan yang tepat bagi membuat adjustment, peranti yang dikenali sebagai timegrapher amat membantu. Timegrapher adalah peranti yang dilengkapi dengan analyzer yang menerima dan merakam bacaan detik-detik pada movement melalui pembaca bunyi mikro (microsound reader). Ia turut dilengkapi dengan alat pemegang movement jam tangan boleh-ubah. Pembolehubah ini membolehkan movement digerakkan pada 5 kedudukan.
Timegrapher. Digunakan untuk membaca detik-detik perakam waktu pada movement jam tangan. Antara data-data yang boleh diperolehi adalah detik setiap saat (bps), jumlah detik untuk satu jam (bph), cepat/lambat, amplitude, angle dan beat-error bagi pergerakan balance wheel. Apabila adjustment dibuat dengan betul, movement low-beat 6bps mampu mencapai julat ketepatan yang hampir menyamai high-beat 8bps dan 10bps.

"Artikel panjang berjela. Maaf. Perlu beri penerangan menyeluruh. Apa yang penting pada jam tangan kita adalah timekeeping module. Ia harus memberikan ketepatan yang baik. Ketepatan perakam waktu bergantung kepada power distribution yang konsisten, lancar pergerakan, escapement, dan regulator yang bagus. Ia sesuatu yang menyeluruh. Bukan high-beat atau low-beat. Bukan 50 jam power reserve atau 70 jam power reserve. Julat atau range ketepatan sesuatu jam tangan itu adalah lebih utama. Jam kita perlu ada +/- (plus/minus) beberapa saat sehari. Lebih kecil julat ketepatan, lebih bagus (Nota: C.O.S.C. adalah -4/+6 saat sehari). Tetapi jika tiap-tiap hari - (minus) bermakna movement kita perlahan; jika tiap-tiap hari + (plus) bermaksud sebaliknya. Perlu ada keseimbangan. Adjustment boleh dibuat. Ini adalah fizik, asas kepada kiraan ketepatan movement jam tangan mekanikal yang kita perlu faham. Ikuti artikel seterusnya mengenai Tourbillon. Apakah ia dan bagaimana ia mampu memberikan ketepatan perakam waktu yang terdedah kepada elemen graviti." - thetick-thetick2020

[Semak dan susun semula 14 Julai 2020]

Friday, 22 October 2010

Tips: Bagaimana Nak Manual Tune Seiko Anda?

Tuning atau Regulating
Tuning atau Regulating adalah terma yang digunakan untuk ‘adjustment’ pada ‘regulator’ sesebuah jam tangan. Tujuannya adalah untuk memastikan jam tangan berjalan dengan tepat atau hampir tepat. Jam tangan yang mendapat certification C.O.S.C. atau Chronometer Certified memerlukan movement jam diadjust pada 5 posisi (adjusted in 5 position) dalam suhu panas (heat) dan suhu sejuk (cold). Jam tangan berjenama dan mempunyai pengesahan C.O.S.C. berharga agak mahal. Kebanyakan movement jam-tangan yang bukan chronometer certified hanya ditune pada kedudukan ‘face-up’ semasa di akhir process pengeluarannya. Oleh itu ada sebahagian movement pada jam dicetak dengan perkataan ‘unadjusted’.

Kesan Graviti, Medan Magnet, dan Suhu
Tarikan gravity, tarikan medan magnet, dan suhu persekitaran mempengaruhi pergerakan balance wheel pada sesebuah jam tangan mekanikal. Balance wheel yang bergantung kepada hairspring yang halus akan bergerak pada separuh putaran kiri dan separuh putaran kanan (half-revolution) untuk menggerakkan escapement wheel bagi memacu masa dalam kiraan saat. Seterusnya gear saat akan memacu gear minit dan kiraan jam. Kesan tarikan graviti ada kalanya menyebabkan balance wheel bergerak laju atau perlahan. Begitu juga tarikan magnet di persekitaran kita. Suhu panas atau sejuk turut mempengaruhi hairspring yang halus – mengembang dan menguncup. Ini semua memberi kesan kepada ketepatan sesebuah jam tangan (accuracy).

Regulator Jam Tangan Seiko
Bergantung kepada jenis movement, Seiko mempunyai dua-tiga jenis regulator yang biasa kita temui. Untuk model high-end dan Chronometer Certified (sebahagian dari model GS vintage), kebanyakkan regulatornya di tanda S untuk Slow dan F untuk Fast pada 'regulator index'. Ada tuning fork diintegrasikan pada balance wheel untuk memudahkan jam ditunekan. Untuk kebanyakan model medium-end dan low-end seperti Seiko 7S26, regulatornya hanya di tanda – (untuk perlahan) dan + (untuk laju). Tiada tuning fork atau regulating lever pada indeks.

Pelbagai jenis regulator jam tangan Seiko
Bagaimanakah Cara Untuk Tuning/Regulating Seiko Anda?
Mudah saja, hantar ke kedai jam dan minta sifu-sifu di sana tuning untuk anda! Cara mudah, memang mudah. Tetapi, sifu-sifu atau pembaiki jam tangan harus ada inductive pick-up yang mempunyai amplifier dan quartz oscillator (dipanggil Vibrograf Machine) untuk mengetahui kiraan detik (atau beat) pada regulator sesebuah jam tangan. Ini akan memudahkan jam ditune untuk menjadi lebih tepat (accurate). Electro-inductive pick-up device ini ada pelbagai jenis dan yang paling murah boleh didapati dari jenama buatan China. Ia membolehkan frekuensi (frequency in heartz) pada regulator dikira pada tahap bps, bpm, dan bph. Dengan membuat adjustment pada regulator, kiraan detik pada jam tangan boleh dipadankan mengikut tahap regulator sesebuah movement:
  • 5bps (2.5hz) – 18,000bph
  • 6bps (3hz) – 21,600bph   
  • 8bps (4hz) – 28,800bph  
  • 10bps (5hz) – 36,000bph
Info: Untuk kiraan frequency hz, jumlah beat dibahagi dengan dua. bps = beat per second. bph = beat per hour.

Kebanyakan jam tangan ditune pada kedudukan 'face-down' di mana belakang atau enjin jam boleh dilihat bagi membolehkan movement adjustment. Untuk mendapatkan accuracy pada satu posisi (face-down) bukan lah mudah kerana apabila dipakai, jam tangan masih terdedah kepada tarikan gravity mengikut kedudukan jam dan tangan si pemakai. Oleh itu, pada kedudukan face down, +/- beberapa saat sehari adalah memadai jika tidak melebihi 15 saat. Apabila dipakai, ada kemungkinan jam akan perlahan atau laju selama beberapa saat sehari.

Vibrograf Machine buatan Switzerland.
Jam pada kedudukan 'face-down' di atas pemegang amplitude detector pada Vibrograf
Bagaimana Tuning Tanpa Alatan Di Atas?
Nak beli Vibrograf atau alatan sepertinya? Mahal dan tak berbaloi! Ada yang murah, Made in China. Perlukah kita ada satu? Tepuk dada tanya selera. Namun, kita boleh tuning jam-jam tangan kita guna cara ‘manual tuning’. Tidak kira Seiko mahupun jam-jam tangan jenama lain, prinsip yang digunakan adalah sama.
  • Semakin panjang/kembang hairspring pada kedudukannya – semakin perlahan pergerakan tik-tok regulator
  • Semakin pendek/kuncup hairspring pada kedudukannya – semakin laju pergerakan tik-tok regulator
  • Indeks + atau F/Fast menandakan tahap kelajuan balance wheel (hairspring pendek atau kuncup)
  • Indeks – atau S/Slow menandakan tahap perlahannya balance wheel (hairspring dipanjangkan atau kembang)
  • Panjang atau pendeknya sesebuah balance wheel bergantung kepada jarak antara 'hairspring stud' dengan regulating lever.
Tuning Secara Manual
Step 1 – Pastikan anda mempunyai satu jam analogue quartz atau digital quartz. Ini adalah untuk merakam perjalanan waktu jam yang hendak ditune berbanding dengan jam quartz yang lebih tepat dan konsisten.

Step 2 – Gerakkan regulating lever* mengikut arah kanan atau kiri pada paksi lever dan berpandukan indeks regulator + atau -. Jika dilihat pada gambar di bawah. Arah laju (+) dan perlahan (-) adalah bertentangan. Gerakkan lever sedikit ke kanan atau ke kiri bergantung kepada tahap berapa perlahan atau lajunya jam tangan anda sebelum ini. [* - gunakan tweezer, guna 'watchmaker loupe' atau kanta jika perlu. Pastikan hairspring tidak kena hujung tweezer kerana ditakuti akan merosakkannya/bengkok]

Step 3 – Pastikan hairspring stud tidak dialihkan kedudukannya kerana ia akan menyukarkan untuk regulator diadjust walaupun berpandukan indeks yang ada pada regulator. Melainkan anda mempunyai Vibrograf.

Step 4 – Ambil screwdriver saiz yang bersesuaian dan putarkan screw pada stock atau mainspring barrel mengikut jam untuk beberapa pusingan (maksimum 7 pusingan) supaya barrel boleh memacu pergerakan jam tanpa mengerakkannya (untuk jam automatik). Dengan cara ini jam akan dikunci secara manual (manual winding) dan bergerak selama beberapa jam.

Step 5 – Rakam waktu jam yang ditunekan mengikut jam quartz. Pastikan berbezaan dalam kiraan saat direkodkan. Sebagai contoh, 5 saat cepat setelah jam disynchronize jika jam mekanikal tiada fungsi 'hacking'. Jika boleh hacking, pastikan jam disynchronize tepat dengan jam quartz

Step 6 – Tutup dan biarkan jam tangan yang sudah ditunekan di atas meja pada kedudukan face-up. Selepas 2 atau 3 jam, lihat perbezaan waktu berbanding jam tangan quartz. Jika perlahan atau cepat, tune semula.

Step 7 – Ulang step 5 dan 6. Jika hasilnya +/- 15 saat, accuracy boleh di terima.

Step 8 – Ulang step 5 dan pakai jam di tangan selama satu hari sekurang-kurangnya. Selapas lebih 24 jam atau satu hari, lihat perbezaan masa berbanding jam quartz. Jika +/- 10 saat, accuracy boleh diterima. Jika perlu, tune semula.

Step 9 – Selamat mencuba.

Gambar: Seiko Movement 7S26
"Nak kena practice selalu baru boleh mahir. Kena la sabar dalam mempraktikkan ilmu. Kalau tak sabar, hantar aje ke kedai jam. Biasanya manual tuning mengambil masa dua atau tiga hari. Dapatkan accuracy dalam +/- 15 second memadai untuk jam-jam otai/vintage. Kalau timing tetap terlalu laju atau perlahan, ada kemungkinan jam tangan anda perlu dioverhaul disebabkan masalah pada barrel dan transmission wheel. Ataupun, balance wheel dan hairspring jam tangan anda sudah rosak. Jangan sekali-kali rosakkan/bengkokkan hairspring pada balance wheel - nanti jam and jadi spare part - kalau tak ada spare part!!! Jangan sekali-kali adjust hairspring stud, naya kang! Aku pernah kena sekali. Akhirnya sifu aku di Y.K. Fong (dulu Rainbow Watch) Ampang Park yang tune balik... dah kene keluar fulus. Selamat mencuba." - thetick-thetick

[Semak dan susun semula 19 Februari 2020]

Wednesday, 14 April 2010

Pengetahuan: Teknologi Jam Tangan Bhg. 1

"Kebanyakkan daripada kita memiliki jam tangan. Tanpa mengira jenis, jenama, atau “movement”, setiap satu mempunyai teknologi yang menyebabkan jam tersebut menunjukkan masa secara tepat (atau lebih kurang tepat!). Ia bukan setakat penunjuk masa, hari, atau haribulan. Ada yang menunjukkan kitaran bulan yang lebih dikenali sebagai 'moon phase'. Bahkan ada jam yang menunjukkan kalendar lengkap (complete calendar)haribulan, hari, bulan, tahun, dan tahun lompat atau 'leap year'. Ada pula jam yang berfungsi sebagai skala bagi menunjukkan sesuatu kiraan mengikut waktu, contohnya 'chronograph' yang mempunyai 'tachymeter', jam penyelam dengan 'scuba bezel', GMT penunjuk dua masa, dll. Bagaimana jam-jam ini berfungsi? Saya akan buat kupasan di posting akan datang. Sebagai pengetahuan am, eloklah kita mengenali sejarah teknologi jam itu sendiri. Saya ringkaskan teknologi-teknologi jam tangan yang patut kita tahu seperti berikut." - thetick-thetick

Jam Mekanikal Terawal: Jam Pendulum
Manusia mula mencipta jam mekanikal sejak sekian lamanya sekitar tahun 1600. Pada tahun 1657, seorang astromer berbangsa Belanda yang bernama Christiaan Huygens telah berjaya mencipta ”pendulum clock” yang menggerakkan ”gear-gear” atau ”wheels” yang pelbagai bentuk, saiz, saling berhubungan dan bergerak yang akhirnya berfungsi sebagai penunjuk masa yang mempunyai ”dial”, jarum, dan ”barrel”. Barrel yang dimaksudkan adalah spring halus yang melingkar bulat (spiral hair-spring) yang memacu (drive) pergerakkan gear-gear untuk membuat putaran jarum atau sukatan masa. Idea beliau disambut baik oleh pembuat-pembuat jam di England diketuai oleh Ahasuerus Fromanteel yang merupakan orang yang pertama memiliki hak cipta untuk membuat jam menggunakan pendulum atau ladung dalam Bahasa Malaysia.

Pendulum yang berayun kiri dan kanan dipengaruhi oleh tarikan graviti menyebabkannya bergerak berterusan mengikut "momentum". Dalam kiraan masa, pergerakan kiri-kanan pendulum membawa kepada kiraan satu saat. Kita biasa melihat jam-jam seperti ini suatu masa dulu. Samada jam dinding, mahupun jam datuk (grandfather’s clock) ia menggunakan pendulum. Pendulum jam bergerak ke kiri dan ke kanan, namun ditransmisikan pada gear (transmission gear) yang bergerak pada satu arah yang berhubung terus dengan gear-gear yang lain sehingga memacu ”barrel”. Barrel pula akan melepaskan transmisi kepada gear-gear yang lain bagi membuat pusingan yang memenuhi sukatan masa – saat, minit, dan jam. Gear-gear ini menjadi asas kepada jam mekanikal sehingga hari ini dan gear-gear yang bersentuhan dan bergerak secara langsung antara satu sama lain dipanggil ”train wheel”. Jantung jam terletak kepada pendulum. Asasnya ialah satu detik atau saat bagi setiap pergerakan pendulum kiri dan kanan. Ini bermakna 60 hayunan penuh kiri dan kanan membawa kiraan untuk 1 minit. Jam-jam seperti ini lebih kepada sifat paparan untuk menunjukkan masa kepada ramai orang – tidak untuk individu.

Jam Mekanikal Persendirian: Jam Spring
Pada tahun 1511 jam persendirian, atau ”personal timepiece” telah dicipta oleh seorang tukang kunci (locksmith) berbangsa German yang bernama Peter Henlein. Ia menggunakan ”coiled spring” dan ”train of gears” yang lebih kecil yang mana asasnya adalah sama pada jam mekanikal awal pendulum. Ia digelar ”Nuremberg Egg” kerana saiznya yang kecil. Ciptaan beliau telah membawa kepada revolusi penciptaan jam di segenap Eropah. Ia menarik minat ramai pakar pembuat jam untuk meneruskan idea beliau terutamanya dari Perancis dan German. Kebetulan pada ketika itu berlaku penindasan agama di Eropah. Ramai pakar pembuat jam berbangsa Yahudi terutamanya dari Perancis dan German telah berhijrah ke ”Free City” Geneva, Switzerland. Sejak dari itu sehingga kini negara Switzerland atau Swiss dikenali di seluruh dunia dengan hasil penciptaan dan pembuatan jam-jamnya.

Jam Mekanikal Persendirian: Lever Escapement
Pada tahun 1759, Thomas Mudge dari England telah mencipta ”bracket clock” yang menggunakan ”anchor escapement” dan seterusnya mencipta ”balance spring atau balance wheel hairspring” yang juga menjadi asas kepada jam-jam di zaman moden. Anchor escapement merupakan gear yang mempunyai gigi seperti sauh yang memacu pergerakan pada satu arah bagi menentukan pergerakan jarum kiraan saat. Balance spring yang kemudiannya dikenali sebagai ”balance wheel” memacu pergerakan kiri-kanan menggantikan pendulum. Kedua-dua alat ini berhubung antara satu sama lain dan lebih dikenali sebagai ”lever escapement”. Buka jam anda, samada jam antik, vintage ataupun moden, semua jam mekanikal pasti mempunyai lever escapement. Jam ciptaan Mudge yang merupakan seorang tukang kunci yang seperti mangga (padlock) pintu itu telah merealisasikan penciptaan jam poket yang bersaiz kecil yang mana akhirnya menjadi jam tangan.

Jam Mekanikal: Penggunaan Rubies dan Jewels
Pada awal penciptaan jam mekanikal, setiap gear atau ”train wheels” pada jam mekanikal bergerak di atas paksi atau ”pivot” dan menggunakan bebola besi atau ”ball bearing”. Lama-lama, ia akan kehausan dan menyebabkan jam hilang ketepatan pergerakan pusingannya. Seorang pembuat jam Swiss yang tinggal di England telah menukar ball bearing kepada penggunaan batu permata – ”ruby” atau delima. Batu permata yang dibentuk halus berbentuk seperti piring dipasang di kedua belah hujung pivot untuk mengekalkan pergerakan train wheel tanpa kehausan pada batang pivot yang diperbuat dari logam untuk jangkamasa panjang. Kebanyakkan jam-jam antik poket atau jam tangan mempunyai ruby, seperti 17 rubies. Di awal 60an, dengan terciptanya penciptaan bahan synthetic, ruby tiruan telah digunakan untuk menghaluskan pergerakan pivot yang lama kelamaan dikenali sebagai ”jewels”, contohnya 17 jewels. Jewels yang berbentuk seperti mangkuk diisi dengan minyak atau ”oil” bagi memastikan pergerakkan pivot yang lebih ”efficient” seperti minyak pelincir. Setiap kali jam tangan kita diservis, ”oiling” akan dibuat untuk memastikan hujung pivot tidak haus dan pergerakkan train wheel berjalan baik untuk memberi ketepatan masa.

Pivot pada Gear dan penggunaan Jewel

Jam Mekanikal: Self-winding dan Shock Protection System
Jam "self-winding" atau kini dikenali sebagai jam "automatic" mula dicipta oleh Abraham-Louis Breguet (1747-1823). Idea beliau telah diguna oleh Abraham-Louis Perrelet sekitar tahun 1770. Kedua-dua nama ini adalah merupakan jenama jam elit Switzerland yang wujud sehingga hari ini – Breguet dan Perrelet. Idea yang wujud adalah menggunakan pendulum kecil yang berbentuk separuh piring yang kini lebih dikenali sebagai “rotor” untuk memacu barrel pada jam. Pergerakan rotor yang sentiasa bergerak memusing kiri dan kanan mengikut gerak jam pada jam poket atau pergerakkan pergelangan tangan membolehkan jam dikuasakan atau dikunci (memacu barrel) secara automatik. Jam tangan automatik anda menggunakan asas teknologi yang sama! Dalam pada itu, balance wheel yang terdedah kepada hentakkan (atau "shock") pada jam (atau jam terjatuh) dilindungi dengan penciptaan “shock protection”. Lihat pada dial jam-jam tangan vintage, anda akan temui perkataan “anti-shock” atau “shock-protection” pada dial jam. Teknologi ini membolehkan pivot pada balance wheel yang sentiasa berputar tidak terganggu oleh hentakkan atau “shock” – seperti “absorber”. Breguet memanggil alatan anti-hentakan ini sebagai “Parechute” dan terdapat di dalam model elit keluaran syarikat tersebut yang terkini.

Jam moden, mempunyai asas mekanikal yang sama

Jam Mekanikal: Tourbillon dan Adjustment
Dalam pada terciptanya teknologi “shock protection”, pakar pembuat jam mulai mengenalpasti kesan tarikan graviti (gravitation effect) pada balance wheel. Setiap kali jam bergerak di pelbagai kedudukan, balance wheel akan yang sentiasa bergerak akan pasti dipengaruhi graviti maka ketepatannya akan berubah. Jika anda mahu menguji, letak jam tangan mekanikal anda di berlainan kedudukan seperti berikut:
(1) muka jam menghadap ke atas atau “dial-up”,
(2) muka jam menghadap ke bawah atau “dial-down”,
(3) crown jam menghadap atas atau “crown-up”,
(4) crown jam menghadap bawah atau “crown-down”, dan
(5) jam digantung (crown kiri atau kanan),
pasti ketepatan masa jam anda akan berlainan. Ini adalah kesan graviti. Teknik pengujian ini digunakan untuk “adjustment” ketepatan movement jam. Maka itu kita akan temui perkataan “adjusted in 5 positions” di ukir atau “engraved” pada movement jam. Ia bermakna jam telah diperhalusi ketepatannya atau “adjusted” mengikut 5 posisi tersebut. Ada pula tambahan yang di buat dimana movement jam diadjust pada suhu panas dan dingin (heat and cold). Jam-jam yang dihalusi ketepatan pada semua keadaan ini biasanya adalah jam-jam yang mahal harganya.

Untuk membolehkan balance wheel stabil pada tarikan graviti, Abraham-Louis Breguet telah mencipta “tourbillon” (sebut: teur byon!). Ia membolehkan balance-wheel bergerak mengikut paksi (atau “axis”) yang berkedudukan mendatar terhadap graviti pada setiap kedudukan jam. Ini mengurangkan kesan graviti dan melancarkan pergerakkan jam menjadi lebih tepat. Jam-jam tangan yang menggunakan alatan tourbillon ada sehingga hari ini dan hanya beberapa pembuat jam sahaja yang mampu mengeluarkannya, seperti jenama Breguet, Perrelet, Blancpain, Patek Philippe, A. Lange & Sohne,  dll. Harganya juga mencecah ratusan ribu dan ada yang melebihi 1 juta ringgit! Kepada pengumpul jam tangan yang inginkan jam yang berketepatan tinggi (high accuracy timepiece), jam tourbillon pasti menjadi idaman.

"Mampu? "Lu beli lah, lu kaya! Kalau aku pakai jam tourbillon ni, sure nampak je macam serupa, tapi jam Petaling Street... ha ha ha. Malu babe! Kalau pakai jam tourbillon tipu nih. Nampak cantekkk... tapi pada dasarnya harga jam asli dia mahal. Takpe, asal aku suka dan cantik di mata...". kata peminat jam-jam PS boutique." - thetick-thetick


Ikuti bahagian seterusnya mengenai pengetahuan asas jam tangan.
[Semak dan susun semula 18 Julai 2020]