Wednesday, 25 March 2020

Tick-Talk: Seiko Samurai Bhg. 2

"Mahal... memang mahal. Pasal titanium Samurai JDM ni memang jenis grade tinggi. Pasal tu warna dia kekal tak berbelang-belang. Titanium alloy, bahan logam yang ringan tapi tahan calar. Boleh cecah harga 5 ribu sebijik. Nak carik pun payah. Dah kira rare model... itulah kisah model-model Samurai keluaran 2004-2008. Makin payah nak jumpa. Kalau yang LE tu lagi la... mega rare! Bukan tu jeh, ada model-model generasi kedua pun payah nak dapat. Masuk aje pasaran... abis kolektor pulun. Macam Wak Asan! Asal ada aje spesies baru, abis dia tangkap masuk sangkar dia. Penternak jam diver Seiko paling berjaya seantero Malaysia. Ha-ha, ikuti sambungan cerita Samurai Jepun nih". - thetick-thetick2020
Generasi Kedua, Rekabentuk Terkini
Di bahagian pertama, secara ringkas segala perbezaan antara model generasi pertama standard/international edition, generasi pertama limited edition, dan generasi pertama JDM sudah diperjelaskan. Apa yang menarik pada generasi kedua selain dari penggunaan movement terkini 4R35? Berikut, pictorial review ringkas model generasi kedua SRPB09K1 Samurai Blue Lagoon sebagai contoh.
Side Profile - Angular design. Berbanding generasi pertama, generasi kedua lebih "clean" dan kelihatan "solid". Crown Guard juga alami perubahan - lihat gambar kecil di gambar bawah. Pandangan sisi crown guard lebih tirus bagi memudahkan crown untuk dioperasikan.
Bracelet End Link - Solid integrated end link. Lebih "simple". Bracelet end link selaras dengan hujung watch case.
Bracelet - Mengekalkan bentuk 3-piece link. Sebahagian centre link digilap.
Dial Setting dan Bezel - Facelift dari generasi pertama JDM. Generasi kedua menggunakan jarum standard arrow and sword. Conical minute indices - lebih detail dengan seconds index untuk setiap minit. Minute marker lebih besar memberikan lume yang lebih terang dan jelas. 120 click bezel, memang terasa padat tetapi lancar apabila diputar.
On the Wrist - Ergonomic. Diameter 44mm Tinggi 13mm. Besar? Angular design, sungguhpun saiznya besar namun sesuai untuk semua saiz pergelangan tangan. 
Jika kita bandingkan rekabentuk model-model dari dua generasi Samurai ini, kita boleh merumuskan bahawa rekabentuk model generasi kedua yang ada dipasaran sekarang adalah berasaskan model generasi pertama JDM. Segala ciri-ciri yang ada pada model generasi pertama JDM ada pada generasi kedua. Cuma terdapat beberapa bahagian yang mengalami facelift dan clean-up untuk kelihatan lebih ringkas tetapi compact.


Generasi Kedua Yang Menjadi Jadi Buruan
Strategi pemasaran Seiko sejak mutakhir ini lebih tertumpu kepada model-model yang disasarkan kepada Seikophiles (peminat Seiko) yang menginginkan kelainan. Seiko seolah-seolah mula menghadkan pengeluaran model-model standard tetapi dalam masa yang sama mengeluarkan model-model yang agak berlainan dari segi kosmetik melalui edisi terhad, special edition, dan hanya beberapa model JDM. Ini kita akan dapati pada model-model penyelam Seiko yang menjadi tumpuan seperti Seiko Turtle dan Seiko Samurai. Model-model bukan standard inilah yang menjadi buruan. Berikut, selain dari model SRPB09 Blue Lagoon; lima lagi model-model Samurai generasi kedua yang menjadi buruan Seikophiles di seluruh dunia setakat ini.
Orange Samurai. Model yang popular dikalangan peminat-peminat Seiko di Amerika. Walaupun ia adalah model international edition namun jarang ditemui di pasaran Asia dan Eropah.
Samurai Zimbe Six. Edisi khas Thailand. Terhad kepada 1500 unit. Model ini menggunakan sapphire crystal yang mempunyai cyclops dan waffle dial. Kombinasi black and gold, model ini menggunakan black PVD bezel.
 Mendapat jolokan The Dawn Grey, model SRPD03 ini adalah model yang dibuat khusus untuk pasaran Eropah dan terhad kepada 2018 unit. Terdapat kembar seiras model ini iaitu Seiko Turtle Dawn Grey. Model ini menggunakan waffle dial. Kombinasi tona grey dan orange yang menarik.
Samurai Zimbe Nine. Model Zimbe ini mempunyai ciri-ciri kosmetik yang sama seperti Zimbe Six kecuali dial settingnya berbeza. Ia kelihatan seperti dial setting pada model Seiko 62MAS. Edisi Zimbe Nine ini terhad kepada 1300 unit.
Model terbaharu tahun 2019 siri Samurai. Model yang mendapat panggilan The Green Hulk ini dibuat di negara Jepun. Ia adalah model untuk pasaran domestic - JDM. Hampir keseluruhan dial dan bezel setting menggunakan tona emerald green disamping sedikit markings berwarna kuning.

Model-Model Baharu Tahun 2020. Generasi Ketiga?
Dari komentar-komentar di blogosphere dan laman rasmi Seiko, terdapat model-model baharu untuk siri jam penyelam Samurai. Seperti Seiko King Turtle dan Seiko Monster; model-model terbaharu Samurai ini turut mengalami major facelift terutamanya pada bezel dan dial settings. Begitu juga penggunaan cyclops pada crystal model-model tersebutKelainan yang paling ketara untuk Samurai model baharu ini adalah bezel indices. Tiada lagi time lapse marker 15 atau 20 minit. Selepas tiada lagi signature asal Samurai seperti jarum-jarum Daisho dan time lapse marker pada bezel; apakah major facelift terbaru ini dianggap sebagai peralihan generasi Samurai? Generasi ketiga? Berikut, beberapa model baharu Samurai yang bakal memasuki pasaran. Model-model ini adalah berdasarkan sumber dari Seiko tatkala artikel ini dibuat. (nota: gambar diolah dari sumber Seiko Catalogue, Mac 2020).
Model-model baharu. Ha-ha, aku tak minat jam-jam yang ada cyclops!
"Jam Seiko Turtle tiruan jenis tukun-tukun hebat guna movement SII NH35 dah ada kat pasaran. Jangan laa ada pulak Samurai celup! Ada yang minat, ada yang tak suka Seiko Samurai ni. Bagi aku... sebagai peminat Seiko, model-model signature macam Samurai ni kita patut ada. Buat pilihan... tak dapat beli model LE atau SE, model standard Samurai re-issue pun menarik. Terpulang... Samurai ni jam yang nampak SERIOUS! Ok. Tunggu artikel komentar Tick-Talk seterusnya" - thetick-thetick2020