Showing posts with label Watches: Citizen. Show all posts
Showing posts with label Watches: Citizen. Show all posts

Friday, 5 June 2020

Tick-Talk: Citizen Cal. 0100 Juara Baru Movement Quartz Dunia

Lima dekad lamanya Seiko menerajui dunia teknologi pembuatan jam-jam quartz sejak pelancaran model quartz pertamanya Seiko Astron 35SQ pada tahun 1969. Sejak dari itu pesaing-pesaing dari Switzerland turut serta berlumba mengeluarkan movement-movement quartz terbaik mereka. Persaingan ini telah menyaksikan terkuburnya teknologi movement electronic dan tuning-fork yang dipelopori oleh Bulova melalui model Accutron yang turut disaingi oleh jenama Citizen melalui model-model Cosmotron. Pada era yang sama, Rolex turut serta dengan movement "dead beat second" yang terdapat pada model Oysterquartz keluaran mereka. Yang pastinya, movement-movement quartz adalah lebih accurate berbanding movement mekanikal dan kos pembuatannya adalah jauh lebih rendah. Pengeluar-pengeluar seperti Seiko, Citizen, Omega, Breitling, ETA, dan Longines telah menggunakan segala pengalaman, kepakaran dan sumber yang banyak bagi membangun dan meneruskan pengeluaran movement quartz yang terbaik secara berterusan sehingga kini. Selepas lima dekad bersaing, kedudukan terbaharu tidak lagi memihak kepada Seiko. Breitling pula mendapat saingan terus dari Omega. Begitu juga pengenalan semula Longines V.H.P. (Very High Precision) telah mencabar kedudukan Grand Seiko Quartz. Apa pula cerita Citizen? - thetick-thetick


Wajah juara baharu. Citizen Calibre 0100.

Berikut senarai kedudukan terbaharu lima pengeluar movement quartz yang terbaik di dunia.

Tempat ke 5 - Breitling SuperQuartz
Breitling SuperQuartz (in-house movement, bukan SuperQuartz berasaskan ETA terdahulu) adalah movement quartz yang digunakan pada model popular digital-analogue yang dibuat khusus untuk juruterbang. Antara model popular yang menggunakan movement ini adalah Breitling Cockpit B50. Keunikan yang ada pada movement SuperQuartz buatan ini adalah pematuhan kepada C.O.S.C. sebagai Certified Chronometre dan dikawal ketepatannya pada 3 sukatan suhu (23°C, 38°C, and 8°C). Movement ini mempunyai ketepatan pada pada julat +/-15 saat setahun.
Breitling Cockpit B50

Tempat ke 4 - Omega Calibre 5666
Omega Cal. 5666 adalah movement quartz jenis thermal compensated yang mempunyai fungsi penyesuaian suhu persekitaran bagi mengawal ketepatan perakam waktu. Ia mula digunakan pada model Omega Speedmaster - Spacemaster Z-33 digital-analogue yang beroperasi seperti jam tangan Breitling SuperQuartz. Cal. 5666 mempunyai ketepatan pada julat +/-10 saat setahun.
Omega Speedmaster - Spacemaster Z-33

Tempat ke 3 - Longines V.H.P. Calibre L.2888
Cal. L.2888 adalah movement quartz hasil usahasama antara Longines dan ETA. ETA dan Longines adalah syarikat bersekutu di bawah Swatch Group. Cal. L.2888 adalah movement terbaharu dibangun dan digunakan untuk jam tangan Longines model-model V.H.P. Re-issue mulai tahun 2018. Tidak seperti model V.H.P. pertama yang dikeluarkan pada tahun 1984, model-model terbaharu atau re-issue ini menggunakan Cal. L.2888 yang mempunyai ketepatan pada julat +/-5 saat setahun.
Longines Conquest V.H.P. menggunakan Cal. L.2888

Tempat ke 2 - Seiko Calibre 9F82A
Seiko high precision quartz movement Cal. 9F digunakan pada model-model elit Seiko seperti Grand Seiko Quartz dan Seiko Astron. Terdapat beberapa variasi untuk Cal. 9F. Cal. 9F82A adalah yang terbaik dikeluarkan oleh Seiko dan digunakan pada model-model terbaharu Grand Seiko dan Seiko Astron. Cal. 9F82A mempunyai ketepatan pada julat +/-5 saat setahun. Walaupun julat ketepatan masanya sama dengan Longines Cal. L.2888, namun Cal. 9F82A mempunyai kelebihan dimana quartz oscillator frequency pada movement boleh diregulasikan (tuning) untuk ketepatan pada posisi dan suhu persekitaran mengikut chronometre standard. 
Grand Seiko Quartz SBGX259 menggunakan Cal. 9F82A

Tempat Pertama - Citizen Calibre 0100
Dilancarkan pada awal tahun 2019, Citizen Calibre 0100 yang digunakan pada model-model elit Citizen Eco-Drive adalah movement quartz jenis thermal compensated yang menggunakan sumber kuasa cahaya paling accurate di dunia. Antara teknologi terbaharu pada movement ini adalah bentuk potongan quartz oscillatornya. Ia amat berbeza dari bentuk-bentuk tradisi yang banyak digunakan oleh pembuat-pembuat movement quartz lain sebelum ini. Cal. 0100 mempunyai ketepatan pada julat +/-1 saat setahun.

Model pertama Citizen yang menggunakan Cal. 0100. Edisi terhad untuk pasaran antarabangsa ini diperbuat dari emas putih dengan model rujukan AQ6010-06A. Pengeluaran terhad sebanyak 100 unit dan dijual pada saranan harga 16 ribu US Dollar untuk setiap satu.
Nota: Calibre 0100 akan diperincikan dalam artikel khas
"Kepada pengikut-pengikut The Purist, mereka lebih menghargai ketepatan jam tangan mekanikal. Sememangnya jam tangan mekanikal mempunyai julat ketepatan yang jauh berbeza berbanding jam tangan quartz. Nilai precision engineering yang digunakan menyebabkan jam tangan mekanikal berketepatan tinggi lebih dihargai. Namun, jika kita betul-betul patuh pada ketepatan masa; jam tangan jenis quartz adalah pilihan yang terbaik. Kerana itu, jam-jam tangan Grand Seiko Quartz sukar diperolehi kerana hampir kesemua keluaran model JDM ini dibeli oleh orang Jepun, masyarakat yang mementingkan disiplin masa. Lambat satu minit dianggap kesalahan besar yang tidak sepatutnya berlaku!" - thetick-thetick

Saturday, 24 January 2015

Review: Citizen Seven Star V2 4-770781TA Vintage

“I have been a big fan to vintage Seiko for so long. But, apparently vintage Citizen is interesting too. Not on Orient mechanical yet. Forget Casio - a computer circuit watch! These three Japanese big names (Seiko, Citizen and Orient) have been very successful in producing good mechanical watches during mid 60s to early 70s. The mechanical finesse of Seiko and Citizen during that era is no rival by the Swiss. At time where most Swiss mechanical are so cumbersome to set the calendar, these two Asian’s house of horology makes time-setting so much easier. I am not saying Swiss are no good but these Japanese have been ahead of them for so many times throughout the modern horology history. Good watches make good statement of the manufacture. Each vintage, regardless of brand, model and price reveal the quality of the watch-maker. Honestly, the Japanese vintage is more interesting than the Swiss. Being a collector, having a complete 100% genuine parts and good working condition of a vintage watch has always been a treasure. I did vintage watch profiling. Time-keeping testing is part of the profile. Read my simple review on this vintage Citizen Seven Star famous line - the V2. Enjoy.” – thetick-thetick

Specification
Model Name: Citizen Seven Star V2
Model Number: 4-770781TA
Production Date/Location: June 1973/Japan
Movement: Cal. 7700, 3 hands, calendar, automatic 22 jewels, 6bps/21,600bph
Power Reserve: continuous operation, 42 hours
Time setting: Hand-wind, hacking, crown-setting
Calendar setting: Quickset, crown-push day-date
Calendar: Japanese Kanji and Standard Gregorian English
Case: Stainless steel, screw-down case lid
Case Dimension: 38mm dia., 42mm lug-to-lug, 18mm lug width
Crystal: Acrylic
Bracelet: Stainless steel, straight end, signed Citizen folded clasp with extension slide
Accuracy: tested – 1 day normal wear, observed 1 day face-up static position +18s per day
Note: tested – power reserve degrading at +/- 40 hours due to aging mainspring elasticity
The crown side profile. Satin brushed case top with polished case side. Polished bezel. Straight-end hooded lugs.
The crown (signed CTZ) is positioned between 3 and 4. Quite small to hand-wind the movement but easy to push-in for calendar setting. 3 straight push will advance 3 calendar date and alternate between Kanji and standard English day. Cumbersome!? The case side is polished. See those dented marks and scratches... what do you expect from an old machine? But I love vintage steel.. blue steel. A real quality Japanese steel - not like the Swiss that turned yellowish after long time.
It is not easy to find a clean and perfect dial. The polished bezel, shiny crystal and mint dial - a clean look. Actually I love watches with this kind of design - a 100% steel. The dial, the hands, the marker, the calendar window... 100% steel and black lining.
The calendar window or aperture - separated in two sections for day and date. The background, look at the textured dial - well preserved!
The case back. This is transition model between the late 60s and early 70s. The Parawater is Citizen's trade mark for water proof winding components. The 7700 represents the watch caliber and the 4-770781TA is the model number combining the movement and the case used.
The early 70s Citizen. Most of the models come with hooded lugs strapped with stainless steel bracelet.
The Citizen clasp comes with slide extension for the bracelet.
Caliber 7700. 22 jewels. From my observation, Citizen is among the earliest manufacturer to add 1 jewel on the movement main plate to mount the mainspring barrel. It makes the mainspring dispersing smoothly and that makes it 22 jewels and not 21 jewels. Most Citizen hi-beat capped with even numbered jewels. Only lately we found the new modern Seiko movement upgraded to even numbered jewels!! Running at 6bps/21,600bph... acceptable for time-keeping accuracy.
With rival countryman - the Seiko Lord-Matic. Both running at 21,600bph. Both are remarkable rival to the Swiss during their era. My preferred collection - 100% steel.
"Good vintage hunting requires passion and knowledge. A collector or a trader need to know their stuff. Getting a 100% is tough. Do some research on the internet. If you are lucky enough you may find a good seller selling good vintage. If the watch is 100% original, it goes without saying. Restoring the steel will not be an issue. Service is a must to keep it running good. Thanks to Maro. This review is dedicated to him. For his passion and connection with friends working in Japan, bringing back these Japanese treasure to Malaysia. Keep hunting bro... offer to fellow watch enthusiast. Bekkk... haa, amacam? Dah restore balik jam nih. Aku buat kat rumah jeh!!! Lepas ni aku nak perosah jam Seiko 6308 Cikgu Amar pulak. Baru jeh Poslaju hantar sebelum aku post artikel nih. Wait for my next article. Thanks for reading." - thetick-thetick

Tuesday, 20 January 2015

Review [BM]: Citizen Eco-Drive Military BM8475-26E

“Haa… ni salah satu koleksi jam malas yang aku ada. Tapi satu jeh. Kalau malas pakai, simpan dalam kotak nanti jam tuh tidur! Tak jalan. Nak bagi dia bangun kena letak kat bawah lampu selama 40 minit atau lebih. Tak pun pakai masa siang terang benderang. Haa... itu laa dia teknologi Citizen Eco-Drive yang menggunakan teknologi cahaya. Aku tak kata dia pakai tenaga solar (cahaya matahari) macam Casio Tough Solar dengan Seiko Solar... ni memang pakai cahaya. Sikit cahaya pun boleh caj balik jam nih. Kalau Seiko Kinetik lagi hampeh... kena goyang gerudi macam dynamo basikal baru bole charge bateri jam. Yang ni kena cahaya lampu dah cukup... bole caj batteri. Jam Eco-Drive nih paling aku minat. Military design. Sesuai pakai kasual atau santai. Apa yang aku suka pasal jam nih? Ada gak part yang aku tak berapa suka. Haa... selamat membaca pictorial review aku untuk Citizen Eco-Drive BM8475-26E nih! Gambar lebih bekkk… baca santai!” – thetick-thetick

Spesifikasi
Model: BM8475-26E
Movement: Eco-Drive E011
Time-keeping Accuracy: +/- 20s per month
Function: Analog 3 hands with day-date calendar
Driving Power: Lights and Storage Battery, Quartz time-keeping
Case Diameter: 42mm
Case Diameter termasuk crown: 45mmB
Strap and Material: Leather, signed Citizen buckle
Band Width: 22 mm
Crystal: Mineral Glass
Water Resistance Depth: 100m/10bar/333ft.
Lug Size: 22mm
Thickness: 11 mm


 Jam military-pilot. "Black coated" stainless steel case. Nampak macam jam Bell & Ross BR123. Kena plak tali kulit warna "tanned brown". Nampak rugged.
 Crown besar. Bunga cam bawang! Mudah untuk setting.
 Tali kulit tebal. Case pun tebal jugak. Memang ngammmm!
 Buckle ni aku rasa buat pakai aluminium - black coated. Ada brand Citizen. 
 Matte black dial. Orange index. Pukul 12, 3, 6 dengan 9 pakai Arabic index. Jarum tuu pun matte black finish! Hehe... luminous compound warna oren bekkk... nanti, kalu gelap warna hapa jadinyeh!!?? 
 Kasi close-up. Nengok index marker... memang military standard 1500h kat pukul 3 tuhh. Index kemas... mudah nak set timing!
 Calendar window - ada hari dan haribulan. Alamak... kanji Jepun! Aku tak berkenan satu jeh... calendar window dengan  calendar dia kecik laaa... aku ni dah laa rabun dekat. Payah nak baca. Kebetulan dial disc eco-drive ni tebal. Nak mandang haribulan dari angle tertentu memang payah. Pasal apa dial disc dia tebal? Pasal kat bawah dial ni ada photo-cell untuk serap cahaya. 
 100m water-resistant case back takde black-coating. Polished stainless-steel case lid.
 Memang patut dikategorikan sebagai jam military-pilot. Aku memang minat kombinasi hitam dengan warna brown.
 Takde la beso sangat... okey jeh kat tangan aku yang size sedang nih. Sekarang nih jaman orang pakai jam yang godang-godang... sapok beso kata orang Terengganu.
 Dalam kesamaran cahaya... haaa nengok tuhh orange marker dengan jarum tu rupenya lume dia warna hijau daa... walaupun tak seterang Seiko Lumibrite... Citizen ni terang gakk lume dia...
Haaa... Military Pak Tam dengan Military Pak Tih... Pak Tih ni nama dia ODO Schmeichel. Jam quartz yang menggunakan movement Citizen Miyota. Kira satu kilang laa... cuma ODO-S nih murah laaa... cuba carik!
Haa... jam Junkers GMT nih dulu aku beli dengan Wak Hassan Detikduabelas... dah ke tangan sahabat aku yang kebetulan seorang soldadu. Macam aku dulu laa... sekarang ni dah reput. Hehe... bahasa sojar pencen.
"Leceh laa wak. Hassan Detikduabelas whatsapp aku... memang leceh bekk. Jam-jam jenis eco-drive nii memang kena selalu terdedah pada cahaya. Kalu tak nanti dia tidur... kalau dah lama tidur memang payah laa nak gerak. Tidur dalam kotak! Hehe... sesapa yang suka kumpul jam tapi tak pakai aku nasihatkan jangan laa pakai jam nih. Kalau minat beli laa... wa suka, wa punya pasal laa... hehe. Hmmmhh... artikel apa pulak lepas nih... " - thetick-thetick
[Semak dan susun semula 27 Februari 2020]

Wednesday, 13 July 2011

Tick-Talk: Seiko Bukan Lagi Pilihan Ramai?


"Aku suka perhatikan jam kat tangan orang! Kalau duduk kat kedai mamak, restoran, dalam bilik mesyuarat, dan memana tempat yang rasanya mata aku tertarik pada jam kat tangan orang sure aku perhati design dan jenama yang dipakai. Ini sumber utama bila aku buat kajian dan analisa pasal pasaran jam untuk golongan pertengahan dan bawahan - macam aku lah! Jangan tanya la kalau golongan atasan ataupun elit. Jam diorang sama harga dengan harga kereta aku! Hisshh... Kat kedai jam, biasa lah... aku memang suka interview taukeh, supervisor, ataupun salesman yang bertugas. Ramai yang aku kenal - buat kawan dan bertukar pandangan. Jam mana laris, yang mana slow-moving, yang mana trend baru, movement, harga, margin, diskaun... aku tanya. Memang dunia horology ni mengasyikkan. Kita boleh buat primary research untuk sesuatu topik dengan mendekati pasaran itu sendiri. Sejak pertengahan tahun 2010, aku dah mula buat kajian dan analisa... kenapa jam tangan jenama Seiko tidak lagi menjadi pilihan ramai di Malaysia. Jam baru. Bukan jam lama atau vintage! Ikuti analisa dan pendapat aku tentang jenama terkenal dari negara matahari terbit ni. Kepada peminat jenama Seiko... setuju atau tidak, ini adalah pendapat aku secara peribadi dan berdasarkan maklumat yang aku perolehi dari pasaran." - thetick-thetick

Mengapa Seiko Bukan Lagi Pilihan Ramai?
Mengapa Seiko? Mengapa bukan Citizen, Casio, atau Orient? Ini adalah soalan pokok yang perlu dijawab sebelum aku mulakan kajian. Aku memilih Seiko kerana aku rasakan banyak perubahan pada pesaing-pesaingnya dari Jepun dan pelbagai jenama jam tangan lain yang tumbuh macam cendawan lepas hujan sejak sedekad yang lalu. Fokus analisa aku cuma untuk pasaran jam tangan kelas pertengahan (middle class market). Input untuk analisa datang dari soal jawab secara persendirian dengan pemilik, jurujual, mahupun pengurus dan penyelia kedai-kedai jam di sekitar Kuala Lumpur; soal jawab dengan sahabat peminat dan pengumpul jam tangan yang aku kenali; dan soal jawab secara rambang dengan ramai orang yang hanya tahu memakai jam! Semuanya merupakan primary input. Dari input yang terkumpul hampir setahun lamanya, aku ringkaskan analisa seperti di bawah. Skop analisa ini hanya tertumpu kepada aspek rekabentuk jam tangan, saiz, jenama pesaing, harga, dan trend pasaran semasa. Ia tidak melibatkan sebarang aspek teknikal jam tangan Seiko mahupun jenama-jenama pesaingnya.  

1. Jam Saiz Besar
"Brader, ini jam tangan ke jam dinding?". Itu lah soalan yang selalu aku terima dari kawan-kawan di sekitar tahun 2002 dulu bila aku mula-mula pakai jam bersaiz 44mm. Memang besar kalau banding dengan pergelangan tangan aku yang tidaklah kecil dan tidaklah besar. Kira sedang-sedang la kut. Kalau peminat tegar jenama Panerai, di laman paneristi.com, taglinenya berbunyi - Big is Beautiful! Jam bersaiz besar kini sudah menjadi satu trend. Jam tangan bersaiz 38mm hingga 40mm sudah dikira jam unisex. Kini tiada lagi istilah boy size untuk jam bersaiz kecil. Barangkali dikira children size! Begitulah trend jam tangan terkini. Samada jenama pembuat jam (watchmakers' brand) ataupun jenama designer (designers' brand), kebanyakannya mengeluarkan jam tangan yang bersaiz besar antara 40mm hingga ke 46mm. Bahkan ada yang menjangkau diameter bersaiz 52mm! Berbanding dengan jam tangan Seiko, kebanyakan jamnya bersaiz sederhana antara 36mm hingga 42mm. Ini adalah salah satu sebab mengapa jam tangan Seiko kurang menjadi pilihan.

Jenama Police dan Fossil. Ikut trend semasa. Saiz does matter!


2. Rekabentuk Jam Tangan
Kebanyakan jam tangan terbaru yang memenuhi ruang pameran di kedai-kedai jam mempunyai rekabentuk yang lebih radikal. Bukan setakat bersaiz besar, rekabentuknya lebih retro dan modern. Konsep rekabentuknya lebih kepada sporty dan contemporary dan menarik minat golongan muda dan eksekutif. Dari rekabentuk watch case sehinggalah bracelet ataupun strap, semuanya memaparkan citarasa yang berbeza dan terkini. Agak keterlaluan jika dianggap futuristic, namun begitulah hakikatnya rekabentuk jam tangan terkini. Cuba lihat pada jam tangan Seiko! Rekabentuknya secara keseluruhan adalah dikira masih orthodox. Fesyen lama! Pattern yang sudah wujud hampir lebih sedekat yang lalu masih ada di pasaran! Cuba anda bandingkan dengan Casio dan Citizen. Rekabentuknya lebih radikal dan lebih menarik. Jam Seiko, hmhhhh... boring. Penggunaan material masih di takuk lama dan rekabentuk dial masih "plain" ataupun kurang daya penarik. Cuba perhatikan! Berapa banyak jam tangan Seiko yang bukan jam diver yang menggunakan tali getah? Berapa banyak jam tangan Seiko yang menggunakan PVD finishing? Kalau ada pun, cuma keluaran yang terkini sedangkan pesaing-pesaingnya terlebih dahulu mengeluarkan jam-jam tangan yang sebegitu.

Big size...radical design! Jam jenama Police diminati golongan muda dan executive

3. Jam Tangan Sebagai Fesyen
Jam tangan bukanlah sesuatu yang menjadi keperluan semata-mata. Kini ia dikira sebagai fesyen. Ramai antara kita yang mempunyai lebih dari satu jam tangan. Satu untuk pakai waktu bersukan. Satu pakai untuk ke pejabat, dinner function, menyelam dan berenang, dll. Jika berpakaian, jam tangan sudah menjadi syarat dalam fesyen. Warna jam. Warna tali jam. Semuanya dikira fesyen. Kerana itu designers' brand lebih menjadi pilihan. Lihat pada Seiko. Tiada rekabentuk yang versatile bagi mengikuti citarasa pengguna yang mementingkan fesyen!

4. Harga, Rekabentuk, dan Jenama
Al-fulus! Harga memang memainkan peranan penting dalam membuat pilihan ketika membeli jam tangan. Namun adakalanya jenama dan rekabentuk menjadi keutamaan. Dari segi harga, cuba anda bandingkan harga Seiko dengan jenama-jenama lain. Anda boleh mendapat jam tangan jenama lain yang mempunyai rekabentuk lebih menarik berbanding Seiko dan umum masih beranggapan yang Seiko adalah jenama murahan. Namun tidaklah semurah yang kita pernah nikmati lebih sedekat yang lalu. Harga Seiko kini jauh lebih mahal. Yang murah hanyalah jam Seiko 5 yang mempunyai rekabentuk ala atuk, tokwan, ataupun pak ngah! Jika dibanding dengan harga yang setara dengan Fossil atau Nautica, Seiko agak kurang menarik. Kurang dari segi rekabentuk. Jenama lain lebih menarik. Produk elit Seiko seperti Superior, Premier, Velatura Series, dan Bright dijual pada harga yang agak mahal. "Kalau sampai dua tiga riban, elok wa beli Tag Heuer bro... Mido ke, Tissot...". Itulah komen seorang sahabat apabila menemani dia membeli jam tangan di Isetan Kuala Lumpur beberapa minggu yang lalu. Tidak dapat di nafikan, jenama Seiko masih dianggap jenama murahan. Membeli jam tangan Seiko yang harganya ribuan ringgit masih bukan pilihan pasaran di Malaysia. Dengan harga yang berpatutan dan hampir setara, jenama lain lebih menarik minat pembeli berbanding Seiko. Harga jam tangan Seiko naik mendadak sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Rekabentuk masih di takuk lama! Adakah berbaloi untuk dimiliki?


Casio. Jenama dari Jepun. Mengalami transformasi dari segi rekabentuk. Lihat rekabentuk dial, counter, dan hands! Radical, retro-modern. Kini menjadi pilihan.
5. Citizen dan Casio
Casio adalah jenama jam tangan yang menaja pasukan Formula One Redbull. Hampir saban tahun, Casio melancarkan jam tangan terbaru keluaran mereka di acara tahun di Basel, Switzerland. Begitu juga Citizen. Kedua-dua jenama ini telah mengambil ranking pertama dan kedua sebagai pengekspot jam tangan terbesar dari negara Jepun. Seiko kini di tempat ketiga. Usah bertanya atau mengkaji dengan mendalam akan sebab musabab mengapa Seiko kini di tempat ketiga dan cuma mampu mengatasi Orient yang dilihat bakal menjadi pesaing hebatnya tidak lama lagi. Lihat sahaja di ruang pameran di kedai-kedai jam. Bandingkan keluaran jam tangan Seiko yang terbaru dengan jenama Citizen dan Casio. Memang tidak adil kita bandingkan Seiko dengan Casio kerana Seiko bukanlah pengeluar jam tangan digital. Namun, bandingkan jam-jam tangan analogue! Casio mempunyai rekabentuk lebih radikal dan modern. Analogue Chronograph Casio jauh lebih menarik dengan susunan jarum, dial, dan counter yang lebih retrograde dan modern. Begitu juga Citizen. Usah dikira samada quartz, Eco-Drive, Tough Solar, ataupun Solar. Citizen dan Casio lebih menyerlah. Anda tidak percaya, cuba perhatikan... kini ramai yang memakai Casio analogue chronograph berbanding Seiko 7Txx series! Lihat pula Citizen untuk siri digital-analogue! Lebih modern, multi-function, dan lebih menarik.

Citizen signature watch. Black and orange scheme. Rekabentuk dan penggunaan bahan pembuatan yang lebih menarik. Display yang lebih moden. Radio-controlled timekeeping.

6. Designers' Brand
Sejak negara China muncul sebagai kuasa besar ekonomi dunia, banyak pengeluar-pengeluar barangan fesyen mengeluarkan jam tangan jenama sendiri di negara tersebut. Bahkan Seiko turut mengeluarkan sebahagian dari komponen jam tangannya di sana. Ini adalah kerana kos pembuatan di negara China adalah jauh lebih murah. Kekuatan jam tangan designers’ brand bergantung kepada rekabentuk dan jenama itu sendiri. Dari segi rekabentuk dan harga, mereka mempunyai kelebihan dari segi factor harga dan tarikan fesyen terkini. Lihat jenama seperti Nautica, Tommy Hillfiger, Hugo Boss, Armani Exchange, Fossil, Calvin Klein, Guess, DKNY, FCUK, dan lain-lain; harganya berpatutan dan menawarkan rekabentuk yang lebih menarik. Kebanyakan jenama-jenama ini lebih dikenali sebagai jenama mahal, jenama orang kaya! Memiliki jenama-jenama seperti ini menjadi kebanggaan kepada pemiliknya. Seiko, hanya pada mereka yang mengenali dan meminati teknologi pembuatan jam dan jenama itu sendiri! Designers’ brands secara umumnya memang menjadi pilihan pengguna.

Agak-agak berapa besar jam nih? 1 main display. 4 independent display. 3 chronograph counters! Nautica, looks enormous but exclusive.
Kesimpulan
Jenama Seiko memanglah satu jenama yang mampu dimiliki oleh golongan pengguna pertengahan dan bawahan. Namun, pesaing-pesaing Seiko kini mempunyai kelebihan dari segi rekabentuk dan factor harga. Ini member ruang kepada pesaing-pesaing Seiko untuk member saingan hebat. Mungkin ini terdorong oleh faktor mood pembeli dan kekuatan jenama masing-masing. Yang pastinya rekabentuk pesaing-pesaing Seiko lebih relevant dan mengikut trend semasa. Tidak dinafikan kualiti Seiko lebih baik berbanding pesaingnya, namun bukan semua produk Seiko benar-benar berkualiti. Bagi kebanyakan model-model Seiko yang menggunakan komponen yang diperbuat di Negara China dan di pasang di luar Jepun perubahan dari segi kualitinya amat ketara. Semakin menurun. Sebagai contoh, keluaran awal Seiko “orange monster” diver lebih bermutu berbanding keluaran yang terkemudian. Begitu juga model-model yang menggunakan movement 7S26, 7S36, dan 7Txx quartz chronograph; kualitinya makin berkurangan berbanding kelas yang sama keluaran Citizen dan Orient. Bahkan Casio tidak kurang hebatnya. Namun, dari segi pilihan pembeli ini bukanlah perkara pokok. Yang penting adalah rekabentuk, saiz, dan harga. Seiko agak ketinggalan dalam menarik minat pembeli.

Titus. Guna movement original dari China! Dari segi rekabentuk, simple but appealing. Ada power reserve marker, independent counter untuk GMT/Second Hour indicator. Harga berpatutan untuk dipakai sebagai jam harian.

“Aku rasa kalau Seiko terus macam nih, lekat la jenama jam ni sebagai jam pakcik-pakcik atau jam tok wan. Orang muda la ni suka fesyen... kata sorang haji kat masjid aku. Lepa suka jam yang besaq-besaq dan nampak ranggi... dia ni orang Kedah! Kalu tahun 60an dengan 70an dulu Seiko ni memang Champion... nostalgia, kata dia lagi. Memang. Kalau tanya taukeh-taukeh jam memang begitulah adanya. Diskaun Seiko paling tinggi pun dah kira standard - 25% jeh. Pandai bodek, dapat la lagi murah. Nak kata Seiko jam murah, tak la murah. Jam lama atau vintage Seiko ada laa yang murah-murah. Tapi tak semua murah bekkk... kata Hassan Detikduabelas. Aku sendiri dah naik cemoih dengan design Seiko... samaaaaa jeh. Cuba ngkorang nengok Casio chronograph! Syurrrr... Haaa, nengok plak Citizen Eco-Drive baru. Cunnn beb! Jam-jam designer punnn... Bila la Seiko nak buat jam mampu milik dengan design yang canggih dan relevan? Satu pertanyaan yang taukeh Seiko jeh yang boleh jawab. Motaro San, annataaaa neh...Haitttttt. Arigato guzaimas. Phewwwww...” – thetick-thetick

Monday, 4 July 2011

4sale: Matterhorn 22m Panerai Look Alike Strap & Citizen NY0040-17L 200m Diver

"Banyak sangat kereta lama ni kekadang pening jugak. Kena cari pomen yang pandai. Spare part. Letih nak menjaganya. Macam tu la jugak dengan jam-jam lama. Walaupun tak sesusah menjaga kereta lama, kena gak goyang-goyang, pakai, tuning, timing, dan buat benda-benda routine. Bila dah banyak, kekadang tu terlepas pandang dan terlepas pakai. Kasi kurangkan. Kalau boleh simpan maksimum tujuh bijik cukup lah... sehari satu. Betul ke brader???? So, demi untuk mencapai cita-cita tersebut. Aku nak kurangkan koleksi aku yang sebelum ni bertali-arus memenuhi kotak-kotak dan laci-laci aku kat rumah dan pejabat. Tak la aku ada store tempat simpan jam! Betul tu Hassan D12? Sampai tak tau mana simpan jam...pasal banyak sangat! Okey lah. Kepada sesapa yang minat, jam-jam yang aku nak jual nih dah pun dibuat review sebelum nih." - thetick-thetick


Seiko Kinetic Diver 200m [SOLD]


Specification:
Model - SKA293P1
Year - 2005 
Case - Stainless Steel (99% condition, minor scratch)
Bracelet - Stainless Steel (97% condition, scratch on clasp buckle) including extra links. *optional leather strap look like Panerai
Crystal - Hardened Mineral Glass (100% condition, almost no scratch)
Movement - Seiko 5M62 Kinetic
Timing - +/-12 seconds/month
Power Reserve - battery storage
Packaging - including Seiko box and manual
Warranty - personal warranty, within 6 months after purchase and limited to watch movement ONLY
Price - RM550, please add RM10 for Poslaju postage within Malaysia 
Note - Sales within Malaysia ONLY

Matterhorn Tan Brown Panerai Look Alike Leather Strap [SOLD]


Specification:
Panerai look alike Matterhorn genuine calf leather with white stitch in tanned brown color 
Leather - calf, very soft and comfortable genuine leather
Size - 22mm width, standard Asian length for big size watches
Buckle - 2 Stainless Steel (Tang and Pre-Vendome Panerai style) Buckles
Price - RM80, including postage
Note - Sales within Malaysia ONLY

Citizen Automatic Diver 200m [SOLD]


Specification:
Model - NT0040-17L
Year - 1999 (early model/production)
Case - Stainless Steel (95% condition, minor scratch)
Bracelet - Stainless Steel Matching Solid Citizen Jubilee Bracelet (70% condition, scratch on clasp buckle)
Crystal - Hardened Mineral Glass (99% condition, almost no scratch)
Movement - Citizen Miyota Automatic
Timing - +/-1 minute/day
Power Reserve - less than 48 hours, recommend the watch to be serviced
Packaging - including one Citizen box
Warranty - no warranty, as is condition ONLY
Price - RM450, please add RM10 for Poslaju postage within Malaysia 
Note - Sales within Malaysia ONLY

"Citizen ni lain sikit dari production yang baru. Lebih mantap. Tak caya tanya la Saudara Hassan Bekkk Detikduabelas. Lain sikit finisihing dia. Seiko tu, jarang sangat aku pakai. Kepada sesiapa yang minat nak mendapatkan jam-jam di atas, tolong SMS. Maaf kalau kekadang tu lambat jawab. Sibuk. Sebarang pertanyaan melalui email lebih dihargai. Senang aku respon pakai hanpon Blackberry akuh... nantikan posting seterusnya. Bukan jualan, tapi artikel yang pasti sensasi" - thetick-thetick

Friday, 15 April 2011

Review [BM]: Citizen 200m Diver NY2300-09L JDM

"Ini jam apa pasal mau tukar gasket? Timing pun okey. Ini jam balu... haiyyaaa. Ya ka? Respon aku kat Sifu Lee. Semalam aku bawak jam-jam lama aku gi Y.K. Fong. Buat itu ini yang mana perlu. Termasuklah makhluk anfibi dari negara matahari terbit nih. Percaya atau tidak, jam ni aku beli kat Isetan KLCC lama dulu. Tahun 2006 kalau tak silap. Mana pergi kotak, tali besi, manual, warranty card, dan... miniature tong gas penyelam dia aku pun tak tahu. Jam ni dulu hilang dari pandangan dan pegangan aku. Pasal masa aku pindah rumah, aku lupa mana aku letak. Pernah sekali dua jeh aku pakai... buat snorkelling kat Pulau Payar. Bebaru ni bila aku selongkar kotak-kotak dan beg-beg aku (dari mula pindah tak bukak-bukak!)... aku jumpa balik jam ni. Sekali dengan kembar seiras dia. Gembiranya hati... haaa, bacalah pictorial review aku pasal jam Citizen 200m Diver NY2300-09L nih. Ini model Japanese Domestic Market (JDM) Made in Japan. Aku beli dulu complete set nak dekat Rm900! Tapi tinggal jam dia je lah... sekali dengan tali getah yang pernah terendam di dalam lautan Selat Melaka dekat Pulau Payar... baca. Semoga terhibur" - thetick-thetick

Masih gagah, handsome, macho lagi terpelihara. Macam baru bebbb! Body almost 99%. Crystal dia 100%. Bezel...nengok la beb. Terserlah ke"Pepsi"an anfibi nih...
Tali ori. Kalau pegang dan rasa... syurrr, macam baru. Virgin lagi! Nasib baik dalam 'dry beg' kat mana aku letak simpan jam nih (gambar background) ada tiga ke empat paket 'dehumidifier - silicon gel'. So takde la berkulat dan reput walaupun dah dekat 5 tahun aku tak usik.
Caseback. Kalau ikut titah ahli nujum Citizen. Jam ni dikeluarkan pada tahun 2000! Dah nak masuk sebelas tahun. Nampak calar-calar kat caseback tu. Jangan takut jangan segan... ini semua cobaan! Yang calar tu cuma plastik yang menempel kat caseback punya 'engraving' jehh...
Case dia memang cun lagih... nengok dia punya 'crown'. Macho dan terletak teguh antara 'crown guard' yang terbentuk oleh case jam yang unik.
Crown... jenis 'screw-down'. Nengok tuu... tebalnya 'scuba bezel'. Berkilat lagi...merelit kata orang utara.
Model keluaran 'Made in Japan'. Nengok tu, dial pada posisi pukul enam. Dial dia warna biru gelap atau 'Arabian Blue'... dari jauh nampak macam warna hitam.
Kalendar orang Jepun. Pakai typo 'kanji'. Kalau dua calit tu hari Selasa. Kalendar DAY-DATE.
Dalam kegelapan dan samar-samar terang... boleh tahan. Nyala lagi luminous compound dia. Macam jam baru keluar display kat kedai bebbbb!!!
Jangan pakai jam ni masa 'merendek dengan awek' dalam gelap. Pasal bole nampak... sure kena 'tangkap basah'. Memang bagus lah luminous compound Citizen nih. Kualiti masih baik walaupun dah lebih sedekat dikeluarkan.
Menggunakan movement buatan Miyota dan dijenamakan sebagai Citizen Calibre 8200 21jewels automatik. Bagus movement ni. Memang 'rugged & robust'. 6bps! Uni-directional winding system namun lebih bagus dari Seiko 7S26 yang menggunakan 'magic lever' winding system. Apa pasal?
Anti-shock protection dan regulator lebih stabil. Pasal tu la movement ni (Miyota) sama famous dengan ETA! Hairspring dia lebih tahan berbanding Seiko. Seiko punya mudah jadi bengkang-bengkok - lari 'timing' tak pasal-pasal. Sebab tu la 'accuracy' Citizen ni lebih baik dari Seiko atau Orient yang sekelas dengannya. Apa lagi kelebihan movement ni?
Haaa... boleh kunci beb! Nengok dua 'train wheels' yang diintegrasikan terus kepada 'winding stem' (crown stem). Tak macam Seiko 7S26 yang kena 'goyang gerudi' baru bole jalan... yang ni pun bole 'gelek' jugak, sure jalan punyaaaa. Cuma tu laa... crown pipe dia punya screw agak rendah atau pendek sikit. Tapi bole tahan dari masuk air pada kedalam 200m.
Bila pakai kat tangan... macho braderrr... nampak machoooo. Not bad. Aku dah test timing dia. +12 to +15 saat sehari setelah pakai selama lebih kurang 8 jam sehari. Memang berbaloi. Tahan betul lah jam Citizen JDM nih...
"Memandangkan ada dua anfibi Citizen ni yang seiras tapi tak serupa dalam simpanan aku sekarang nih... aku ingat nak let go lah yang Pepsi nih. Kepada sesapa yang berminat, SMS atau email la kat aku. Jam jeh yang tinggal. Kat mana gi kotak dengan set dia yang lain aku tak tahu... kalau ada sure aku bikin full review. Pasang tali besi dia...hmmmhhh kalu complete set sure aku tak jual. Tapi apa kan daya, aku nak let go. Sesapa yang nak beli, aku bagi 6 bulan personal warranty. Nanti aku carik la memana kotak Citizen yang aku ada. Kalau nak suruh post. Kat Malaya je lah. Pakai POS Laju. Berapa harga? Rajin-rajin la SMS aku kat 012-2399920" - thetick-thetick