Jam Mekanikal: Anti-Magnetism
Balance wheel pada movement jam pada awalnya diperbuat dari logam. Ia terdedah pada daya tarikan”magnet” di persekitaran kita yang menyebabkan pergerakkan balance wheel terganggu dan pastinya akan menyebabkan jam menjadi kurang tepat. Seorang saintis German yang bernama Milgaus telah mengenalpasti kesan medan magnet pada jam tangan ketika dia berada di dalam sebuah lombong arang batu. Beliau mengalami masalah pada jam tangan yang digunakan ketika itu dan ini mencetuskan idea untuk penciptaan jam tangan “anti-magnetic”. Beliau mengskalakan (scale) kesan tarikan magnet ini sebagai "amps". Semakin tinggi amps, semakin tinggi gangguan pada balance wheel. Sebagai menghargai jasa beliau, nama beliau telah menjadi tema kepada jam Rolex – “Rolex Milgaus”. Walaupun sudah dikeluarkan versi baru (sejak 2008 oleh Rolex) jam vintage Rolex Milgaus (produksi awal sehingga 1984) sukar didapati dan harganya melambung tinggi. Bentuknya seperti jam “Rolex Explorer”.
Teknologi anti-magnet ini agak simple. Balance wheel yang diperbuat dari logam digantikan dengan bahan “alloy” yang bersifat anti-magnet. Ada juga movement yang di tutup oleh “alloy plate” atau “alloy jacket” sebagai penebat yang lebih tinggi terhadap tarikan magnet. Yang tertinggi setakat ini adalah jam IWC Ingenieur keluaran terbaru. Disamping dilengkapi alloy jacket jam IWC ini juga menggunakan bahan “anti-magnetic soft iron” pada dial jam sebagai penebat magnet yang optimum. Anda akan dapati banyak jam-jam tangan vintage memaparkan perkataan “Anti-Magnetic” pada dial jam.
Jam Mekanikal: Water-Resistance
Hari ini, kebanyakan jam tangan adalah kalis-air atau “water-proof”. Namun penggunaan terma water-proof tidak lagi diterima oleh industri sebagai standard. Penggunaan terma “Water Resistance” diterima sebagai spesifikasi kalis-air. Jam kalis-air mula tercipta pada awal 50an. Antara jenama yang terawal mengadaptasikan teknologi ini adalah Rolex Submariner, Omega Seamaster, dan Blancpain Fifty-Fathom. Ia menggunakan “gasket” getah atau “rubber gasket” yang dipasang pada penutup jam, di “crown stem”, "stem pipe", “pusher”, atau di mana-mana bahagian jam yang terdedah kepada “water ingression” atau “water slippage” yang menyebabkan jam dimasuki air. Jam water-resistance dikira pada kesan ketahanan (resistance) air pada tahap kedalaman di dalam air (khususnya jam penyelam) ataupun ketika berenang di permukaan air. Teknologi water-resistance kini menjadi satu "de facto standard" pada pembuatan jam-jam moden. Anda akan dapati kiraan resistance ATM, meter, dan feet (kaki) pada jam-jam penyelam (diver/scuba) bergantung kepada tahap ketahanan mengikut kedalaman jam boleh digunakan di dalam air.
Jam Tangan Mekanikal: Hand-winding atau Manual-Winding
Jam tangan mekanikal “hand-winding” atau “manual-winding” dan dalam Bahasa Malaysia lebih dikenali sebagai “jam kunci” menggunakan elemen yang sama dengan apa yang diasaskan oleh Thomas Mudge pada tahun 1759. Jam kunci mempunyai 3 elemen:
(1) sumber kuasa jam dari “main spring” di dalam barrel
(2) sejumlah gear atau wheels – train wheels dan “transmission wheels”, dan
(3) “regulating mechanism” yang mengandungi “balance wheel”, "hair-spring", dan "escapement".
Apabila jam dikunci menggunakan “crown” (juga dipanggil “winder”), ia akan memutar main spring di dalam barrel menerusi train wheels. Seterusnya barrel akan menggerakkan transmission wheels yang kemudiannya menggerakkan “second wheel” yang diintegrasikan bersama “minute wheel” dan “hour wheel”. Ada pula diintegrasikan dengan “calendar wheel” untuk menunjukkan haribulan. Apa yang penting bagi jam kunci adalah kawalan terhadap transmisi kuasa dari barrel ke gear-gear yang lain bagi menggerakkan balance wheel untuk tidak terlalu laju atau perlahan.
Enjin jam kunci, tiada Rotor plate sepertimana terdapat pada jam automatic.
Jam tangan mekanikal “self-winding” atau automatik menggunakan prinsip dan elemen yang sama seperti jam kunci. Cuma ia tidak dikunci, tetapi digerakkan oleh “rotor” yang berbentuk piring seperti kipas. Ia mengunci main spring di dalam barrel melalui “winding system” yang diintegrasikan pada rotor. Apabila tangan pemakai bergerak, rotor akan bergerak memusing untuk mengunci barrel secara automatik.
Jam tangan self-winding mula dicipta pada tahun 1923 oleh John Harwood. Idea asal jam self-winding datang dari Abraham-Louis Perrelet pada tahun 1770 untuk jam poket telah diadaptasikan oleh Harwood. Disebabkan tiada pengeluar jam di England berminat, Harwood telah mematenkan ciptaannya di Switzerland dan mengeluarkan jam jenama sendiri pada tahun 1929. Idea Harwood dengan cepatnya telah digunapakai oleh Rolex Watch Company. Pada tahun 1931, Rolex telah mengeluarkan jam self-winding yang digelar Rolex Perpetual. Rolex dan Harwood adalah antara jenama jam automatic yang terawal di pasaran. Jam Harwood lebih unik, tiada crown!
John Harwood dan Rolex, pengeluar awal jam automatic. Jam Harwood tiada crown. Enjin jam Rolex automatic, antara yang terbaik di dunia.
Bang... betul ke jam kinetik pakai bateri bang? Kita ikuti informasi seterusnya di bahagian ke 3.
[Semak dan susun semula 18 Julai 2020]