Wednesday, 8 April 2020

Pengetahuan: Asas Kalendar Jam Tangan Bhg. 2

Sambungan dari bahagian pertama.

Bila Boleh Menukar Tarikh Secara Manual?
Jika kita rujuk kepada operation manual atau user manual jam tangan, kita akan dapati arahan yang melarang kita menukar tarikh secara manual pada waktu-waktu tertentu atau sebaliknya. Kebanyakannya melarang kita menukar tarikh secara manual antara jam 6 petang hingga jam 6 pagi merujuk kepada penunjuk waktu pada jam tangan. Mengapa larangan ini perlu kita patuhi? Kita harus ingat apabila jam tangan beroperasi, movement pada jam tangan akan memacu perakam waktu dan calendar secara serentak dan berterusan - perpetual motion. Terdapat dua modul pada movement yang bergerak seiring untuk merakam waktu dan tarikh iaitu timekeeping module dan calendar module. Kesemua gear-gear yang ada pada kedua-dua modul berputar untuk menepati kiraan 24 jam bagi pertukaran tarikh atau calendar. Ilustrasi berikut menunjukkan mengapa pada waktu tertentu kita dilarang menukar tarikh secara manual.


[A] Seperti dinyatakan di bahagian pertama. Hour wheel akan membuat 4 putaran penuh untuk memenuhi kiraan 24 jam (1x putaran = 6 jam; 4x putaran = 24 jam). Putaran pertama untuk kiraan jam 12 tengah malam sehingga jam 6 pagi. Putaran kedua untuk kiraan 6 pagi hingga 12 tengah hari. Putaran ketiga untuk kiraan 12 tengah hari hingga 6 petang. Manakala putaran terakhir atau keempat adalah untuk kiraan 6 petang hingga 12 tengah malam. Tepat jam 12 tengah malam 4 putaran akan memenuhi kiraan 24 jam dan tarikh pada calendar disc akan dipicu (trigger) menggunakan striking mechanism/wheel. Ketika itu calendar disc akan berputar untuk tukaran date, seterusnya diikuti dengan day (untuk jam calendar day-date). Pada pusingan keempat dan pertamalah (6 petang hingga 6 pagi) timekeeping module dan calendar module bertaut atau engaged untuk membuat kiraan 24 jam. Pada ketika itu juga striking mechanism/wheel sudah mula atau masih memegang kedudukan calendar disc untuk bertukar ke tarikh seterusnya. [B] Jika kita menukar tarikh secara manual pada kedudukan tersebut, ia akan mengganggu gear-gear yang sudah bertaut untuk membuat kiraan 24 jam pada tarikh semasa. Maka apabila beroperasi secara berterusan (perpetual motion) terdapat gear-gear atau mechanism pada movement akan terjejas semasa berlakunya pertukaran kepada tarikh seterusnya. Force dari pergerakan berterusan atau perpetual motion bakal merosakkan bahagian-bahagian yang melibatkan calendar module terutamanya jika berlaku berulang-ulang.

Kerosakan Pada Calendar Module
Terdapat dua kerosakan yang biasa ditemui:
  • Calendar Disc - Tarikh yang terpapar tidak selari dengan aperture pada dial. Ada juga tarikh day dan date tidak selari. Kedua-duanya adalah masalah pada calendar disc. Ada tiga kebarangkalian 1. holding pin/calendar pin sudah bengkok, 2.holding pin/calendar pin keluar dari kedudukannya/tercabut atau 3. gear pada calendar disc haus. Ini adalah disebabkan oleh force dari perpetual motion menggerakkan gear-gear yang tidak berada pada kedudukan sepatutnya.
  • Quick-set Date Malfunction - Force yang disebabkan oleh pergerakan perpetual motion pada gear-gear quick-set yang tidak pada kedudukannya sedikit sebanyak boleh menyebabkan gear-gear tersebut terkeluar dari wheel pivot. Begitu juga rapid date change yang dibuat pada kedudukan gear-gear timekeeper yang salah boleh menyebabkan gear-gear yang berkenaan tersangkut. Apabila dipaksa bergerak menggunakan crown lever, gear-gear quick-set ini akan terkesan dan boleh menyebabkan gear-gear ini tidak lagi bersentuhan (disconnected). Maka quick-set tidak lagi berfungsi untuk menukar tarikh secara manual.

Swiss Calendar vs Japanese Calendar
Semua movement jam tangan buatan Swiss atau Jepun menggunakan kiraan waktu yang sama, menukar tarikh tepat pada jam 12 malam. Namun terdapat perbezaan dari segi mekanisma atau cara pertukaran dibuat. Untuk penggunaan calendar disc; Swiss movement akan menukar tarikh tepat pada jam 12 malam secara 'jumping' manakala Japanese movement, calendar disc akan mula diputar (samada ikut arah jam atau lawan arah jam) selepas jam 10 malam dan pertukaran tarikh sepenuhnya akan berlaku pada jam 12 malam. Ini dapat kita saksikan pada date aperture di mana nombor atau hari (tarikh day/date) terpapar secara separuh atau beralih sedikit demi sedikit sebelum jam 12 malam. Movement Jepun beroperasi sedemikian untuk penjagaan calendar module. Ia memberitahu kita bahawa masa menunjukkan waktu malam. Waktu di mana putaran akhir akan mula memacu atau engaged untuk pertukaran tarikh. Sementara movement Swiss, tidak diketahui samada menghampiri waktu 12 tengah malam atau 12 tengahari. Oleh yang demikian terjadilah tarikh bertukar di siang hari pada jam tangan Swiss disebabkan oleh date setting yang salah.


Swiss vs Japan. Pada masa yang sama. Swiss (gambar kiri), kedudukan calendar disc kekal selaras di bawah date aperture. Japan (gambar kanan), calendar disc mula berputar dan hampir menampakkan tarikh seterusnya. 
"Falsafah rekaan Jepun tak sama dengan Swiss. Walaupun date tak bertukar sekelip mata - jumping date canggih macam Swiss... tapi kalendar Jepun lebih selamat berbanding Swiss. Nak tukar kalendar Swiss ni kena set satu hari awal. Putar-putar crown dari semalam sampai time sekarang... baru boleh tahu malam atau siang! He-he. Ikuti siri-siri asas jam tangan seterusnya." - thetick-thetick2020