Untuk mengenalpasti masalah pada jam tangan anda adakalanya memerlukan pengalaman dan pemikiran logik. Samada jam tangan mekanikal ataupun quartz, asas operasi jam-jam tangan ini perlu diketahui terlebih dahulu. Ini akan memudahkan kita mengenalpasti masalah operasi sesebuah jam tangan. Tersenarai seperti berikut, pertanyaan (Q-Question) dan keberangkalian (P-Probability) yang mungkin menyebabkan masalah pada sesebuah jam tangan.
Q1: Jam Tangan Mekanikal Bergerak Terlalu Cepat (Walaupun sudah diperlahankan)
P1-1: Hairspring pada Balance Wheel sudah rosak/bengkang-bengkok.
P1-2: Hairspring pada Balance Wheel yang sudah putus disambung semula pada hairspring stud. Kependekkan menyebabkan balance wheel bergerak terlalu laju tanpa boleh diregulasikan (tuning) semula.
Q2. Jarum Jam Tangan Mekanikal Bergerak Agak Lambat (Walaupun sudah diregulasikan)
P2-1: Gear pada Cannon Pinion atau Timekeeping Gear tidak bersentuhan sepenuhnya.
P2-3: Pivot pada Timekeeping Gear sudah kekeringan minyak pelincir maka pergerakan akan tersangkut-sangkut melibatkan beberapa gear lain yang bergerak secara bersama.
Q3. Kalendar Haribulan Tidak Bertukar Secara Automatik
P3-1: Strike Pin/Anchor pada Calendar Striking Mechanism terkeluar dari kedudukan sepatutnya untuk menarik calendar plate.
P3-2: Gear pada Calendar Plate tidak bersentuhan sepenuhnya dengan Striking Mechanism.
Q4. Crown Stem Tercabut/Mudah Tercabut
P4: Stem Lock pada Keyless Works sudah longgar, samada Screw-Type atau Spring-Type maka ia tidak memegang crown sepenuhnya.
Q5. Jarum Jam Tidak Selari Dengan Hour & Minute Indices (Jarum sudah dipasang selari pada asalanya)
P5-1: Cannon Pinion Gear sudah tidak bersentuhan sepenuhnya dengan Hour dan Minute wheel maka apabila jam beroperasi ia menghasilkan putaran-putaran yang tidak bergerak seirama.
P5-2: Salah satu gigi pada gear Cannon Pinion sudah patah/haus.
P5-3: Cannon Pinion atau Centre Wheel sudah longgar.
Q6. Jarum Chronograph Recorder Tidak Reset Pada Kedudukan Sepatutnya
P6-1: Clutch Lever Wire sudah bengkok/patah - untuk movement jenis Vertical Clutch Column Wheel
P6-2: Reset Wheel sudah haus/gigi pada Wheel sudah patah - untuk movement jenis guna Setting Wheels
Movement jenis chronograph. Mekanisma recorder dan reset amat sensitif. Lever reset dan recorder wire juga mudah patah.
Q7. Crown Stem Tidak Berfungsi Untuk Menukar Kalender
P7-1: Crown Stem tidak dipasang atau dikunci pada kedudukan sepatutnya.
P7-2: Setting Gear untuk menukar kalendar terbalik/tidak bersentuhan dengan stem lever.
P7-3: Terdapat gear atau gear-gear pada Quickset atau Rapid Date Change Mechanism pada Calendar Module yang tidak bersentuhan untuk dioperasikan.
Q7. Jarum Jam Hanya Bergerak Beberapa Minit Walaupun Sudah Dikunci Sepenuhnya
P7-1: Mainspring tersekat dari memacu Train Wheels.
P7-2: Train Wheels mengalami friction (geseran), perlu oiling.
P7-3: Salah satu gigi pada Mainspring Barrel patah atau haus (oleh itu ia tersekat).
P7-4: Ratchet Wheel Click bermasalah. Samada screw yang memegang kedudukan click adalah screw yang salah atau ia diikat terlalu ketat maka mainspring tidak boleh bergerak (tersekat) untuk memacu pergerakan jam.
Q8. Jarum Jam Hanya Bergerak Beberapa Minit Walaupun Sudah Digoyang Beberapa Kali (Japanese Automatic, Non-Winding)
P8-1: Winding Gear/Mechanism tidak bersentuhan dengan Ratchet Wheel yang mengunci mainspring.
P8-2: Mainspring di dalam barrel mengalami geseran maka ia tersekat untuk memacu pergerakan Train Wheels.
P8-3: Salah satu gigi pada Mainspring Barrel patah atau haus maka ia tersekat untuk memacu pergerakan Train Wheels.
Q9. Kalendar Hari (day) dan Tarikh (date) Tidak Selaras
P9-1: Gear-gear pada Calendar Plate (Day dan Date Plate) sudah terlalu haus.
P9-2: 'C' Clip yang memegang kedudukan Day Calendar Plate longgar atau tiada maka pergerakannya tidak tersusun dan tidak berada di kedudukan sepatutnya.
P9-3: Date Calendar Holding Yolk atau Pin tidak memegang gigi-gigi pada calendar plate pada kedudukan sepatutnya menyebabkan pergerakan plate menjadi longgar.
Nota: Jam fungsi kalender Day-Date menggunakan dua set calendar plate atau calendar wheel. Satu untuk Day dan satu untuk date.
Q10. Jarum Saat Pada Jam Tangan Quartz Bergerak Tersekat-Sekat Atau Berhenti Selang Beberapa Saat
P10: Jarum saat tidak bergerak mengikut detik yang sepatutnya. Ia bergerak selang 2 atau 3 saat, atau mungkin pada selang waktu lebih lama seolah tersekat-sekat. Itu tandanya kuasa bateri sudah mencapai tahap paling rendah untuk jam beroperasi. Bateri perlu ditukar.
Nota: Amat disarankan, semua jam quartz yang menggunakan SWISS MOVT hendaklah ditukar dengan bateri jenama RENATA buatan Swiss. Jika jam quartz buatan Jepun/JAPAN MOVT, pilihan ditangan anda - ada banyak jenama bateri. Tukar bateri yang mempunyai kuasa (dalam kiraan Voltage) yang sesuai dengan spesifikasi movement jam. Adalah dinasihatkan supaya segera menukar batteri jam sekiranya perlu. Ini bagi mengelakkan "cell discharge" atau bahan kimia dalam bateri jam mengalir keluar memasuki komponen-komponen movement jam yang lain. Jika ini terjadi, berkemungkinan besar movement akan rosak.
"Ramai sifu-sifu aku dah tanya. Kalau kalendar day dengan date tak selaras boleh repair tak? Semua jawab... tukar calendar module baru. Tau pasal hapa? Gear-gear dia dah haus. Kebanyakkan calendar plate gear diperbuat dari tembaga yang mudah haus. Cuba selak bawah calendar plate... majoriti guna gear nipis diperbuat dari tembaga - ringan so plate tu mudah dipusing. Kalau steel sure problem. Logik? Jam lama/vintage jeh ada masalah camnih.... wear and tear. So kepada penternak-penternak jam otai, bahari, classic, atau vintage. Ini adalah lumrah. Ada penyelesaian dia sebenarnya, tampal calendar decals atas calendar plate tuu...tampal kasi selari.He he... mana la nak carik menatang tuuu" - thetick-thetick
[Semak dan susun semula 05 Mei 2020]