Sunday, 17 May 2020

Review: Seiko 7000-8000 Vintage 1971

"Kalau nak beli jam-jam vintage, cuba cari jam yang dial dia masih cantik dan tak berkarat. Kalau ada patina... maintain. Ni laa faktor penting. Pasal nak restore dial atau redial bukan murah. Jam vintage beli tiga pat ratus, tapi nak buat balik dial kekadang lagi mahal dari harga jam. Bahagian-bahagian jam yang lain tu cuma perlu rajin tangan jeh. Sental sana sini boleh gilap sampai cantik. Haha... ni la cerita jam projek PKP ke dua. Seiko 7000-8000 vintage tahun 1971. Dah tua jugak jam ni. Aku remajakan... rejuvenate kata omputih" - thetick-thetick2020

Seiko Model Siri 8000
Jam tangan Seiko model siri 8000 dikeluarkan di kilang lama Seiko Suwa-Seikosha. Model-model keluaran siri 8000 adalah merujuk kepada penggunaan watch case 8000. Case reference 8000 diperbuat dari stainless steel dan bersaiz 38mm diameter, 40mm hujung ke hujung, 11mm ketinggian, dan 19mm kelebaran watch lug. Terdapat beberapa movement yang menggunakan watch case ini. Antaranya - Calibre 7000 17 jewels 3-hands no-date hand-winding, Calibre 7005 17 jewels 3-hands-date hand-winding, Calibre 6118 3-hands-date hand-winding, dan Calibre 7009 17 jewels 3-hands-day-date automatic. Untuk Calibre 7009, watch case 8000 diubah crown pipe dari kedudukan pukul 3 kepada pukul 4 dan digunakan pada model-model awal Seiko 5 pada pertengahan tahun 70an. Untuk jam-jam Seiko 7000-8000, terdapat beberapa variasi yang menggunakan dial dan jarum berlainan. Kesemua model siri 8000 menggunakan stainless steel bracelet. Namun, saki-baki jam vintage model ini yang masih wujud kebanyakannya dipasang dengan tali kulit. Sukar untuk mendapatkan bracelet yang asal.

Seiko Calibre 7000
Calibre 7000 mula digunakan oleh Seiko (Suwa-Seikosha) pada sekitar tahun 1961 dan ditamatkan pengeluarannya pada sekitar tahun 1973. Movement ini telah dinaik-taraf dan terdapat beberapa variasi kepada Calibre siri 7000 yang terbaharu seperti berikut:
  • Kalendar Module Terbaharu (1969 hingga 1986) - Cal. 7005A, Cal. 7006A, dan Cal. 7025A
  • Chronographs (1970 hingga 1981) - Cal. 7015A, Cal. 7016A, Cal. 7017A, dan Cal. 7018A/B
  • "Push Date" (1969 hingga 1999) - Cal. 7009A, Cal. 7019A, dan Cal. 7039A
  • "Divers" (1988 hingga 1999) - Cal. 7001A dan Cal. 7002A
Dari DNA Calibre 7000 inilah pelbagai variasi movement-movement baru telah dibangunkan sehinggalah kepada Calibre 7S26. Cal. 7S26 adalah antara movement terbaik yang pernah dikeluarkan oleh Seiko dan masih lagi digunakan untuk model-model Seiko 5.

Seiko 7000-8000 Vintage 1971
Berikut review bergambar untuk jam projek PKP kedua - jam Seiko Vintage 1971 rujukan 7000-8000.

Acrylic crystal. Retak dan calar balar. Nasib baik jumpa satu spare untuk model yang sama. Kasi tukar.
Seiko Calibre 7000A, 17 Jewels, Hand-Winding, 5bps/18,000bph. Movement ni Made in Japan. Dah servis sebelum ni. Ujian kunci-penuh, fuhhh... dapat 45 jam power reserve! Berbaloi aku cuci mainspring tu cara manual. Memang rumit pasal aku tak ada mainspring winder.
Dial dan jarum masih mulus! Lume pun masih glow. Ikut sudut pencahayaan! Ha.. kekadang dial ni nampak macam warna pure stainless steel kekadang nampak cam warna kelabu. Sebetulnya dial jam ni jenis stainless steel hairline brushed. Kulat besi kat jarum dengan marker tu, guna pegwood. Kasi bersih buang kulat, kasi kilau. Kilauan besi!
Rajin tangan! Proses menggilap. Aku guna masking tape untuk tutup watch case... kasi polish bezel ring. Bahagian-bahagian watch case, pakai Autosol jeh untuk menggilap tapi tak semua. Ada bahagian yang maintain dengan brushed finish.
Hasil selepas menggilap bezel ring dan dipasang acrylic crystal. Acrylic crystal terpakai ni ada calar-calar manja... kasi polish balik sekali dengan bahagian tepi watch case.
Bertahun dah guna M.A.A.S. cleaning compound. Lumur cream tu atas crystal, polish guna jari sampai cream tu kering. Lepas tu gilap dengan polishing cloth. Haa... nengok hasil dia. Berkilau. Kilauan plastik!
Side profile. Tepi acrylic crystal, case side, sekali dengan crown aku polish. Cuma case top dengan shoulder, maintain hairline brush. Tak perlu polish. Rajin tangan tentu puas hati.
Case back masih mulus. Untuk model-model lama, case back ada logo Suwa. Jam ni beranak pada tahun 1971 bulan 3. Japan-A adalah merujuk kepada tempat jam dibuat iaitu di kilang lama Seiko, kilang Daini-Seikosha.
Inilah hasil rajin tangan. Ambik masa dalam 2 3 jam laa jugak. Memang puas hati bila nengok jam vintage nampak bersih. Tak laa nampak baru tapi "mint condition" kata omputih. Kasi tambat dengan tali kulit. Size 19! Huh... jaman 60an dengan 70an suka bebeno orang Jepun guna tali saiz ganjil-ganjil. 17mm dengan 19mm tu kira saiz standard. Fenin nak cari tali untuk saiz camni sekarang.
"Jam-jam tangan vintage yang cantik-mulus dan yang tak rojak makin payah nak carik sekarang ni. Rojak? Bukan rojak mamak... syurr makan time buka puasa. Rojak ni merujuk kepada jam-jam yang tak guna parts yang asal. Jam caca-merba pakai parts-parts jam lain. Harga-harga jam vintage pun dah mula naik tocang. Kalau yang Swiss Made... membukit menggunung sekarang ni. Kalau yang Japan Made... macam roller-coaster, turun naik. Tapi harga ikut kondisi dengan keaslian semua parts. Aku ni tak pernah boring dengan jam vintage. Jam vintage memang ada daya tarikan tersendiri." - thetick-thetick2020