Tuesday, 21 July 2020

Tick-Talk: Seiko Chronometer Bhg. 2

Sambungan dari bahagian pertama.

Tahun Kegemilangan Seiko Chronometer
Tahun 67-68 adalah tahun-tahun yang mengejutkan industri pembuatan jam tangan Switzerland. Selama 4 tahun berturut-turut (1965 hingga 1968) Seiko telah menduduki kedudukan teratas dengan memenangi pelbagai observatory prizes. Mengikut commentary yang diberikan oleh pengulas-pengulas dari pelbagai editorial yang berpengaruh; persaingan ini telah menyebabkan jenama-jenama besar Swiss berasa amat tergugat. Mana tidaknya, merekalah yang memajukan dunia horology dan menjadi pemacu industri pembuatan jam sejak berkurun lamanya. Atas dasar ego yang menebal, pada tahun 1969 kesemua jenama-jenama besar Swiss telah menarik diri dari menyertai pertandingan di kedua-dua observatory. Pelancaran jam tangan quartz oleh Seiko (Astron) pada tahun yang sama turut menjadi penyebab mengapa pengeluar-pengeluar tersebut tidak lagi menjadikan pensijilan di Geneva Observatory dan Neuchâtel Observatory sebagai sandaran. 

Penubuhan C.O.S.C.
Pada tahun 1973, semua pemain-pemain industri jam Swiss telah bergabung dan menubuhkan institusi penarafan bebas yang dikenali sebagai Contrôle Officiel Suisse des Chronomètres atau C.O.S.C. Institusi penarafan ini ditubuhkan khusus untuk menguji dan membuat pensijilan Certified Chronometer bagi jam-jam tangan mekanikal dan quartz yang dibuat 'hanya di negara Switzerland'. Oleh yang demikian, Seiko tiada lagi peluang untuk meneruskan penglibatan mereka dalam pertandingan di Neuchâtel dan Geneva ObservatoryWalaupun tiada lagi pertandingan, Seiko terus mendapatkan pensijilan chronometer di Neuchâtel untuk jam-jam tangan mekanikal yang menggunakan movement atau calibre 4520 dan calibre 4580 dari tahun 1968 hingga tahun 1970. Jam-jam tangan yang telah mendapat pensijilan di kedua-dua observatory mempunyai cetakan 'Astronomical Observatory - Chronometer - Officially Certified' pada dial. Hanya 226 sahaja jam tangan Seiko yang memiliki penarafan ini dan ia amat sukar ditemui atau diperolehi - mega rare. (sumber: watchesbysjx.com: Seiko Observatory Chronometer)


Keputusan Neuchâtel Observatory competition tahun 1967. Kedua-dua entiti Seiko, Daini Seikosha dan Suwa Seikosha berjaya mendapat tempat kedua dan ketiga mengatasi Longines dan Zenith. Keputusan bersejarah ini telah membawa perubahan besar kepada industri pembuatan jam tangan di Switzerland. 

Japanese Chronometer Authorization Association
Seiko, melalui model elit Grand Seiko menggunakan standard ujian yang lebih tinggi berbanding Swiss. Begitu juga Citizen Chrono Master. Sebelum wujudnya C.O.S.C, Seiko terlebih dahulu menggunakan standard timing untuk 6 kedudukan, suhu panas dan sejuk dan menepati julat -3/+5 saat sehari. (nota: C.O.S.C. 5 kedudukan, suhu panas dan sejuk, julat ketepatan -4/+6 saat sehari). Standard ini mula digunakan pada tahun 1960, sebelum Seiko mengemukakan pensijilan observatory chronometer di Neuchâtel Observatory dan Geneva Observatory. Jam-jam tangan Grand Seiko pada tahun 60an dicetak 'Chronometer' pada dial. Begitu juga Citizen melalui model-model Chrono Master. Ini mengundang rasa tidak puas hati kepada The European Chronometer Official Association yang mahukan ujian dibuat oleh institusi bebas, bukan in-house testing sebagaimana dibuat oleh Seiko dan Citizen.

Maka satu institusi bebas yang dinamakan sebagai Japanese Chronometer Authorization Association (JCAA) telah ditubuhkan pada tahun 1968. Ia melibatkan pembuat-pembuat jam dari negara Jepun iaitu Seiko, Citizen, Orient, dan Ricoh. Inilah institusi yang memberi pensijilan kepada model-model Suwa Seikosha Grand Seiko (GS), Daini Seikosha King Seiko (KS), dan Citizen Chrono-Master. Jam tangan yang mendapat pensijilan di JCAA dicetak dengan gandingan perkataan 'Chronometer' atau 'Superior Chronometer'  dan 'Officially Certified'. Standard yang digunakan oleh JCAA lebih tinggi berbanding C.O.S.C. Namun atas faktor kos biaya operasi yang tinggi dan kebanjiran jam tangan quartz di pasaran, JCAA telah dibubarkan pada tahun 1983. Dengan ketiadaan JCAA, Seiko tidak lagi mengeluarkan model-model mekanikal KS. (nota: dinasti KS seterusnya menggunakan movement quartz dan berakhir pada tahun 2000. Sumber dari Grand Seiko History). Begitu juga Citizen, tiada lagi model-model Chrono Master yang mula diperkenalkan pada tahun 1967. Seiko kekal mengeluarkan model-model baru GS demi memenuhi hasrat untuk menjadi pengeluar terbaik dunia bagi jam-jam mekanikal yang bertaraf 'Superior Chronometer'. Ini adalah matlamat asal yang telah diasaskan sejak Grand Seiko mula diperkenalkan pada tahun 1960.

Suwa Seikosha dan Daini Seikosha. Cetakan logo pada dial (seperti gambar di atas) membezakan pengeluaran jam-jam tangan dari entiti yang berbeza milik Seiko. Suwa dikenali dengan model-model Grand Seiko sementara Daini dikenali dengan model-model King Seiko. Kedua-duanya telah berjaya menempatkan Seiko di tahap tertinggi bagi penarafan chronometer dunia.

Grand Seiko Standard, VFA, dan Superior Chronometer
Jam-jam Rolex bertaraf Superlative Chronometer. Ia bermaksud movement-movement yang digunakan telah diuji dan mendapat dua pensijilan in-house (Rolex Standard) dan pensijilan C.O.S.C. Asas penarafan chronometer ini telah digunakan oleh Seiko terlebih dahulu sejak Grand Seiko diperkenalkan pada tahun 1960. Pada tahun 1966, Seiko telah muktamatkan chronometer standard yang dinamakan Grand Seiko Standard (GSS). GSS mempunyai standard yang lebih tinggi berbanding Swiss C.O.S.C. Standard yang wujud hanya tujuh tahun selepas ia dimuktamatkan. GSS menguji ketepatan chronometer pada 6 kedudukan, pada suhu panas, dan pada suhu sejuk. Disamping itu GSS mempunyai 3 kategori julat ketepatan (chronometer accuracy range) iaitu Standard, Special, dan VFA (Very Fine Adjusted). GSS Standard mempunyai julat ketepatan -3/+6 saat sehari (hampir menyamai C.O.S.C. -4/+6 saat sehari). GSS Special pula mempunyai julat ketepatan -3/+3 saat sehari. GSS VFA adalah standard tertinggi dengan julat ketepatan +/-2 saat sehari. Grand Seiko Standard adalah lebih tinggi berbanding mana-mana standard yang digunakan oleh institusi-institusi pensijilan chronometer di Switzerland.

Jika jam-jam Rolex diterima oleh industri sebagai Superlative Chronometer, Grand Seiko layak untuk mendapat pengiktirafan dan penarafan sebagai Superior Chronometer. Standard yang diguna oleh Grand Seiko lebih tinggi berbanding Rolex in-house standard mahupun Swiss C.O.S.C. Standard. Maka, tiada lagi keperluan untuk Seiko mendapatkan pensijilan dan penarafan chronometer dari pihak lain. Grand Seiko Standard terpakai sehingga kini dan diakui oleh pengeluar-pengeluar dari Switzerland. Tiada lagi cetakan chronometer, superior chronometer, ataupun officially certified chronometer pada dial-dial jam tangan elit keluaran Seiko. Pada tahun 2017, Seiko dengan rasminya mengumumkan bahawa Grand Seiko menjadi jenama bebas dibawah payung syarikat yang sama (independent brand of Seiko).


Grand Seiko VFA oleh Suwa Seikosha, ketepatannya dikagumi dan menjadi buruan Swiss avid watch collector!

"Kita tidak dapat nafikan bahawa dunia pembuatan jam tangan diterajui oleh nama-nama besar dari Switzerland. Jenama-jenama Swiss gah dengan hasil pembuatan jam-jam tangan yang kompleks dan lebih tertumpu kepada nilai aesthetic. Ini adalah selling point yang meletakkan mereka di persada high precision engineering dan luxury timepieces. Seiko, lebih tertumpu kepada pemodenan teknologi yang memberi accuracy yang terbaik untuk setiap model-model elit keluaran mereka. Ini terbukti dari fakta yang terpahat di lipatan sejarah pensijilan chronometer yang menyaksikan mereka lebih bagus dari jenama-jenama Swiss. Inilah tradisi berterusan Seiko yang diwarisi sejak penubuhannya pada tahun 1881 oleh Kintaro Hattori. Sejarah dan tradisi ini tersemat di dalam jam-jam vintage Seiko chronometer yang masih wujud di pasaran. Memilikinya seumpama menyimpan khazanah yang bernilai tinggi. Namun, model-model vintage ini semakin sukar diperolehi. Jika Swiss berbangga dengan Patek Philippe dan Rolex vintage, nilainya tinggi kerana kekuatan jenama. Namun, tidak dapat menandingi pencapaian yang pernah diraih oleh Seiko Chronometer vintage. Maaf jika artikel ini agak panjang. Artikel ini terhasil dari pelbagai sumber rujukan dan tidak dapat disenaraikan bersama. Penghasilan artikel ini turut mengambil masa yang lama untuk dipersembahkan secara ringkas tetapi padat." - thetick-thetick2020