Tuesday, 31 March 2020

Pengetahuan: Jenis-Jenis Tali Jam Tangan Bhg. 2

Sambungan dari bahagian pertama. Seterusnya, diperjelaskan mengenai jenis-jenis buckle, clasp, dan tali logam atau bracelet. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk buckle. Untuk tali-tali bukan logam, kebanyakannya menggunakan jenis pin buckle. Ia berbentuk seperti buckle pada tali pinggang. Tali-tali jenis logam yang pelbagai design pula kebanyakannya diperbuat dari besi tahan karat (stainless steel). Ada juga yang diperbuat dari emas, platinum, dan titanum. Selain bahan logam, ada juga bracelet yang diperbuat dari resin dan ceramic.

Buckle dan Clasp
Buckle dan clasp adalah dua jenis ikatan pada tali jam tangan. Terdapat banyak bentuk buckle, kebanyakannya diperbuat dari bahan logam. Begitu juga clasp. kebanyakan tali-tali kulit, getah, silikon, dan kanvas menggunakan buckle jenis pin (pin buckle). Ada juga yang menggunakan clasp-buckle. Tali jenis logam pula pasti menggunakan clasp. Terdapat dua jenis clasp yang biasa kita temui pada tali-tali logam - scissor clasp dan butterfly clasp atau lebih dikenali sebagai double deployment clasp.


Bahagian-Bahagian Tali Logam atau Bracelet
Terdapat pelbagai terma digunakan bagi merujuk kepada bahagian-bahagian bracelet.

Sebagaimana merujuk kepada bahagian pertama; tali-tali logam terdapat jenis straight end, curved endintegrated end link, dan detachable end link. Untuk bahagian end link, terdapat tiga jenis iaitu standard end link, solid end link, dan solid integrated end link. Ketiga-tiganya disambung kepada watch head menggunakan spring bar ataupun screw pin melalui pinhole.

ClaspMicro Adjustment dan Diver's Extension
Untuk pemadanan saiz jam tangan bertali logam, tali perlu dipendekkan atau dipotong dengan cara menanggalkan beberapa link dari tali yang asal. Link ini biasanya disambung menggunakan screw pin ataupun pin. Jam tangan Seiko menggunakan "pin and sleeve" dan ada juga link-link yang lain disambung menggunakan slot. Setelah link ditanggal dan disambung semula, micro adjustment bolehlah dibuat dengan cara mengalih kedudukan pin atau spring bar yang terhubung pada clasp. Pada sisian clasp biasanya akan terdapat beberapa lubang untuk micro adjustment. Untuk kegunaan penyelam scuba. Tali-tali logam untuk jam jenis ini kebanyakannya menggunakan clasp atau bracelet yang mempunyai diver's extension. Tujuan dibuat extension ini adalah untuk memudahkan penyelam memanjangkan semula tali jam tangan tanpa menambah link pada panjang sedia ada. Ini adalah perlu apabila jam dipakai pada pergelangan yang ditutupi oleh wetsuit penyelam yang agak tebal. Juga di atas pergelangan tangan yang ditutupi oleh sarung tangan. Terdapat dua jenis extension - slide extension dan folded extension. Diver's extension jenis ini biasanya terdapat pada clasp namun untuk jam penyelam Seiko; ada sebahagian daripada model-model jam penyelam mempunyai extension pada link itu sendiri. Ia adalah jenis folded extension.

Tali kulit ada pelbagai saiz. Ramai yang tidak tahu. Tali kulit untuk orang Asia kebanyakannya bersaiz standard. Namun ada saiz XL atau extra large untuk mereka yang mempunya pergelangan tangan bersaiz besar. Tali-tali jam penyelam scuba sememangnya lebih panjang dari saiz tali-tali standard. Ini adalah untuk membolehkan jam tangan dipasang pada pergelangan tangan yang disarung dengan baju penyelam ataupun sarung tangan yang tebal.

Untuk memilih tali kulit, kita disyorkan menggunakan tali di mana bahagian lapisan bawahnya diperbuat dari bahan-bahan kalis air. Bahan-bahan jenis kalis air ini akan menahan peluh yang keluar dari kulit kita daripada menyerap kepada bahagian kulit di lapisan atas tali jam. Penggunaan tali hybrid campuran getah atau silikon bersama kulit juga amat bersesuaian untuk tujuan ini.

Kini terdapat pelbagai jenis tali-tali jam tangan aftermarket di pasaran. Samada tali kulit, getah, silikon, kanvas, mahupun tali-tali logam; padanan yang terbaik adalah sangat penting. Harga-harga turut memainkan peranan kerana ia adalah penentu kepada kualiti dan durability sesuatu tali jam. Cari padanan yang terbaik mengikut watch head jam tangan anda. - thetick-thetick2020