Showing posts with label Watches: Seiko. Show all posts
Showing posts with label Watches: Seiko. Show all posts

Sunday, 17 May 2020

Review: Seiko 7000-8000 Vintage 1971

"Kalau nak beli jam-jam vintage, cuba cari jam yang dial dia masih cantik dan tak berkarat. Kalau ada patina... maintain. Ni laa faktor penting. Pasal nak restore dial atau redial bukan murah. Jam vintage beli tiga pat ratus, tapi nak buat balik dial kekadang lagi mahal dari harga jam. Bahagian-bahagian jam yang lain tu cuma perlu rajin tangan jeh. Sental sana sini boleh gilap sampai cantik. Haha... ni la cerita jam projek PKP ke dua. Seiko 7000-8000 vintage tahun 1971. Dah tua jugak jam ni. Aku remajakan... rejuvenate kata omputih" - thetick-thetick2020

Seiko Model Siri 8000
Jam tangan Seiko model siri 8000 dikeluarkan di kilang lama Seiko Suwa-Seikosha. Model-model keluaran siri 8000 adalah merujuk kepada penggunaan watch case 8000. Case reference 8000 diperbuat dari stainless steel dan bersaiz 38mm diameter, 40mm hujung ke hujung, 11mm ketinggian, dan 19mm kelebaran watch lug. Terdapat beberapa movement yang menggunakan watch case ini. Antaranya - Calibre 7000 17 jewels 3-hands no-date hand-winding, Calibre 7005 17 jewels 3-hands-date hand-winding, Calibre 6118 3-hands-date hand-winding, dan Calibre 7009 17 jewels 3-hands-day-date automatic. Untuk Calibre 7009, watch case 8000 diubah crown pipe dari kedudukan pukul 3 kepada pukul 4 dan digunakan pada model-model awal Seiko 5 pada pertengahan tahun 70an. Untuk jam-jam Seiko 7000-8000, terdapat beberapa variasi yang menggunakan dial dan jarum berlainan. Kesemua model siri 8000 menggunakan stainless steel bracelet. Namun, saki-baki jam vintage model ini yang masih wujud kebanyakannya dipasang dengan tali kulit. Sukar untuk mendapatkan bracelet yang asal.

Seiko Calibre 7000
Calibre 7000 mula digunakan oleh Seiko (Suwa-Seikosha) pada sekitar tahun 1961 dan ditamatkan pengeluarannya pada sekitar tahun 1973. Movement ini telah dinaik-taraf dan terdapat beberapa variasi kepada Calibre siri 7000 yang terbaharu seperti berikut:
  • Kalendar Module Terbaharu (1969 hingga 1986) - Cal. 7005A, Cal. 7006A, dan Cal. 7025A
  • Chronographs (1970 hingga 1981) - Cal. 7015A, Cal. 7016A, Cal. 7017A, dan Cal. 7018A/B
  • "Push Date" (1969 hingga 1999) - Cal. 7009A, Cal. 7019A, dan Cal. 7039A
  • "Divers" (1988 hingga 1999) - Cal. 7001A dan Cal. 7002A
Dari DNA Calibre 7000 inilah pelbagai variasi movement-movement baru telah dibangunkan sehinggalah kepada Calibre 7S26. Cal. 7S26 adalah antara movement terbaik yang pernah dikeluarkan oleh Seiko dan masih lagi digunakan untuk model-model Seiko 5.

Seiko 7000-8000 Vintage 1971
Berikut review bergambar untuk jam projek PKP kedua - jam Seiko Vintage 1971 rujukan 7000-8000.

Acrylic crystal. Retak dan calar balar. Nasib baik jumpa satu spare untuk model yang sama. Kasi tukar.
Seiko Calibre 7000A, 17 Jewels, Hand-Winding, 5bps/18,000bph. Movement ni Made in Japan. Dah servis sebelum ni. Ujian kunci-penuh, fuhhh... dapat 45 jam power reserve! Berbaloi aku cuci mainspring tu cara manual. Memang rumit pasal aku tak ada mainspring winder.
Dial dan jarum masih mulus! Lume pun masih glow. Ikut sudut pencahayaan! Ha.. kekadang dial ni nampak macam warna pure stainless steel kekadang nampak cam warna kelabu. Sebetulnya dial jam ni jenis stainless steel hairline brushed. Kulat besi kat jarum dengan marker tu, guna pegwood. Kasi bersih buang kulat, kasi kilau. Kilauan besi!
Rajin tangan! Proses menggilap. Aku guna masking tape untuk tutup watch case... kasi polish bezel ring. Bahagian-bahagian watch case, pakai Autosol jeh untuk menggilap tapi tak semua. Ada bahagian yang maintain dengan brushed finish.
Hasil selepas menggilap bezel ring dan dipasang acrylic crystal. Acrylic crystal terpakai ni ada calar-calar manja... kasi polish balik sekali dengan bahagian tepi watch case.
Bertahun dah guna M.A.A.S. cleaning compound. Lumur cream tu atas crystal, polish guna jari sampai cream tu kering. Lepas tu gilap dengan polishing cloth. Haa... nengok hasil dia. Berkilau. Kilauan plastik!
Side profile. Tepi acrylic crystal, case side, sekali dengan crown aku polish. Cuma case top dengan shoulder, maintain hairline brush. Tak perlu polish. Rajin tangan tentu puas hati.
Case back masih mulus. Untuk model-model lama, case back ada logo Suwa. Jam ni beranak pada tahun 1971 bulan 3. Japan-A adalah merujuk kepada tempat jam dibuat iaitu di kilang lama Seiko, kilang Daini-Seikosha.
Inilah hasil rajin tangan. Ambik masa dalam 2 3 jam laa jugak. Memang puas hati bila nengok jam vintage nampak bersih. Tak laa nampak baru tapi "mint condition" kata omputih. Kasi tambat dengan tali kulit. Size 19! Huh... jaman 60an dengan 70an suka bebeno orang Jepun guna tali saiz ganjil-ganjil. 17mm dengan 19mm tu kira saiz standard. Fenin nak cari tali untuk saiz camni sekarang.
"Jam-jam tangan vintage yang cantik-mulus dan yang tak rojak makin payah nak carik sekarang ni. Rojak? Bukan rojak mamak... syurr makan time buka puasa. Rojak ni merujuk kepada jam-jam yang tak guna parts yang asal. Jam caca-merba pakai parts-parts jam lain. Harga-harga jam vintage pun dah mula naik tocang. Kalau yang Swiss Made... membukit menggunung sekarang ni. Kalau yang Japan Made... macam roller-coaster, turun naik. Tapi harga ikut kondisi dengan keaslian semua parts. Aku ni tak pernah boring dengan jam vintage. Jam vintage memang ada daya tarikan tersendiri." - thetick-thetick2020

Wednesday, 25 March 2020

Tick-Talk: Seiko Samurai Bhg. 2

"Mahal... memang mahal. Pasal titanium Samurai JDM ni memang jenis grade tinggi. Pasal tu warna dia kekal tak berbelang-belang. Titanium alloy, bahan logam yang ringan tapi tahan calar. Boleh cecah harga 5 ribu sebijik. Nak carik pun payah. Dah kira rare model... itulah kisah model-model Samurai keluaran 2004-2008. Makin payah nak jumpa. Kalau yang LE tu lagi la... mega rare! Bukan tu jeh, ada model-model generasi kedua pun payah nak dapat. Masuk aje pasaran... abis kolektor pulun. Macam Wak Asan! Asal ada aje spesies baru, abis dia tangkap masuk sangkar dia. Penternak jam diver Seiko paling berjaya seantero Malaysia. Ha-ha, ikuti sambungan cerita Samurai Jepun nih". - thetick-thetick2020
Generasi Kedua, Rekabentuk Terkini
Di bahagian pertama, secara ringkas segala perbezaan antara model generasi pertama standard/international edition, generasi pertama limited edition, dan generasi pertama JDM sudah diperjelaskan. Apa yang menarik pada generasi kedua selain dari penggunaan movement terkini 4R35? Berikut, pictorial review ringkas model generasi kedua SRPB09K1 Samurai Blue Lagoon sebagai contoh.
Side Profile - Angular design. Berbanding generasi pertama, generasi kedua lebih "clean" dan kelihatan "solid". Crown Guard juga alami perubahan - lihat gambar kecil di gambar bawah. Pandangan sisi crown guard lebih tirus bagi memudahkan crown untuk dioperasikan.
Bracelet End Link - Solid integrated end link. Lebih "simple". Bracelet end link selaras dengan hujung watch case.
Bracelet - Mengekalkan bentuk 3-piece link. Sebahagian centre link digilap.
Dial Setting dan Bezel - Facelift dari generasi pertama JDM. Generasi kedua menggunakan jarum standard arrow and sword. Conical minute indices - lebih detail dengan seconds index untuk setiap minit. Minute marker lebih besar memberikan lume yang lebih terang dan jelas. 120 click bezel, memang terasa padat tetapi lancar apabila diputar.
On the Wrist - Ergonomic. Diameter 44mm Tinggi 13mm. Besar? Angular design, sungguhpun saiznya besar namun sesuai untuk semua saiz pergelangan tangan. 
Jika kita bandingkan rekabentuk model-model dari dua generasi Samurai ini, kita boleh merumuskan bahawa rekabentuk model generasi kedua yang ada dipasaran sekarang adalah berasaskan model generasi pertama JDM. Segala ciri-ciri yang ada pada model generasi pertama JDM ada pada generasi kedua. Cuma terdapat beberapa bahagian yang mengalami facelift dan clean-up untuk kelihatan lebih ringkas tetapi compact.


Generasi Kedua Yang Menjadi Jadi Buruan
Strategi pemasaran Seiko sejak mutakhir ini lebih tertumpu kepada model-model yang disasarkan kepada Seikophiles (peminat Seiko) yang menginginkan kelainan. Seiko seolah-seolah mula menghadkan pengeluaran model-model standard tetapi dalam masa yang sama mengeluarkan model-model yang agak berlainan dari segi kosmetik melalui edisi terhad, special edition, dan hanya beberapa model JDM. Ini kita akan dapati pada model-model penyelam Seiko yang menjadi tumpuan seperti Seiko Turtle dan Seiko Samurai. Model-model bukan standard inilah yang menjadi buruan. Berikut, selain dari model SRPB09 Blue Lagoon; lima lagi model-model Samurai generasi kedua yang menjadi buruan Seikophiles di seluruh dunia setakat ini.
Orange Samurai. Model yang popular dikalangan peminat-peminat Seiko di Amerika. Walaupun ia adalah model international edition namun jarang ditemui di pasaran Asia dan Eropah.
Samurai Zimbe Six. Edisi khas Thailand. Terhad kepada 1500 unit. Model ini menggunakan sapphire crystal yang mempunyai cyclops dan waffle dial. Kombinasi black and gold, model ini menggunakan black PVD bezel.
 Mendapat jolokan The Dawn Grey, model SRPD03 ini adalah model yang dibuat khusus untuk pasaran Eropah dan terhad kepada 2018 unit. Terdapat kembar seiras model ini iaitu Seiko Turtle Dawn Grey. Model ini menggunakan waffle dial. Kombinasi tona grey dan orange yang menarik.
Samurai Zimbe Nine. Model Zimbe ini mempunyai ciri-ciri kosmetik yang sama seperti Zimbe Six kecuali dial settingnya berbeza. Ia kelihatan seperti dial setting pada model Seiko 62MAS. Edisi Zimbe Nine ini terhad kepada 1300 unit.
Model terbaharu tahun 2019 siri Samurai. Model yang mendapat panggilan The Green Hulk ini dibuat di negara Jepun. Ia adalah model untuk pasaran domestic - JDM. Hampir keseluruhan dial dan bezel setting menggunakan tona emerald green disamping sedikit markings berwarna kuning.

Model-Model Baharu Tahun 2020. Generasi Ketiga?
Dari komentar-komentar di blogosphere dan laman rasmi Seiko, terdapat model-model baharu untuk siri jam penyelam Samurai. Seperti Seiko King Turtle dan Seiko Monster; model-model terbaharu Samurai ini turut mengalami major facelift terutamanya pada bezel dan dial settings. Begitu juga penggunaan cyclops pada crystal model-model tersebut. Kelainan yang paling ketara untuk Samurai model baharu ini adalah bezel indices. Tiada lagi time lapse marker 15 atau 20 minit. Selepas tiada lagi signature asal Samurai seperti jarum-jarum Daisho dan time lapse marker pada bezel; apakah major facelift terbaru ini dianggap sebagai peralihan generasi Samurai? Generasi ketiga? Berikut, beberapa model baharu Samurai yang bakal memasuki pasaran. Model-model ini adalah berdasarkan sumber dari Seiko tatkala artikel ini dibuat. (nota: gambar diolah dari sumber Seiko Catalogue, Mac 2020).
Model-model baharu. Ha-ha, aku tak minat jam-jam yang ada cyclops!
"Jam Seiko Turtle tiruan jenis tukun-tukun hebat guna movement SII NH35 dah ada kat pasaran. Jangan laa ada pulak Samurai celup! Ada yang minat, ada yang tak suka Seiko Samurai ni. Bagi aku... sebagai peminat Seiko, model-model signature macam Samurai ni kita patut ada. Buat pilihan... tak dapat beli model LE atau SE, model standard Samurai re-issue pun menarik. Terpulang... Samurai ni jam yang nampak SERIOUS! Ok. Tunggu artikel komentar Tick-Talk seterusnya" - thetick-thetick2020   

Sunday, 22 March 2020

Tick-Talk: Seiko Samurai Bhg. 1

"Masih segar dalam ingatan. Tak lama, tak sampai setahun lepas beli... aku jual Seiko Samurai yang ada dalam koleksi. Tak minat, case dengan tali dia semacam jehh... tak kena kat tangan. Itulah cerita-ceriti aku sekitar tahun 2006/07 dulu. Samurai standard SNM011K1. Ingat ada laa kosmetik baru tak pun upgrade untuk model-model Samurai nih. Laaa... penghujung tahun 2008 Seiko henti buat Samurai. Takpa. Kira barang rare laa lepas tu. Tak minat, tak rasa nak carik. Tapi bila keluar model re-issue Februari 2017. Mak ai... cun pulak. Nasib baik Wak Asan ada simpan... SRPB09K1 Limited Edition Blue Lagoon. Ni laa aku punya... The Last Samurai. Camna pun, Samurai Jepun ni jam tangan yang aku rasa agak terserlah. Mempamerkan keunikan seni dan tradisi kerja-tangan masyarakat Jepun yang sebenar... waris golongan Samurai. Jam Samurai, ada model-model yang jadi buruan. Harga boleh tahan! Ikuti kisah Samurai ni. Agak panjang, jadi aku buat dua bahagian. Terlebih dahulu, credit kepada Encik Hassan Detikduabelas yang turut menyumbang bahan-bahan untuk artikel ni." - thetick-thetick2020


Nama Panggilan Samurai

Jam-jam penyelam Seiko mempunyai signature design tersendiri. Dari signature-signature design inilah terciptanya nama-nama panggilan seperti Tuna, Turtle, Monster, Mohawk, Stargate, dsbg. Kepada peminat-peminat Seiko, nama panggilan Samurai diambil sempena bentuk jarum jam yang kelihatan seperti pedang Jepun atau pedang Samurai. Jarum hours dan minute sepasang seperti Daisho - pedang utama/panjang Katana dan pedang pendek Wakizashi/Tanto. Bukan hanya jarum; watch case (dan watch shoulder) model ini kalau dilihat dari sisi akan kelihatan seperti bahu pahlawan Samurai yang dipakai dengan baju perisai.


Tiga jenis pedang Daisho yang berbeza pada jarum-jarum jam Samurai generasi pertama.

Generasi Pertama 2004 Hingga 2008

Ada komentar-komentar di forum dan blog mengatakan dari tahun 2004 hingga 2008 terdapat dua generasi Samurai. Ada pula yang yang menyatakan semuanya sebagai satu generasi, generasi pertama. Perbezaan pendapat ini adalah berdasarkan perbezaan pada tali, jarum, dan dial marker pada model-model Samurai ketika itu. Jika kita lihat pada model reference, terdapat tiga edisi. Pertama model standard atau international edition SNM, kedua model limited edition SNM dan yang ketiga model JDM SBDA. Ketiga-tiganya mempunyai perbezaan dari segi material, rekabentuk, dan dial setting. Model rujukan standard adalah SNM009K1, SNM011K1, dan SNM033K1. SNM033K1 yang dikenali sebagai Black Samurai adalah untuk pasaran Amerika Utara. Ia kelihatan hampir sama dengan SNM011K1. Model limited edition yang dianggap sebagai mega rare oleh peminat-peminat Seiko pula adalah rujukan SNM015K1, SNM017K1, dan SNM019K1. Model SNM019K1 hanya dikeluarkan oleh Seiko sebanyak 300 unit untuk pasaran antarabangsa sementara SNM015K1 dan SNM017K1 terhad kepada 500 unit bagi setiap model. Model-model rujukan JDM adalah SBDA001, SBDA003, dan SBDA005. Model-model JDM ini diperbuat dari logam titanium gred tinggi.
Model standard/international edition. Kiri SNM009K1. Kanan SNM011K1.
Edisi terhad lagi mega rare juga dikenali sebagai Samurai Ninja.
Model Titanium JDM. Kiri SBDA005. Kanan SBDA001.
Model JDM SBDA003. Buruan penternak Seiko.
Model-model generasi pertama ini menggunakan movement Seiko Cal. 7S35. Ia adalah upgrade kepada Cal. 7S25/26 - 3 hands date movement. Beza Cal. 7S35 dan Cal. 7S25 adalah Cal. 7S35 menggunakan Spron 510 mainspring. Pada ketika itu Cal. 7S35 hanya digunakan untuk model-model Seiko Superior dan Seiko Premium, maka penggunaannya pada model Samurai merupakan movement upgrade kepada jam-jam penyelam Seiko. Kini, selepas lebih sedekad; model-model generasi pertama ini dikategorikan sebagai rare kerana pengeluarannya yang terhad dari tahun 2004 hingga 2008. Sepasang jam Samurai JDM SBDA yang diperbuat dari titanium kini boleh mencapai harga sehingga lima ribu ringgit. Model-model standard juga bernilai tinggi.

Generasi Kedua, 2017 Hingga Sekarang

Selepas hampir sedekad, Seiko mengembalikan semula jam penyelam Samurai ke pasaran melalui model re-issue pertamanya SRPB09K1 Limited Edition yang mendapat jolokan nama Blue Lagoon. Model re-issue pertama ini dikeluarkan secara terhad sebanyak 6 ribu unit untuk pasaran antarabangsa. Ia dilancarkan pada bulan Februari 2017. Terdapat beberapa perubahan atau facelift pada bracelet, dial setting, dan watch case generasi baharu ini. Jika diperhatikan, rekabentuknya adalah berasaskan model-model JDM generasi pertama. Model generasi kedua ini lebih compact. Namun, signature asalnya sudah hilang! Tiada lagi jarum Daisho seperti bentuk pedang-pedang Samurai. Seperti generasi pertama, generasi kedua Samurai ditawarkan dengan pelbagai model standard, special edition, limited edition dan JDM.
Generasi kedua. Blue Lagoon SRPB09K1 LE, model re-issue pertama Samurai.

Perbezaan Antara Generasi

Movement

Generasi pertama menggunakan Seiko Cal. 7S35, generasi kedua menggunakan Seiko Cal. 4R35. Seiko 7S35 tidak mempunyai fungsi manual-winding dan tiada hacking function berbanding 4R35. Kedua-duanya mempunyai frequency yang sama 21,600bph, power reserve +/- 41 jam, dan menggunakan Spron 510 mainspring.
Seiko Cal. 7S35 dan Cal. 4R35 adalah berasal dari DNA Cal. 7S25/26. Antara movement terbaik yang dikeluarkan oleh Seiko Instruments Inc.

Dial Setting dan Bezel Index

Terdapat empat perbezaan dial setting. Generasi pertama standard edition mempunyai jarum yang agak kecil sementara generasi pertama JDM pula mempunyai jarum yang agak besar/lebar. Jarum generasi pertama edisi terhad pula menggabungkan dua tona pada jarum hour dan minute. Model-model generasi kedua pula menggunakan jarum seperti arrow dan sword seperti yang terdapat pada model-model penyelam Seiko terkini. Jarum saat pada ke empat-empat versi ini berbeza. Dari segi bezel indices, terdapat dua perbezaan. Generasi pertama versi standard dan limited edition mempunyai time lapse marker 20 minit dan numeral markings 25-35-45-55 minit. Generasi pertama JDM dan generasi kedua pula hanya ada time lapse marker untuk 15 minit dan numeral markings 20-30-40-50 minit.
Empat dial setting yang berbeza pada generasi pertama dan kedua. Bezel index pada generasi pertama JDM dan generasi kedua mempunyai time lapse marker 15 minit. Generasi pertama standard/international edition pula 20 minit sama seperti generasi pertama limited edition.
Lain dari yang lain. Model limited edition generasi pertama menggunakan marker dan indices jenis inner ring. Jarumnya pula mempunyai dua tona.

Watch Case Profile

Generasi pertama standard dan limited edition tiada crown guard. Crown guard cuma ada pada generasi pertama JDM dan model generasi kedua. Side profile pada casing semua model generasi pertama mempunyai aesthetic design berbentuk seumpama pin atau rivet yang terpasang pada bahagian tepi watch case. Tiada pada generasi kedua.
Generasi pertama standard dan limited edition, tiada crown guard. Seperti model SNM033K1 "Black Samurai" di atas, terdapat dua bulatan seperti pin rivet pada bahagian tepi watch case.
Gambar kecil - side profile generasi pertama JDM. Generasi kedua (gambar utama) lebih clean tiada pin rivet. Kedua-duanya mempunyai crown guard namun crown guard pada generasi kedua lebih tirus berbanding generasi pertama JDM yang agak tebal.

Bracelet

Terdapat perbezaan ketara anda kedua-dua generasi. Generasi pertama standard dan limited edition mempunyai bracelet end link yang berbeza berbanding model-model JDM. Begitu juga end link pada generasi kedua. End link pada generasi kedua lebih ringkas dan kelihatan compact. Kesemua model-model dari dua generasi ini menggunakan bracelet yang mempunyai bahagian centre link yang digilap (polished). Model-model dan generasi yang berbeza ini menggunakan clasp yang sama dan mempunyai diver's extension.
Tiga bracelet end link yang berbeza. End link pada generasi kedua nampak lebih kemas dan sama aras dengan hujung watch case. Generasi pertama, kedua-dua jenis bracelet end link kelihatan agak panjang melebihi hujung watch case.
Sambungan di bahagian kedua. Apakah model-model generasi kedua yang menjadi buruan peminat-peminat jam penyelam Samurai setakat ini?

Wednesday, 18 March 2020

OTW: The Last Samurai

Samurai... mereka adalah keturunan bangsawan tentera dan pangkat pegawai dari zaman dahulu sehinggalah zaman awal pemodenan Jepun. Dari abad ke 12 sehinggalah penghapusan mereka pada sekitar tahun 1870. Pada tahun 1870, golongan Samurai mewakili 5 peratus dari penduduk Jepun. Mereka mempunyai kedudukan tinggi dan mempunyai keistimewaan dalam masyarakat Jepun seperti memakai dua jenis pedang. Memori Samurai dan persenjataan mereka kekal terpahat dalam budaya popular Jepun. Pedang Jepun (pedang Samurai) adalah sinonim dengan golongan Samurai. Daripada Chukota pada zaman Nara sehinggalah The Ultimate Katana, pedang-pedang pahlawan ini telah dibuat dan ditambah-baik oleh pakar-pakar pedang sejak dari zaman ke zaman, dari generasi ke generasi. Pedang yang kecil atau companion sword seperti Wakizashi dan Tanto telah dibuat dengan begitu sempurna melalui proses yang amat rumit dan halus. Kombinasi pedang kecil dan pedang utama yang dipanggil The Daisho ini mempamerkan tradisi sebenar tentang kepakaran Jepun melakukan kerja-kerja seni pertukangan besi.


Kepada peminat Seiko, nama panggilan Samurai adalah merujuk kepada jam tangan penyelam yang dikeluarkan pada tempoh yang singkat dari tahun 2004 sehinggalah tahun 2008. Bentuk jarum tangannya yang kelihatan seperti pedang adalah sebab mengapa jam tangan tersebut dinamakan sebagai Samurai. Jam tangan Seiko Samurai ketika itu menggunakan movement 7S35 (Cal. 7S25/26 upgrade). Ia dianggap sebagai jam tangan yang lasak dan "serious looking divers" sebelum dihentikan pengeluarannya pada sekitar hujung tahun 2008. Antara yang diburu oleh peminat-peminat Seiko adalah jam model-model JDM (Japanese Domestic Model) yang diperbuat dari logam titanium dengan rujukan model SBDA. Hampir sedekat kemudian, Samurai kembali ke pasaran dengan model keluaran semula (re-issue) Limited Edition yang dinamakan sebagai Samurai Blue Lagoon. Dengan rujukan model SRPB09K1, Samurai ini memasuki pasaran pada bulan Februari 2017. Ia menggunakan movement terkini dari DNA Cal. 7S25/26 dengan fungsi "hacking dan manual winding" iaitu Cal. 4R35. Seperti keluaran 2004-2008; jam tangan Seiko siri Samurai ini mempunyai banyak model-model pilihan. Namun disebalik pelbagai cosmetic dan aesthetic yang dapat kita lihat pada model-model terbaharu; kita boleh kenal pasti bagaimana jam penyelam seperti Samurai ini telah diperhebat hasil dari tradisi dan kesenian Jepun dalam melakukan kerja-kerja seni pertukangan besi. Nantikan artikel seterusnya mengenai Samurai Jepun ini... The Last Samurai. - thetick-thetick2020     

Saturday, 22 February 2020

Review: Seiko Prospex Solar SNE541P1

“I agree with Maverick Watch Channel on YouTube. The Seiko SNE541P1 deserved to be nominated for 2019 Seiko’s best looking watch. My love at first sight. I received this Baby Tuna on 21st November last year. I bought it online from Shopee store named wengcheongbahauns from Bahau, Negeri Sembilan - a southern state of Peninsular Malaysia. The price is the cheapest I found on Shopee at that time. Anyway, I am not going to touch about the price. Let me share my view on this original 1975 inspired diver.” – thetick-thetick2020 

The Seiko Prospex Solar SNE541P1
The SNE541P1 is one of the four latest release from the 2019 Street Series. The other three are the SNE545P1 in white-black with red markings; the SNE547P1 in olive green and black; and the SNE5431P1 in military green and black ion-plated. The older versions are the 3 solid coloured divers – the SNE533P1 in navy blue, the SNE535P1 in olive green, and the grey SNE537P1. Check this out from Seiko official website.  

Specification and Pictorial Review 
  • Movement – Cal. V157 Solar, 3 hands date movement, +/- 15 seconds per month, continuous running for 10 months (when fully charged), overcharge prevention function
  • Watch Case – Stainless steel with plastic (the shroud); 46.7 mm diameter, 46.1 mm length, 12 mm thickness, 22 mm lug width
  • Case Back – Stainless steel screw case back
  • Watch Crystal – Seiko Hardlex
  • Crown – Screw-down crown
  • Bezel – Stainless steel ring with stainless steel bezel insert, 120 clicks unidirectional bezel
  • Strap – Silicon with stainless steel pin-buckle
  • Luminous Compound – Seiko Lumibrite
  • Water Resistance - ISO rated 200m / 660ft diver's 
Read below, my pictorial review on this great looking diver.
Thick Seiko proprietary Hardlex crystal. Conical minute indices. Look at that precisely placed thick minute markers and the watch hands. They look similar with the legendary 62MAS dial setting. All in rectangular shape including the second hand's tip. The hands and the minute markers are a little bit yellowish like patina and blends perfectly with contrasting matte black dial.
The dial... the Solar dial is not like the ordinary glossy looking but some kind of tiny granular spread all over. I like the big encased lume pip. A little offset, the lume pip is greenish not similar to the patina looking hands and markers. The bezel is brushed steel with engraved markers painted in black. It is thick and slightly raised above the lume pip triangular cut. I love it, not shiny on bright daylight.

The date window or aperture is slightly raised, same level as the height of the minute markers. Silvery white number printed on black, the date indicator matches the entire dial setting.

Seiko's standard dial and movement reference at six, finely printed. The dial reference is 0EL8-HR-2 accompanied with the movement number V157.

Side profile. At the top, the side position at nine. The plastic shroud is fitted onto the watch case using two hex-screws. At the bottom, the crown side. Like the other diver, the crown is proportionately sized and placed suits to the time-setting function and wearing comfort. The shroud is fitted onto the watch case using a single hex-screw on this side. Symmetrical, the shroud profile is lowered at 12 to 3 and 6 to 9 to ease the bezel usage. Hence, the saw tooth edge on the bezel ring gives better grip. Trust me guys, the 120 click bezel is so smooth and almost no play at all. Seiko did it right on this model. Not like the new Arnie, so rough and wobbling! Did you guys noticed that tiny granular texture on the shroud? Awesome, matches the solar dial.

All polished case back with Tsunami medallion and engravings. The plastic shroud protects the watch case and the big protruding crown perfectly. Seiko's expertise since 1975, producing the world's first shrouded diver.

Craquelure texture! Sorry guys, I use the Adobe Photoshop's effect terms for this cracked textured matte black silicon strap. The texture matches the tiny granular texture on the dial and the plastic shroud. Standard Tsunami stamp on the Seiko's diver straps. The strap is fitted with normal stainless steel pin-buckle. The Street Series strap loop or keeper is made of the same silicon material and texture. Not the Seiko signed buckle and keeper. 

The big protruding screw-down crown is 6.5 mm height and 7 mm in diameter. Like most Seiko divers, the lug width is 22 mm. The thick connecting end of the silicon strap leaves very minimal gap with the watch case. Perfect.

Seiko Lumibrite. The rich luminous compound on the minute markers, hands and lume pip produce immense glow in blue. I would prefer the green. The green glows better and brighter. No luminous marker at four!

My wrist is 17 cm in circumference. This baby tuna is not a big-zilla diver to me... but the watch looks "expanded" by the ventilating curve of the diver's strap. I don't bother the protruding strap end. The diver strap standard is longer than the ordinary. Purposely made for strapping on thick scuba wet suit and glove. Don't like it? Change the strap. Get the shorter one you desk divers!!!

My Opinion on this Watch
  • The function – An ISO rated 200 meter W.R. dive timer suitable for scuba diving. A daily timekeeper suitable for all sort of water activities. The solar powered movement need no battery change. Cal. V157 +/-15 seconds per month is acceptable. Very very acceptable.
  • The design – For daily casual wear, rugged but decent looking timepiece.
  • The construction – The watch head construction is meant to stand underwater pressure at 200 meter depth. My concern is the plastic shroud. How long it takes before it cracks? I do not know but those that I have last till today with minor scratches, no cracks. The tiny granular texture on the surface is not just a cosmetic. I believe it was made as such to absorb knocks and bumps. The steel bezel, better than lacquer painted aluminium or alloy insert. Once scratched, you can still brushed it. Overall, it is a compact dive watch, not so big to strap on.
  • Wearing comfort – The weight of the watch is unnoticeable albeit the heavy steel parts. The silicon strap feels rubbery and soft. Very comfortable to wear the whole day. The texture makes the strap more durable.  
“Boring laa… asyik-asyik Seiko. Guys, have you ever had enough of Seiko? I guess the scuba world is so dominated by them. My experience, I haven’t seen any of my dive instructors wearing other than Seiko. Back in the late 90s the SKX are famous among them. May be a few wear the Citizen Lefty and none wear Rolex! I haven’t been diving since 2006 but I heard recently from my fellow divers, most of them wear dive-comp. Ha ha... that makes all these dive watches a fashion wear! Don’t you think so? Next, let me do a review on micro brand dive watches. Are they any good? Wait.” – thetick-thetick2020

Wednesday, 19 February 2020

OTW: Seiko Prospex Solar SNE541P1

Citizen Eco-Drive, Seiko Solar and G-Shock Tough Solar. I experience them all. All are similar, using the quartz workhorse. But they are not the same. Am I right? I do not know what you guys think. I just want to highlight on the power recharging method. Eco-Drive recharged by any source of light, where else Solar and Tough Solar need the sunlight – the solar energy. The sunlight have more photon to channel into the movement's power cell. How long the power reserve last? It depends on the movement. Standard calendar timekeepers last longer. Not the power-hunger multi-function movements. The Seiko SNE541P1 is actually my second solar-powered watch from the Prospex line. The first one is the Arnie Re-issue. I don’t quite like the new Arnie. Anyway, quartz movements are more accurate than mechanical. For diver’s watch, quartz is highly recommended. You don’t need to unscrew and screw back the crown quite often thus making the water resistance last longer.


The Seiko SNE541P1 is from the Prospex Street Series. It is low profile and smaller size Tuna diver – black and steel combination. What interests me to acquire this so called Baby Tuna is because of its design and the V157 quartz movement. The Cal. V157 date movement share the same accuracy with Cal. 7C46 used in the Original Tuna; +/-15s per month. Wait for my review on this shrouded scuba dude - inspired by the original 1975 Seiko diver. – thetick-thetick2020     

Saturday, 7 February 2015

OTW: Seiko Lord Matic 5606-7000 Vintage


"Mungkin ramai peminat jam Seiko vintage kenal dengan Grand Seiko, King Seiko, model-model jam penyelam, chrono 6139 atau 6138. Namun tidak ramai mengetahui kelebihan Seiko vintage Pressmatic, Seikomatic-R, Seikomatic-P, Lord Marvel, dan Lord Matic. Model-model dress atau sporty-dress Seiko ini bukanlah jam murahan seperti Seiko DX/De-Luxe bahkan bukan tandingan Seiko 5, Seiko 5 Actus, Sealion, Skyliner, Laurel, Champion, ataupun Seiko Advan. Bahkan movement-movement pada model-model ini lebih bagus dan turut sama digunakan pada model awal King Seiko dan Grand Seiko. Apabila kita menilai sesebuah jam vintage Seiko, movement adalah yang paling utama. Mungkin popularity model juga turut menjadi perkiraan, namun movement yang digunakan adalah penting bagi menilai kekuatan model itu sendiri. Model-model Seiko peringkat atasan seperti Lord Matic telah dikeluarkan di zaman Seiko Golden Years dari tahun 1967 hingga 1978. Tahun-tahun di mana Seiko lebih hebat dari pengeluar-pengeluar jam tangan dari Switzerland dan Jerman. Terpapar di atas adalah iklan Jam Seiko Lord Matic tahun 1969. Tahun di mana movement 5606 mula digunakan untuk model Lord Matic - model weekdater (hari & haribulan), automatic, manual-winding, hacking, dan mempunyai quick-set date. Mempunyai ketepatan perakam waktu pada tahap 6bps/21,600bph; fungsi time-keeping di zamannya tidak dapat ditandingi jenama-jenama Swiss termasuklah Rolex. Movement 5606 yang lahir pada penghujung tahun 1968 di Suwa Jepun ini adalah salah satu asas kepada movement-movement Seiko elit yang ada di zaman moden ini. Nantikan artikel seterusnya mengenai jam Seiko vintage Lord Matic 5606-7000 ini." - thetick-thetick

Wednesday, 13 July 2011

Tick-Talk: Seiko Bukan Lagi Pilihan Ramai?


"Aku suka perhatikan jam kat tangan orang! Kalau duduk kat kedai mamak, restoran, dalam bilik mesyuarat, dan memana tempat yang rasanya mata aku tertarik pada jam kat tangan orang sure aku perhati design dan jenama yang dipakai. Ini sumber utama bila aku buat kajian dan analisa pasal pasaran jam untuk golongan pertengahan dan bawahan - macam aku lah! Jangan tanya la kalau golongan atasan ataupun elit. Jam diorang sama harga dengan harga kereta aku! Hisshh... Kat kedai jam, biasa lah... aku memang suka interview taukeh, supervisor, ataupun salesman yang bertugas. Ramai yang aku kenal - buat kawan dan bertukar pandangan. Jam mana laris, yang mana slow-moving, yang mana trend baru, movement, harga, margin, diskaun... aku tanya. Memang dunia horology ni mengasyikkan. Kita boleh buat primary research untuk sesuatu topik dengan mendekati pasaran itu sendiri. Sejak pertengahan tahun 2010, aku dah mula buat kajian dan analisa... kenapa jam tangan jenama Seiko tidak lagi menjadi pilihan ramai di Malaysia. Jam baru. Bukan jam lama atau vintage! Ikuti analisa dan pendapat aku tentang jenama terkenal dari negara matahari terbit ni. Kepada peminat jenama Seiko... setuju atau tidak, ini adalah pendapat aku secara peribadi dan berdasarkan maklumat yang aku perolehi dari pasaran." - thetick-thetick

Mengapa Seiko Bukan Lagi Pilihan Ramai?
Mengapa Seiko? Mengapa bukan Citizen, Casio, atau Orient? Ini adalah soalan pokok yang perlu dijawab sebelum aku mulakan kajian. Aku memilih Seiko kerana aku rasakan banyak perubahan pada pesaing-pesaingnya dari Jepun dan pelbagai jenama jam tangan lain yang tumbuh macam cendawan lepas hujan sejak sedekad yang lalu. Fokus analisa aku cuma untuk pasaran jam tangan kelas pertengahan (middle class market). Input untuk analisa datang dari soal jawab secara persendirian dengan pemilik, jurujual, mahupun pengurus dan penyelia kedai-kedai jam di sekitar Kuala Lumpur; soal jawab dengan sahabat peminat dan pengumpul jam tangan yang aku kenali; dan soal jawab secara rambang dengan ramai orang yang hanya tahu memakai jam! Semuanya merupakan primary input. Dari input yang terkumpul hampir setahun lamanya, aku ringkaskan analisa seperti di bawah. Skop analisa ini hanya tertumpu kepada aspek rekabentuk jam tangan, saiz, jenama pesaing, harga, dan trend pasaran semasa. Ia tidak melibatkan sebarang aspek teknikal jam tangan Seiko mahupun jenama-jenama pesaingnya.  

1. Jam Saiz Besar
"Brader, ini jam tangan ke jam dinding?". Itu lah soalan yang selalu aku terima dari kawan-kawan di sekitar tahun 2002 dulu bila aku mula-mula pakai jam bersaiz 44mm. Memang besar kalau banding dengan pergelangan tangan aku yang tidaklah kecil dan tidaklah besar. Kira sedang-sedang la kut. Kalau peminat tegar jenama Panerai, di laman paneristi.com, taglinenya berbunyi - Big is Beautiful! Jam bersaiz besar kini sudah menjadi satu trend. Jam tangan bersaiz 38mm hingga 40mm sudah dikira jam unisex. Kini tiada lagi istilah boy size untuk jam bersaiz kecil. Barangkali dikira children size! Begitulah trend jam tangan terkini. Samada jenama pembuat jam (watchmakers' brand) ataupun jenama designer (designers' brand), kebanyakannya mengeluarkan jam tangan yang bersaiz besar antara 40mm hingga ke 46mm. Bahkan ada yang menjangkau diameter bersaiz 52mm! Berbanding dengan jam tangan Seiko, kebanyakan jamnya bersaiz sederhana antara 36mm hingga 42mm. Ini adalah salah satu sebab mengapa jam tangan Seiko kurang menjadi pilihan.

Jenama Police dan Fossil. Ikut trend semasa. Saiz does matter!


2. Rekabentuk Jam Tangan
Kebanyakan jam tangan terbaru yang memenuhi ruang pameran di kedai-kedai jam mempunyai rekabentuk yang lebih radikal. Bukan setakat bersaiz besar, rekabentuknya lebih retro dan modern. Konsep rekabentuknya lebih kepada sporty dan contemporary dan menarik minat golongan muda dan eksekutif. Dari rekabentuk watch case sehinggalah bracelet ataupun strap, semuanya memaparkan citarasa yang berbeza dan terkini. Agak keterlaluan jika dianggap futuristic, namun begitulah hakikatnya rekabentuk jam tangan terkini. Cuba lihat pada jam tangan Seiko! Rekabentuknya secara keseluruhan adalah dikira masih orthodox. Fesyen lama! Pattern yang sudah wujud hampir lebih sedekat yang lalu masih ada di pasaran! Cuba anda bandingkan dengan Casio dan Citizen. Rekabentuknya lebih radikal dan lebih menarik. Jam Seiko, hmhhhh... boring. Penggunaan material masih di takuk lama dan rekabentuk dial masih "plain" ataupun kurang daya penarik. Cuba perhatikan! Berapa banyak jam tangan Seiko yang bukan jam diver yang menggunakan tali getah? Berapa banyak jam tangan Seiko yang menggunakan PVD finishing? Kalau ada pun, cuma keluaran yang terkini sedangkan pesaing-pesaingnya terlebih dahulu mengeluarkan jam-jam tangan yang sebegitu.

Big size...radical design! Jam jenama Police diminati golongan muda dan executive

3. Jam Tangan Sebagai Fesyen
Jam tangan bukanlah sesuatu yang menjadi keperluan semata-mata. Kini ia dikira sebagai fesyen. Ramai antara kita yang mempunyai lebih dari satu jam tangan. Satu untuk pakai waktu bersukan. Satu pakai untuk ke pejabat, dinner function, menyelam dan berenang, dll. Jika berpakaian, jam tangan sudah menjadi syarat dalam fesyen. Warna jam. Warna tali jam. Semuanya dikira fesyen. Kerana itu designers' brand lebih menjadi pilihan. Lihat pada Seiko. Tiada rekabentuk yang versatile bagi mengikuti citarasa pengguna yang mementingkan fesyen!

4. Harga, Rekabentuk, dan Jenama
Al-fulus! Harga memang memainkan peranan penting dalam membuat pilihan ketika membeli jam tangan. Namun adakalanya jenama dan rekabentuk menjadi keutamaan. Dari segi harga, cuba anda bandingkan harga Seiko dengan jenama-jenama lain. Anda boleh mendapat jam tangan jenama lain yang mempunyai rekabentuk lebih menarik berbanding Seiko dan umum masih beranggapan yang Seiko adalah jenama murahan. Namun tidaklah semurah yang kita pernah nikmati lebih sedekat yang lalu. Harga Seiko kini jauh lebih mahal. Yang murah hanyalah jam Seiko 5 yang mempunyai rekabentuk ala atuk, tokwan, ataupun pak ngah! Jika dibanding dengan harga yang setara dengan Fossil atau Nautica, Seiko agak kurang menarik. Kurang dari segi rekabentuk. Jenama lain lebih menarik. Produk elit Seiko seperti Superior, Premier, Velatura Series, dan Bright dijual pada harga yang agak mahal. "Kalau sampai dua tiga riban, elok wa beli Tag Heuer bro... Mido ke, Tissot...". Itulah komen seorang sahabat apabila menemani dia membeli jam tangan di Isetan Kuala Lumpur beberapa minggu yang lalu. Tidak dapat di nafikan, jenama Seiko masih dianggap jenama murahan. Membeli jam tangan Seiko yang harganya ribuan ringgit masih bukan pilihan pasaran di Malaysia. Dengan harga yang berpatutan dan hampir setara, jenama lain lebih menarik minat pembeli berbanding Seiko. Harga jam tangan Seiko naik mendadak sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Rekabentuk masih di takuk lama! Adakah berbaloi untuk dimiliki?


Casio. Jenama dari Jepun. Mengalami transformasi dari segi rekabentuk. Lihat rekabentuk dial, counter, dan hands! Radical, retro-modern. Kini menjadi pilihan.
5. Citizen dan Casio
Casio adalah jenama jam tangan yang menaja pasukan Formula One Redbull. Hampir saban tahun, Casio melancarkan jam tangan terbaru keluaran mereka di acara tahun di Basel, Switzerland. Begitu juga Citizen. Kedua-dua jenama ini telah mengambil ranking pertama dan kedua sebagai pengekspot jam tangan terbesar dari negara Jepun. Seiko kini di tempat ketiga. Usah bertanya atau mengkaji dengan mendalam akan sebab musabab mengapa Seiko kini di tempat ketiga dan cuma mampu mengatasi Orient yang dilihat bakal menjadi pesaing hebatnya tidak lama lagi. Lihat sahaja di ruang pameran di kedai-kedai jam. Bandingkan keluaran jam tangan Seiko yang terbaru dengan jenama Citizen dan Casio. Memang tidak adil kita bandingkan Seiko dengan Casio kerana Seiko bukanlah pengeluar jam tangan digital. Namun, bandingkan jam-jam tangan analogue! Casio mempunyai rekabentuk lebih radikal dan modern. Analogue Chronograph Casio jauh lebih menarik dengan susunan jarum, dial, dan counter yang lebih retrograde dan modern. Begitu juga Citizen. Usah dikira samada quartz, Eco-Drive, Tough Solar, ataupun Solar. Citizen dan Casio lebih menyerlah. Anda tidak percaya, cuba perhatikan... kini ramai yang memakai Casio analogue chronograph berbanding Seiko 7Txx series! Lihat pula Citizen untuk siri digital-analogue! Lebih modern, multi-function, dan lebih menarik.

Citizen signature watch. Black and orange scheme. Rekabentuk dan penggunaan bahan pembuatan yang lebih menarik. Display yang lebih moden. Radio-controlled timekeeping.

6. Designers' Brand
Sejak negara China muncul sebagai kuasa besar ekonomi dunia, banyak pengeluar-pengeluar barangan fesyen mengeluarkan jam tangan jenama sendiri di negara tersebut. Bahkan Seiko turut mengeluarkan sebahagian dari komponen jam tangannya di sana. Ini adalah kerana kos pembuatan di negara China adalah jauh lebih murah. Kekuatan jam tangan designers’ brand bergantung kepada rekabentuk dan jenama itu sendiri. Dari segi rekabentuk dan harga, mereka mempunyai kelebihan dari segi factor harga dan tarikan fesyen terkini. Lihat jenama seperti Nautica, Tommy Hillfiger, Hugo Boss, Armani Exchange, Fossil, Calvin Klein, Guess, DKNY, FCUK, dan lain-lain; harganya berpatutan dan menawarkan rekabentuk yang lebih menarik. Kebanyakan jenama-jenama ini lebih dikenali sebagai jenama mahal, jenama orang kaya! Memiliki jenama-jenama seperti ini menjadi kebanggaan kepada pemiliknya. Seiko, hanya pada mereka yang mengenali dan meminati teknologi pembuatan jam dan jenama itu sendiri! Designers’ brands secara umumnya memang menjadi pilihan pengguna.

Agak-agak berapa besar jam nih? 1 main display. 4 independent display. 3 chronograph counters! Nautica, looks enormous but exclusive.
Kesimpulan
Jenama Seiko memanglah satu jenama yang mampu dimiliki oleh golongan pengguna pertengahan dan bawahan. Namun, pesaing-pesaing Seiko kini mempunyai kelebihan dari segi rekabentuk dan factor harga. Ini member ruang kepada pesaing-pesaing Seiko untuk member saingan hebat. Mungkin ini terdorong oleh faktor mood pembeli dan kekuatan jenama masing-masing. Yang pastinya rekabentuk pesaing-pesaing Seiko lebih relevant dan mengikut trend semasa. Tidak dinafikan kualiti Seiko lebih baik berbanding pesaingnya, namun bukan semua produk Seiko benar-benar berkualiti. Bagi kebanyakan model-model Seiko yang menggunakan komponen yang diperbuat di Negara China dan di pasang di luar Jepun perubahan dari segi kualitinya amat ketara. Semakin menurun. Sebagai contoh, keluaran awal Seiko “orange monster” diver lebih bermutu berbanding keluaran yang terkemudian. Begitu juga model-model yang menggunakan movement 7S26, 7S36, dan 7Txx quartz chronograph; kualitinya makin berkurangan berbanding kelas yang sama keluaran Citizen dan Orient. Bahkan Casio tidak kurang hebatnya. Namun, dari segi pilihan pembeli ini bukanlah perkara pokok. Yang penting adalah rekabentuk, saiz, dan harga. Seiko agak ketinggalan dalam menarik minat pembeli.

Titus. Guna movement original dari China! Dari segi rekabentuk, simple but appealing. Ada power reserve marker, independent counter untuk GMT/Second Hour indicator. Harga berpatutan untuk dipakai sebagai jam harian.

“Aku rasa kalau Seiko terus macam nih, lekat la jenama jam ni sebagai jam pakcik-pakcik atau jam tok wan. Orang muda la ni suka fesyen... kata sorang haji kat masjid aku. Lepa suka jam yang besaq-besaq dan nampak ranggi... dia ni orang Kedah! Kalu tahun 60an dengan 70an dulu Seiko ni memang Champion... nostalgia, kata dia lagi. Memang. Kalau tanya taukeh-taukeh jam memang begitulah adanya. Diskaun Seiko paling tinggi pun dah kira standard - 25% jeh. Pandai bodek, dapat la lagi murah. Nak kata Seiko jam murah, tak la murah. Jam lama atau vintage Seiko ada laa yang murah-murah. Tapi tak semua murah bekkk... kata Hassan Detikduabelas. Aku sendiri dah naik cemoih dengan design Seiko... samaaaaa jeh. Cuba ngkorang nengok Casio chronograph! Syurrrr... Haaa, nengok plak Citizen Eco-Drive baru. Cunnn beb! Jam-jam designer punnn... Bila la Seiko nak buat jam mampu milik dengan design yang canggih dan relevan? Satu pertanyaan yang taukeh Seiko jeh yang boleh jawab. Motaro San, annataaaa neh...Haitttttt. Arigato guzaimas. Phewwwww...” – thetick-thetick