Wednesday, 29 December 2010

Tips: Awas Jam 2nd Hand & New Old Stock Tiruan

"Bek, ramai kawan kita dah terkena. Itulah luahan saudara Hassan Detikduabelas kat aku dua minggu lepas. Aku perasan benda-benda nih... cuma tak nak komen pasal orang cari makan. Tapi kepada penternak-penternak yang mengeluarkan modal untuk membeli jam-jam yang rasanya nak disimpan pakai... maka aku buat la lapuran ni untuk tatapan bersama. Hanya jauhari mengenal manikam. Hati-hati. Aku pun pernah terkena." - thetick-thetick

China Made - China Fake
Hampir kesemua peminat-peminat dan pengumpul jam mengetahui akan kepakaran negara China untuk menciplak apa jua teknologi yang ada dari serata dunia - terutamanya jam tangan. Tidak ramai mengetahui bahawa movement jam ETA Swiss 2824-2 dan 2836 variant sudah diciplak hampir serupa dengan yang asli/genuine. Dan kebanyakan jam-jam tiruan automatik keluaran China menggunakan movement Miyota 8200/8202 yang diciplak. Selalunya jam-jam tiruan pelbagai gred hanya tertumpu kepada jenama Swiss. Namun sejak kebelakangan ini jam-jam tangan dari Jepun seperti Seiko, Citizen, dan Casio menjadi mangsa. Ini mungkin disebabkan production plant jenama-jenama ini beroperasi di negara China maka proses menciplak makin menjadi-jadi. Seiko terutamanya mengeluarkan casing untuk model jam-jam tangan quartz dan kineticnya di negara China. Casio pula membuat model-model yang tertentu sepenuhnya di China dan Thailand. Kerana itu fake atau replica model-model jenama ini adakalanya tidak jauh beza atau tidak dapat dibezakan dengan jam asli. Bahkan, menggunakan movement yang berkeupayaan hampir sama dan ada yang menggunakan movement yang sama.

Vintage dan New Old Stock Tiruan
Pengeluar-pengeluar dari Switzerland banyak mengeluarkan model re-edition mungkin kerana tema pada model tersebut ataupun mungkin kerana keunikan dan popularnya sesuatu model. Kerana itu dikeluarkan semula - re-edition. Jenama dan model Rado Diastar adalah salah satu keluaran re-edition yang kini mendapat tempat di kalangan peminat-peminat jam tangan moden adakalanya dianggap sebagai vintage di kalangan peminat jam-jam otai. Disebabkan ia kelihatan baru tanpa cacat-cela. Ramai yang tidak meragui keasliannya dan melabelkannya sebagai New Old Stock (NOS) untuk dijual atau dibeli. Tahukah anda bahawa terdapat banyak Rado Diastar tiruan terpampang di blog-blog, lelong.com, mudah.com.my dan website-website jam replica! Memang hampir serupa dengan yang asli. Ada yang menggunakan movement ETA 2836 (warna keemasan) fake dan China faked Miyota. Ada bisik-bisik yang saya terima mendapati banyak juga Mido Commander yang kononnya NOS adalah fake vintage atau juga dilabel sebagai re-edition.


Rado Diastar tiruan. Nampak vintage - New Old Stock? 
Di dalam beberapa blog dan iklan di mudah.com.my, terdapat model Citizen Eagle (vintage atau NOS!) yang agak pelik dari segi rekabentuk keluarannya. Rekabentuk jam diver Citizen tahun 80an mahun pun 70an tidak lah semoden yang yang terpampang di gambar di bawah. Cuba bandingkan dengan Tudor Hydronaut II diver keluaran tahun 2007. Siapa tiru siapa? Memang Tudor Hydronaut II ada yang diciplak. Bahkan casingnya turut digunakan oleh pengeluar-pengeluar jenama murahan lain menggunakan quartz movement. Dan, mungkin juga penjual rojak yang merojakkan dial jam Citizen lama dengan casing rekabentuk Tudor ini. Di dalamnya? Didapati ada yang menggunakan movement Miyota 8202 dan ada pula yang menggunakan China Made Miyota.


Siapa tiru siapa? Ada ke Citizen macam ni dalam katalog?
Nah, nengok kat belakang nih... enjin mana la pulak dia pakai?
Movement Miyota 8202 yang asli terdapat engraving pada rotor plate. China Made fake Miyota dicetak (lama kelamaan tanggal/padam) dengan perkataan Citizen atau Miyota, winding direction/arrow, dan 21 jewels. Jadi, apabila ingin membeli untuk menjual atau membeli untuk koleksi, hati-hati. Banyak NOS yang memang boleh disangsikan keasliannya.
Second Hand/Pre-owned Japanese Watch
Lihat gambar Casio Edifice di bawah ini. Apa firasat anda apabila seseorang menyatakan ia adalah jam terpakai dan ingin dijual? Pre-owned atau second hand. Itulah tajuk jualan utama di mudah.com.my mahupun di lelong.com.my.

Casio Edifice - Made in China. Genuine pun buat kat China!
Walaupun tiruan, ada hakikatnya dari luaran hampir 99% menyamai dengan yang asli. Mungkin kerana model asli dikeluarkan di China maka untuk diciplak memanglah mudah. Di dalam? Sama. Menggunakan movement chronograph quartz Miyota. Ada dua jenis movement yang digunakan mengikut konfigurasi chronograph. Ada yang menggunakan movement Miyota OS10 dan OS11. Ini kategori mana? AAA? Atau superfake!?? Bezanya cuma harga. Dan ada yang dijual dengan box set termasuk manual dan warranty card! Seiko tidak terkecuali. Lihat gambar di bawah. Seiko Velatura. Ada yang menawarkannya sebagai second hand. Alasan yang diberi kenapa dijual adalah untuk upgrade koleksi atau memerlukan wang. Harga yang ditawarkan berlegar di sekitar RM450 hingga RM650. Harga yang asli hampir kepada RM1,900. Boleh caya ke brader? Yang pastinya, gambar-gambar yang diposkan untuk iklan datang dari sumber yang sama. Dari website-website yang menjual jam replika dari China.
Seiko Velatura tiruan. Siapa ada? Movement hapa dia pakai nih...habaq mai kat cek!
Selain jam tangan quartz, jam automatik Seiko turut dicetak-rompak. Mak ai... Seiko diver SKX model yang menggunakan movement 7S26. Kononnya! Kebanyakannya menggunakan China Made Miyota dan pernah diiklankan di mudah.com.my sebagai second hand atau jam lama. Kalau di lelong.com.my, cuba anda search. Memang banyak dan dijual pada harga sekitar RM80 menggunakan tali getah Z22 tiruan. Pernah dibisikkan pada saya beberapa bulan lalu, jam yang serupa pernah tersesat di dada-dada blog penjual jam lama atau baru.

Fuyyooooo... siap ada print Made In Japan! Fake Seiko Diver.
Kepada peminat Seiko diver, apa komen anda?
Kesimpulan
Untuk pembeli-pembeli dan pengumpul jam tangan, tepuk dada tanya selera. Nak beli, beli lah. Pilih yang mana suka ikut budget masing-masing. Untuk penternak-penternak jam vintage, hati-hati. Untuk yang membeli untuk menjual, pastikan yang genuine. Jangan nanti pembeli komplen, mintak pulangkan duit jam. Inilah bahayanya apabila Seiko dan Casio beroperasi di China. Proses menciplak lebih mudah. Nah kau, Miyota memang membuat dan menjual movement sahaja. Sesiapa sahaja boleh membeli untuk mengeluarkan jam jenama sendiri menggunakan pelbagai jenis movement mereka. "Junkers Made in Germany" dan "Invicta Japan Movt" masih bergantung kepada movement Miyota. Turut menggunakannya adalah jenama-jenama designer (designers' brand) seperti Nautica, Adidas, Tommy Hilfiger, Elle, Guess, dsbg. Titus, jenama swiss turut menggunakan movement Miyota. Ini terdapat pada model-model yang dikeluarkan di Hong Kong. Banyak dijual di rangkaian kedai City Chain di Malaysia, Singapura, dan Hong Kong.
"Bek. Ko nengok gambar enjin Rolex transition model nih. Ori ke tak? Tanya saudara Hassan Detikduabelas selepas hantar MMS gambar movement sebuah jam Rolex otai. Sorry, gambar aku dah delete takble nak post kat sini. Kompom, jam ciplak... pasal apa bek? Tanya Hassan. Aku jawab selamba jeh...jam Swiss tahun 20an sampai 30an mana ada engraved Swiss dekat movement plate. Biasanya dia engrave Suisse. Dan lagipun logo Rolex dengan movement number takde... he he. Nasib baik la sahabat kepada saudara Hassan tu tak beli. Kalu beli sesenang jeh terbang seribu lebih.... hati-hati bila beli jam vintage atau jam-jam lama. Pasal harga vintage mahal. Rojak mamak memang sedap. Kena jam rojak haru babe!" - thetick-thetick 
[Semak dan susun semula 11 May 2020]

Monday, 27 December 2010

Tips: Mengapa Jam Tangan Anda...

"Bek. Aku tak tau laa... customer aku nih baru jeh nak main jam-jam vintage. Risiko. Kekadang jam tu elok kat tangan kita, sampai kat customer rosak pulak bek! Apasal itu? Apasal ini? Itulah luahan saudara Hassan Detikduabelas kat aku baru-baru nih. Berdasarkan pengalaman aku, setiap kali jam tangan kita memberi masalah, pasti ada simtom-simtom yang boleh kita agak apa ke bendenya yang rosak dalam jam tu. Haaa... baca la tips-tips kat bawah nih. Simple diagnostic". - thetick-thetick

Untuk mengenalpasti masalah pada jam tangan anda adakalanya memerlukan pengalaman dan pemikiran logik. Samada jam tangan mekanikal ataupun quartz, asas operasi jam-jam tangan ini perlu diketahui terlebih dahulu. Ini akan memudahkan kita mengenalpasti masalah operasi sesebuah jam tangan. Tersenarai seperti berikut, pertanyaan (Q-Question) dan keberangkalian (P-Probability) yang mungkin menyebabkan masalah pada sesebuah jam tangan.

Q1: Jam Tangan Mekanikal Bergerak Terlalu Cepat (Walaupun sudah diperlahankan)
P1-1: Hairspring pada Balance Wheel sudah rosak/bengkang-bengkok.
P1-2: Hairspring pada Balance Wheel yang sudah putus disambung semula pada hairspring stud. Kependekkan menyebabkan balance wheel bergerak terlalu laju tanpa boleh diregulasikan (tuning) semula.

Q2. Jarum Jam Tangan Mekanikal Bergerak Agak Lambat (Walaupun sudah diregulasikan)
P2-1Gear pada Cannon Pinion atau Timekeeping Gear tidak bersentuhan sepenuhnya.
P2-3: Pivot pada Timekeeping Gear sudah kekeringan minyak pelincir maka pergerakan akan tersangkut-sangkut melibatkan beberapa gear lain yang bergerak secara bersama.

Q3. Kalendar Haribulan Tidak Bertukar Secara Automatik
P3-1: Strike Pin/Anchor pada Calendar Striking Mechanism terkeluar dari kedudukan sepatutnya untuk menarik calendar plate. 
P3-2: Gear pada Calendar Plate tidak bersentuhan sepenuhnya dengan Striking Mechanism.

Q4. Crown Stem Tercabut/Mudah Tercabut
P4: Stem Lock pada Keyless Works sudah longgar, samada Screw-Type atau Spring-Type maka ia tidak memegang crown sepenuhnya.

Q5. Jarum Jam Tidak Selari Dengan Hour & Minute Indices (Jarum sudah dipasang selari pada asalanya)
P5-1: Cannon Pinion Gear sudah tidak bersentuhan sepenuhnya dengan Hour dan Minute wheel maka apabila jam beroperasi ia menghasilkan putaran-putaran yang tidak bergerak seirama. 
P5-2: Salah satu gigi pada gear Cannon Pinion sudah patah/haus.
P5-3: Cannon Pinion atau Centre Wheel sudah longgar. 

Q6. Jarum Chronograph Recorder Tidak Reset Pada Kedudukan Sepatutnya
P6-1: Clutch Lever Wire sudah bengkok/patah - untuk movement jenis Vertical Clutch Column Wheel
P6-2: Reset Wheel sudah haus/gigi pada Wheel sudah patah - untuk movement jenis guna Setting Wheels


Movement jenis chronograph. Mekanisma recorder dan reset amat sensitif. Lever reset dan recorder wire juga mudah patah.

Q7. Crown Stem Tidak Berfungsi Untuk Menukar Kalender
P7-1: Crown Stem tidak dipasang atau dikunci pada kedudukan sepatutnya.
P7-2: Setting Gear untuk menukar kalendar terbalik/tidak bersentuhan dengan stem lever.
P7-3: Terdapat gear atau gear-gear pada Quickset atau Rapid Date Change Mechanism pada Calendar Module yang tidak bersentuhan untuk dioperasikan.

Q7. Jarum Jam Hanya Bergerak Beberapa Minit Walaupun Sudah Dikunci Sepenuhnya
P7-1Mainspring tersekat dari memacu Train Wheels.
P7-2Train Wheels mengalami friction (geseran), perlu oiling.
P7-3: Salah satu gigi pada Mainspring Barrel patah atau haus (oleh itu ia tersekat).
P7-4: Ratchet Wheel Click bermasalah. Samada screw yang memegang kedudukan click adalah screw yang salah atau ia diikat terlalu ketat maka mainspring tidak boleh bergerak (tersekat) untuk memacu pergerakan jam. 

Q8. Jarum Jam Hanya Bergerak Beberapa Minit Walaupun Sudah Digoyang Beberapa Kali (Japanese Automatic, Non-Winding)
P8-1: Winding Gear/Mechanism tidak bersentuhan dengan Ratchet Wheel yang mengunci mainspring.
P8-2: Mainspring di dalam barrel mengalami geseran maka ia tersekat untuk memacu pergerakan Train Wheels.
P8-3: Salah satu gigi pada Mainspring Barrel patah atau haus maka ia tersekat untuk memacu pergerakan Train Wheels.

Q9. Kalendar Hari (day) dan Tarikh (date) Tidak Selaras
P9-1: Gear-gear pada Calendar Plate (Day dan Date Plate) sudah terlalu haus.
P9-2: 'C' Clip yang memegang kedudukan Day Calendar Plate longgar atau tiada maka pergerakannya tidak tersusun dan tidak berada di kedudukan sepatutnya.
P9-3: Date Calendar Holding Yolk atau Pin tidak memegang gigi-gigi pada calendar plate pada kedudukan sepatutnya menyebabkan pergerakan plate menjadi longgar.
Nota: Jam fungsi kalender Day-Date menggunakan dua set calendar plate atau calendar wheel. Satu untuk Day dan satu untuk date.   

Q10. Jarum Saat Pada Jam Tangan Quartz Bergerak Tersekat-Sekat Atau Berhenti Selang Beberapa Saat
P10: Jarum saat tidak bergerak mengikut detik yang sepatutnya. Ia bergerak selang 2 atau 3 saat, atau mungkin pada selang waktu lebih lama seolah tersekat-sekat. Itu tandanya kuasa bateri sudah mencapai tahap paling rendah untuk jam beroperasi. Bateri perlu ditukar.
Nota: Amat disarankan, semua jam quartz yang menggunakan SWISS MOVT hendaklah ditukar dengan bateri jenama RENATA buatan Swiss. Jika jam quartz buatan Jepun/JAPAN MOVT, pilihan ditangan anda - ada banyak jenama bateri. Tukar bateri yang mempunyai kuasa (dalam kiraan Voltage) yang sesuai dengan spesifikasi movement jam. Adalah dinasihatkan supaya segera menukar batteri jam sekiranya perlu. Ini bagi mengelakkan "cell discharge" atau bahan kimia dalam bateri jam mengalir keluar memasuki komponen-komponen movement jam yang lain. Jika ini terjadi, berkemungkinan besar movement akan rosak.

"Ramai sifu-sifu aku dah tanya. Kalau kalendar day dengan date tak selaras boleh repair tak? Semua jawab... tukar calendar module baru. Tau pasal hapa? Gear-gear dia dah haus. Kebanyakkan calendar plate gear diperbuat dari tembaga yang mudah haus. Cuba selak bawah calendar plate... majoriti guna gear nipis diperbuat dari tembaga - ringan so plate tu mudah dipusing. Kalau steel sure problem. Logik? Jam lama/vintage jeh ada masalah camnih.... wear and tear. So kepada penternak-penternak jam otai, bahari, classic, atau vintage. Ini adalah lumrah. Ada penyelesaian dia sebenarnya, tampal calendar decals atas calendar plate tuu...tampal kasi selari.He he... mana la nak carik menatang tuuu" - thetick-thetick 

[Semak dan susun semula 05 Mei 2020]

Monday, 13 December 2010

Tips: Membersihkan Jam Diver - Seiko The Reds 6309-7290

"Hassan Detikduabelas panggil Seiko Red Devil pasal dia peminat Manchester United kutt. Sorry heh..aku Liverpool punya big fan. So aku panggil The Reds sempena nama panggilan team bola kesayangan aku nih. Aku nih kalu beli jam sure aku bikin kasi bersih. Baru puas hati simpan bikin koleksi."- thetick-thetick

Seiko Diver 6309-7290 The Reds
Aku beli jam ni dari Hassan Detikduabelas. Sebelum ni aku dah beli dari dia 7002-7001 Blue Chelsea (jerung biru) dengan 6309-7290 transition model black dial. Sebab tak pernah ada jam warna merah, aku tambah koleksi 6309-7290 slim/transition model dengan dial dan minute marker warna merah aftermarket. Production sekitar tahun 1986 nih memang ‘Made in Japan’ dan untuk Middle-East market, dia tulis arab daaa... Memandangkan ramai tertanya-tanya macam mana nak buat basic watch cleaning, di bawah, aku kongsikan sedikit tips atau cara-cara macam mana nak bikin. Paling lama 1 jam jeh. Fast cleaning dengan bezel adjustment pasal scuba bezel punya marker tak align dengan 12 hour marker. Maaf, aku cuba guna penulisan bahasa pasar lagi sempoi jadi sesiapa yang baca rasa relax sikit. Sorry la, gambar tak berapa canggih dan sequence tak boleh nak detail pasal dah terlajak hendak ambil gambar.

Keperluan Peralatan
1. Watch (case) holder – pemegang case jam
2. Case opener – pembuka case jam jenis screw-down
3. Spring bar remover – penanggal spring bar (guna screw driver leper pun boleh)
4. Tweezers
5. Kertas penggulung tembakau rokok
6. Peg wood (guna cutter untuk memotong, jadikan macam mata pensel)
7. Pencungkil gigi (tooth pick)
8. Kain pembersih/penggilap
9. Cleaning compound – Brasso, Autosol, MAAS, dll. kalau ada
10. Glue/bonding compound
11. Petroleum jelly – Vaseline Cream atau lain-lain jenama
12. Blow-duster – untuk membuang habuk jenis pump

Alatan untuk membersih
MAAS Cleaning Compound - lebih baik dari Polywatch Cream. Setakat ini, inilah compound terbaik untuk menggilap bahan logam dan acrylic crystal atau glass. Mudah hilangkan calar pada acrylic crystal. Tanya Hassan Detikduabelas. Aku pernah demo kat dia.

Bahagian A – Dismantle
Step A1 – Tanggalkan tali (strap/bracelet) dengan menggunakan spring bar remover/skrew driver leper.
Step A2 – Buka watch case (case lid) dengan menggunakan case opener.
Step A3 – Keluarkan crown (rujuh gambar di bawah). Tekan crown lock pin pada tekanan sederhana sambil menarik keluar crown (tanggalkan) dari movement.
Step A4 – Tanggalkan spacer ring menggunakan tweezer.
Step A5 – Tanggalkan gasket pada case dan crown – ganti jika gasket perlu ditukar.
Step A6 – Tanggalkan scuba bezel. Guna skrew driver leper, umpil bezel pada kedudukan pukul 5 – bezel akan tanggal.

Tekan crown stem lock sambil tarik crown keluar
Habis terbarai The Reds aku...

Bahagian B – Membersihkan Case dan Case Lid
Step B1 – Guna peg wood (sudah diasah seperti mata pensel), keluarkan kotoran pada bahagian casing – luar dan dalam. Guna pencungkil gigi untuk mengeluarkan kotoran pada tepian crown pipe. Bersihkan juga case lid (penutup case). Bersih sehingga anda berpuas hati.

Tepi "Crown Pipe" berkeladak. Guna pencungkil gigi untuk membuang kotoran.
Gunakan "Peg Wood" untuk membersih watch case. Peg wood tidak mencalarkan bahagian-bahagian jam yang diperbuat dari besi.

Step B2 – Sapukan cleaning/polishing compound pada bahagian case dan case lid (penutup). Gunakan kain untuk menggilap/buang kotoran. Gilap sehingga anda puas hati.
Step B3 – Gunakan blow-duster untuk membuang sebarang habuk di bahagian dalam/bawah crystal.
Step B4 – Gunakan kertas pembalut tembakau untuk membersihkan dan mengeringkan bahagian bawah crystal. Blow-duster akan meninggalkan wap pada bahagian bawah crystal. Kertas pembalut tembakau boleh menyerap dan mengeringkan wap.

Gunakan kertas penggulung tembakau untuk membersihkan bahagian bawah crystal
Case dan Case Lid yang sudah dibersihkan [bahagian atas]
Case dan Case Lid yang sudah dibersihkan [bahagian bawah]

Bahagian C – Membersihkan Scuba Bezel
Step C1 – Tanggalkan/keluarkan bezel rubber insert ring. Rubber ring terdapat di bahagian dalam bezel.
Step C2 – Tanggalkan bezel insert (scuba marker/rule) dengan menekan dari bahagian bawah. Hati-hati, jangan sampai bengkok atau tidak sama rata.

Bezel unit yang sudah ditanggalkan

Step C3 – Gunakan cleaning/polishing compound untuk membersihkan bezel ring terutamanya kesan glue sebelum ini.
Step C4 – Sapukan sedikit petroleum jelly pada rubber insert ring untuk membuang kotoran. Rubber insert ring yang bersih akan nampak seperti baru. Masukkan ke dalam bezel ring selepas dibersihkan.

Petroleum Jelly. Guna untuk membersihkan bahagian-bahagian diperbuat dari getah. Juga boleh disapu pada case gasket.
Bezel unit yang sudah dibersihkan

Bahagian D – Assembling dan Strapping
Step D1 – Masukkan movement ke dalam case. Tekan crown lock pin sambil memasukkan crown melalui crown pipe. Pastikan crown berfungsi sepenuhnya untuk menukar calendar dan menggerakkan jarum.
Step D2 – Pasangkan spacer ring pada kedudukan sepatutnya.
Step D3 – Ambil case gasket baru. Sapukan sedikit petroleum jelly. Pasangkan pada casing.

Setelah dipasang movement, crown, spacer ring dan gasket

Step D4 – Tutup case. Ketatkan menggunakan case opener.
Step D5 – Pasang bezel ring (dengan menekan dari atas). Pastikan gigi pada bezel ring kena (tepat) pada bezel track-ball.

Pasang bezel ring. Pastikan gigi bezel ring kena pada track-ball.

Step D6 – Sapukan glue/bonding compound ditepian bahagian dalam bezel ring.

Bezel ring yang sudah dipasang. Glue di tepian bahagian dalam bezel ring sebelum memasang bezel insert.

Step D7 – Pasang bezel insert (scuba marker). Pastikan scuba triangle marker selari atau tepat dengan 12 hour marker.

Bezel insert (scuba marker) dipasang selari dengan 12 hour marker (dalam bulatan)

Step D8 – Pasangkan strap/bracelet pada case. Takkan tak tau beb...

Pasang tali diver getah. Nampak macho beb!
Pasang kondom!!! Untuk perlindungan bezel. Nampak garang beb! Bezel cover ni hadiah persahabatan dari Hassan Detikduabelas.
"Aku harap siapa-siapa yang baca boleh faham artikel nih. Simple cleaning dan bezel marker allignment. Ada sorang penternak Seiko Panda dari Puchong iaitu saudara Hassan Detikduabelas mintak aku buat pemindahan organ (organ transplant) untuk sekor panda dia yang terkehel akibat terpasang kaki palsu buatan Citizen. Nantikan artikel seterusnya macam mana aku buat organ transplant Panda Puchong nih. Panda China dah nak pupus. Seiko Panda punnn… nantikan." - thetick-thetick

[Semak dan susun semula 28 Mei 2020]