Thursday, 15 April 2010

Pengetahuan: Teknologi Jam Tangan Bhg. 3

"Jam tangan Seiko Kinetik dengan Citizen Eco-Drive ada kesamaan tak? Jawapannya sama, tapi tak serupa. Macam mana tuh? Sesungguhnya gergasi pengeluar jam dari negara matahari terbit ini banyak memodenkan industri pembuatan jam di dunia". - thetick-thetick

Jam Tangan Electric dan Electro-Mechanical

Pada tahun 1952, Fred Lip, pengeluar jam dari Perancis telah mencipta prototype untuk jam berkuasa bateri. Bekerjasama dengan Elgin Company USA, Lip telah cuba untuk mengeluarkan jam electric namun hanya beberapa sahaja berjaya dikeluarkan. Asalnya, jam electronic yang menggunakan “transistorized circuit” telah dicipta oleh jurutera Switzerland yang bernama Max Hazel. Namun kerana tiada sokongan di Switzerland, beliau telah bekerjasama dengan Bulova USA. Maka terhasillah jam “Tuning Fork” yang pernah mendapat sambutan di tahun 70an. Jam tersebut menggabungkan operasi electric dan mekanikal atau “Electro-mechanical”. Setelah Bulova, Citizen, Seiko dan Rolex juga mengeluarkan electro-mechanical movement mereka sendiri. Bulova amat terkenal dengan model “Accutron”, Citizen dengan “Cosmotron” dan yang paling dicari oleh pengumpul jam Rolex adalah model "Rolex Oysterquartz".

Jam electro-mechanical ini menggunakan bateri sebagai sumber kuasa yang menggerakkan “oscillator” atau “balance wheel”. Ia menggantikan barrel pada jam mekanikal. Seterusnya, dari oscillator, train-wheel akan memacu pergerakan gear saat, minit, jam, dan haribulan. Berbeza dengan balance wheel, model Bulova Accutron menggunakan tuning fork yang mengguna prinsip yang sama, Cuma bentuknya bukan bulat seperti balance wheel tetapi 2 batang besi berbentuk seperti garpu (fork) yang bertentangan akan berpusing mengikut “charge” negatif dan positif dari arus elektrik yang disalurkan dari batteri. Pergerakkan tuning fork dan balance wheel inilah yang mentransmisikan pergerakkan jam.

Berbeza. Citizen menggunakan balance wheel sementara Bulova (gambar kecil) menggunakan “tuning fork”.

Rolex Oysterquartz, jam yang sukar diperolehi. Perjalanan jarumnya seperti jam quartz dikenali sebagai“dead-beat second”.

Jam Tangan Electric dan Kawalan Radio
Di awal tahun 80an, sebuah firma German – Junghans telah mencipta “radio controlled clock” yang beroperasi dengan transmisi “time signal” dari pemancar radio yang terletak di Rugby, England, Fort Collins di Colorado USA, Nagasaki di Jepun dan Frankfurt di German. Signal yang di hantar dari pemancar radio ke jam-tangan mengikut frekuensi tertentu membolehkan waktu pada jam tangan dikawal mengikut kiraan masa, haribulan, dan juga tahun lompat. “Receiver” atau penerima di dalam jam menerima signal dan diaktivasikan setiap jam. Jam Junghans menggunakan penunjuk masa analog dan digital.

Junghans dari negara German, pelopor jam kawalan radio.

Jam Tangan Electric dan Quartz
Pada awal kewujudan jam electric, beberapa pengeluar jam di Switzerland telah bersatu untuk mengeluarkan dana untuk “Research & Development” bagi membina “Quartz Oscillator”. “The Centre for Electric Horology” yang berpengkalan di Neufchatel telah mengeluarkan enjin jam quartz yang pertama dipanggil “Beta I”. Ia memenangi tempat pertama di pertandingan yang dianjurkan pusat tersebut sementara Seiko - pengeluar dari Jepun mendapat tempat kedua. Seiko bukanlah asing dalam bidang “horology technology”. Setelah mengeluarkan beberapa alat “quartz chronometer” di sukan Olimpik 1964, Seiko tampil dengan jam tangan “quartz” pertama dunia yang dinamakan “Seiko Astron” pada tahun 1968. Hasil penciptaan Seiko, banyak pengeluar mengeluarkan jam tangan quartz sehinggalah ke hari ini.

Seperti jam mekanikal, jam quartz mempunyai sumber kuasa, “regulator”, dan sistem penunjuk masa sama ada analog mahupun digital. Sumber kuasanya adalah bateri dan arusnya disalurkan ke “integrated circuit” yang di dalamnya terdapat “quartz oscillator”. Kemudian regulator yang menerima getaran dari quartz oscillator mengeluarkan “impulse” untuk menggerakkan jam melalui penggunaan gear atau wheels yang minimum. Gear atau wheels ini juga mempunyai jewels! (1 hingga 11 jewels). Oscillator jam quartz diperbuat dari “peizoelectric quartz crystal” yang dipotong menggunakan laser (laser cut) mengikut saiz tertentu bagi mengeluarkan frekuensi pada 32,768 Hz apabila dicaj arus elektrik. “Stepping motor” yang diintegrasikan pada oscillator seterusnya mengubah frekuensi kepada impulse yang memacu pergerakan jam. Bateri jam yang digunakan sekarang adalah dari jenis “silver oxide” ataupun jenis “lithium” yang tahan lebih lama.

Seiko Astron, dilancarkan tahun 1969. Jam tangan quartz pertama di dunia.

Kebanyakkan jam SWISS seperti TAG Heuer, Omega, Tissot, dan Longines jenis model quartz menggunakan movement ETA.

Jam Tangan Digital Display
Ketika negara barat berlumba-lumba untuk menghantar manusia ke bulan, program-program pembangunan kapal angkasa telah mencipta “electronic console” untuk panduan pengendalian penerbangan. Tercipta juga mesin kira atau “calculator” yang menggunakan “electronic display” yang menggunakan “diod” yang memaparkan nombor secara secara electronic. Pada awal 70an, pemapar “liquid crystal display atau LCD” telah tercipta dan setelah itu saiz pemapar digital ini semakin diperkecil. Disamping kemajuan “integrated circuit atau IC” yang juga ikut mengecil (miniaturized), mesin kira turut menjadi kecil. Kedua-dua teknologi ini telah digabungkan oleh Citizen untuk membuat jam meja LCD pertama di dunia. Kemudian, teknologi LCD digunakan pula untuk jam tangan Citizen. Teknologi ini semakin berkembang, canggih, dan memenuhi pasaran di serata dunia sehingga kini.

Jam digital menggunakan bateri sebagai sumber kuasa, IC yang diprogramkan, “electronic regulator”, dan paparan (display) waktu. Di bawah LCD yang kelihatan lutsinar atau “crystalized clear”, terdapat electro-plate yang mana apabila disalurkan arus elektrik akan menyebabkannya bertukar warna kepada “dark chrome”. Jika dinyah-arus, ia kembali kepada keadaan lutsinar. Asas ini membentuk paparan nombor-nombor digital pada jam bagi menunjukkan catatan waktu contohnya 10:35:45 am (jam 10 tiga puluh lima dan 45 saat, pagi. Electronic regulator yang memacu kiraan masa adalah dari IC yang diprogramkan untuk yang mengawal sejumlah electro-plate yang memaparkan nombor atau karaktor di bawah panel LCD.

Kini, jam tangan digital display semakin canggih dan mempunyai pelbagai fungsi selain dari menunjukkan masa dan haribulan. Ada fungsi chronograph/stop-watch, timer, world time, altitude, barometer, temperature, GPS (global positioning system), dan macam-macam lagi fungsi yang dipandu oleh penggunaan program electronic seperti komputer.

Jam tangan digital display. Paparan LCD dan penunjuk masa – simple!

Jam Tangan Kinetic
Seiko bukanlah pengeluar teknologi jam yang baru. Seiko dikagumi oleh pengeluar jam tangan Swiss kerana teknologi engine jamnya yang pelbagai dan berketepatan tinggi. Contohnya, engine Seiko Chronograph automatik adalah yang pertama menggunakan “vertical clutch - column wheel” yang mana kini menjadi ikutan pembuat “chronograph movement” dari Switzerland. Begitu juga dengan engine Seiko “Hi-Beat 36000” yang kebanyakannya digunakan untuk model elit “Grand Seiko” atau “King Seiko”. Ia adalah satu daripada dua engine yang mempunyai getaran atau “beat” balance wheel pada tahap 36,000vph/bph (vibration per hour) atau bph (beat per hour). Yang satu lagi adalah engine Zenith “El-Primero”. Sehingga kini, tiada engine jam lain yang dapat menandingi kedua-dua engine ini.

Setelah mencipta jam tangan quartz, Seiko telah membangunkan semula teknologi electro-mechanical dengan menggabungkan komponen jam quartz dengan mekanikal. Maka lahirlah jam tangan “Kinetic”. Movement jam kinetic tidak seperti jam automatik. Seperti jam quartz, ia menggunakan bateri. Dua bateri, satu “primary battery” dan satu lagi “secondary battery”. Cuma, penjanaan kuasa datang dari rotor yang menggunakan konsep sama dengan jam automatik. Rotor yang diintegrasikan dengan peranti electronic yang bersifat seperti “dynamo” akan mengecas (charging) “secondary battery" yang bertindak sebagai “reservoir” yang menyimpan tenaga electric. Seterusnya, tenaga tersebut disalurkan kepada “primary battery” yang memacu pergerakan jam melalui “integrated circuit” yang sama seperti jam quartz. Ini adalah versi pertama “Seiko Kinetic”, kini (sejak penghujung 2008) versi terbaru engine kinetic cuma menggunakan satu bateri jenis “lithium” yang menerima caj dari rotor dan terus memacu pergerakkan jam. Teknologi ini dipanggil “Direct-Drive”. Jam “Kinetic Direct-Drive” boleh dikunci (guna Crown) untuk menambah semula kuasa pacuan jam. Ia juga membolehkan pemakai mengetahui jumlah kuasa simpanan jam (Power Reserve) melalui kaunter petunjuk kuasa.

Seiko Kinetic movement. Gabungan teknologi electronic dan mekanikal.

Jam Tangan Kuasa Cahaya (Light-powered)
Selain Seiko, Citizen adalah pengeluar jam dari negara matahari terbit yang tidak kurang hebatnya dari segi penciptaan teknologi horology. Di era 70a, engine chronograph Citizen mempunyai getaran pada 6v/bps (vibration/beat per second) atau 21,600v/bph. Lebih tinggi dari engine Seiko Chronograph 6139/6138 yang hanya pada 5v/bps ata 18,000v/bph. Selepas menghasilkan engine electro-mechanical “Cosmotron” yang menyaingi kehebatan Bulova “Accutron”, Citizen mengorak langkah dengan mengkaji dan membangunkan jam electric.

Citizen mengambil pendekatan berbeza. Jika Seiko menggunakan peranti mekanikal untuk mengecas bateri bagi memacu pergerakkan jam, Citizen menggunakan tenaga cahaya. Samada cahaya matahari atau cahaya lampu, ia mampu menjana tenaga jam tangan dengan menggunakan “electro photo cell” yang terletak di bawah dial jam tangan. Electro photo cell mampu menyerap dan mengumpul tenaga dari cahaya (negative & positive charge). Untuk memudahkan cahaya menembusi dial, Citizen telah menggunakan teknologi pembuatan"ceramic" yang canggih dimana ia mampu ditembusi cahaya! Hebat! Tenaga yang diserap oleh electro photo cell seterusnya dialirkan ke dalam bateri yang diperbuat dari bahan lithium yang bertindak sebagai “reservoir” yang menyimpan dan membekal kuasa untuk memacu pergerakan jam seperti jam quartz.

Eco-Drive. Guna cahaya untuk membentuk tenaga jam tangan. Mengurangkan penggunaan bateri yang boleh mencemarkan alam sekitar (ecology).

"Teknologi jam dan rekabentuk semakin canggih, poket aku jeh yang tak canggih-canggih... beli jam vintage je lah. Kalau takde teknologi yang lama, mana nak ada yang baru! He he he ...". - thetick-thetick
[Semak dan susun semula 18 Julai 2020]

Wednesday, 14 April 2010

Pengetahuan: Teknologi Jam Tangan Bhg. 2

”Bang, jam Seiko 5 saya ni jam kinetik bang. Tak pakai bateri. Goyang jeh dia jalan, selalu pakai dia tak mati”, kata seorang peminat jam yang saya kenali. Ini adalah kekeliruan yang timbul apabila kita tidak mengetahui teknologi yang sebenarnya digunakan pada jam tangan kita. Jam automatik dan jam kinetik tidak sama dari segi pemacuan kuasa penunjuk masa. Jam kinetik masih guna bateri, jangan salah faham brader..." - thetick-thetick

Jam Mekanikal: Anti-Magnetism

Balance wheel pada movement jam pada awalnya diperbuat dari logam. Ia terdedah pada daya tarikan”magnet” di persekitaran kita yang menyebabkan pergerakkan balance wheel terganggu dan pastinya akan menyebabkan jam menjadi kurang tepat. Seorang saintis German yang bernama Milgaus telah mengenalpasti kesan medan magnet pada jam tangan ketika dia berada di dalam sebuah lombong arang batu. Beliau mengalami masalah pada jam tangan yang digunakan ketika itu dan ini mencetuskan idea untuk penciptaan jam tangan “anti-magnetic”. Beliau mengskalakan (scale) kesan tarikan magnet ini sebagai "amps". Semakin tinggi amps, semakin tinggi gangguan pada balance wheel. Sebagai menghargai jasa beliau, nama beliau telah menjadi tema kepada jam Rolex – “Rolex Milgaus”. Walaupun sudah dikeluarkan versi baru (sejak 2008 oleh Rolex) jam vintage Rolex Milgaus (produksi awal sehingga 1984) sukar didapati dan harganya melambung tinggi. Bentuknya seperti jam “Rolex Explorer”.

Teknologi anti-magnet ini agak simple. Balance wheel yang diperbuat dari logam digantikan dengan bahan “alloy” yang bersifat anti-magnet. Ada juga movement yang di tutup oleh “alloy plate” atau “alloy jacket” sebagai penebat yang lebih tinggi terhadap tarikan magnet. Yang tertinggi setakat ini adalah jam IWC Ingenieur keluaran terbaru. Disamping dilengkapi alloy jacket jam IWC ini juga menggunakan bahan “anti-magnetic soft iron” pada dial jam sebagai penebat magnet yang optimum. Anda akan dapati banyak jam-jam tangan vintage memaparkan perkataan “Anti-Magnetic” pada dial jam.

Jam Mekanikal: Water-Resistance

Hari ini, kebanyakan jam tangan adalah kalis-air atau “water-proof”. Namun penggunaan terma water-proof tidak lagi diterima oleh industri sebagai standard. Penggunaan terma “Water Resistance” diterima sebagai spesifikasi kalis-air. Jam kalis-air mula tercipta pada awal 50an. Antara jenama yang terawal mengadaptasikan teknologi ini adalah Rolex Submariner, Omega Seamaster, dan Blancpain Fifty-Fathom. Ia menggunakan “gasket” getah atau “rubber gasket” yang dipasang pada penutup jam, di “crown stem”, "stem pipe", “pusher”, atau di mana-mana bahagian jam yang terdedah kepada “water ingression” atau “water slippage” yang menyebabkan jam dimasuki air. Jam water-resistance dikira pada kesan ketahanan (resistance) air pada tahap kedalaman di dalam air (khususnya jam penyelam) ataupun ketika berenang di permukaan air. Teknologi water-resistance kini menjadi satu "de facto standard" pada pembuatan jam-jam moden. Anda akan dapati kiraan resistance ATM, meter, dan feet (kaki) pada jam-jam penyelam (diver/scuba) bergantung kepada tahap ketahanan mengikut kedalaman jam boleh digunakan di dalam air.

Jam Tangan Mekanikal: Hand-winding atau Manual-Winding

Jam tangan mekanikal “hand-winding” atau “manual-winding” dan dalam Bahasa Malaysia lebih dikenali sebagai “jam kunci” menggunakan elemen yang sama dengan apa yang diasaskan oleh Thomas Mudge pada tahun 1759. Jam kunci mempunyai 3 elemen:
(1) sumber kuasa jam dari “main spring” di dalam barrel
(2) sejumlah gear atau wheels – train wheels dan “transmission wheels”, dan
(3) “regulating mechanism” yang mengandungi “balance wheel”, "hair-spring", dan "escapement".

Apabila jam dikunci menggunakan “crown” (juga dipanggil “winder”), ia akan memutar main spring di dalam barrel menerusi train wheels. Seterusnya barrel akan menggerakkan transmission wheels yang kemudiannya menggerakkan “second wheel” yang diintegrasikan bersama “minute wheel” dan “hour wheel”. Ada pula diintegrasikan dengan “calendar wheel” untuk menunjukkan haribulan. Apa yang penting bagi jam kunci adalah kawalan terhadap transmisi kuasa dari barrel ke gear-gear yang lain bagi menggerakkan balance wheel untuk tidak terlalu laju atau perlahan.

Enjin jam kunci, tiada Rotor plate sepertimana terdapat pada jam automatic.

Jam Tangan Mekanikal: Self-winding atau Automatic
Jam tangan mekanikal “self-winding” atau automatik menggunakan prinsip dan elemen yang sama seperti jam kunci. Cuma ia tidak dikunci, tetapi digerakkan oleh “rotor” yang berbentuk piring seperti kipas. Ia mengunci main spring di dalam barrel melalui “winding system” yang diintegrasikan pada rotor. Apabila tangan pemakai bergerak, rotor akan bergerak memusing untuk mengunci barrel secara automatik.

Jam tangan self-winding mula dicipta pada tahun 1923 oleh John Harwood. Idea asal jam self-winding datang dari Abraham-Louis Perrelet pada tahun 1770 untuk jam poket telah diadaptasikan oleh Harwood. Disebabkan tiada pengeluar jam di England berminat, Harwood telah mematenkan ciptaannya di Switzerland dan mengeluarkan jam jenama sendiri pada tahun 1929. Idea Harwood dengan cepatnya telah digunapakai oleh Rolex Watch Company. Pada tahun 1931, Rolex telah mengeluarkan jam self-winding yang digelar Rolex Perpetual. Rolex dan Harwood adalah antara jenama jam automatic yang terawal di pasaran. Jam Harwood lebih unik, tiada crown!

John Harwood dan Rolex, pengeluar awal jam automatic. Jam Harwood tiada crown. Enjin jam Rolex automatic, antara yang terbaik di dunia.

Bang... betul ke jam kinetik pakai bateri bang? Kita ikuti informasi seterusnya di bahagian ke 3.
[Semak dan susun semula 18 Julai 2020]

Pengetahuan: Teknologi Jam Tangan Bhg. 1

"Kebanyakkan daripada kita memiliki jam tangan. Tanpa mengira jenis, jenama, atau “movement”, setiap satu mempunyai teknologi yang menyebabkan jam tersebut menunjukkan masa secara tepat (atau lebih kurang tepat!). Ia bukan setakat penunjuk masa, hari, atau haribulan. Ada yang menunjukkan kitaran bulan yang lebih dikenali sebagai 'moon phase'. Bahkan ada jam yang menunjukkan kalendar lengkap (complete calendar)haribulan, hari, bulan, tahun, dan tahun lompat atau 'leap year'. Ada pula jam yang berfungsi sebagai skala bagi menunjukkan sesuatu kiraan mengikut waktu, contohnya 'chronograph' yang mempunyai 'tachymeter', jam penyelam dengan 'scuba bezel', GMT penunjuk dua masa, dll. Bagaimana jam-jam ini berfungsi? Saya akan buat kupasan di posting akan datang. Sebagai pengetahuan am, eloklah kita mengenali sejarah teknologi jam itu sendiri. Saya ringkaskan teknologi-teknologi jam tangan yang patut kita tahu seperti berikut." - thetick-thetick

Jam Mekanikal Terawal: Jam Pendulum
Manusia mula mencipta jam mekanikal sejak sekian lamanya sekitar tahun 1600. Pada tahun 1657, seorang astromer berbangsa Belanda yang bernama Christiaan Huygens telah berjaya mencipta ”pendulum clock” yang menggerakkan ”gear-gear” atau ”wheels” yang pelbagai bentuk, saiz, saling berhubungan dan bergerak yang akhirnya berfungsi sebagai penunjuk masa yang mempunyai ”dial”, jarum, dan ”barrel”. Barrel yang dimaksudkan adalah spring halus yang melingkar bulat (spiral hair-spring) yang memacu (drive) pergerakkan gear-gear untuk membuat putaran jarum atau sukatan masa. Idea beliau disambut baik oleh pembuat-pembuat jam di England diketuai oleh Ahasuerus Fromanteel yang merupakan orang yang pertama memiliki hak cipta untuk membuat jam menggunakan pendulum atau ladung dalam Bahasa Malaysia.

Pendulum yang berayun kiri dan kanan dipengaruhi oleh tarikan graviti menyebabkannya bergerak berterusan mengikut "momentum". Dalam kiraan masa, pergerakan kiri-kanan pendulum membawa kepada kiraan satu saat. Kita biasa melihat jam-jam seperti ini suatu masa dulu. Samada jam dinding, mahupun jam datuk (grandfather’s clock) ia menggunakan pendulum. Pendulum jam bergerak ke kiri dan ke kanan, namun ditransmisikan pada gear (transmission gear) yang bergerak pada satu arah yang berhubung terus dengan gear-gear yang lain sehingga memacu ”barrel”. Barrel pula akan melepaskan transmisi kepada gear-gear yang lain bagi membuat pusingan yang memenuhi sukatan masa – saat, minit, dan jam. Gear-gear ini menjadi asas kepada jam mekanikal sehingga hari ini dan gear-gear yang bersentuhan dan bergerak secara langsung antara satu sama lain dipanggil ”train wheel”. Jantung jam terletak kepada pendulum. Asasnya ialah satu detik atau saat bagi setiap pergerakan pendulum kiri dan kanan. Ini bermakna 60 hayunan penuh kiri dan kanan membawa kiraan untuk 1 minit. Jam-jam seperti ini lebih kepada sifat paparan untuk menunjukkan masa kepada ramai orang – tidak untuk individu.

Jam Mekanikal Persendirian: Jam Spring
Pada tahun 1511 jam persendirian, atau ”personal timepiece” telah dicipta oleh seorang tukang kunci (locksmith) berbangsa German yang bernama Peter Henlein. Ia menggunakan ”coiled spring” dan ”train of gears” yang lebih kecil yang mana asasnya adalah sama pada jam mekanikal awal pendulum. Ia digelar ”Nuremberg Egg” kerana saiznya yang kecil. Ciptaan beliau telah membawa kepada revolusi penciptaan jam di segenap Eropah. Ia menarik minat ramai pakar pembuat jam untuk meneruskan idea beliau terutamanya dari Perancis dan German. Kebetulan pada ketika itu berlaku penindasan agama di Eropah. Ramai pakar pembuat jam berbangsa Yahudi terutamanya dari Perancis dan German telah berhijrah ke ”Free City” Geneva, Switzerland. Sejak dari itu sehingga kini negara Switzerland atau Swiss dikenali di seluruh dunia dengan hasil penciptaan dan pembuatan jam-jamnya.

Jam Mekanikal Persendirian: Lever Escapement
Pada tahun 1759, Thomas Mudge dari England telah mencipta ”bracket clock” yang menggunakan ”anchor escapement” dan seterusnya mencipta ”balance spring atau balance wheel hairspring” yang juga menjadi asas kepada jam-jam di zaman moden. Anchor escapement merupakan gear yang mempunyai gigi seperti sauh yang memacu pergerakan pada satu arah bagi menentukan pergerakan jarum kiraan saat. Balance spring yang kemudiannya dikenali sebagai ”balance wheel” memacu pergerakan kiri-kanan menggantikan pendulum. Kedua-dua alat ini berhubung antara satu sama lain dan lebih dikenali sebagai ”lever escapement”. Buka jam anda, samada jam antik, vintage ataupun moden, semua jam mekanikal pasti mempunyai lever escapement. Jam ciptaan Mudge yang merupakan seorang tukang kunci yang seperti mangga (padlock) pintu itu telah merealisasikan penciptaan jam poket yang bersaiz kecil yang mana akhirnya menjadi jam tangan.

Jam Mekanikal: Penggunaan Rubies dan Jewels
Pada awal penciptaan jam mekanikal, setiap gear atau ”train wheels” pada jam mekanikal bergerak di atas paksi atau ”pivot” dan menggunakan bebola besi atau ”ball bearing”. Lama-lama, ia akan kehausan dan menyebabkan jam hilang ketepatan pergerakan pusingannya. Seorang pembuat jam Swiss yang tinggal di England telah menukar ball bearing kepada penggunaan batu permata – ”ruby” atau delima. Batu permata yang dibentuk halus berbentuk seperti piring dipasang di kedua belah hujung pivot untuk mengekalkan pergerakan train wheel tanpa kehausan pada batang pivot yang diperbuat dari logam untuk jangkamasa panjang. Kebanyakkan jam-jam antik poket atau jam tangan mempunyai ruby, seperti 17 rubies. Di awal 60an, dengan terciptanya penciptaan bahan synthetic, ruby tiruan telah digunakan untuk menghaluskan pergerakan pivot yang lama kelamaan dikenali sebagai ”jewels”, contohnya 17 jewels. Jewels yang berbentuk seperti mangkuk diisi dengan minyak atau ”oil” bagi memastikan pergerakkan pivot yang lebih ”efficient” seperti minyak pelincir. Setiap kali jam tangan kita diservis, ”oiling” akan dibuat untuk memastikan hujung pivot tidak haus dan pergerakkan train wheel berjalan baik untuk memberi ketepatan masa.

Pivot pada Gear dan penggunaan Jewel

Jam Mekanikal: Self-winding dan Shock Protection System
Jam "self-winding" atau kini dikenali sebagai jam "automatic" mula dicipta oleh Abraham-Louis Breguet (1747-1823). Idea beliau telah diguna oleh Abraham-Louis Perrelet sekitar tahun 1770. Kedua-dua nama ini adalah merupakan jenama jam elit Switzerland yang wujud sehingga hari ini – Breguet dan Perrelet. Idea yang wujud adalah menggunakan pendulum kecil yang berbentuk separuh piring yang kini lebih dikenali sebagai “rotor” untuk memacu barrel pada jam. Pergerakan rotor yang sentiasa bergerak memusing kiri dan kanan mengikut gerak jam pada jam poket atau pergerakkan pergelangan tangan membolehkan jam dikuasakan atau dikunci (memacu barrel) secara automatik. Jam tangan automatik anda menggunakan asas teknologi yang sama! Dalam pada itu, balance wheel yang terdedah kepada hentakkan (atau "shock") pada jam (atau jam terjatuh) dilindungi dengan penciptaan “shock protection”. Lihat pada dial jam-jam tangan vintage, anda akan temui perkataan “anti-shock” atau “shock-protection” pada dial jam. Teknologi ini membolehkan pivot pada balance wheel yang sentiasa berputar tidak terganggu oleh hentakkan atau “shock” – seperti “absorber”. Breguet memanggil alatan anti-hentakan ini sebagai “Parechute” dan terdapat di dalam model elit keluaran syarikat tersebut yang terkini.

Jam moden, mempunyai asas mekanikal yang sama

Jam Mekanikal: Tourbillon dan Adjustment
Dalam pada terciptanya teknologi “shock protection”, pakar pembuat jam mulai mengenalpasti kesan tarikan graviti (gravitation effect) pada balance wheel. Setiap kali jam bergerak di pelbagai kedudukan, balance wheel akan yang sentiasa bergerak akan pasti dipengaruhi graviti maka ketepatannya akan berubah. Jika anda mahu menguji, letak jam tangan mekanikal anda di berlainan kedudukan seperti berikut:
(1) muka jam menghadap ke atas atau “dial-up”,
(2) muka jam menghadap ke bawah atau “dial-down”,
(3) crown jam menghadap atas atau “crown-up”,
(4) crown jam menghadap bawah atau “crown-down”, dan
(5) jam digantung (crown kiri atau kanan),
pasti ketepatan masa jam anda akan berlainan. Ini adalah kesan graviti. Teknik pengujian ini digunakan untuk “adjustment” ketepatan movement jam. Maka itu kita akan temui perkataan “adjusted in 5 positions” di ukir atau “engraved” pada movement jam. Ia bermakna jam telah diperhalusi ketepatannya atau “adjusted” mengikut 5 posisi tersebut. Ada pula tambahan yang di buat dimana movement jam diadjust pada suhu panas dan dingin (heat and cold). Jam-jam yang dihalusi ketepatan pada semua keadaan ini biasanya adalah jam-jam yang mahal harganya.

Untuk membolehkan balance wheel stabil pada tarikan graviti, Abraham-Louis Breguet telah mencipta “tourbillon” (sebut: teur byon!). Ia membolehkan balance-wheel bergerak mengikut paksi (atau “axis”) yang berkedudukan mendatar terhadap graviti pada setiap kedudukan jam. Ini mengurangkan kesan graviti dan melancarkan pergerakkan jam menjadi lebih tepat. Jam-jam tangan yang menggunakan alatan tourbillon ada sehingga hari ini dan hanya beberapa pembuat jam sahaja yang mampu mengeluarkannya, seperti jenama Breguet, Perrelet, Blancpain, Patek Philippe, A. Lange & Sohne,  dll. Harganya juga mencecah ratusan ribu dan ada yang melebihi 1 juta ringgit! Kepada pengumpul jam tangan yang inginkan jam yang berketepatan tinggi (high accuracy timepiece), jam tourbillon pasti menjadi idaman.

"Mampu? "Lu beli lah, lu kaya! Kalau aku pakai jam tourbillon ni, sure nampak je macam serupa, tapi jam Petaling Street... ha ha ha. Malu babe! Kalau pakai jam tourbillon tipu nih. Nampak cantekkk... tapi pada dasarnya harga jam asli dia mahal. Takpe, asal aku suka dan cantik di mata...". kata peminat jam-jam PS boutique." - thetick-thetick


Ikuti bahagian seterusnya mengenai pengetahuan asas jam tangan.
[Semak dan susun semula 18 Julai 2020]


Tuesday, 13 April 2010

Exploring Horology Part IIIb

“ETA movement or watch engine, be it mechanical or quartz power most of the Swiss watches available in the market today. If produced in Switzerland, the watch will be marked on the dial or case back as SWISS MADE with condition that it uses Swiss made movement/calibre. If the watch using a Swiss made movement/calibre BUT produced or assembled outside Switzerland, then it will be marked as SWISS MOVT (movement) – really? In most cases, the answer is yes. Imagine a German watch with Swiss movement… my Helbros, marked Made in Germany. For me, this symbolizes the production – where the watch was made or assembled. Not the word SWISS is the onus concern, but putting SWISS on the watch will sell. How true? Try browsing fake watches, majority are Swiss Made watches!!! Swiss sells, although the watch is 100% made in China.” – don’t you think so?

A genuine, vintage, immaculate, Swiss movement and German made watch at RM350? So affordable, and my Helbros is dearly adorable – in my eyes. I wear the watch daily to fit my office attire. Good time-keeping and more than 40 hours power reserve. Not bad for an old gadget! I believe this is a result of the Swiss ETA movement, finished product by the German. Get another one, Swiss Made is my target.

I always accompany my wife to go to Chow Kit Road (now, known as Jalan Tuanku Abdul Rahman) once or twice a month to buy some wet goods at the Pasar Chow Kit. One fine Sunday, as my wife busy at the Pasar, I take a walk along the Jalan TAR – visiting the watch retailers there. Really, it reminds me of my first watch – the Citizen digital quartz of the 70s. I went to the shop (near the Bata store), the business still exists and selling Japanese watches with one Swiss brand on display – Titoni. Taking my own sweet Sunday time, I walk to a store across the Kamdar Store and I found a small display of vintage watch. There are about ten watches, mixed of Japanese and Swiss watches. One ‘ugly’ looking vintage interests me. A 1960s automatic Titus! The dial is unique with date window between 4 and 5 hour marker. Champagne colour.

I ask the seller, “Taukeh, is this a good working vintage?” He smiled at me and gave me a simple answer. “Jalan bagus punya, enjin baru servis! Swiss punya jam lama. Saya sendiri servis. (In English: working, the movement just serviced. Old Swiss watch. I service the watch my own)”. Yeah, I realize that he is wearing a watchmaker loupe on his head. I never asked his name, but we become friend until today. I just call him Taukeh. He is one of a few humble watch repairers that friendly to share knowledge about watches. Back to the vintage Titus, it’s a deal. I bought the watch and get nice leather replacement strap from him. You know how much all together? RM220, a good bargain! So now I have two watches with Swiss steel horses. I wear the Titus as an alternate to my Helbros on working day. Both working fine.

The Titus and Helbros of the 60s

Hey, am I going to be a vintage watch collector or a watch collector? I guess I have a few with me now - my Zodiac, Seiko Diver, Titus, and Helbros. Two dress watches with leather strap, two sporty looking watches, German, Japan and Swiss. Functional wise, these are basic timekeeper with day and date calendar. If wearing one watch a day, I am short of three! Whats next?

I happened to know a friend who has same passion about watches. Not new, but an avid collector, a filthy rich guy. One fine day he recognized me wearing different watches when we bump to each other. First, I didn’t realize that he is a collector. After sharing few “teh tarik” sessions with him, he explained to me about Rolex. He got five Rolex signature watches – Rolex Precision 6694, Rolex President, Rolex Yacht-master, Rolex Explorer II, and Rolex Submariner. Wow! But I noticed that his daily wear is the Submariner. Similar look to my Seiko diver! I found through articles in the Internet, the Rolex Submariner diver is the most “legally copied” watch design. True enough, we can find many brands with similar look. For me, it is a very masculine looking wrist watch. I made the right decision for my first mechy!

As my quest continues, I revisited Mr. Lee at Rainbow watch, Ampang Park. So happened, I got extra bucks in my pocket. It was off day. You guest what? I bought a Blue Submariner - a brand new Japanese Orient diver. Now I have a Japanese twin – Seiko and Orient Submariner. Hence, with another purchase I become friend to Mr. Lee – until today, he is my best syifu. Comparing the Seiko and Orient, the dial setting of the Orient looks more like Rolex. Except the measurement and bevelled edge of the case. The bracelet links look almost the same, except for the clasp. The hands, the marker, and the date aperture look the same. The vast different, definitely the price lah! I can’t afford the Rolex Submariner. But at least I got two Japanese Submariners! Huhhu…

The Japanese Submariners: Orient and Seiko. Looks like Rolex Sub!

Stop buying. Can I? All my watches are ticking, showing me their superiority and accuracy. Still, they are watches with basic features. What will be my next toy then? A chronograph, I guess? Budget!!! tick, tick, tick...when?

Exploring Horology Part IIIa

“Do you know that Swiss Made and Swiss Movement (Movt) are different? They are different. ” – someone thought me that!

Swiss mechanical watch… Where to start? Let me ask my “alltheweb’ to do the job. Wow! A zillion comes to my screen. At that time, at the beginning of my quest, “alltheweb” is the best tool to search for images on the Internet. Almost everyday when I have free time I get my self hocked to my PC. The PC screen cluttered my mind. Price wise… huhhh, Swiss watches are relatively expensive. Buy new or second hand watch? What brand? One thing I am very sure is that Swiss made watches are good. How good comparing to the Japanese timepieces? Let’s find out later. Get one Swiss mechy first.

Being a company man (…or “kuli” of a company), I have to attend many meetings with partners and clients. In one of the meeting, I saw something very enticing. A glance of a gold cased vintage watch from someone’s wrist. I pimp his wrist as I noticed until the end of the meeting. The watch is so pristine, immaculate, and appealing to me. After the meeting is over, I approach that guy and ask. Wow! It is an Omega watch. Vintage, working and the price is not so bad. I fall in love with the simple case, aesthetic, and basic functions featured in the Omega. “Where did you get this vintage watch?” I asked him. “Jalan Masjid India”, he answered me and explained to which merchant I should make my purchase there.

Jalan Masjid India – Little India of Kuala Lumpur

Jalan Masjid India (or “Little India” in Kuala Lumpur), here I come. I remember that day, it was my payday. I stuffed my pocket with a stack of fifty Ringgit notes. It was lunch break, the only free time and convenient for me to go there. As I follow direction given by Mr. Omega Guy, I found that there are two or three antique merchants selling vintage watches. I visited all and browse the collection. Not many, a plenty but ranges from Japanese to Swiss watches. In my mind, I recalled the look of the Omega. Hey… that looks appealing! I pick-up the watch, hold it and investigate. The dial looks pristine, a gold plated German made “self-winding” watch with (ugly!) leather strap. Made in Germany! I asked the seller “Is the watch working?” The seller answer elaborately “Bang (or Abang in Malay means big brother), all my watches are in working condition. All are genuine and this is the best available for sales today! This is a German made watch but using Swiss engine. Come I show you the engine!” The seller opened the case and showed me a clean, shiny, working Swiss engine. I pimp the engraving through the seller’s watchmaker loupe and I saw the word SWISS and at main plate near the balance wheel engraved ETA. Ok, I am convinced.

How much? The amount mentioned surprisingly matches my budget. RM350 will not hurt my pocket anyway. After the deal closed, the seller introduced himself as Yunus (I believe he is still there, selling vintage watches till today). He gave me his mobile number and reminded me to call for update of his collection for sales. After that I go to nearby watch retailer and change the strap. Like a child receiving new goodies, I straight away wear the watch – vintage with matching strap. My first not a Swiss Made mechy but a Swiss movement watch: a 1960s Helbros with a twin calendar (day & date) window.

Helbros: Self-winding Day-Date of the 60s, Made in Germany.

Well, I haven’t got my Swiss Made mechy yet. Exploring Helbros, ETA, the movement. Hey, the Helbros comes with acrylic crystal, you can hear the sound... tick, tick, tick!