Tuesday, 21 July 2020

Tick-Talk: Seiko Chronometer Bhg. 2

Sambungan dari bahagian pertama.

Tahun Kegemilangan Seiko Chronometer
Tahun 67-68 adalah tahun-tahun yang mengejutkan industri pembuatan jam tangan Switzerland. Selama 4 tahun berturut-turut (1965 hingga 1968) Seiko telah menduduki kedudukan teratas dengan memenangi pelbagai observatory prizes. Mengikut commentary yang diberikan oleh pengulas-pengulas dari pelbagai editorial yang berpengaruh; persaingan ini telah menyebabkan jenama-jenama besar Swiss berasa amat tergugat. Mana tidaknya, merekalah yang memajukan dunia horology dan menjadi pemacu industri pembuatan jam sejak berkurun lamanya. Atas dasar ego yang menebal, pada tahun 1969 kesemua jenama-jenama besar Swiss telah menarik diri dari menyertai pertandingan di kedua-dua observatory. Pelancaran jam tangan quartz oleh Seiko (Astron) pada tahun yang sama turut menjadi penyebab mengapa pengeluar-pengeluar tersebut tidak lagi menjadikan pensijilan di Geneva Observatory dan Neuchâtel Observatory sebagai sandaran. 

Penubuhan C.O.S.C.
Pada tahun 1973, semua pemain-pemain industri jam Swiss telah bergabung dan menubuhkan institusi penarafan bebas yang dikenali sebagai Contrôle Officiel Suisse des Chronomètres atau C.O.S.C. Institusi penarafan ini ditubuhkan khusus untuk menguji dan membuat pensijilan Certified Chronometer bagi jam-jam tangan mekanikal dan quartz yang dibuat 'hanya di negara Switzerland'. Oleh yang demikian, Seiko tiada lagi peluang untuk meneruskan penglibatan mereka dalam pertandingan di Neuchâtel dan Geneva Observatory. Walaupun tiada lagi pertandingan, Seiko terus mendapatkan pensijilan chronometer di Neuchâtel untuk jam-jam tangan mekanikal yang menggunakan movement atau calibre 4520 dan calibre 4580 dari tahun 1968 hingga tahun 1970. Jam-jam tangan yang telah mendapat pensijilan di kedua-dua observatory mempunyai cetakan 'Astronomical Observatory - Chronometer - Officially Certified' pada dial. Hanya 226 sahaja jam tangan Seiko yang memiliki penarafan ini dan ia amat sukar ditemui atau diperolehi - mega rare. (sumber: watchesbysjx.com: Seiko Observatory Chronometer)


Keputusan Neuchâtel Observatory competition tahun 1967. Kedua-dua entiti Seiko, Daini Seikosha dan Suwa Seikosha berjaya mendapat tempat kedua dan ketiga mengatasi Longines dan Zenith. Keputusan bersejarah ini telah membawa perubahan besar kepada industri pembuatan jam tangan di Switzerland. 

Japanese Chronometer Authorization Association
Seiko, melalui model elit Grand Seiko menggunakan standard ujian yang lebih tinggi berbanding Swiss. Begitu juga Citizen Chrono Master. Sebelum wujudnya C.O.S.C, Seiko terlebih dahulu menggunakan standard timing untuk 6 kedudukan, suhu panas dan sejuk dan menepati julat -3/+5 saat sehari. (nota: C.O.S.C. 5 kedudukan, suhu panas dan sejuk, julat ketepatan -4/+6 saat sehari). Standard ini mula digunakan pada tahun 1960, sebelum Seiko mengemukakan pensijilan observatory chronometer di Neuchâtel Observatory dan Geneva Observatory. Jam-jam tangan Grand Seiko pada tahun 60an dicetak 'Chronometer' pada dial. Begitu juga Citizen melalui model-model Chrono Master. Ini mengundang rasa tidak puas hati kepada The European Chronometer Official Association yang mahukan ujian dibuat oleh institusi bebas, bukan in-house testing sebagaimana dibuat oleh Seiko dan Citizen.

Maka satu institusi bebas yang dinamakan sebagai Japanese Chronometer Authorization Association (JCAA) telah ditubuhkan pada tahun 1968. Ia melibatkan pembuat-pembuat jam dari negara Jepun iaitu Seiko, Citizen, Orient, dan Ricoh. Inilah institusi yang memberi pensijilan kepada model-model Suwa Seikosha Grand Seiko (GS), Daini Seikosha King Seiko (KS), dan Citizen Chrono-Master. Jam tangan yang mendapat pensijilan di JCAA dicetak dengan gandingan perkataan 'Chronometer' atau 'Superior Chronometer'  dan 'Officially Certified'. Standard yang digunakan oleh JCAA lebih tinggi berbanding C.O.S.C. Namun atas faktor kos biaya operasi yang tinggi dan kebanjiran jam tangan quartz di pasaran, JCAA telah dibubarkan pada tahun 1983. Dengan ketiadaan JCAA, Seiko tidak lagi mengeluarkan model-model mekanikal KS. (nota: dinasti KS seterusnya menggunakan movement quartz dan berakhir pada tahun 2000. Sumber dari Grand Seiko History). Begitu juga Citizen, tiada lagi model-model Chrono Master yang mula diperkenalkan pada tahun 1967. Seiko kekal mengeluarkan model-model baru GS demi memenuhi hasrat untuk menjadi pengeluar terbaik dunia bagi jam-jam mekanikal yang bertaraf 'Superior Chronometer'. Ini adalah matlamat asal yang telah diasaskan sejak Grand Seiko mula diperkenalkan pada tahun 1960.

Suwa Seikosha dan Daini Seikosha. Cetakan logo pada dial (seperti gambar di atas) membezakan pengeluaran jam-jam tangan dari entiti yang berbeza milik Seiko. Suwa dikenali dengan model-model Grand Seiko sementara Daini dikenali dengan model-model King Seiko. Kedua-duanya telah berjaya menempatkan Seiko di tahap tertinggi bagi penarafan chronometer dunia.

Grand Seiko Standard, VFA, dan Superior Chronometer
Jam-jam Rolex bertaraf Superlative Chronometer. Ia bermaksud movement-movement yang digunakan telah diuji dan mendapat dua pensijilan in-house (Rolex Standard) dan pensijilan C.O.S.C. Asas penarafan chronometer ini telah digunakan oleh Seiko terlebih dahulu sejak Grand Seiko diperkenalkan pada tahun 1960. Pada tahun 1966, Seiko telah muktamatkan chronometer standard yang dinamakan Grand Seiko Standard (GSS). GSS mempunyai standard yang lebih tinggi berbanding Swiss C.O.S.C. Standard yang wujud hanya tujuh tahun selepas ia dimuktamatkan. GSS menguji ketepatan chronometer pada 6 kedudukan, pada suhu panas, dan pada suhu sejuk. Disamping itu GSS mempunyai 3 kategori julat ketepatan (chronometer accuracy range) iaitu Standard, Special, dan VFA (Very Fine Adjusted). GSS Standard mempunyai julat ketepatan -3/+6 saat sehari (hampir menyamai C.O.S.C. -4/+6 saat sehari). GSS Special pula mempunyai julat ketepatan -3/+3 saat sehari. GSS VFA adalah standard tertinggi dengan julat ketepatan +/-2 saat sehari. Grand Seiko Standard adalah lebih tinggi berbanding mana-mana standard yang digunakan oleh institusi-institusi pensijilan chronometer di Switzerland.

Jika jam-jam Rolex diterima oleh industri sebagai Superlative Chronometer, Grand Seiko layak untuk mendapat pengiktirafan dan penarafan sebagai Superior Chronometer. Standard yang diguna oleh Grand Seiko lebih tinggi berbanding Rolex in-house standard mahupun Swiss C.O.S.C. Standard. Maka, tiada lagi keperluan untuk Seiko mendapatkan pensijilan dan penarafan chronometer dari pihak lain. Grand Seiko Standard terpakai sehingga kini dan diakui oleh pengeluar-pengeluar dari Switzerland. Tiada lagi cetakan chronometer, superior chronometer, ataupun officially certified chronometer pada dial-dial jam tangan elit keluaran Seiko. Pada tahun 2017, Seiko dengan rasminya mengumumkan bahawa Grand Seiko menjadi jenama bebas dibawah payung syarikat yang sama (independent brand of Seiko).


Grand Seiko VFA oleh Suwa Seikosha, ketepatannya dikagumi dan menjadi buruan Swiss avid watch collector!

"Kita tidak dapat nafikan bahawa dunia pembuatan jam tangan diterajui oleh nama-nama besar dari Switzerland. Jenama-jenama Swiss gah dengan hasil pembuatan jam-jam tangan yang kompleks dan lebih tertumpu kepada nilai aesthetic. Ini adalah selling point yang meletakkan mereka di persada high precision engineering dan luxury timepieces. Seiko, lebih tertumpu kepada pemodenan teknologi yang memberi accuracy yang terbaik untuk setiap model-model elit keluaran mereka. Ini terbukti dari fakta yang terpahat di lipatan sejarah pensijilan chronometer yang menyaksikan mereka lebih bagus dari jenama-jenama Swiss. Inilah tradisi berterusan Seiko yang diwarisi sejak penubuhannya pada tahun 1881 oleh Kintaro Hattori. Sejarah dan tradisi ini tersemat di dalam jam-jam vintage Seiko chronometer yang masih wujud di pasaran. Memilikinya seumpama menyimpan khazanah yang bernilai tinggi. Namun, model-model vintage ini semakin sukar diperolehi. Jika Swiss berbangga dengan Patek Philippe dan Rolex vintage, nilainya tinggi kerana kekuatan jenama. Namun, tidak dapat menandingi pencapaian yang pernah diraih oleh Seiko Chronometer vintage. Maaf jika artikel ini agak panjang. Artikel ini terhasil dari pelbagai sumber rujukan dan tidak dapat disenaraikan bersama. Penghasilan artikel ini turut mengambil masa yang lama untuk dipersembahkan secara ringkas tetapi padat." - thetick-thetick2020

Tuesday, 14 July 2020

Tick-Talk: Seiko Chronometer Bhg. 1

Mendapat pensijilan perakam waktu atau certified chronometer adalah sesuatu yang menjadi kebanggaan kepada pengeluar-pengeluar jam tangan. Ia menjadikan jam-jam tangan yang memiliki pensijilan ini sebagai tarikan jualan dan menjadi perhatian pembeli-pembeli yang menginginkan jam berketepatan tinggi. Rolex, Breitling, Omega, Longines, Patek Philippe, dan Zenith adalah antara jenama-jenama besar Swiss yang memiliki pensijilan chronometer. Untuk peminat-peminat Seiko vintage, pasti anda akan tertanya-tanya tentang model-model Grand Seiko dan King Seiko yang mempunyai pensijilan chronometer. Sebelum wujudnya C.O.S.C. (Contrôle Officiel Suisse des Chronomètres) pada tahun 1973, pensijilan chronometer dibuat oleh pengendali balai cerap astronomi (astronomy observatory) di Neuchâtel dan Geneva Observatory, Switzerland. Seiko pernah mendapat pensijilan dan telah berjaya meraih kedudukan terbaik di dalam carta tahunan yang turut dipertandingkan di kedua-dua observatory tersebut. Tahun 1967 dan 1968 adalah tahun kemuncak pengiktirafan di mana Seiko telah berjaya mengalahkan nama-nama besar Swiss. Tahun 1968 turut menjadi tahun akhir bagi pertandingan yang telah bermula sejak tahun 1945. Ironinya, pada tahun yang sama Japanese Chronometer Authorization Association (JCAA) ditubuhkan di negara Jepun. Seiko turut terlibat dengan pensijilan di JCAA. Samada pensijilan di Switzerland mahupun Jepun, Seiko telah membuktikan berkeupayaannya untuk membuat jam-jam yang bertaraf superior chronometer. Namun, mengapa tiada lagi pensijilan chronometer untuk model-model elit Seiko terkini? Dikongsikan di sini, fakta dan sejarah Seiko Chronometer. Artikel dibahagi kepada dua bahagian. - thetick-thetick

Neuchâtel Observatory
Neuchâtel Observatory atau Observatoire Astronomique et Chronométrique de Neuchâtel adalah balai cerap astronomi yang ditubuhkan pada tahun 1858 di Canton Neuchâtel, Switzerland. Selain berfungsi sebagai balai cerap astronomy, Neuchâtel Observatory turut menguji dan menilai ketepatan movement-movement yang digunakan pada perakam waktu atau jam yang dibuat oleh pengeluar-pengeluar dari Switzerland. Pada tahun-tahun awal penubuhannya Neuchâtel Observatory memberi pensijilan ketepatan (accuracy) kepada jam-jam yang digunakan untuk pelayaran (marine chronometer).

Apabila wujudnya jam poket dan jam tangan, fungsi dan operasi Neuchâtel Observatory tetap sama. Ia menguji dan mengeluarkan sijil chronometer untuk movement yang digunakan bagi mengukur ketepatan pada jam-jam jenis tersebut. Dari tahun 1945 hingga 1967 sebanyak 3,356 movement mekanikal  dan quartz (chronometres-mécanique dan chronometres-electronique) telah dihantar oleh pembuat-pembuat jam tangan untuk tujuan pensijilan Certified Chronometer. Ujian yang dibuat oleh Neuchâtel Observatory mengambil masa 45 hari, diuji pada 5 kedudukan, pada suhu panas dan suhu sejuk. Ujian ketepatan ini lebih rumit dan mengambil masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan kaedah yang digunakan oleh badan pensijilan lain. 

Setiap movement yang diuji akan diberi pensijilan certified chronometer yang dinamakan Bulletin de Marche. Setiap tahun Neuchâtel Observatory akan mengeluarkan carta kedudukan (ranking) ketepatan perakam waktu untuk semua pengeluar dan movement yang diuji. Ia menjadi satu pertandingan yang penting kepada pengeluar-pengeluar jam di Switzerland. Pengiktirafan ini amat penting bagi jenama dan pemasaran. Pengiraan mata (scoring) adalah berdasarkan perbezaan antara bacaan dari movement yang diuji berbanding dengan kiraan waktu sebenar melalui cerapan astronomy di observatory. Semakin kecil mata yang diperolehi semakin tepat perakam waktu pada movement yang diuji. Antara nama-nama besar yang telah berjaya menduduki kedudukan terbaik dalam carta tahunan Neuchâtel Observatory adalah Omega, Longines, dan Zenith.

Neuchâtel Observatory, menyimpan sejarah pertandingan jam-jam yang bertaraf chronometer. Jika kita lihat pada case back jam-jam tangan vintage Omega Constellation, kita akan temui emblem yang diukir dengan kubah cerap astronomi mirip Neuchâtel Observatory.

Geneva Observatory
Neuchâtel Observatory berada di kawasan Valley de Joux yang menempatkan sebahagian besar pengeluar-pengeluar jam di negara Switzerland. Kewujudan Neuchâtel Observatory di sana menjadikannya sebagai institusi bebas pilihan untuk melaksanakan pensijilan chronometer. Demi memajukan industri pembuatan jam tangan sedunia, Neuchâtel Observatory turut membuka peluang pensijilan untuk pembuat-pembuat jam dari negara luar.

Geneva pula adalah kawasan lain di Switzerland yang turut menempatkan pengeluar-pengeluar jam. Untuk pengeluar-pengeluar yang berada di Geneva, pensijilan chronometer dibuat di Geneva Observatory. Fungsi Geneva Observatory adalah sama seperti Neuchâtel Observatory. Namun tidak banyak pengeluar-pengeluar yang mendapat pensijilan di sana. Antara jenama-jenama yang sering mendapat ranking terbaik di Geneva Observatory adalah Omega, Rolex, dan Patek Philippe. Patek Philippe, Rolex dan Omega adalah tiga nama-nama besar yang menghantar movement jam tangan keluaran mereka untuk pensijilan dan menyertai pertandingan di Neuchâtel dan Geneva Observatory. Penglibatan Rolex di Neuchâtel Observatory adalah pada tahun 1945 sehingga tahun 1953 sementara Patek Philippe hanyalah pada tahun 1948.

Rolex, sebelum penubuhan C.O.S.C. mendapat pensijilan chronometer dari Neuchâtel dan Geneva Observatory

Penglibatan Seiko di Neuchâtel Observatory
Sekitar tahun 50an, Ministry of Commerce and Industry negara Jepun telah menyarankan supaya semua jam-jam tangan elit buatan tempatan mendapatkan penarafan chronometer dan pengiktirafan antarabangsa. Satu pertandingan tempatan yang dikendalikan oleh Quality Comparison Testing Board for the Assessment of International Timepieces telah dijalankan. Ia melibatkan Seiko, Citizen, dan Orient. Namun persaingan ini banyak didominasi oleh Seiko melalui dua kilang pengeluar jam tangan miliknya iaitu Daini Seikosha Co. Ltd. dan Suwa Seikosha Co. Ltd. Pada tahun 1958, Suwa Seikosha telah berjaya memenangi 9 dari 10 kategori pertandingan melalui model terbaharu mereka - Seiko Marvel. Bagaimanapun, pertandingan tempatan ini dihentikan pada tahun 1960 dengan kemenangan oleh Seiko melalui model Chronos, Lord-Marvel dan model terbaharu diperkenalkan iaitu Grand Seiko. Bagi memenuhi hasrat kerajaan Jepun, Seiko mula menghantar movement-movement untuk pensijilan dan pengiktirafan antarabangsa di Neuchâtel Observatory pada tahun 1963 melalui Suwa Seikosha dan Daini Seikosha. Pada tahun pertama 1964, Seiko mendapat kedudukan tercorot. Namun, tahun-tahun seterusnya memihak kepada Seiko hasil dari kesungguhan Suwa Seikosha dan Daini Seikosha untuk membaiki kedudukan dan mengalahkan nama-nama besar dari Switzerland.


Bulletin de Marche. Penglibatan Seiko melalui Daini Seikosha Co. Ltd. Pencapaian terbaik adalah pada tahun 1967. (sumber: WatchesbySIX)

Daini Seikosha, Suwa Seikosha, dan Geneva Observatory 1968
Tahun 1964 sehingga 1967 menyaksikan persaingan sengit di Neuchâtel Observatory antara dua entiti yang dimiliki oleh Seiko. Daini Seikosha lebih menyerlah berbanding Suwa Seikosha. Daini Seikosha berjaya meraih 61 ranking ranking terbaik sementara Suwa Seikosha mendapat 36. Setahun selepas mencapai kecemerlangan di Neuchâtel Observatory, Seiko telah menghantar Suwa Seikosha ke Geneva Observatory Competition. Tujuannya adalah untuk memberi motivasi kepada Suwa Seikosha untuk menyaingi kecemerlangan Daini Seikosha di Neuchâtel pada tahun-tahun sebelumnya. Hasilnya pada tahun 1968, Suwa Seikosha telah mendapat tempat ke-4 di belakang Omega untuk kategori jam tangan. Jam-jam tangan Omega yang mendapat tempat pertama hingga ketiga adalah jam yang menggunakan movement quartz. Seiko yang mendapat tempat ke empat adalah jam mekanikal. Maka, juara keseluruhan jam mekanikal untuk ranking Geneva Observatory 1968 adalah milik Seiko. Turut serta di pertandingan pada tahun yang sama adalah Rolex dan Patek Philippe. Kedua-duanya yang bersaing dengan jam-jam tangan yang menggunakan movement mekanikal.


Persaingan antara Daini dan Suwa di Neuchâtel Observatory. (*) N-Score, semakin kecil julat ketepatan waktu semakin bagus. (sumber: Neuchâtel Observatory Chronometre Database, curated by Dr. C. Mueller, contributed by A. Vierhuf; http://www.observatory.watch/)
"Jika kita lihat pada dial jam vintage Seiko GS dan KS, kita akan dapati cetakan 'Chronometer', 'Superior Chronometer' dan 'Officially Certified'. Bukan hanya Seiko GS dan KS, Citizen Chrono Master vintage juga terdapat cetakan chronometer. Apakah pensijilan chronometer ini dari C.O.S.C.? Apakah dari pensijilan Neuchâtel dan Geneva? Pastinya tidak. Ha... dari mana datangnya pensijilan chronometer pada Seiko dan Citizen ini? Dan... apa pula cerita 'Astronomical Observatory - Chronometer - Officially Certified'? Ikuti sambungan di bahagian kedua yang bakal tersiar pada 21hb Julai 2020." - thetick-thetick2020

Monday, 6 July 2020

OTW: Seiko Chronometer

Industri pembuatan jam bermula di negara Switzerland. Jenama-jenama besar yang lahir dan bersaing di sana selama ratusan tahun telah mewujudkan satu standard bagi memberi pengiktirafan kepada perakam waktu atau jam yang dihasilkan di kalangan mereka. Bermula dari marine chronometer yang digunakan untuk tujuan pelayaran (marine navigation) sehinggalah jam tangan; pengeluar-pengeluar di Switzerland telah berlumba untuk mendapat pensijilan dan pengiktirafan untuk hasil-hasil keluaran mereka. Pensijilan ini dibuat oleh institusi bebas yang dilantik bagi menguji ketepatan perakam waktu yang hasilkan. Ia dikenali sebagai Certified Chronometer. Bagi merekodkan julat ketepatan (accuracy range) perakam waktu yang diuji, perbandingan dengan waktu sebenar digunakan sebagai rujukan. Sebelum wujudnya modern atomic time clock, bacaan waktu sebenar dikendalikan oleh balai cerap astronomical observatory. Keupayaan observatory merekodkan bacaan waktu sebenar melalui data-data cerapan astronomi telah melayakkan mereka untuk mengendalikan pensijilan dan penarafan chronometer. Kepada pengeluar-pengeluar yang berjaya dalam ujian dan mendapat pensijilan, mereka layak untuk mencetak perkataan Certified Chronometer pada dial-dial jam tangan mereka. Antara nama-nama besar yang mendominasi pensijilan ini adalah Rolex, Patek Philippe, Omega, Zenith dan Longines.


Seiko adalah satu-satunya pengeluar dan jenama bukan Swiss yang pernah mendapat pensijilan chronometer di Switzerland. Pensijilan ini telah dibuat di dua observatory yang diiktiraf. Penglibatan ini melayakkan Seiko untuk bertanding dengan jenama-jenama besar Swiss berdasarkan scoring dan ranking bagi ketepatan movement-movement jam yang diuji. Penglibatan Seiko juga telah menggugat industri pembuatan jam tangan di Switzerland. Tahun 1967-1968 adalah tahun Seiko Chronometer apabila gergasi Jepun ini berjaya menundukkan nama-nama besar Swiss. Terkesan dari kejayaan Seiko inilah jenama-jenama besar Swiss telah menubuhkan C.O.S.C. (Contrôle Officiel Suisse des Chronomètres). Namun, standard yang diguna-pakai Seiko lebih tinggi berbanding Swiss C.O.S.C. Kepada peminat-peminat Seiko nantikan blog posting seterusnya mengenai Seiko Chronometer. Artikel agak panjang dan dibahagi kepada dua bahagian. Ia merangkumi fakta-fakta, keterlibatan pelbagai institusi, standard-standard yang digunakan, sejarah penglibatan, dan pencapaian Seiko sebagai pengeluar jam-jam tangan bertaraf Superior Chronometer. - thetick-thetick2020   

Tuesday, 30 June 2020

Pengetahuan: Ketepatan Jam Mekanikal Bhg. 2

Sambungan dari bahagian pertama.

Escapement dan Beat
Timekeeping module pada movement-movement mekanikal menghasilkan vibration atau beat (detik-detik) apabila jam beroperasi. Ia terhasil dari pergerakan "escapement" yang terdiri daripada balance wheel, pallet fork, dan escapement wheel. Ini adalah bunyi detik-detik (beat) yang kita dengar pada jam tangan. Ada bunyi berdetik laju dan ada yang perlahan. Detik-detik ini diukur dengan kiraan beat per second (bps) dan beat per hour (bph). Ada juga yang menggunakan vibration per second (vps) dan vibration per hour (vph). Secara umum, kebanyakannya menggunakan bps/bph. Semakin tinggi bps, semakin tinggi bph (nota: jumlah bps X 60 saat X 60 minit = jumlah bph). Movement-movement yang terdapat di pasaran kini mempunyai dua kategori vibration: 10bps/36,000bph dan 8bps/28,800bph untuk high-beat dan 6bps/21,600bph untuk low-beat. Fizik pada ketiga-tiga pembahagian masa (time division) yang terhasil dari 6bps/8bps/10bps adalah menepati formula untuk kiraan masa perakam waktu. Ilustrasi berikut menunjukan bagaimana detik-detik ini terhasil dari pergerakan escapement.

[A] Escapement Wheel bergerak pada satu hala hasil dari pacuan train wheels. [A1] Pallet Fork yang ditarik oleh escapement wheel akan tersangkut untuk bergerak dan memacu Balance Wheel Stud. Selepas ditarik, ia akan segera dilepaskan [A2]. Pergerakan ini kenali sebagai escapement. [A3] Hasil dari pergerakan escapement, pallet fork akan bergerak ke kiri dan ke kanan bagi memacu Balance Wheel untuk membuat putaran separuh ke kiri dan separuh ke kanan [B].

High-Beat Lebih Tepat?
Kepada peminat-peminat jam tangan mekanikal, mereka lebih memandang kepada movement-movement high-beat. Ini adalah kerana mereka beranggapan bahawa movement-movement high-beat seperti 10bps dan 8bps mampu memberi ketepatan perakam waktu yang lebih bagus berbanding low-beat 6bps. Persepsi dan tanggapan ini tidak 100% benar. Samada high-beat atau low-beat, semua movement yang digunakan tetap terdedah kepada 3 elemen persekitaran yang mengganggu timekeeping module. Bagi memastikan ketepatan, movement-movement in perlu terlebih dahulu diregulasikan (adjusted). Jika adjustment dibuat secara betul, movement low-beat juga boleh mencapai ketepatan pada julat-julat yang sama pada movement high-beat. Kerana itu majoriti movement-movement yang mendapat pensijilan adalah pada kategori 8bps. Hanya segelintir sahaja movement yang berada pada kategori 10bps. Kebanyakan jenama-jenama besar Swiss seperti Rolex, Breitling, JLC, AP, Patek Philippe, dan Zenith mendapat pensijilan melalui movement-movement 8bps. Movement 10bps lebih sesuai untuk perakam masa fungsi chronograph kerana pada tahap 10bps perakam chronograph (stop-watch) mampu merakam waktu pada pembahagi masa 1 per 10 (1 over 10th). Dari segi perpetual motion atau pergerakan berterusan, jarum saat pada movement 10bps bergerak lebih lancar (smooth) berbanding 8bps. Perhatikan pergerakan jarum saat pada ketiga-tiga kategori ini! Pasti ada perbezaan! Jarum pada 6bps kelihatan tersekat-sekat tidak seperti 10bps yang lebih lancar. Untuk movement 6bps mencapai julat ketepatan yang bagus, jenis regulator atau regulator system yang terdapat pada movement tersebut perlu diambil-kira sebelum adjustment dibuat.

Balance Wheel, Beat-Corrector, dan Timegrapher
Kebanyakan balance wheel hairspring diperbuat dari logam. Ada pula pengeluar yang menggunakan bahan-bahan bukan logam lain seperti gentian fibre (fibreglass) dan ada juga yang menggunakan bahan silica atau silicium. Bahan-bahan ini tahan karat, tidak mudah putus (nota: unbreakable spring), anti-magnetic, dan bersifat anjal. Ia membolehkan balance wheel bergerak separa kiri dan kanan apabila balance wheel pivot digerakkan oleh pallet fork. Kelajuannya ditentukan oleh saiz panjang dan diameter apabila digulung. Apabila diameter mengecil (menguncup), ia akan menggerakkan balance wheel dengan lebih laju dan apabila diameter membesar (mengembang) akan memperlahankan pergerakannya. Kelajuan balance wheel yang bergerak bersama escapement wheel akan menentukan ketepatan perakam waktu. Maka itu ia perlu diregulasikan.


Hairspring. Gegelung yang dipasang pada balance wheel. [A] Apabila mengembang, ia akan memperlahankan pergerakan. [B] Apabila menguncup, ia akan mempercepatkan pergerakan. Hairspring stud akan disambung terus ke beat-corrector. Kedudukannya kekal terpasang bagi membolehkan adjustment dibuat.
Beat-corrector adalah mekanisma yang dibina pada movement untuk tujuan adjustment. Ia adalah sebahagian daripada regulator system pada movement. Terdapat pelbagai jenis. Ada yang menggunakan lever dan ada yang menggunakan kombinasi lever dan screw. Movement-movement 6bps biasanya menggunakan jenis lever manakala 8bps/10bps kebanyakannya menggunakan screw-lever. Ilustrasi di bawah menunjukkan jenis beat-corrector yang digunakan pada movement Ronda R150. Beat-corrector jenis ini dioperasikan menggunakan screw dan lebih mudah untuk diregulasikan pada index + dan - (laju dan cepat) yang berskala kecil bagi mengawal kelajuan balance wheel.
Beat-corrector. Terdapat pelbagai jenis yang digunakan pada regulator system. Jenis screw-lever adjustment lebih mudah untuk digunakan.


Untuk mendapatkan bacaan yang tepat bagi membuat adjustment, peranti yang dikenali sebagai timegrapher amat membantu. Timegrapher adalah peranti yang dilengkapi dengan analyzer yang menerima dan merakam bacaan detik-detik pada movement melalui pembaca bunyi mikro (microsound reader). Ia turut dilengkapi dengan alat pemegang movement jam tangan boleh-ubah. Pembolehubah ini membolehkan movement digerakkan pada 5 kedudukan.
Timegrapher. Digunakan untuk membaca detik-detik perakam waktu pada movement jam tangan. Antara data-data yang boleh diperolehi adalah detik setiap saat (bps), jumlah detik untuk satu jam (bph), cepat/lambat, amplitude, angle dan beat-error bagi pergerakan balance wheel. Apabila adjustment dibuat dengan betul, movement low-beat 6bps mampu mencapai julat ketepatan yang hampir menyamai high-beat 8bps dan 10bps.

"Artikel panjang berjela. Maaf. Perlu beri penerangan menyeluruh. Apa yang penting pada jam tangan kita adalah timekeeping module. Ia harus memberikan ketepatan yang baik. Ketepatan perakam waktu bergantung kepada power distribution yang konsisten, lancar pergerakan, escapement, dan regulator yang bagus. Ia sesuatu yang menyeluruh. Bukan high-beat atau low-beat. Bukan 50 jam power reserve atau 70 jam power reserve. Julat atau range ketepatan sesuatu jam tangan itu adalah lebih utama. Jam kita perlu ada +/- (plus/minus) beberapa saat sehari. Lebih kecil julat ketepatan, lebih bagus (Nota: C.O.S.C. adalah -4/+6 saat sehari). Tetapi jika tiap-tiap hari - (minus) bermakna movement kita perlahan; jika tiap-tiap hari + (plus) bermaksud sebaliknya. Perlu ada keseimbangan. Adjustment boleh dibuat. Ini adalah fizik, asas kepada kiraan ketepatan movement jam tangan mekanikal yang kita perlu faham. Ikuti artikel seterusnya mengenai Tourbillon. Apakah ia dan bagaimana ia mampu memberikan ketepatan perakam waktu yang terdedah kepada elemen graviti." - thetick-thetick2020

[Semak dan susun semula 14 Julai 2020]

Wednesday, 24 June 2020

Pengetahuan: Ketepatan Jam Mekanikal Bhg. 1

Terdapat institusi-institusi piawaian bebas yang menguji dan memberi pensijilan ketepatan perakam waktu kepada movement-movement jam tangan yang dipasarkan. Antaranya Contrôle Officiel Suisse des Chronomètres atau C.O.S.C. untuk movement dan jam tangan yang dikeluarkan di Switzerland dan Glashütte Observatory untuk jam tangan keluaran negara German. Untuk piawaian standard chronometer; ada ISO (International of Standard Organisation) rujukan ISO 3159-2009, DIN (Deutsches Institut für Normung, Germany), JIS (Japanese Industrial Standard), dan METAS Federal Institute of Metrology Switzerland. Bagaimana pula movement dan jam tangan yang tiada pensijilan? Benarkah jam-jam ini kurang ketepatan? Secara peribadi dan berdasarkan pengalaman ianya tidak benar. Bergantung kepada jenis movement yang digunakan, samada movement-movement yang digunakan adalah dari jenis factory regulated atau un-adjusted; ada di antara movement-movement ini mampu mencapai julat (range) ketepatan (nota: julat +/-saat sehari) menyamai piawaian yang digunakan oleh institusi-institusi berkenaan. Bagaimana ia boleh terjadi? Ikuti artikel asas pengetahuan penting mengenai ketepatan perakam waktu jam mekanikal yang wajib kita tahu. Artikel agak panjang dan dibahagi kepada dua bahagian. - thetick-thetick2020


Operasi Mainspring, Escapement, dan Regulator
Terdapat tiga bahagian utama pada movement jam tangan mekanikal yang menentukan ketepatan perakam waktu. Bahagian-bahagian ini saling bergantung antara satu sama lain. Ia dikenali sebagai timekeeping module. Bahagian-bahagian ini adalah power source, power distribution, dan regulator sebagaimana merujuk ilustrasi di bawah.

[A] Power Source
Sumber kuasa jam mekanikal datang dari gulungan mainspring yang membolehkannya beroperasi secara autonomi (autonomous power). Semakin ketat gulungan, semakin tinggi kuasa dan lajunya kuasa memacu. Apabila gulungan kendur, semakin rendah kuasa dan perlahannya kuasa memacu. Jika mainspring memacu secara konsisten selama mungkin sebelum jam terhenti, ia adalah sesuatu yang amat bagus. Ini adalah kerana apabila mainspring memacu dengan konsisten, ketepatan perakam waktu yang diregulasikan oleh regulator turut konsisten. Bagi mencapai kebolehan untuk bergerak secara konsisten, kelajuan pacuan kuasa yang dilepaskan oleh mainspring perlu dikawal menggunakan train wheels.

[B] Power Distribution
Jumlah dan saiz train wheels akan menentukan kawalan kelajuan kuasa pusingan dari mainspring barrel yang dilepaskan. Transmisi kuasa yang disalurkan melalui train wheels akan berhubung terus dengan regulator. Kuasa kelajuan masih dikawal bagi mendapatkan ketepatan perakam waktu. Ia dikawal oleh regulator untuk menentukan vibration atau tick-tock pada balance wheel. Ketinggian atau kelajuan kuasa yang dilepaskan akan menentukan jumlah vibration seperti 6 detik sesaat (6bps -21,600bph), 8 detik sesaat (8bps - 28,800bph), dan 10 detik sesaat (10bps - 36,000bph). 

[C] Regulator
Fungsi regulator adalah untuk mengawal ketepatan detik-detik (beat) perakam waktu yang terhasil dari pacuan berterusan oleh mainspring melalui train wheels. Ia melibatkan escapement wheel, pallet fork, dan balance wheel. Balance wheel adalah komponen utama pada setiap regulator. Ia boleh diregulasikan (adjustment) bagi menentukan kelajuan separa-pusingan kiri dan kanan (tick-tock) dan mengawal kelajuan escapement wheel yang memacu perakam masa. Escapement wheel adalah gear yang menggerakan perakam waktu melibatkan gear pada jarum saat, minit, dan jam (hours).

Jika kita merujuk kepada perkara-perkara di atas (timekeeping module), kita boleh rumuskan bahawa ketiga-tiga bahagian ini berhubung-kait bagi memberikan ketepatan pada perakam waktu. Maka kerana itu apabila jam diservis, semua bahagian timekeeping module perlu dibersih dan oiling bagi melancarkan pergerakannya.

Kesan Magnet, Graviti, dan Suhu Persekitaran
Apabila jam tangan mekanikal beroperasi, ia terdedah kepada 3 elemen persekitaran yang mampu mengganggu kelancaran timekeeping module. Gangguan ini akan menyebabkan ketepatan perakam waktu berubah-ubah. Kerana itu setiap jam tangan mekanikal mempunyai julat ketepatan tersendiri. Sebagai contoh, cepat +15 saat sehari dan lambat -10 saat sehari. Ketepatan merakam waktu akan berada antara julat -10 saat sehingga +15 saat sehari. Julat-julat ketepatan ini biasanya akan dimaklumkan oleh pengeluar untuk setiap movement jam tangan yang digunakan.

Kesan Magnet
Secara umum, kita terdedah kepada kesan magnet dipersekitaran. Kesan magnet ini terhasil dari aliran arus elektrik yang terdapat pada pendawaian dalam bangunan dan juga perkakasan elektrik yang kita gunakan. Jika di kawasan perlombongan mineral, kesan magnet amat tinggi. Memandangkan movement jam tangan diperbuat dari logam, kesan magnet ini mampu menyerap kepada setiap bahagian. Bahkan, kebanyakan logam yang digunakan adalah jenis bendalir (conductive material). Menyedari perkara ini, pembuat-pembuat movement telah memaksimakan penggunaan bahan-bahan yang anti-magnetic. Ada juga pengeluar yang menggunakan penutup bahan anti-magnetic yang dipasang pada movement dan kebanyakan pengeluar akan nyah magnet (demagnetize) setiap jam tangan semasa proses pengeluarannya.

Demagnetizer. Digunakan untuk nyah magnet pada jam tangan dan bahan-bahan logam.

Pengaruh Graviti Pada Balance Wheel
Balance wheel, sebahagian dari komponen regulator pada movement adalah bahagian yang paling banyak bergerak (vibration, contoh 28,800 separa pusingan kiri dan kanan satu jam). Ia berfungsi untuk mengawal ketepatan perakam waktu dan perlu bergerak secara konsisten dan stabil sepanjang masa. Namun apabila anggota tangan bergerak, jam tangan yang dipakai turut bergerak dan mengubah kedudukan balance wheel. Pengaruh dari graviti akan mengganggu kelancaran dan kestabilan pergerakannya. Kerana itu institusi-institusi yang mengeluarkan pensijilan ketepatan perakam waktu (chronometre) akan menguji setiap movement pada kedudukan tertentu. Mengikut C.O.S.C. ujian akan dibuat pada 5 kedudukan sementara Seiko menguji pada 6 kedudukan. Glashütte Observatory turut mengikut standard yang digunakan oleh Seiko. Ilustrasi berikut menunjukkan enam kedudukan di mana balance wheel dipengaruhi tarikan graviti. Pada kedudukan-kedudukan ini jugalah ketepatan pada movement-movement jam tangan diuji.
5 kedudukan + 1 kedudukan (6th position). Panah berwarna merah menunjukkan arah tarikan graviti (ke bawah). Pada setiap kedudukan, kesan graviti adalah berbeza. Setiap kedudukan mempunyai rakaman waktu yang berbeza dan mewujudkan julat ketepatan masa apabila jam beroperasi.

Kesan Suhu Panas dan Sejuk
Mengikut pengeluar jam tangan Seiko; disebabkan movement diperbuat dari logam, bahan logam ini akan sedikit mengembang (expand) dan menguncup (contract) apabila terdedah kepada suhu persekitaran yang panas dan sejuk. Apabila takat suhu panas agak tinggi, timekeeping module akan bergerak perlahan dan apabila suhu sejuk akan mempercepatkan pergerakannya. Antara bahagian yang paling terkesan pada suhu adalah balance wheel hairspring. Sifat fiziknya yang halus menyebabkannya mudah kembang apabila panas dan menguncup apabila sejuk. Pasti akan menggangu perakam waktu kerana ia adalah fungsi utama pada regulator. Kesan suhu ini bukan hanya diterima-pakai oleh Seiko bahkan industri pembuatan jam itu sendiri. Oleh kerana itu, institusi-institusi pensijilan chronometre akan menguji ketepatan setiap movement pada suhu tertentu, panas dan sejuk. Jika kita lihat pada movement-movement jam tangan mewah yang mendapat pensijilan; kita akan temui engraving seperti "Adjusted in 5 positions. Heat and Cold.". Ini bermakna movement tersebut telah diuji pada 5 kedudukan, pada suhu panas, dan suhu sejuk.

Seiko Cal. 9S54A digunakan pada model-model mewah Grand Seiko. Tidak seperti jenama-jenama besar Swiss, Seiko membuat adjustment pada 6 kedudukan dan suhu. Swiss Certified Chronometre hanya pada 5 kedudukan.
"Jam guna movement hi-beat lebih accurate dari low-beat? 10bps/36,000bph lebih bagus dari 8bps/28,800bph? Macam mana 6bps/21,600bph boleh dapat ketepatan yang sama dengan 10bps/36,000bph? Ikuti sambungan di bahagian kedua." - thetick-thetick2020

[Semak dan susun semula 14 Julai 2020]