Sunday, 24 April 2011

OTW: Seikozilla?

"Seiko SKA293P1 Kinetic Diver 200m. What a Zilla size! Wait for my next article. A worth up todate big size 200m diver from Seiko. Not so new in the market, but i will review this year 2005 production. Check it out dude" - thetick-thetick 

Dude. The big one, not the smaller one huh!

Wednesday, 20 April 2011

Review [BM]: Citizen 200m Diver NY0040-17L JDM

"Terkesima aku (pinjam bahasa Hassan Detikduabelas) bila aku mula-mula terserempak dengan jam Citizen Promaster 200m JDM dial warna 'sunburst blue' ni masa kat negara Temasek lama dulu. Mengikut gebang-gebang Citizen forum, jam ni diorang panggil 'blue ninja'... aku tak kira la apa nama gelaran dia, yang pasti memang lepas aku beli jam ni, sampai sekarang aku tak pernah nampak kat memana tangan dan kat kedai jam. Yang ada kat Internet pun alamatlah sikit. Model lama. Keluaran tahun 1999 tapi memang cantik lagi - kondisi baik punya! Memang maintain lagi mantap. Dial dia yang warna biru sunburst dengan 'framed luminous marker' dia memang mengasyikkan. Timing dia setakat nih memang tip-top. Puas hati... satu-satunya koleksi Citizen JDM yang aku masih ada. Jam Pepsi JDM yang tersiar sebelum ni dah jadi janda aku. Tahniah kepada Hj. Sudin yang mewarisi anfibi Jepun aku yang genit tuu... pada 19 April 2011, Pepsi tu bersama-sama Hj. Sudin ke tanah suci Mekah. Dia beli dari aku jam tu pasal dia nak pakai bawak pergi umrah! Macam manapun, haaa... bacalah pictorial review yang aku buat untuk Citizen 200m diver model NY0040-17L JDM niii. Semoga terhibur dengan gambar-gambar dan penulisan aku yang bersahaja." - thetick-thetick

Pakai tali getah murah...RM10! Aku beli pasal nak tali jeh. Jam tu cap ayam, aku pasang tali lain lepas tu aku bagi jam tu kat anak buah aku. Sebenarnya tali getah dia yang ori warna biru dah hilang. Masa selalu pakai dulu aku pasang tali kulit (shark skin) warna biru - benang putih. Dah hancus dahhh... so aku pasang jeh tali getah cap ayam nih semata-mata nak posing untuk blog.
Calar-balar caseback Promaster aku nih.
Nengok tu dia punya crown - tegap lagi macho. 'Scuba bezel' tu nampak ganas! 'Screw-down' punya crown kat dalam ada spring. 'Winding stem' dia mantap, takde la goyang-goyang macam jam PS Boutique.
Tak macam si genit Citizen Pepsi. Model yang ni, crown dia lebih panjang. 'Screw-down pipe' dia pun 'rugged' bagi memastikan air tak masuk ke dalam 'movement' jam.
Dial dia warna 'sunburst blue', memang mengasyikkan. Nampak ekslusif bila kena sinaran cahaya. Bezel dia? Dah jadi 'trademark' Citizen. Memang gigi-gigi pada 'bezel' tu nampak ganas. Macam gigi jerung. Dia punya 'bezel insert' yang warna hitam tu sedikit ke dalam. Dia punya 'bezel border' memang tebal... memang nampak 'rugged'.
Pada posisi pukul 6 ada dicetak di atas dial nombor 'movement' yang digunakan bersama dengan nombor dial.
'Calendar window' dia ada frame. Sekali dengan 'luminous frame'. Nengok tu 'day' dia pakai typo 'kanji'. 3 calit tu maknanya hari Rabu. Haaa... bila 'date' dia dah nampak separuh... itu menunjukkan masa dah malam atau nak sampai tengah malam bagi pertukaran kalendar. Ini adalah falsafah rekabentuk jam-jam tangan dari Jepun. Seiko dengan Orient guna falsafah yang sama. Mudah untuk mengelakkan 'calendar disk striking pin' dari rosak atau patah apabila kalendar ditukar secara manual. Biasa laaa... jam mekanikal. Tak digalakkan menukar kalendar secara manual antara jam 6 petang hingga 6 pagi.
Nengok 'minute marker' dia yang warna biru gelap kat keliling dial tuu. Selari dengan 'time elapse' yang ada kat bezel yang warna hitam. Jarum saat dia macam Seiko SKX007 daa... bontot dia bulat ada tampal koyok... upps bukan koyok tapi 'luminous'. Tapi!!!! Hujung jarum ni berbentuk anak panah. Nampak bersih. 'Luminous marker' dia masih dalam keadaan baik... betul ke beb?
Wa tak tipu. Lu olang tengok ini gambar. Fuyyoooo... luminous marker dia telang! Manyak telang! Wa lasa sangat puas hati... sangat puas hati... sangat puas hati...
Itu diaaa... pakai Citizen Calibre 8203A. Beza dia dengan 8200 hanyalah bentuk 'rotor plate' dia aje...
Haaa, gambar Calibre 8203 baru ni aku amik kat Internet. Kalau siri keluaran baru, semua Promaster diver menggunakan movement ni - 'decorated movement plate' dengan 'blued-steel rotor'. Aku punya tu model tahun 1999. Pasal tu movement tu nampak selekeh. Takpa, janji rock!!! Performance sama!
Bila pakai tali 'oyster', nampak handsome dan boleh la pakai dengan pakaian kerja.
Hmmhhh... pasang tali 'jubilee' pulak. Aku suka tali jubilee... pasal apa bek?
Pasal tali 'jubilee' tu nampak seimbang dengan 'scuba bezel' dia punya gigi yang nampak macam gigi ikan jerung!!! Ini lah kerja aku, suka benor modify... bagi nampak mantap! Modified sikit 'bracelet shoulder' tu pasal nak masukkan kat 'lugs' Citizen yang pelik sikit nih. Tali ni sebenarnya tali jam Titoni yang aku dah tak pakai. Jenuh dan lengoh jugak nak membuatnya.... lepas ni nak carik 'buckle' Citizen pulak. Sementara ni pakai 'buckle kosong' dulu.

"Tujuan aku buat posting pasal dua bijik Citizen ni bukan apaa... Setidak-tidaknya aku nak mengingatkan kepada pengumpul-pengumpul dan peminat jam tangan yang bahawasanya model jam automatik Citizen dah semakin berkurangan. Kebanyakkannya adalah quartz dan Eco-Drive. Movement automatik Citizen moden tak lain dan tak bukan adalah menggunakan Miyota base 8000 series movement. Movement yang banyak digunakan oleh pengeluar-pengeluar jam tangan berjenama dari seantero dunia. Camnapun, Blue Ninja ni aku nak simpan. Kalau ada satu lagi Citizen, kemungkinan besar Auto-zilla ataupun satu lagi yang lain yang Nazri Time As Is panggil Citizen 'Ocra"... kacang bendi ke? Ke Citizen 'Orca'... tak ingat la pulak. Jangan tanya berapa harga jam Blue Ninja ni ye saudara-saudara sekalian... untuk review saja. Tak jual." - thetick-thetick

Friday, 15 April 2011

Review [BM]: Citizen 200m Diver NY2300-09L JDM

"Ini jam apa pasal mau tukar gasket? Timing pun okey. Ini jam balu... haiyyaaa. Ya ka? Respon aku kat Sifu Lee. Semalam aku bawak jam-jam lama aku gi Y.K. Fong. Buat itu ini yang mana perlu. Termasuklah makhluk anfibi dari negara matahari terbit nih. Percaya atau tidak, jam ni aku beli kat Isetan KLCC lama dulu. Tahun 2006 kalau tak silap. Mana pergi kotak, tali besi, manual, warranty card, dan... miniature tong gas penyelam dia aku pun tak tahu. Jam ni dulu hilang dari pandangan dan pegangan aku. Pasal masa aku pindah rumah, aku lupa mana aku letak. Pernah sekali dua jeh aku pakai... buat snorkelling kat Pulau Payar. Bebaru ni bila aku selongkar kotak-kotak dan beg-beg aku (dari mula pindah tak bukak-bukak!)... aku jumpa balik jam ni. Sekali dengan kembar seiras dia. Gembiranya hati... haaa, bacalah pictorial review aku pasal jam Citizen 200m Diver NY2300-09L nih. Ini model Japanese Domestic Market (JDM) Made in Japan. Aku beli dulu complete set nak dekat Rm900! Tapi tinggal jam dia je lah... sekali dengan tali getah yang pernah terendam di dalam lautan Selat Melaka dekat Pulau Payar... baca. Semoga terhibur" - thetick-thetick

Masih gagah, handsome, macho lagi terpelihara. Macam baru bebbb! Body almost 99%. Crystal dia 100%. Bezel...nengok la beb. Terserlah ke"Pepsi"an anfibi nih...
Tali ori. Kalau pegang dan rasa... syurrr, macam baru. Virgin lagi! Nasib baik dalam 'dry beg' kat mana aku letak simpan jam nih (gambar background) ada tiga ke empat paket 'dehumidifier - silicon gel'. So takde la berkulat dan reput walaupun dah dekat 5 tahun aku tak usik.
Caseback. Kalau ikut titah ahli nujum Citizen. Jam ni dikeluarkan pada tahun 2000! Dah nak masuk sebelas tahun. Nampak calar-calar kat caseback tu. Jangan takut jangan segan... ini semua cobaan! Yang calar tu cuma plastik yang menempel kat caseback punya 'engraving' jehh...
Case dia memang cun lagih... nengok dia punya 'crown'. Macho dan terletak teguh antara 'crown guard' yang terbentuk oleh case jam yang unik.
Crown... jenis 'screw-down'. Nengok tuu... tebalnya 'scuba bezel'. Berkilat lagi...merelit kata orang utara.
Model keluaran 'Made in Japan'. Nengok tu, dial pada posisi pukul enam. Dial dia warna biru gelap atau 'Arabian Blue'... dari jauh nampak macam warna hitam.
Kalendar orang Jepun. Pakai typo 'kanji'. Kalau dua calit tu hari Selasa. Kalendar DAY-DATE.
Dalam kegelapan dan samar-samar terang... boleh tahan. Nyala lagi luminous compound dia. Macam jam baru keluar display kat kedai bebbbb!!!
Jangan pakai jam ni masa 'merendek dengan awek' dalam gelap. Pasal bole nampak... sure kena 'tangkap basah'. Memang bagus lah luminous compound Citizen nih. Kualiti masih baik walaupun dah lebih sedekat dikeluarkan.
Menggunakan movement buatan Miyota dan dijenamakan sebagai Citizen Calibre 8200 21jewels automatik. Bagus movement ni. Memang 'rugged & robust'. 6bps! Uni-directional winding system namun lebih bagus dari Seiko 7S26 yang menggunakan 'magic lever' winding system. Apa pasal?
Anti-shock protection dan regulator lebih stabil. Pasal tu la movement ni (Miyota) sama famous dengan ETA! Hairspring dia lebih tahan berbanding Seiko. Seiko punya mudah jadi bengkang-bengkok - lari 'timing' tak pasal-pasal. Sebab tu la 'accuracy' Citizen ni lebih baik dari Seiko atau Orient yang sekelas dengannya. Apa lagi kelebihan movement ni?
Haaa... boleh kunci beb! Nengok dua 'train wheels' yang diintegrasikan terus kepada 'winding stem' (crown stem). Tak macam Seiko 7S26 yang kena 'goyang gerudi' baru bole jalan... yang ni pun bole 'gelek' jugak, sure jalan punyaaaa. Cuma tu laa... crown pipe dia punya screw agak rendah atau pendek sikit. Tapi bole tahan dari masuk air pada kedalam 200m.
Bila pakai kat tangan... macho braderrr... nampak machoooo. Not bad. Aku dah test timing dia. +12 to +15 saat sehari setelah pakai selama lebih kurang 8 jam sehari. Memang berbaloi. Tahan betul lah jam Citizen JDM nih...
"Memandangkan ada dua anfibi Citizen ni yang seiras tapi tak serupa dalam simpanan aku sekarang nih... aku ingat nak let go lah yang Pepsi nih. Kepada sesapa yang berminat, SMS atau email la kat aku. Jam jeh yang tinggal. Kat mana gi kotak dengan set dia yang lain aku tak tahu... kalau ada sure aku bikin full review. Pasang tali besi dia...hmmmhhh kalu complete set sure aku tak jual. Tapi apa kan daya, aku nak let go. Sesapa yang nak beli, aku bagi 6 bulan personal warranty. Nanti aku carik la memana kotak Citizen yang aku ada. Kalau nak suruh post. Kat Malaya je lah. Pakai POS Laju. Berapa harga? Rajin-rajin la SMS aku kat 012-2399920" - thetick-thetick

Wednesday, 13 April 2011

OTW: Pakai... ni pulak jarang pakai [re-edited]

Haaa... yang ni kurang genit. Saiz dia debab sikit dari Citizen "Pepsi" JDM yang aku war-warkan sebelum ni. Yang ni, bagi aku lebih bagus dari Seiko "Orange Monster" 7S26 aku. Kebetulan dua-dua aku beli beza dia dalam dua tiga bulan jeh... sekitar tahun 2006. Cuma Citizen "Blue Sky" Promaster 200m Diver JDM ni aku beli kat negara Temasek. Tak salah aku kat Funan IT Mall. Beza dia dengan Pepsi JDM tu hanyalah movement dia. Apa beza Citizen Calibre 8200 Pepsi dengan Citizen Calibre 8203 Blue Sky diver? Apa pulak kelebihan kedua-dua movement ni berbanding dengan Seiko Calibre 7S26. Nantikan artikel penuh dalam masa terdekat. Kepada peminat setia Seiko 7S26, mahupun 7S36.... tungguuuuuuuu 

Dua-dua ni pernah ngikut aku menyelami lautan kat sekitar Malaya dan Borneo. Baru siang tadi aku bawak dua-dua jam ni jumpa sifu aku. Tukar gasket and tune balik. Yang Pepsi tu memang sah sifu ngamuk kat aku... "Ini jam balu punyaaa... apa pasal mau tukar gaskettt. Timing pun elok lagi... haiyyaaa". Jam baru!??? Memang macam baru punnn... pasal jarang pakai walaupun umur dah nak masuk 5 tahun. He he... aku ingat nak simpan satu je lah. Satu aku nak lego. Gambar ni aku amik bersama-sama "wet boot" aku... brand murah jehh... SeaPro. Tunggukan tayangan penuh cerita dua anfibia Jepun nih.

Tuesday, 12 April 2011

OTW: Pakai...jangan tak pakai

Apa cerita dua ekor makhluk anfibi Jepun nih? Seekor tu aku panggil "Seiko Gajah" pasal kaki dia yang empat tu memang luarbiasa saiz dia berbanding penyelam-penyelam Seiko yang lain. Yang si genit sebelah tu... jambu sikit pasal saiz kecik. Tapi jangan main-main. Ini jambu impot beb! Citizen JDM... haaa, apa cerita dua ekor nih? Tunggu cerita dia tak lama lagih... sorry lah. Aku ada bahan, tapi sibuk sampai takde masa nak buat posting.