Haaa... yang ni kurang genit. Saiz dia debab sikit dari Citizen "Pepsi" JDM yang aku war-warkan sebelum ni. Yang ni, bagi aku lebih bagus dari Seiko "Orange Monster" 7S26 aku. Kebetulan dua-dua aku beli beza dia dalam dua tiga bulan jeh... sekitar tahun 2006. Cuma Citizen "Blue Sky" Promaster 200m Diver JDM ni aku beli kat negara Temasek. Tak salah aku kat Funan IT Mall. Beza dia dengan Pepsi JDM tu hanyalah movement dia. Apa beza Citizen Calibre 8200 Pepsi dengan Citizen Calibre 8203 Blue Sky diver? Apa pulak kelebihan kedua-dua movement ni berbanding dengan Seiko Calibre 7S26. Nantikan artikel penuh dalam masa terdekat. Kepada peminat setia Seiko 7S26, mahupun 7S36.... tungguuuuuuuu
Dua-dua ni pernah ngikut aku menyelami lautan kat sekitar Malaya dan Borneo. Baru siang tadi aku bawak dua-dua jam ni jumpa sifu aku. Tukar gasket and tune balik. Yang Pepsi tu memang sah sifu ngamuk kat aku... "Ini jam balu punyaaa... apa pasal mau tukar gaskettt. Timing pun elok lagi... haiyyaaa". Jam baru!??? Memang macam baru punnn... pasal jarang pakai walaupun umur dah nak masuk 5 tahun. He he... aku ingat nak simpan satu je lah. Satu aku nak lego. Gambar ni aku amik bersama-sama "wet boot" aku... brand murah jehh... SeaPro. Tunggukan tayangan penuh cerita dua anfibia Jepun nih.