"Bek! Aku nak design t-shirt nih siap dengan logo untuk gathering kat Putrajaya nanti... Ko tolong la bagi satu tema untuk gathering ni bek", Hassan D12 mintak tolong kat aku. Puas gak aku memikirkannya. Hmhhh... kalau sukan Olympic mencadangkan "Sports for Unity", jam mesti bole punya. Bagi canggih lagih. Haa... itu yang jadinya aku cadangkan kat Hassan D12..."Horology for Unity". Memang benar sangkaan aku... H4U telah mengeratkan tali persahabatan antara blogger dengan peminat dan pengumpul jam tangan se Malaysia. Tidak mengira bangsa, banyak koleksi, takda koleksi, jual jam, beli jam, cikgu, businessman, kerja gomen, kerja swasta, kerani... Dato', ada pangkat, takda pangkat, ada duit, takda duit... semuanya berinteraksi dengan baik atas minat yang sama... horology. Tukar pengetahuan, kongsi pengalaman, tukar jam dengan jam, tukar jam dengan duit... ke ada yang jual seluar dalam pasal nak beli jam? He... he, macam-macam kerenah orang gila jam nih. Itulah keunikan peminat dan pengumpul jam. Bukan setakat itu jeh... makin banyak pulak blog-blog jam baru yang wujud di dunia digital. Macam cendawan tumbuh selepas hujan!
Walaupun sejak dua menjak ni aku sibuk menebas di hujung minggu (main golf... bukan tebas lalang kat kebun!), aku pasti akan ke Amcorp Flea Market. Memang benar, hampir tiap-tiap minggu ada "Mini H4U" kat kedai mamak di Basement Floor. Berkumpulnya peminat-peminat, penjual, dan pembeli jam vintage. Yang bagusnya... makin banyak muka-muka baru duduk sama pekena teh tarik sambil menjamah mata membelek-belek jam yang bertimbun atas meja. Bukan kat Amcorp jeh, kat belah Utara tanah air, Selatan, Pantai Timur dan tak lupa saudara-saudara kita di Sabah dan Sarawak. Asal jam... jam tangan, jam meja, jam poket... pasti diorang hurung! Bukan lalat hurung sampah, tapi macam lebah hurung bunga... bikin maduuuuuu. "Apa? Korang ingat jam buruk ni takda harga ke? Kekadang lagi mahal dari Rolex tau!???", teringat aku ucapan kasar seorang pengumpul jam yang dah tahap otai.
Dua hari lagi H4U akan menyambut ulang tahunnya yang pertama. Walaupun tak ada gathering sebagai acara tahunan pada tarikh 4hb Disember 2012 nih; namun semangat H4U tetap ada. Saban hari, saban minggu, dan saban bulan... pasti akan ada mereka-mereka yang berkumpul sambil membelek-belek "permata zaman silam" nih. Tahniah untuk semua peminat-peminat Horology se Malaysia kerana membentuk satu budaya yang baik demi satu minat yang sama.
Liputan berita H4U di akhbar Mingguan M-Star bertarikh 13 Disember 2010.
Happy Birthday H4U - thetick-thetick