"Beli jam-jam tangan vintage ni adakalanya berisiko rosak. Biasa laa... barang lama... barang antik! Kalau beli yang murah-murah tu kompom tak pernah servis! He-he. Tu laa dia, dalam masa PKP ni la aku berkesempatan repair dan servis jam. Dekat seminggu buat sikit-sikit. Polish balik watch case dengan acrylic crystal tuu... timing setakat sehari dua ni okey. Tak laa lambat berminit-minit dan tak laa cepat. Jam vintage 60an Citizen Homer PHYNOX." - thetick-thetick2020
Sejarah Citizen Homer
Tidak dapat dipastikan mengapa Citizen menggunakan nama Homer. Namun ia adalah merujuk kepada hand-winding movement; antara workhorse terbaik yang pernah dikeluarkan oleh syarikat matahari terbit ini dari tahun 1960 sehinggalah awal tahun 80an. Movement Homer ini dirujuk sebagai Citizen Calibre 0200 dan Calibre 0201 yang mempunyai movement revision 17 jewels, 19 jewels dan 21 jewels. Ia mula digunakan pada jam tangan Citizen sekitar tahun 1960. Variasi movement ini telah digunakan pada Citizen Homer dan Citizen Newmaster untuk model-model jam kunci 3 jarum tanpa haribulan. Movement ini telah dibangunkan oleh usahasama Citizen dan The Rhythm Time Company - syarikat bersekutu kepada Citizen. Tujuan usahasama yang bermula sejak tahun 50an ini adalah untuk mengeluarkan jam-jam tangan bersaiz kecil sesuai dengan trend pasaran dan pemasaran untuk golongan-golongan muda. Yang pastinya, jam-jam tangan Citizen Homer di era tersebut dibuat di Jepun sepenuhnya.
Citizen Homer Cal. 0201. 21 jewels, 5bps/18,000bph, hand-winding, 3 hands, no date, +/-36 hours power reserve.
Citizen Homer Vintage 60s Review
Terdapat permasalah pada jam tangan Citizen Homer ini. Lihat gambar di bawah. Screw pada ratchet wheel yang memegang mainspring barrel telah patah! Apabila bridge yang memegang centre wheel, intermediate wheel, dan escapement wheel dibuka; kelihatan banyak tompokan minyak pada pivot!!! Ini bermakna movement perlu diservis. Seusai dibaiki, diservis, dan digilap inilah hasilnya. Berikut sedikit pictorial review untuk jam tua ni... tidak laa tua, lebih dari 50 tahun. Jika rujuk pada WHO, masih muda lagi!
Rosak. Kena laa baiki... pandai-pandai. Takda spare parts!!! Ratchet wheel boleh tanggal bila jam dikunci. Ha-ha. Aku guna steel adhesive untuk pastikan ratchet wheel terus bergerak tanpa tertanggal dari kedudukan bila mainspring berputar.
Habis terbarai... movement jenis macam ni tak banyak parts. Simple. Mudah diservis. Assemble pun tak lama. Cuma kena hati-hati... barang lama daa.
Masih mulus! Jam kombinasi warna emas dan perak. Case diameter 35mm. Tip to tip 42mm. Saiz standard jam-jam tahun 50an hingga penghujung 60an. Parashock adalah merujuk kepada balance wheel shock absorber mechanism yang dibangunkan oleh Citizen.
Decorative dial. Silver sunburst dial, berbentuk cembung dengan engravings yang membahagikan minute indices untuk perakam waktu. Jarum tembaga bersadur emas. Jenis standard untuk jam-jam tangan dressage pada tahun 50an hingga 60an.
Two-piece case yang agak nipis. Ketebalan dari case back ke top dome acrylic crystal dalam 8mm. Crystal asal sudah retak seribu. Tukar baru, agak sedikit tebal dari model asal.
C.G.P watch case. Ini adalah merujuk kepada Copper Gold Plated. Case tembaga yang disadur emas pada sukatan 20 microns. Lug width 18mm. Senang sikit nak cari tali ganti! (Nota: perlu berhati-hati apabila menggilap case jenis ini. Jika bahan penggilap yang kasar seperti Autosol digunakan, plating akan mudah tanggal. Guna Polywatch cadangan terbaik)
Walau saiz 35mm, namun saiz lug to lug 42mm masih relevant untuk jam-jam dressage pada zaman ini. Pakai untuk majlis rasmi memang sesuai. Kalau badan saiz "bagak"... nampak haluih laa jam ni.
"Trend sekarang. Jam-jam re-issue dari model-model popular tahun 60an dan 70an sudah memasuki pasaran sejak 5 tahun kebelakangan ini. Saiz-saiz jam yang sering dipanggil modern vintage ini sedikit besar antara 38mm hingga 40mm. Banyak... Rado, Omega, Angelus, Smith, dan beberapa lagi jenama Swiss sudah mula mengeluarkan semula model-model vintage popular mereka. Turut tidak ketinggalan jenama-jenama dari negara matahari terbit. Sesungguhnya jam-jam tangan vintage ada daya tarikan tersendiri. Cuba bawak kereta antik... mesti ada yang jeling. Macam tuu laa jugak jam vintage. Pakai kena gaya... memang menarik pandangan mata! PKP... jam mana lagi laa aku nak perosah! Ada lagi..." - thetick-thetick2020