Kepada peminat-peminat jam tangan dari negara matahari terbit pasti meletakkan Seiko di kedudukan teratas dari segi kekuatan jenama dan pencapaian teknologi. Samada jam tangan mekanikal atau pun quartz, Seiko sentiasa menjadi pilihan. Jenama Citizen dianggap sebagai bukan pesaing terus kepada (direct competitor) Seiko dan jenama Orient kini lebih dianggap sebagai sebahagian dari konglomerat Seiko sejak diambil-alih oleh Seiko Epson Corp. Casio pula berada dalam dunia tersendiri tanpa saingan dari Seiko, Orient, mahupun Citizen. Perkembangan ini seolah-olah menjadikan persaingan jenama besar dari negara Jepun hanya tertumpu kepada Seiko dan Citizen. Kekuatan Seiko terletak kepada kepakaran dan pengalaman yang ada pada Seiko Instruments Inc. dan Seiko Epson Corp. Sementara Citizen lebih didorong oleh syarikat bersekutunya iaitu Miyota. Kini, setelah berdekat lamanya bersaing Citizen telah berjaya memecahkan dominasi Seiko bahkan menjadi juara baru dunia mengalahkan pencapaian jenama-jenama besar Switzerland seperti ETA, Omega, Longines, dan Breitling. - thetick-thetick2020
Tahun 2019 menyaksikan pencapaian terbaharu Citizen dengan pengenalan Calibre 0100 quartz Eco-Drive yang menjadi juara terbaharu dunia untuk quartz movement. Tahun yang sama juga, Citizen memperkenalkan mechanical movement naik-taraf iaitu Calibre 83XX yang berjaya memecahkan dominasi Seiko dan Orient. Ikuti perkembangan terbaharu Citizen melalui dua artikel bersiri yang bakal dipaparkan untuk blog posting seterusnya. - thetick-thetick2020
AUTHENTIC VINTAGE BULOVA ACADEMY AWARD W ARTDECO GENTS WRISTWATCH
-
*BRAND/JENAMA: AUTHENTIC VINTAGE BULOVA ACADEMY AWARD ARTDECO GENTS
WRISTWATCH*
*MADE IN/BUATAN: USA*
*CIRCA/TAHUN: 1950's*
*MODEL: ARTDE...
5 weeks ago