"Bek! Buat la artikel... pos kat blog! Itulah ungkapan Saudara Hassan Detikduabelas setiap kali kami bergebang-gebang di kedai mamak sekitar Kota Damansara. Gebang-gebang pasal jamtangan, belek-belek jamtangan, jual-beli jamtangan dan macam-macam perkara mengenai model, movement, teknologi, pasaran semasa... panjang kalau aku nak senarai kat sini... hik... hik... tercekik aku sambil taip sambil minum kopi! Hassan (Wak Asan, nama manja) suruh aku pos artikel-artikel berkaitan. Bukan setakat Wak Asan... saban hari aku terima email dari seantero Malaya dan dunia bertanya khabar, tanya kenapa tak update blog, tanya ada sosial media ke tak, tanya kat mana nak repair jamtangan, mintak repair jamtangan... macam-macam. Page view untuk artikel-artikel yang selama ini aku pos pun masih banyak. Bukan setakat itu... dua kali aku terima jemputan dari events organizer kat Hong Kong dengan Thailand untuk jadi technical translator untuk horology events... sibuk bang!!! Business first... hobby later. Jam-jam ni hobby jeh. Carik makan dulu bekkkkk... Saranan Wak Asan... buat artikel yang sempoi-sempoi, bacaan santai... haa betul jugak! Aku ni sebenarnya sibuk menggagahkan perniagaan IT aku, dah berumur macam ni punnnn buat kerja-kerja teknikal. Haha... 24 jam dengan laptop tapi nak blogging pun takda masa. Sebagai permulaan... awal pagi tadi hingga jam dua, aku dah clean-up blog articles dengan subject index. Aku senaraikan kat bawah nih topik-topik yang dah tersusun dan tunggu final-edit untuk bacaan tuan-tuan dan puan-puan yang meminati dunia jam... dunia Horology. Terima kasih atas minat anda semua. Aku ni sekadar nak berkongsi ilmu dan pendapat jehhh... koleksi jam tak banyak mana punnnn. Dah berumur ni simpan duit kat ASB Unit Trust jehh. Horology for Unity!" - thetick-thetick2020
Antara topik-topik yang tersenarai setakat ini. Aku telah satukan mengikut kumpulan-kumpulan tajuk di bawah. Nantikan kemunculannya:
- Icon - artikel mengenai jenama dan model-model lagenda yang masih kekal di pasaran dan jadi buruan pengumpul-pengumpul jam tangan
- Watches Review - review model-model jam tangan
- OTW - On the Wrist/On the Way; snippets mengenai artikel-artikel atau posting yang akan datang
- Tick-Talk - pendapat dan pandangan peribadi mengenai sesuatu subject horology; model-model dan jenama jam tangan; analisa pasaran; teknologi terkini; pemain industri; dan perkara-perkara berkaitan dunia horology
- Pengetahuan - asas-asas pengetahuan mengenai horology dan jam tangan
- Tips - tips mengenai jam tangan, beli jam tangan, bagaimana...
"Terhegeh-hegeh jugak aku naip artikel ni bek!!! Baru balik ngantar cucu gi sekolah tadika. Haha... atuk nak blogging. For foreign audience, thank you very much for your interest. Sorry if I didn't reply your email promptly. My precious time using my laptop is for technical work and business matter. Wait for my next blog posting. Hishh... cakap omputih pulakk! Bekkk... ada lagi tak jam-jam limited edition nak jual? Bila nak teh tarik? Siapa-siapa nak join gebang boleh jehh... tapi tengah malam membawak ke awal pagi. Haha... detikduabelas dan thetick-thetick H4U." - thetick-thetick2020
[Semak dan susun semula 25 Februari 2020]