Monday, 6 July 2020

OTW: Seiko Chronometer

Industri pembuatan jam bermula di negara Switzerland. Jenama-jenama besar yang lahir dan bersaing di sana selama ratusan tahun telah mewujudkan satu standard bagi memberi pengiktirafan kepada perakam waktu atau jam yang dihasilkan di kalangan mereka. Bermula dari marine chronometer yang digunakan untuk tujuan pelayaran (marine navigation) sehinggalah jam tangan; pengeluar-pengeluar di Switzerland telah berlumba untuk mendapat pensijilan dan pengiktirafan untuk hasil-hasil keluaran mereka. Pensijilan ini dibuat oleh institusi bebas yang dilantik bagi menguji ketepatan perakam waktu yang hasilkan. Ia dikenali sebagai Certified Chronometer. Bagi merekodkan julat ketepatan (accuracy range) perakam waktu yang diuji, perbandingan dengan waktu sebenar digunakan sebagai rujukan. Sebelum wujudnya modern atomic time clock, bacaan waktu sebenar dikendalikan oleh balai cerap astronomical observatory. Keupayaan observatory merekodkan bacaan waktu sebenar melalui data-data cerapan astronomi telah melayakkan mereka untuk mengendalikan pensijilan dan penarafan chronometer. Kepada pengeluar-pengeluar yang berjaya dalam ujian dan mendapat pensijilan, mereka layak untuk mencetak perkataan Certified Chronometer pada dial-dial jam tangan mereka. Antara nama-nama besar yang mendominasi pensijilan ini adalah Rolex, Patek Philippe, Omega, Zenith dan Longines.


Seiko adalah satu-satunya pengeluar dan jenama bukan Swiss yang pernah mendapat pensijilan chronometer di Switzerland. Pensijilan ini telah dibuat di dua observatory yang diiktiraf. Penglibatan ini melayakkan Seiko untuk bertanding dengan jenama-jenama besar Swiss berdasarkan scoring dan ranking bagi ketepatan movement-movement jam yang diuji. Penglibatan Seiko juga telah menggugat industri pembuatan jam tangan di Switzerland. Tahun 1967-1968 adalah tahun Seiko Chronometer apabila gergasi Jepun ini berjaya menundukkan nama-nama besar Swiss. Terkesan dari kejayaan Seiko inilah jenama-jenama besar Swiss telah menubuhkan C.O.S.C. (Contrôle Officiel Suisse des Chronomètres). Namun, standard yang diguna-pakai Seiko lebih tinggi berbanding Swiss C.O.S.C. Kepada peminat-peminat Seiko nantikan blog posting seterusnya mengenai Seiko Chronometer. Artikel agak panjang dan dibahagi kepada dua bahagian. Ia merangkumi fakta-fakta, keterlibatan pelbagai institusi, standard-standard yang digunakan, sejarah penglibatan, dan pencapaian Seiko sebagai pengeluar jam-jam tangan bertaraf Superior Chronometer. - thetick-thetick2020   

Tuesday, 30 June 2020

Pengetahuan: Ketepatan Jam Mekanikal Bhg. 2

Sambungan dari bahagian pertama.

Escapement dan Beat
Motion works pada movement-movement mekanikal menghasilkan vibration atau beat (detik-detik) apabila jam beroperasi. Ia terhasil dari pergerakan "escapement" yang terdiri daripada balance wheel, pallet fork, dan escapement wheel. Ini adalah bunyi detik-detik (beat) yang kita dengar pada jam tangan. Ada bunyi berdetik laju dan ada yang perlahan. Detik-detik ini diukur dengan kiraan beat per second (bps) dan beat per hour (bph). Ada juga yang menggunakan vibration per second (vps) dan vibration per hour (vph). Secara umum, kebanyakannya menggunakan bps/bph. Semakin tinggi bps, semakin tinggi bph (nota: jumlah bps X 60 saat X 60 minit = jumlah bph). Movement-movement yang terdapat di pasaran kini mempunyai dua kategori vibration: 10bps/36,000bph dan 8bps/28,800bph untuk high-beat dan 6bps/21,600bph untuk low-beat. Fizik pada ketiga-tiga pembahagian masa (time division) yang terhasil dari 6bps/8bps/10bps adalah menepati formula untuk kiraan masa perakam waktu. Ilustrasi berikut menunjukan bagaimana detik-detik ini terhasil dari pergerakan escapement.

[A] Escapement Wheel bergerak pada satu hala hasil dari pacuan train wheels. [A1] Pallet Fork yang ditarik oleh escapement wheel akan tersangkut untuk bergerak dan memacu Balance Wheel Stud. Selepas ditarik, ia akan segera dilepaskan [A2]. Pergerakan ini kenali sebagai escapement. [A3] Hasil dari pergerakan escapement, pallet fork akan bergerak ke kiri dan ke kanan bagi memacu Balance Wheel untuk membuat putaran separuh ke kiri dan separuh ke kanan [B].

High-Beat Lebih Tepat?
Kepada peminat-peminat jam tangan mekanikal, mereka lebih memandang kepada movement-movement high-beat. Ini adalah kerana mereka beranggapan bahawa movement-movement high-beat seperti 10bps dan 8bps mampu memberi ketepatan perakam waktu yang lebih bagus berbanding low-beat 6bps. Persepsi dan tanggapan ini tidak 100% benar. Samada high-beat atau low-beat, semua movement yang digunakan tetap terdedah kepada 3 elemen persekitaran yang mengganggu motion works. Bagi memastikan ketepatan, movement-movement in perlu terlebih dahulu diregulasikan (adjusted). Jika adjustment dibuat secara betul, movement low-beat juga boleh mencapai ketepatan pada julat-julat yang sama pada movement high-beat. Kerana itu majoriti movement-movement yang mendapat pensijilan adalah pada kategori 8bps. Hanya segelintir sahaja movement yang berada pada kategori 10bps. Kebanyakan jenama-jenama besar Swiss seperti Rolex, Breitling, JLC, AP, Patek Philippe, dan Zenith mendapat pensijilan melalui movement-movement 8bps. Movement 10bps lebih sesuai untuk perakam masa fungsi chronograph kerana pada tahap 10bps perakam chronograph (stop-watch) mampu merakam waktu pada pembahagi masa 1 per 10 (1 over 10th). Dari segi perpetual motion atau pergerakan berterusan, jarum saat pada movement 10bps bergerak lebih lancar (smooth) berbanding 8bps. Perhatikan pergerakan jarum saat pada ketiga-tiga kategori ini! Pasti ada perbezaan! Jarum pada 6bps kelihatan tersekat-sekat tidak seperti 10bps yang lebih lancar. Untuk movement 6bps mencapai julat ketepatan yang bagus, jenis regulator atau regulator system yang terdapat pada movement tersebut perlu diambil-kira sebelum adjustment dibuat.

Balance Wheel, Beat-Corrector, dan Timegrapher
Kebanyakan balance wheel hairspring diperbuat dari logam. Ada pula pengeluar yang menggunakan bahan-bahan bukan logam lain seperti gentian fibre (fibreglass) dan ada juga yang menggunakan bahan silica atau silicium. Bahan-bahan ini tahan karat, tidak mudah putus (nota: unbreakable spring), anti-magnetic, dan bersifat anjal. Ia membolehkan balance wheel bergerak separa kiri dan kanan apabila balance wheel pivot digerakkan oleh pallet fork. Kelajuannya ditentukan oleh saiz panjang dan diameter apabila digulung. Apabila diameter mengecil (menguncup), ia akan menggerakkan balance wheel dengan lebih laju dan apabila diameter membesar (mengembang) akan memperlahankan pergerakannya. Kelajuan balance wheel yang bergerak bersama escapement wheel akan menentukan ketepatan perakam waktu. Maka itu ia perlu diregulasikan.


Hairspring. Gegelung yang dipasang pada balance wheel. [A] Apabila mengembang, ia akan memperlahankan pergerakan. [B] Apabila menguncup, ia akan mempercepatkan pergerakan. Hairspring stud akan disambung terus ke beat-corrector. Kedudukannya kekal terpasang bagi membolehkan adjustment dibuat.
Beat-corrector adalah mekanisma yang dibina pada movement untuk tujuan adjustment. Ia adalah sebahagian daripada regulator system pada movement. Terdapat pelbagai jenis. Ada yang menggunakan lever dan ada yang menggunakan kombinasi lever dan screw. Movement-movement 6bps biasanya menggunakan jenis lever manakala 8bps/10bps kebanyakannya menggunakan screw-lever. Ilustrasi di bawah menunjukkan jenis beat-corrector yang digunakan pada movement Ronda R150. Beat-corrector jenis ini dioperasikan menggunakan screw dan lebih mudah untuk diregulasikan pada index + dan - (laju dan cepat) yang berskala kecil bagi mengawal kelajuan balance wheel.
Beat-corrector. Terdapat pelbagai jenis yang digunakan pada regulator system. Jenis screw-lever adjustment lebih mudah untuk digunakan.


Untuk mendapatkan bacaan yang tepat bagi membuat adjustment, peranti yang dikenali sebagai timegrapher amat membantu. Timegrapher adalah peranti yang dilengkapi dengan analyzer yang menerima dan merakam bacaan detik-detik pada movement melalui pembaca bunyi mikro (microsound reader). Ia turut dilengkapi dengan alat pemegang movement jam tangan boleh-ubah. Pembolehubah ini membolehkan movement digerakkan pada 5 kedudukan.
Timegrapher. Digunakan untuk membaca detik-detik perakam waktu pada movement jam tangan. Antara data-data yang boleh diperolehi adalah detik setiap saat (bps), jumlah detik untuk satu jam (bph), cepat/lambat, amplitude, angle dan beat-error bagi pergerakan balance wheel. Apabila adjustment dibuat dengan betul, movement low-beat 6bps mampu mencapai julat ketepatan yang hampir menyamai high-beat 8bps dan 10bps.

"Artikel panjang berjela. Maaf. Perlu beri penerangan menyeluruh. Apa yang penting pada jam tangan kita adalah motion works. Ia harus memberikan ketepatan yang baik. Ketepatan perakam waktu bergantung kepada power distribution yang konsisten, lancar pergerakan, escapement, dan regulator yang bagus. Ia sesuatu yang menyeluruh. Bukan high-beat atau low-beat. Bukan 50 jam power reserve atau 70 jam power reserve. Julat atau range ketepatan sesuatu jam tangan itu adalah lebih utama. Jam kita perlu ada +/- (plus/minus) beberapa saat sehari. Lebih kecil julat ketepatan, lebih bagus (Nota: C.O.S.C. adalah -4/+6 saat sehari). Tetapi jika tiap-tiap hari - (minus) bermakna movement kita perlahan; jika tiap-tiap hari + (plus) bermaksud sebaliknya. Perlu ada keseimbangan. Adjustment boleh dibuat. Ini adalah fizik, asas kepada kiraan ketepatan movement jam tangan mekanikal yang kita perlu faham. Ikuti artikel seterusnya mengenai Tourbillon. Apakah ia dan bagaimana ia mampu memberikan ketepatan perakam waktu yang terdedah kepada elemen graviti." - thetick-thetick2020

Wednesday, 24 June 2020

Pengetahuan: Ketepatan Jam Mekanikal Bhg. 1

Terdapat institusi-institusi piawaian bebas yang menguji dan memberi pensijilan ketepatan perakam waktu kepada movement-movement jam tangan yang dipasarkan. Antaranya Contrôle Officiel Suisse des Chronomètres atau C.O.S.C. untuk movement dan jam tangan yang dikeluarkan di Switzerland dan Glashütte Observatory untuk jam tangan keluaran negara German. Untuk piawaian standard chronometer; ada ISO (International of Standard Organisation) rujukan ISO 3159-2009, DIN (Deutsches Institut für Normung, Germany), JIS (Japanese Industrial Standard), dan METAS Federal Institute of Metrology Switzerland. Bagaimana pula movement dan jam tangan yang tiada pensijilan? Benarkah jam-jam ini kurang ketepatan? Secara peribadi dan berdasarkan pengalaman ianya tidak benar. Bergantung kepada jenis movement yang digunakan, samada movement-movement yang digunakan adalah dari jenis factory regulated atau un-adjusted; ada di antara movement-movement ini mampu mencapai julat (range) ketepatan (nota: julat +/-saat sehari) menyamai piawaian yang digunakan oleh institusi-institusi berkenaan. Bagaimana ia boleh terjadi? Ikuti artikel asas pengetahuan penting mengenai ketepatan perakam waktu jam mekanikal yang wajib kita tahu. Artikel agak panjang dan dibahagi kepada dua bahagian. - thetick-thetick2020


Operasi Mainspring, Escapement, dan Regulator
Terdapat tiga bahagian utama pada movement jam tangan mekanikal yang menentukan ketepatan perakam waktu. Bahagian-bahagian ini saling bergantung antara satu sama lain. Ia dikenali sebagai motion works atau timekeeping module. Bahagian-bahagian ini adalah power source, power distribution, dan regulator sebagaimana merujuk ilustrasi di bawah.
[A] Power Source
Sumber kuasa jam mekanikal datang dari gulungan mainspring yang membolehkannya beroperasi secara autonomi (autonomous power). Semakin ketat gulungan, semakin tinggi kuasa dan lajunya kuasa memacu. Apabila gulungan kendur, semakin rendah kuasa dan perlahannya kuasa memacu. Jika mainspring memacu secara konsisten selama mungkin sebelum jam terhenti, ia adalah sesuatu yang amat bagus. Ini adalah kerana apabila mainspring memacu dengan konsisten, ketepatan perakam waktu yang diregulasikan oleh regulator turut konsisten. Bagi mencapai kebolehan untuk bergerak secara konsisten, kelajuan pacuan kuasa yang dilepaskan oleh mainspring perlu dikawal menggunakan train wheels.

[B] Power Distribution
Jumlah dan saiz train wheels akan menentukan kawalan kelajuan kuasa pusingan dari mainspring barrel yang dilepaskan. Transmisi kuasa yang disalurkan melalui train wheels akan berhubung terus dengan regulator. Kuasa kelajuan masih dikawal bagi mendapatkan ketepatan perakam waktu. Ia dikawal oleh regulator untuk menentukan vibration atau tick-tock pada balance wheel. Ketinggian atau kelajuan kuasa yang dilepaskan akan menentukan jumlah vibration seperti 6 detik sesaat (6bps -21,600bph), 8 detik sesaat (8bps - 28,800bph), dan 10 detik sesaat (10bps - 36,000bph). 

[C] Regulator
Fungsi regulator adalah untuk mengawal ketepatan detik-detik (beat) perakam waktu yang terhasil dari pacuan berterusan oleh mainspring melalui train wheels. Ia melibatkan escapement wheel, pallet fork, dan balance wheel. Balance wheel adalah komponen utama pada setiap regulator. Ia boleh diregulasikan (adjustment) bagi menentukan kelajuan separa-pusingan kiri dan kanan (tick-tock) dan mengawal kelajuan escapement wheel yang memacu perakam masa. Escapement wheel adalah gear yang menggerakan perakam waktu melibatkan gear pada jarum saat, minit, dan jam (hours).

Jika kita merujuk kepada perkara-perkara di atas (motion works), kita boleh rumuskan bahawa ketiga-tiga bahagian ini berhubung-kait bagi memberikan ketepatan pada perakam waktu. Maka kerana itu apabila jam diservis, semua bahagian motion works perlu dibersih dan oiling bagi melancarkan pergerakannya.

Kesan Magnet, Graviti, dan Suhu Persekitaran
Apabila jam tangan mekanikal beroperasi, ia terdedah kepada 3 elemen persekitaran yang mampu mengganggu kelancaran motion works. Gangguan ini akan menyebabkan ketepatan perakam waktu berubah-ubah. Kerana itu setiap jam tangan mekanikal mempunyai julat ketepatan tersendiri. Sebagai contoh, cepat +15 saat sehari dan lambat -10 saat sehari. Ketepatan merakam waktu akan berada antara julat -10 saat sehingga +15 saat sehari. Julat-julat ketepatan ini biasanya akan dimaklumkan oleh pengeluar untuk setiap movement jam tangan yang digunakan.

Kesan Magnet
Secara umum, kita terdedah kepada kesan magnet dipersekitaran. Kesan magnet ini terhasil dari aliran arus elektrik yang terdapat pada pendawaian dalam bangunan dan juga perkakasan elektrik yang kita gunakan. Jika di kawasan perlombongan mineral, kesan magnet amat tinggi. Memandangkan movement jam tangan diperbuat dari logam, kesan magnet ini mampu menyerap kepada setiap bahagian. Bahkan, kebanyakan logam yang digunakan adalah jenis bendalir (conductive material). Menyedari perkara ini, pembuat-pembuat movement telah memaksimakan penggunaan bahan-bahan yang anti-magnetic. Ada juga pengeluar yang menggunakan penutup bahan anti-magnetic yang dipasang pada movement dan kebanyakan pengeluar akan nyah magnet (demagnetize) setiap jam tangan semasa proses pengeluarannya.
Demagnetizer. Digunakan untuk nyah magnet pada jam tangan dan bahan-bahan logam.

Pengaruh Graviti Pada Balance Wheel
Balance wheel, sebahagian dari komponen regulator pada movement adalah bahagian yang paling banyak bergerak (vibration, contoh 28,800 separa pusingan kiri dan kanan satu jam). Ia berfungsi untuk mengawal ketepatan perakam waktu dan perlu bergerak secara konsisten dan stabil sepanjang masa. Namun apabila anggota tangan bergerak, jam tangan yang dipakai turut bergerak dan mengubah kedudukan balance wheel. Pengaruh dari graviti akan mengganggu kelancaran dan kestabilan pergerakannya. Kerana itu institusi-institusi yang mengeluarkan pensijilan ketepatan perakam waktu (chronometre) akan menguji setiap movement pada kedudukan tertentu. Mengikut C.O.S.C. ujian akan dibuat pada 5 kedudukan sementara Seiko menguji pada 6 kedudukan. Glashütte Observatory turut mengikut standard yang digunakan oleh Seiko. Ilustrasi berikut menunjukkan enam kedudukan di mana balance wheel dipengaruhi tarikan graviti. Pada kedudukan-kedudukan ini jugalah ketepatan pada movement-movement jam tangan diuji.
5 kedudukan + 1 kedudukan (6th position). Panah berwarna merah menunjukkan arah tarikan graviti (ke bawah). Pada setiap kedudukan, kesan graviti adalah berbeza. Setiap kedudukan mempunyai rakaman waktu yang berbeza dan mewujudkan julat ketepatan masa apabila jam beroperasi.

Kesan Suhu Panas dan Sejuk
Mengikut pengeluar jam tangan Seiko; disebabkan movement diperbuat dari logam, bahan logam ini akan sedikit mengembang (expand) dan menguncup (contract) apabila terdedah kepada suhu persekitaran yang panas dan sejuk. Apabila takat suhu panas agak tinggi, motion works pada movement akan bergerak perlahan dan apabila suhu sejuk akan mempercepatkan pergerakannya. Antara bahagian yang paling terkesan pada suhu adalah balance wheel hairspring. Sifat fiziknya yang halus menyebabkannya mudah kembang apabila panas dan menguncup apabila sejuk. Pasti akan menggangu perakam waktu kerana ia adalah fungsi utama pada regulator. Kesan suhu ini bukan hanya diterima-pakai oleh Seiko bahkan industri pembuatan jam itu sendiri. Oleh kerana itu, institusi-institusi pensijilan chronometre akan menguji ketepatan setiap movement pada suhu tertentu, panas dan sejuk. Jika kita lihat pada movement-movement jam tangan mewah yang mendapat pensijilan; kita akan temui engraving seperti "Adjusted in 5 positions. Heat and Cold.". Ini bermakna movement tersebut telah diuji pada 5 kedudukan, pada suhu panas, dan suhu sejuk.

Seiko Cal. 9S54A digunakan pada model-model mewah Grand Seiko. Tidak seperti jenama-jenama besar Swiss, Seiko membuat adjustment pada 6 kedudukan dan suhu. Swiss Certified Chronometre hanya pada 5 kedudukan.
"Jam guna movement hi-beat lebih accurate dari low-beat? 10bps/36,000bph lebih bagus dari 8bps/28,800bph? Macam mana 6bps/21,600bph boleh dapat ketepatan yang sama dengan 10bps/36,000bph? Ikuti sambungan di bahagian kedua." - thetick-thetick2020

Thursday, 18 June 2020

OTW: Ketepatan Perakam Waktu Jam Mekanikal

Bila sebut pasal ketepatan (accuracy) jam tangan mekanikal, banyak andaian dan persoalan timbul. Adakah movement high-beat lebih tepat dari movement low-beat? Movement jam mewah lagi tepat dari movement jam yang lebih murah? Jam tangan mempunyai pensijilan C.O.S.C. Swiss lebih tepat dari Seiko? Bagaimana pula Glashütte Observatory dari negara German? Bagaimana ujian ketepatan dibuat untuk pensijilan? Adakah jam tangan tanpa pensijilan kurang tepat? Banyak andaian dan persoalan. Accuracy, atau ketepatan perakam waktu adalah perkara asas yang wajib kita tahu. - thetick-thetick2020
Apabila kita menilai sesebuah jam tangan mekanikal, faktor utama yang perlu kita ambil kira adalah movement yang digunakan. Julat ketepatan (accuracy range) movement yang digunakan, +/- berapa saat sehari itu penting. Ketepatan perakam masa (chronometre atau jam) ada hubung kait dengan kuasa pacuan mainspring, power distribution, dan regulator. Bukan pada berapa jam power reserve, bukan high-beat semata-mata. Kita perlu tahu "motion works". Bagaimana ia beroperasi dan apakah fizik yang mampu memberikan ketepatan. Begitu juga elemen-elemen yang boleh mengganggu ketepatan. Ikuti posting seterusnya. Asas pengetahuan mengenai ketepatan jam tangan mekanikal. Artikel dibahagi kepada dua bahagian. - thetick-thetick2020

Thursday, 11 June 2020

Tick-Talk: Citizen Siri NK - Pesaing Terbaharu Seiko Presage dan Orient Star

Kepada peminat-peminat jam tangan mekanikal jenis dressage dari negara matahari terbit tentu kenal dengan model-model Seiko Presage dan Orient Star. Kedua-duanya mendapat sambutan disebabkan ketiadaan model-model setanding dari jenama senegara iaitu Citizen. Citizen lebih mensasarkan pasaran untuk model-model quartz Eco-Drive. Untuk mid-tier entry, harga-harga Citizen Eco-Drive dikategorikan dalam kumpulan harga yang sama dengan jam mekanikal Seiko Presage dan Orient Star. Jam-jam dressage mekanikal Citizen sedia ada di pasaran masih menggunakan movement lama dari siri Calibre 82XX yang dijual pada harga yang jauh lebih murah dan tertumpu kepada low-tier entry level model. Namun, pada suku ke empat tahun 2019; Citizen telah melancarkan model-model dressage mekanikal terbaharu dari siri rujukan NK yang dikatakan setanding dengan Seiko Presage dan Orient Star. Model-model siri NK ini menggunakan movement terbaharu Miyota Calibre 83XX yang mampu menyaingi movement-movement terkini yang diguna pada Seiko Presage dan Orient Star. Berikut, sedikit komentar mengenai Citizen dressage mekanikal generasi terbaharu yang dikatakan sudah berjaya memecahkan dominasi Seiko Presage dan model elit Orient Star berdasarkan informasi dan kajian dari pasaran semasa. - thetick-thetick2020

Miyota Calibre 8310A Made in Japan
Model-model Citizen Siri Rujukan NK
Berikut, antara wajah-wajah model baharu Citizen dressage siri rujukan NK sebagaimana merujuk kepada katalog di laman rasmi.
Model-model tali kulit yang menggunakan Miyota Calibre 8310A

Model-model bracelet yang menggunakan Miyota Calibre 8310A

Model-model tali kulit dan bracelet yang menggunakan Miyota Calibre 8322A


Miyota Calibre 8322A Made in Japan. Movement 3-hands dengan sub-seconds.
Perbandingan Spesifikasi dan Harga Entry Level (Online Store)
Untuk membuat perbandingan, satu model entry-level Seiko Presage, Orient Star dan Citizen Siri NK dipilih. Ketiga-tiganya mempunyai komplikasi yang sama iaitu mempunyai tiga jarum (central second) dan date. Movement-movement digunakan juga adalah yang terkini bagi model-model pada kategori yang sama. Harga-harga yang diambilkira adalah tawaran harga terendah oleh penjual-penjual dalam talian di Malaysia. Ia tidak mengambilkira harga Standard Retail Price atau Recommended Retail Price dari penjual-penjual bertauliah dari ketiga-tiga pengeluar. Berikut, jadual perbandingan spesifikasi movement yang digunakan dan harga tawaran terendah bagi model-model Seiko Presage, Orient Star dan Citizen Siri NK.
Rumusan
Tidak dapat dinafikan untuk model-model dressage, Seiko Presage dan Orient Star lebih mendapat tempat di pasaran. Citizen pula lebih dikenali dengan model-model Eco-Drive. Model-model mekanikal Citizen dressage dianggap bukan saingan Presage dan Orient Star kerana penggunaan movement lama dari siri Calibre 82XX yang digunakan. Namun apabila siri NK mula dilancarkan, ia membuka mata peminat dengan penggunaan movement Calibre 83XX terbaharu yang dari segi spesifikasi lebih bagus dari Seiko Cal. 4R35 dan Orient F6N47. Kita ketepikan julat accuracy, kerana pada vibration 21,600bph; ketiga-tiga movement ini masih boleh merakam waktu dengan ketepatan yang berlainan. Mungkin ada yang lebih accurate dari rating yang dicadang oleh pengeluar. Dari segi hacking dan manual-winding, ketiga-tiganya ada. Lihat autonomous power atau power reserve! Miyota Cal. 8310A pastinya lebih bagus dari Seiko 4R35 dan Orient F6N47. Nah! Harga Citizen lebih rendah berbanding Presage dan Orient Star. Maka, jika dikombinasikan harga dan spesifikasi movement yang digunakan; Citizen mempunyai kelebihan yang mampu menyaingi Presage dan Orient Star.

"Citizen Calibre 0100 adalah movement quartz terkini yang paling accurate di dunia dengan julat ketepatan +/-1 saat setahun. Syarikat bersekutunya, Miyota pula sudah berjaya dengan movement-movement hi-beat 28,800 bph melalui siri Calibre 9000. Kini muncul pula generasi terbaharu siri Calibre 8000 melalui movement 83XX. Perkembangan terbaharu ini bakal memberi persaingan sengit kepada Seiko dan Orient. Mengikut desas-desus dari forum Seiko-Citizen; Citizen bakal mengeluarkan jam-jam Promaster diver yang menggunakan Miyota Cal. 8310A... macam mana laa rupa? Pasti akan menggegar kedudukan Seiko Prospex diver dan Orient Star diver. Kita nantikan." - thetick-thetick2020