Tuesday 31 March 2020

Pengetahuan: Jenis-Jenis Tali Jam Tangan Bhg. 2

Sambungan dari bahagian pertama. Seterusnya, diperjelaskan mengenai jenis-jenis buckle, clasp, dan tali logam atau bracelet. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk buckle. Untuk tali-tali bukan logam, kebanyakannya menggunakan jenis pin buckle. Ia berbentuk seperti buckle pada tali pinggang. Tali-tali jenis logam yang pelbagai design pula kebanyakannya diperbuat dari besi tahan karat (stainless steel). Ada juga yang diperbuat dari emas, platinum, dan titanum. Selain bahan logam, ada juga bracelet yang diperbuat dari resin dan ceramic.

Buckle dan Clasp
Buckle dan clasp adalah dua jenis ikatan pada tali jam tangan. Terdapat banyak bentuk buckle, kebanyakannya diperbuat dari bahan logam. Begitu juga clasp. kebanyakan tali-tali kulit, getah, silikon, dan kanvas menggunakan buckle jenis pin (pin buckle). Ada juga yang menggunakan clasp-buckle. Tali jenis logam pula pasti menggunakan clasp. Terdapat dua jenis clasp yang biasa kita temui pada tali-tali logam - scissor clasp dan butterfly clasp atau lebih dikenali sebagai double deployment clasp.


Bahagian-Bahagian Tali Logam atau Bracelet
Terdapat pelbagai terma digunakan bagi merujuk kepada bahagian-bahagian bracelet.

Sebagaimana merujuk kepada bahagian pertama; tali-tali logam terdapat jenis straight end, curved endintegrated end link, dan detachable end link. Untuk bahagian end link, terdapat tiga jenis iaitu standard end link, solid end link, dan solid integrated end link. Ketiga-tiganya disambung kepada watch head menggunakan spring bar ataupun screw pin melalui pinhole.

ClaspMicro Adjustment dan Diver's Extension
Untuk pemadanan saiz jam tangan bertali logam, tali perlu dipendekkan atau dipotong dengan cara menanggalkan beberapa link dari tali yang asal. Link ini biasanya disambung menggunakan screw pin ataupun pin. Jam tangan Seiko menggunakan "pin and sleeve" dan ada juga link-link yang lain disambung menggunakan slot. Setelah link ditanggal dan disambung semula, micro adjustment bolehlah dibuat dengan cara mengalih kedudukan pin atau spring bar yang terhubung pada clasp. Pada sisian clasp biasanya akan terdapat beberapa lubang untuk micro adjustment. Untuk kegunaan penyelam scuba. Tali-tali logam untuk jam jenis ini kebanyakannya menggunakan clasp atau bracelet yang mempunyai diver's extension. Tujuan dibuat extension ini adalah untuk memudahkan penyelam memanjangkan semula tali jam tangan tanpa menambah link pada panjang sedia ada. Ini adalah perlu apabila jam dipakai pada pergelangan yang ditutupi oleh wetsuit penyelam yang agak tebal. Juga di atas pergelangan tangan yang ditutupi oleh sarung tangan. Terdapat dua jenis extension - slide extension dan folded extension. Diver's extension jenis ini biasanya terdapat pada clasp namun untuk jam penyelam Seiko; ada sebahagian daripada model-model jam penyelam mempunyai extension pada link itu sendiri. Ia adalah jenis folded extension.

Tali kulit ada pelbagai saiz. Ramai yang tidak tahu. Tali kulit untuk orang Asia kebanyakannya bersaiz standard. Namun ada saiz XL atau extra large untuk mereka yang mempunya pergelangan tangan bersaiz besar. Tali-tali jam penyelam scuba sememangnya lebih panjang dari saiz tali-tali standard. Ini adalah untuk membolehkan jam tangan dipasang pada pergelangan tangan yang disarung dengan baju penyelam ataupun sarung tangan yang tebal.

Untuk memilih tali kulit, kita disyorkan menggunakan tali di mana bahagian lapisan bawahnya diperbuat dari bahan-bahan kalis air. Bahan-bahan jenis kalis air ini akan menahan peluh yang keluar dari kulit kita daripada menyerap kepada bahagian kulit di lapisan atas tali jam. Penggunaan tali hybrid campuran getah atau silikon bersama kulit juga amat bersesuaian untuk tujuan ini.

Kini terdapat pelbagai jenis tali-tali jam tangan aftermarket di pasaran. Samada tali kulit, getah, silikon, kanvas, mahupun tali-tali logam; padanan yang terbaik adalah sangat penting. Harga-harga turut memainkan peranan kerana ia adalah penentu kepada kualiti dan durability sesuatu tali jam. Cari padanan yang terbaik mengikut watch head jam tangan anda. - thetick-thetick2020 

Saturday 28 March 2020

Pengetahuan: Jenis-Jenis Tali Jam Tangan Bhg. 1

Tali putus! Tali kulit lusuh! Tali besi tak cukup panjang... perlu diganti baharu. Kita cari tali-tali aftermarket sebagai pengganti atau ganti dengan tali dari model yang asal. Bila dipasang, adakalanya jam tangan murah boleh kelihatan mahal. Adakalanya pula, jam tangan cantik boleh kelihatan hodoh atau tidak kena! Bagaimana ini terjadi? Sudah pastinya disebabkan oleh penggantian tali jam yang tidak bersesuaian. Tali jam tangan samada jenis kulit, getah, silicon, hybrid mahu pun besi (atau bahan-bahan logam lain) ada pelbagai jenis, rekabentuk, saiz, dan warna. Begitu juga lug atau bahagian di mana tali disambung kepada watch head atau kepala jam ada pelbagai bentuk dan saiz. Untuk mendapat padanan yang terbaik untuk jam tangan anda, asas-asas ini perlu diketahui. Dari segi harga, ia pilihan masing-masing. Sudah semestinya yang mahal lebih berkualiti. Namun, ada juga yang murah tetapi padan kepada jam tangan anda. Berikut perjelaskan jenis-jenis lug, bentuk sambungan tali, dan terma-terma tali jam tangan yang patut kita ketahui secara umum. Artikel dibahagikan kepada dua bahagian. - thetick-thetick

Jenis-Jenis Lug dan Sambungan Tali Jam
Terdapat tiga jenis lug yang biasa direkabentuk untuk pembuatan jam tangan iaitu open lughooded lug dan fixed lug. Jenis-jenis ini bergantung kepada rekabentuk watch headOpen lug adalah ruang terbuka di kedua-dua hujung watch head atau bahu jam (watch shoulder) di mana terdapat pinhole untuk tujuan penyambungan. Manakala hooded lug pula, pinhole terdapat di bahagian dalam shoulder. Kedua-duanya menggunakan spring bar atau screw pin untuk tujuan penyambungan kepada tali jam samada jenis kulit, getah/silikon, atau bahan-bahan logam (metal). Fixed lug adalah rekabentuk di mana tiada penggunaan spring bar untuk pemasangan ke watch head. Jam-jam tangan fixed lug ini biasanya adalah jam-jam jenis kegunaan tentera dan juga jam-jam vintage yang wujud sebelum terciptanya spring bar. Namun ada juga pengeluar-pengeluar yang masih mengekalkan rekabentuk fixed lug ini untuk model-model jam tangan mereka.

Tali-tali jam disambung kepada kepala jam (watch head) dengan dua cara - integrated dan detached. Integrated adalah dimana tali disambung terus kepada watch head, sementara detached pula adalah rekabentuk di mana keseluruhan tali boleh dipasang dan dibuka menggunakan spring bar atau screw pin. Kebanyakan jam tangan integrated adalah jenis bertali logam.

Tanpa mengira jenis-jenis material yang digunakan, tali yang dipasang pada lug terdapat dua jenis iaitu straight-end dan curved-end. Ini merujuk kepada bahagian hujung (end link atau strap end) di mana tali disambung ke watch head.
Tali Kulit
Terdapat banyak jenis kulit yang digunakan sebagai tali jam seperti cowhide (kulit lembu), alligator/crocodile, ostrich (kulit burung kasawari), shark, stingray, dll. Di sebalik material yang pelbagai, tali kulit diperbuat dengan lima bentuk - straight, tapered, flat, padded, dan semi-padded. Untuk jenis tapered, kebanyakannya pengeluar-pengeluar akan menandakan saiz tapering pada tali jam seperti 20-18 dsbg. 20 bermaksud 20mm saiz pangkal tali manakala 18 bermaksud 18mm saiz di hujung tali. Tali jenis padded adalah tali yang agak tebal. Terdapat lapisan cushion di bahagian dalam tali. Tali jenis padded juga dinamakan sebagai Breitling Type sempena tali jam jenis kulit yang dibuat oleh syarikat Breitling untuk model-model jam pilot keluaran mereka. Jenis semi-padded pula adalah jenis tali yang terdapat padding di bahagian pangkal sementara sebahagianya hujungnya tiada. Bahagian yang tiada padding ini adalah bahagian tali yang terdapat lubang-lubang untuk diikat kepada buckle.

Tali Getah, Silikon, dan Resin
Tali jenis getah atau silikon biasanya dipasang pada jam-jam tangan penyelam scuba ataupun jam-jam sports. Begitu juga resin yang dibuat menggunakan poly compound atau bahan-bahan campuran plastik. Tujuan penggunaan bahan-bahan ini ada kalis air. Terdapat banyak jenis texture pada tali-tali ini. Namun di sebalik pelbagai texture terdapat dua jenis bentuk tali getah, silikon ataupun resin. Mereka adalah jenis flat dan vented. Jenis vented (atau sebahagiannya berlubang) adalah sesuai untuk dipakai semasa aktiviti penyelaman di laut dalam. Vent atau lubang boleh memberi keselesaan kepada pemakai semasa berada pada tekanan tinggi di dalam air. Kebanyakan tali-tali jenis ini agak tebal berbanding tali-tali jam tangan yang biasa. Jam G-Shock mampu digunakan pada tahap kedalaman hingga 200 meter di dalam air. Maka itu, hampir semua tali-tali jam tangan G-Shock adalah jenis vented. Begitu juga tali-tali jam tangan penyelam yang lain.

Tali Kanvas
Tali kanvas adalah jenis tali yang menggunakan bahan-bahan tenunan seperti cotton-wovennylon, dan Cordura. Tali-tali jenis ini biasanya digunakan pada jam-jam tangan lasak seperti jam-jam tentera (military) ataupun outdoor. Berikut adalah jenis-jenis tali kanvas aftermarket yang terdapat di pasaran. Bahagian-bahagian tali yang diperbuat dari logam dipanggil hardware. Untuk tali-tali kanvas, bahagian-bahagian hardware ini adalah buckle, keeper, dan loop yang terdapat pada tali jam. Sebagai contoh, tali jam NATO yang diperbuat dari kanvas jenis nylon kebanyakannya menggunakan buckle yang diperbuat dari logam dan mempunyai standard 3 loop dari bahan yang sama bertujuan untuk disarung pada watch head melalui lug. Begitu juga tali jenis parachute yang berasal dari negara Perancis. Ia menggunakan hardware dari jenis logam untuk mengubah saiz dan mengikat kedua hujung tali jam.

Tali Hybrid
Tali hybrid adalah tali-tali gabungan bahan. Antara yang paling popular adalah gabungan silikon dan kulit. Bahagian bawah diperbuat dari silikon dan bahagian atas daripada kulit. Tujuannya adalah untuk memberi daya tahan. Bahagian bawah dari bahan silikon ataupun getah untuk kalis peluh/air dan bahagian atas dari kulit untuk aesthetic. Ada gabungan lain seperti getah dan kanvas. Ada pula logam dan resin.

Bersambung di bahagian kedua.

Wednesday 25 March 2020

Tick-Talk: Seiko Samurai Bhg. 2

"Mahal... memang mahal. Pasal titanium Samurai JDM ni memang jenis grade tinggi. Pasal tu warna dia kekal tak berbelang-belang. Titanium alloy, bahan logam yang ringan tapi tahan calar. Boleh cecah harga 5 ribu sebijik. Nak carik pun payah. Dah kira rare model... itulah kisah model-model Samurai keluaran 2004-2008. Makin payah nak jumpa. Kalau yang LE tu lagi la... mega rare! Bukan tu jeh, ada model-model generasi kedua pun payah nak dapat. Masuk aje pasaran... abis kolektor pulun. Macam Wak Asan! Asal ada aje spesies baru, abis dia tangkap masuk sangkar dia. Penternak jam diver Seiko paling berjaya seantero Malaysia. Ha-ha, ikuti sambungan cerita Samurai Jepun nih". - thetick-thetick2020
Generasi Kedua, Rekabentuk Terkini
Di bahagian pertama, secara ringkas segala perbezaan antara model generasi pertama standard/international edition, generasi pertama limited edition, dan generasi pertama JDM sudah diperjelaskan. Apa yang menarik pada generasi kedua selain dari penggunaan movement terkini 4R35? Berikut, pictorial review ringkas model generasi kedua SRPB09K1 Samurai Blue Lagoon sebagai contoh.
Side Profile - Angular design. Berbanding generasi pertama, generasi kedua lebih "clean" dan kelihatan "solid". Crown Guard juga alami perubahan - lihat gambar kecil di gambar bawah. Pandangan sisi crown guard lebih tirus bagi memudahkan crown untuk dioperasikan.
Bracelet End Link - Solid integrated end link. Lebih "simple". Bracelet end link selaras dengan hujung watch case.
Bracelet - Mengekalkan bentuk 3-piece link. Sebahagian centre link digilap.
Dial Setting dan Bezel - Facelift dari generasi pertama JDM. Generasi kedua menggunakan jarum standard arrow and sword. Conical minute indices - lebih detail dengan seconds index untuk setiap minit. Minute marker lebih besar memberikan lume yang lebih terang dan jelas. 120 click bezel, memang terasa padat tetapi lancar apabila diputar.
On the Wrist - Ergonomic. Diameter 44mm Tinggi 13mm. Besar? Angular design, sungguhpun saiznya besar namun sesuai untuk semua saiz pergelangan tangan. 
Jika kita bandingkan rekabentuk model-model dari dua generasi Samurai ini, kita boleh merumuskan bahawa rekabentuk model generasi kedua yang ada dipasaran sekarang adalah berasaskan model generasi pertama JDM. Segala ciri-ciri yang ada pada model generasi pertama JDM ada pada generasi kedua. Cuma terdapat beberapa bahagian yang mengalami facelift dan clean-up untuk kelihatan lebih ringkas tetapi compact.


Generasi Kedua Yang Menjadi Jadi Buruan
Strategi pemasaran Seiko sejak mutakhir ini lebih tertumpu kepada model-model yang disasarkan kepada Seikophiles (peminat Seiko) yang menginginkan kelainan. Seiko seolah-seolah mula menghadkan pengeluaran model-model standard tetapi dalam masa yang sama mengeluarkan model-model yang agak berlainan dari segi kosmetik melalui edisi terhad, special edition, dan hanya beberapa model JDM. Ini kita akan dapati pada model-model penyelam Seiko yang menjadi tumpuan seperti Seiko Turtle dan Seiko Samurai. Model-model bukan standard inilah yang menjadi buruan. Berikut, selain dari model SRPB09 Blue Lagoon; lima lagi model-model Samurai generasi kedua yang menjadi buruan Seikophiles di seluruh dunia setakat ini.
Orange Samurai. Model yang popular dikalangan peminat-peminat Seiko di Amerika. Walaupun ia adalah model international edition namun jarang ditemui di pasaran Asia dan Eropah.
Samurai Zimbe Six. Edisi khas Thailand. Terhad kepada 1500 unit. Model ini menggunakan sapphire crystal yang mempunyai cyclops dan waffle dial. Kombinasi black and gold, model ini menggunakan black PVD bezel.
 Mendapat jolokan The Dawn Grey, model SRPD03 ini adalah model yang dibuat khusus untuk pasaran Eropah dan terhad kepada 2018 unit. Terdapat kembar seiras model ini iaitu Seiko Turtle Dawn Grey. Model ini menggunakan waffle dial. Kombinasi tona grey dan orange yang menarik.
Samurai Zimbe Nine. Model Zimbe ini mempunyai ciri-ciri kosmetik yang sama seperti Zimbe Six kecuali dial settingnya berbeza. Ia kelihatan seperti dial setting pada model Seiko 62MAS. Edisi Zimbe Nine ini terhad kepada 1300 unit.
Model terbaharu tahun 2019 siri Samurai. Model yang mendapat panggilan The Green Hulk ini dibuat di negara Jepun. Ia adalah model untuk pasaran domestic - JDM. Hampir keseluruhan dial dan bezel setting menggunakan tona emerald green disamping sedikit markings berwarna kuning.

Model-Model Baharu Tahun 2020. Generasi Ketiga?
Dari komentar-komentar di blogosphere dan laman rasmi Seiko, terdapat model-model baharu untuk siri jam penyelam Samurai. Seperti Seiko King Turtle dan Seiko Monster; model-model terbaharu Samurai ini turut mengalami major facelift terutamanya pada bezel dan dial settings. Begitu juga penggunaan cyclops pada crystal model-model tersebutKelainan yang paling ketara untuk Samurai model baharu ini adalah bezel indices. Tiada lagi time lapse marker 15 atau 20 minit. Selepas tiada lagi signature asal Samurai seperti jarum-jarum Daisho dan time lapse marker pada bezel; apakah major facelift terbaru ini dianggap sebagai peralihan generasi Samurai? Generasi ketiga? Berikut, beberapa model baharu Samurai yang bakal memasuki pasaran. Model-model ini adalah berdasarkan sumber dari Seiko tatkala artikel ini dibuat. (nota: gambar diolah dari sumber Seiko Catalogue, Mac 2020).
Model-model baharu. Ha-ha, aku tak minat jam-jam yang ada cyclops!
"Jam Seiko Turtle tiruan jenis tukun-tukun hebat guna movement SII NH35 dah ada kat pasaran. Jangan laa ada pulak Samurai celup! Ada yang minat, ada yang tak suka Seiko Samurai ni. Bagi aku... sebagai peminat Seiko, model-model signature macam Samurai ni kita patut ada. Buat pilihan... tak dapat beli model LE atau SE, model standard Samurai re-issue pun menarik. Terpulang... Samurai ni jam yang nampak SERIOUS! Ok. Tunggu artikel komentar Tick-Talk seterusnya" - thetick-thetick2020   

Monday 23 March 2020

OTW: Siri Pengetahuan Asas-Asas Jam Tangan

"Dalam tempoh Arahan Kawalan Pergerakan disebabkan wabak Covid 19 ni banyak masa terluang kat rumah. Sambil-sambil buat kerja ofis online, indoor exercise, dan aktiviti lain kat rumah... boleh laa belek-belek, repair, dan servis jam tangan. Blogging!??? Ha-ha... banyak artikel-artikel yang tertangguh sebelum ni. Terutamanya pengetahuan asas-asas jam tangan. Ada yang masih dalam peringkat draft, ada yang final edit dan ada yang dah siap dan dijadualkan untuk posting ke blog. Aku tak buat guna bahasa ubi kentang!!! He-he, buat dalam Bahasa Malaysia pasal jarang sekali jumpa artikel-artikel berkaitan dalam bahasa ni. Ada gambar, ilustrasi dan grafik untuk mudah faham. Subjek-subjek teknikal tapi santai bahasa. Sekadar nak kongsi ilmu yang tak seberapa ni..." - thetick-thetick2020

Tersenarai di bawah, artikel-artikel pengetahuan asas jam tangan yang bakal tersiar di blog:
  • Jenis-Jenis Tali Jam Tangan - Jenis-jenis dan terma-terma yang digunakan untuk tali jam tangan. Apa yang perlu kita tahu sebelum mencari tali yang sesuai dengan jam tangan kita? Tali kulit, tali getah, tali silicon, tali hybrid dan tali dari bahan-bahan logam (bracelet).
  • Asas Kalendar Jam Tangan - Fungsi fizik perpetual motion dan perpetual calendar. Bagaimana kalendar berfungsi apabila dipacu oleh timekeeper? Mengapa kalendar jam tangan rosak? Apa beza kalendar jam Swiss dan Jepun?
  • Kuasa Jam Tangan Mekanikal - Fizik mengenai mainspring barrel, manual winding dan automatic winding. Bagaimana autonomous operation berlaku pada jam tangan mekanikal berfungsi dan bagaimana power reserve dikira.
  • Regulator Jam Tangan Mekanikal - Fizik dan pengiraan amplitude, angle, dan frequency pada regulator jam tangan mekanikal. Apa fungsi escape wheel, pallet, balance wheel dan hairspring
  • Ketepatan Perakam Masa Jam Tangan Mekanikal - Apa yang membolehkan jam tangan merakam masa dengan tepat? Apakah bahagian-bahagian (movement parts) yang memacu pergerakan perpetual motion yang membolehkan ketepatan masa dirakam dan apakah kekangan yang wujud antara mainspring, transmission wheels, dan regulator. Apa pentingnya constant power distribution? 
  • Accuracy Test, 6 Position Heat and Cold - Asas ujian ketepatan movement-movement jam tangan. Ujian berasaskan Swiss C.O.S.C. dan Japanese Institute of Standard untuk ketepatan jam tangan mekanikal.
  • Water Proof, Water Resistant - Apa yang kita perlu tahu tentang water proof dan water resistant? Tidak sama? Bagaimana sukatan di buat? ATM, BAR, dan Meters; apakah fizik-fizik yang digunakan untuk sukatan dibuat bagi ketahanan atau kalis air. Apa yang perlu kita buat untuk mengekalkan jam tangan supaya sentiasa kalis air?
  • Apa Itu Tourbillon? - Perkataan sukar disebut. Bahasa Perancis (sebut ter-byon). Apa itu tourbillon? Ada hanya pada jam-jam tangan mewah. Apa fungsi tourbillon? Apa kemajuan teknologi tourbillon? Apa kaitan tourbillon dengan gravity?
  • Apa Itu Luminous Compound? - Sejarah penggunaan luminous compound. Apakah ia? Apa bahan-bahan yang digunakan? Jenis-jenis compound yang berjenama. Yang mana bagus?
  • Jenis-Jenis Logam Pembuatan Jam Tangan - Material world! Apakah logam-logam yang digunakan untuk pembuatan jam tangan? Apakah kandungan logam-logam tersebut dan daya tahan setiap bahan? Emas, bronze, stainless steel, titanium, resin, ABS plastic, pelbagai logam campuran (aloy) dan carbon fibre.
"Ekonomi rakyat bakal terjejas akibat wabak covid nih. Simpan duit. Tak perlu beli jam tangan baru. Sambil belek-belek, belai-belai jam tangan yang ada tuu... elok belajar. Asas-asas, pengetahuan mengenai jam tangan. Aku nak buat video tak reti, lagipun suara macam Donald Duck! Hehe... sekadar mampu je lahh. Buat grafik... ilustrasi dan amik gambau! Ok. Semoga terus sihat dan selamat di musim wabak ni. Stay at home! Nantikan kemunculan artikel-artikel ni." - thetick-thetick2020

Sunday 22 March 2020

Tick-Talk: Seiko Samurai Bhg. 1

"Masih segar dalam ingatan. Tak lama, tak sampai setahun lepas beli... aku jual Seiko Samurai yang ada dalam koleksi. Tak minat, case dengan tali dia semacam jehh... tak kena kat tangan. Itulah cerita-ceriti aku sekitar tahun 2006/07 dulu. Samurai standard SNM011K1. Ingat ada laa kosmetik baru tak pun upgrade untuk model-model Samurai nih. Laaa... penghujung tahun 2008 Seiko henti buat Samurai. Takpa. Kira barang rare laa lepas tu. Tak minat, tak rasa nak carik. Tapi bila keluar model re-issue Februari 2017. Mak ai... cun pulak. Nasib baik Wak Asan ada simpan... SRPB09K1 Limited Edition Blue Lagoon. Ni laa aku punya... The Last Samurai. Camna pun, Samurai Jepun ni jam tangan yang aku rasa agak terserlah. Mempamerkan keunikan seni dan tradisi kerja-tangan masyarakat Jepun yang sebenar... waris golongan Samurai. Jam Samurai, ada model-model yang jadi buruan. Harga boleh tahan! Ikuti kisah Samurai ni. Agak panjang, jadi aku buat dua bahagian. Terlebih dahulu, credit kepada Encik Hassan Detikduabelas yang turut menyumbang bahan-bahan untuk artikel ni." - thetick-thetick2020


Nama Panggilan Samurai

Jam-jam penyelam Seiko mempunyai signature design tersendiri. Dari signature-signature design inilah terciptanya nama-nama panggilan seperti Tuna, Turtle, Monster, Mohawk, Stargate, dsbg. Kepada peminat-peminat Seiko, nama panggilan Samurai diambil sempena bentuk jarum jam yang kelihatan seperti pedang Jepun atau pedang Samurai. Jarum hours dan minute sepasang seperti Daisho - pedang utama/panjang Katana dan pedang pendek Wakizashi/Tanto. Bukan hanya jarum; watch case (dan watch shoulder) model ini kalau dilihat dari sisi akan kelihatan seperti bahu pahlawan Samurai yang dipakai dengan baju perisai.


Tiga jenis pedang Daisho yang berbeza pada jarum-jarum jam Samurai generasi pertama.

Generasi Pertama 2004 Hingga 2008

Ada komentar-komentar di forum dan blog mengatakan dari tahun 2004 hingga 2008 terdapat dua generasi Samurai. Ada pula yang yang menyatakan semuanya sebagai satu generasi, generasi pertama. Perbezaan pendapat ini adalah berdasarkan perbezaan pada tali, jarum, dan dial marker pada model-model Samurai ketika itu. Jika kita lihat pada model reference, terdapat tiga edisi. Pertama model standard atau international edition SNM, kedua model limited edition SNM dan yang ketiga model JDM SBDA. Ketiga-tiganya mempunyai perbezaan dari segi material, rekabentuk, dan dial setting. Model rujukan standard adalah SNM009K1, SNM011K1, dan SNM033K1. SNM033K1 yang dikenali sebagai Black Samurai adalah untuk pasaran Amerika Utara. Ia kelihatan hampir sama dengan SNM011K1. Model limited edition yang dianggap sebagai mega rare oleh peminat-peminat Seiko pula adalah rujukan SNM015K1, SNM017K1, dan SNM019K1. Model SNM019K1 hanya dikeluarkan oleh Seiko sebanyak 300 unit untuk pasaran antarabangsa sementara SNM015K1 dan SNM017K1 terhad kepada 500 unit bagi setiap model. Model-model rujukan JDM adalah SBDA001, SBDA003, dan SBDA005. Model-model JDM ini diperbuat dari logam titanium gred tinggi.
Model standard/international edition. Kiri SNM009K1. Kanan SNM011K1.
Edisi terhad lagi mega rare juga dikenali sebagai Samurai Ninja.
Model Titanium JDM. Kiri SBDA005. Kanan SBDA001.
Model JDM SBDA003. Buruan penternak Seiko.
Model-model generasi pertama ini menggunakan movement Seiko Cal. 7S35. Ia adalah upgrade kepada Cal. 7S25/26 - 3 hands date movement. Beza Cal. 7S35 dan Cal. 7S25 adalah Cal. 7S35 menggunakan Spron 510 mainspring. Pada ketika itu Cal. 7S35 hanya digunakan untuk model-model Seiko Superior dan Seiko Premium, maka penggunaannya pada model Samurai merupakan movement upgrade kepada jam-jam penyelam Seiko. Kini, selepas lebih sedekad; model-model generasi pertama ini dikategorikan sebagai rare kerana pengeluarannya yang terhad dari tahun 2004 hingga 2008. Sepasang jam Samurai JDM SBDA yang diperbuat dari titanium kini boleh mencapai harga sehingga lima ribu ringgit. Model-model standard juga bernilai tinggi.

Generasi Kedua, 2017 Hingga Sekarang

Selepas hampir sedekad, Seiko mengembalikan semula jam penyelam Samurai ke pasaran melalui model re-issue pertamanya SRPB09K1 Limited Edition yang mendapat jolokan nama Blue Lagoon. Model re-issue pertama ini dikeluarkan secara terhad sebanyak 6 ribu unit untuk pasaran antarabangsa. Ia dilancarkan pada bulan Februari 2017. Terdapat beberapa perubahan atau facelift pada bracelet, dial setting, dan watch case generasi baharu ini. Jika diperhatikan, rekabentuknya adalah berasaskan model-model JDM generasi pertama. Model generasi kedua ini lebih compactNamun, signature asalnya sudah hilang! Tiada lagi jarum Daisho seperti bentuk pedang-pedang Samurai. Seperti generasi pertama, generasi kedua Samurai ditawarkan dengan pelbagai model standard, special editionlimited edition dan JDM.
Generasi kedua. Blue Lagoon SRPB09K1 LE, model re-issue pertama Samurai.

Perbezaan Antara Generasi

Movement

Generasi pertama menggunakan Seiko Cal. 7S35, generasi kedua menggunakan Seiko Cal. 4R35. Seiko 7S35 tidak mempunyai fungsi manual-winding dan tiada hacking function berbanding 4R35. Kedua-duanya mempunyai frequency yang sama 21,600bph, power reserve +/- 41 jam, dan menggunakan Spron 510 mainspring.
Seiko Cal. 7S35 dan Cal. 4R35 adalah berasal dari DNA Cal. 7S25/26. Antara movement terbaik yang dikeluarkan oleh Seiko Instruments Inc.

Dial Setting dan Bezel Index

Terdapat empat perbezaan dial setting. Generasi pertama standard edition mempunyai jarum yang agak kecil sementara generasi pertama JDM pula mempunyai jarum yang agak besar/lebar. Jarum generasi pertama edisi terhad pula menggabungkan dua tona pada jarum hour dan minute. Model-model generasi kedua pula menggunakan jarum seperti arrow dan sword seperti yang terdapat pada model-model penyelam Seiko terkini. Jarum saat pada ke empat-empat versi ini berbeza. Dari segi bezel indices, terdapat dua perbezaan. Generasi pertama versi standard dan limited edition mempunyai time lapse marker 20 minit dan numeral markings 25-35-45-55 minit. Generasi pertama JDM dan generasi kedua pula hanya ada time lapse marker untuk 15 minit dan numeral markings 20-30-40-50 minit.
Empat dial setting yang berbeza pada generasi pertama dan kedua. Bezel index pada generasi pertama JDM dan generasi kedua mempunyai time lapse marker 15 minit. Generasi pertama standard/international edition pula 20 minit sama seperti generasi pertama limited edition.
Lain dari yang lain. Model limited edition generasi pertama menggunakan marker dan indices jenis inner ring. Jarumnya pula mempunyai dua tona.

Watch Case Profile

Generasi pertama standard dan limited edition tiada crown guard. Crown guard cuma ada pada generasi pertama JDM dan model generasi kedua. Side profile pada casing semua model generasi pertama mempunyai aesthetic design berbentuk seumpama pin atau rivet yang terpasang pada bahagian tepi watch case. Tiada pada generasi kedua.
Generasi pertama standard dan limited edition, tiada crown guard. Seperti model SNM033K1 "Black Samurai" di atas, terdapat dua bulatan seperti pin rivet pada bahagian tepi watch case.
Gambar kecil - side profile generasi pertama JDM. Generasi kedua (gambar utama) lebih clean tiada pin rivet. Kedua-duanya mempunyai crown guard namun crown guard pada generasi kedua lebih tirus berbanding generasi pertama JDM yang agak tebal.

Bracelet

Terdapat perbezaan ketara anda kedua-dua generasi. Generasi pertama standard dan limited edition mempunyai bracelet end link yang berbeza berbanding model-model JDM. Begitu juga end link pada generasi kedua. End link pada generasi kedua lebih ringkas dan kelihatan compact. Kesemua model-model dari dua generasi ini menggunakan bracelet yang mempunyai bahagian centre link yang digilap (polished). Model-model dan generasi yang berbeza ini menggunakan clasp yang sama dan mempunyai diver's extension.
Tiga bracelet end link yang berbeza. End link pada generasi kedua nampak lebih kemas dan sama aras dengan hujung watch case. Generasi pertama, kedua-dua jenis bracelet end link kelihatan agak panjang melebihi hujung watch case.
Sambungan di bahagian kedua. Apakah model-model generasi kedua yang menjadi buruan peminat-peminat jam penyelam Samurai setakat ini?

Wednesday 18 March 2020

OTW: The Last Samurai

Samurai... mereka adalah keturunan bangsawan tentera dan pangkat pegawai dari zaman dahulu sehinggalah zaman awal pemodenan Jepun. Dari abad ke 12 sehinggalah penghapusan mereka pada sekitar tahun 1870. Pada tahun 1870, golongan Samurai mewakili 5 peratus dari penduduk Jepun. Mereka mempunyai kedudukan tinggi dan mempunyai keistimewaan dalam masyarakat Jepun seperti memakai dua jenis pedang. Memori Samurai dan persenjataan mereka kekal terpahat dalam budaya popular Jepun. Pedang Jepun (pedang Samurai) adalah sinonim dengan golongan Samurai. Daripada Chukota pada zaman Nara sehinggalah The Ultimate Katana, pedang-pedang pahlawan ini telah dibuat dan ditambah-baik oleh pakar-pakar pedang sejak dari zaman ke zaman, dari generasi ke generasi. Pedang yang kecil atau companion sword seperti Wakizashi dan Tanto telah dibuat dengan begitu sempurna melalui proses yang amat rumit dan halus. Kombinasi pedang kecil dan pedang utama yang dipanggil The Daisho ini mempamerkan tradisi sebenar tentang kepakaran Jepun melakukan kerja-kerja seni pertukangan besi.


Kepada peminat Seiko, nama panggilan Samurai adalah merujuk kepada jam tangan penyelam yang dikeluarkan pada tempoh yang singkat dari tahun 2004 sehinggalah tahun 2008. Bentuk jarum tangannya yang kelihatan seperti pedang adalah sebab mengapa jam tangan tersebut dinamakan sebagai Samurai. Jam tangan Seiko Samurai ketika itu menggunakan movement 7S35 (Cal. 7S25/26 upgrade). Ia dianggap sebagai jam tangan yang lasak dan "serious looking divers" sebelum dihentikan pengeluarannya pada sekitar hujung tahun 2008. Antara yang diburu oleh peminat-peminat Seiko adalah jam model-model JDM (Japanese Domestic Model) yang diperbuat dari logam titanium dengan rujukan model SBDA. Hampir sedekat kemudian, Samurai kembali ke pasaran dengan model keluaran semula (re-issue) Limited Edition yang dinamakan sebagai Samurai Blue Lagoon. Dengan rujukan model SRPB09K1, Samurai ini memasuki pasaran pada bulan Februari 2017. Ia menggunakan movement terkini dari DNA Cal. 7S25/26 dengan fungsi "hacking dan manual winding" iaitu Cal. 4R35. Seperti keluaran 2004-2008; jam tangan Seiko siri Samurai ini mempunyai banyak model-model pilihan. Namun disebalik pelbagai cosmetic dan aesthetic yang dapat kita lihat pada model-model terbaharu; kita boleh kenal pasti bagaimana jam penyelam seperti Samurai ini telah diperhebat hasil dari tradisi dan kesenian Jepun dalam melakukan kerja-kerja seni pertukangan besi. Nantikan artikel seterusnya mengenai Samurai Jepun ini... The Last Samurai. - thetick-thetick2020     

Sunday 15 March 2020

Review: J.Springs Automatic J Model NPEA007Y

J.Springs was introduced as a brand by the Seiko Instruments Inc. (or the SII) in 2001. As such, it is not surprising that we found Seiko movements powering the J.Springs quartz and mechanical models. Correction! Don't get it wrong. It is not the Seiko movements powering J.Springs. It is SII movements that power both Seiko and J.Springs. As I mentioned in my last preview on the BBH102 J.Springs sports diver, I acquired this Tudor Ranger look alike from a Lazada online store. The J models NPEA007Y field watch. Hmmh... if the watch case is square, it looks like the Bell & Ross pilot watch. Read below, my review on this Jap.– thetick-thetick2020

The J.Springs J Model
The J.Springs 'J' model was introduced in 2009, eight years after the brand entered the market. The J models are developed with a new concept of "back to basic'. Building on all the expertise in watchmaking, the company use the classic know-how partnered with a modern design. The J models were benchmarked as the higher line among the J.Springs products. They are fully made in Japan.

Specification and Pictorial Review
  • Reference/Model No. - NPEA007Y
  • Movement - SII Cal. Y675 Rev. C (Y675C), 3 hands date, 21 jewels automatic, 41 hours power reserve, 21,600bph, non-hacking and manual-winding, quick-set date 
  • Watch Case - stainless steel, 44mm diameter, 13mm height, 51mm tip to tip, 22mm lug width
  • Case Back - stainless steel exhibition screw case back
  • Watch Crystal - mineral crystal
  • Strap - leather with pin buckle
  • Luminous Compound - not stated
  • Water Resistance - 10 ATM / 100m / 330 ft
Read below, my pictorial review on this J.Springs J model.

A simple looking field watch... a pilot watch! This 3 hands-date timekeeper is cased in brushed and polished stainless steel. The indices, the brand name, and the watch references are printed in white on a matte black dial. Nothing shiny. The minute markers are a combination of baton shape and numeral at 3, 6, 9 and 12. Like the dial setting on the 'Bell & Ross' pilot watch.
The hour and minute hands are broad. It is combination of arrow and pencil pointers like the 'Tudor Ranger'. The seconds hand is painted with red on the 'lolly pop' tip. Besides the red, the entire hands are painted with silver. To blend with the silvery hands, the minute markers are also made with silver lining. The date aperture is positioned in between the four and five. (Note: it is 10:11p.m. The date is in transition so the number is off-centre). Silver print on black disc, the date matches the entire dial setting.
From this angle, we can see the depth of the dial. The minute markers are not printed but fitted onto the dial. They are slightly thick and raised above the surface. The bezel inner ring is brushed. Not shiny and no reflection onto the matte dial when exposed to bright surroundings.
This close-up shows the silvery settings. At 12 position, the dial is printed with the J.Springs brand and fitted with 'J badge or emblem' to mark the model category.
Side profile. A combination of polished bezel side and all brushed watch case. The case shoulder is recessed with almost triangular shape at both tips and aligned with the case lid underneath. 51mm tip to tip is considered big but the watch can hug even the smaller wrist.
We can see the workhorse used on this J model through the exhibition case back. The watch is using the SII Cal. Y675 made in Japan automatic movement. Similar to the Seiko Cal. 7S25 an the Pulsar PU4053. All the watch references are finely engraved.
Green and turquoise luminous compound. The lume glows quite bright but not so immense like the Seiko Lumibrite.
The watch comes with a tanned brown leather strap with white stitches. I don't quite like the two studs on the leather strap. It makes the watch look like a vintage pilot. I would prefer the field watch look, more versatile.
On my 17cm wrist. The watch looks 'normal', not so zilla-size! Nowadays, big size is standard for casual watches. I really like the combination of black matte dial and plain brushed bezel. The red tip on the seconds hand is so noticeable to tell you that the time is running... running fast!

My Opinion on this Watch
  • The function – A standard daily timekeeper. The contrast between the big matte black dial and the broad hands make the watch easy to read. 100m WR is good for outdoor activities.
  • The design – A very versatile looking timepiece. Depends on the strap used, it can turn to pilot watch or field watch. If we put on the crocodile or alligator leather strap, it will look like a modern dressage. The other variant NPEA005Y comes with oyster-styled bracelet, looks sporty and dressy.
  • The construction – The stainless steel grade is good. Although not stated, it looks and feels like the 316L steel. Slightly heavy. The thick mineral crystal is great. A combination with matte dark dial makes the watch readable on every angle, non-reflective. Overall it is a solid watch. 
  • Wearing comfort – The weight of the watch is noticeable because of the steel material and watch size. The case shoulder and the underneath are curvy to provide wearing comfort.  
“Lately, Seiko is quite boring! No new models to venture. What they have in their new lines are models with different cosmetics. That makes me explore other brands. What's next? Analogue chronograph! The digitals do the timing better. Can't read that small tiny hands and register though. Ah-ha, a GMT. 4 hands automatic or swiss quartz can do. Search... get the best money can buy. Okidoki, wait for the next watches review. Thank you for visiting my blog.” – thetick-thetick2020