Saturday 25 April 2020

OTW: 3 in 1... Modern Vintage

We have to admit that the wave has yet to subside. Watchmakers around the globe, one after another join the bandwagon. Producing modern vintage timepieces. From the expensive to the cheapest, these watches remind us of the old days. They come with various themes and propositions – homage, re-issue, commemorative, or truly new modern vintage. Some are produced in limited numbers. Names like Omega, Rado, Oris, Longines, and few other Swiss manufacturers have reproduced their famous vintage models from the golden years in similar looks and settings but with modern touch. Likewise Seiko and Orient also produces their popular models from the 70s. The marketing point here is the façade - the vintage look and not so much of the movement inside. Be it mechanical or quartz, there are many out there to hunt for. 
I won't buy expensive modern vintage. I would rather have the real vintage because it retains the true intrinsic value and history. But sometime, these modern vintages can be very tempting! Set for a small budget, I search for one. Just for the sake of fun to collect and nice to strap on… brand new. Lucky, I got the last piece from an online store in Malaysia. Can't find it anymore... sold out! It is a limited edition modern vintage. A very familiar and famous design… I like to call it 3-in-1! One watch with three brands! Wait for my review on this modern vintage. - thetick-thetick2020

Monday 20 April 2020

(!) 100th Blog Post

Isnin, 23hb November 2009. Itulah tarikh artikel pertama dipos ke blog ini... dan yang ini pula adalah yang ke 100. Lebih 10 tahun berkarya, kejap-kejap terkucil berhenti... sambung balik... sibuk lagi... sambung balik. Dalam pada henti sambung henti sambung... page view terkini sudah mencecah hampir setengah juta dari pembaca seantero dunia. Banyak feedback dan pertanyaan yang aku terima melalui email. Maaf, komen-komen memang tak terlayan maka kini ruang komen dibekukan. Dari feedback yang aku terima, ramai suruh buat artikel pendek-pendek... kira macam cerpen (cerita pendek). Boring baca artikel panjang-panjang. Akan tetapi... dalam menyampaikan sesuatu subjek yang teknikal, perlu menyeluruh. Ada contacts atau hubungkait dengan pelbagai perkara. Maka subjek-subjek teknikal pasti agak panjang. Namun kini aku cuba pendekkan dengan visual... ilustrasi. Sejak awal mula pertama mula, memang ramai suka nengok gambar-gambar... gambar jam. Pasal itu bila review jam-jam tangan, gambar lebih celoteh kurang! He-he.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada blog follower yang setia mengikuti blog ini dari dahulu hingga sekarang. Juga kepada mereka yang baru mengenali blog yang tak seberapa ini. Kepada yang singgah sekali sekala tuu... terima kasih juga buat anda. Hari-hari kita tambah ilmu. Dalam berkarya, aku ni memang banyak buat research, buat analisa, susun kata-kata santai... sekadar berkongsi ilmu. Dunia Horology memang sentiasa berubah, namun asas atau fundamental masih sama. Saban hari kita akan dengar dan lihat perkembangan terbaharu. Penuh keunikan dan keasyikan kepada yang faham dan minat. Teruskan membaca dan buat carian di blog ini. Banyak artikel-artikel lama yang tetap relevant sampai sekarang. Kepada pembaca-pembaca yang ingin menyumbang, boleh sebarkan artikel-artikel yang anda rasa menarik untuk dikongsi bersama rakan-rakan media sosial. Aku dah sediakan link untuk dipanjangkan ke facebook dan tweeter. Sekali lagi... terima kasih daun keladi, jangan lupa singgah lagi. Horology for Unity (H4U). - thetick-thetick2020

Wednesday 15 April 2020

Review: Citizen Homer Phynox 21 Jewels Vintage 60an

"Beli jam-jam tangan vintage ni adakalanya berisiko rosak. Biasa laa... barang lama... barang antik! Kalau beli yang murah-murah tu kompom tak pernah servis! He-he. Tu laa dia, dalam masa PKP ni la aku berkesempatan repair dan servis jam. Dekat seminggu buat sikit-sikit. Polish balik watch case dengan acrylic crystal tuu... timing setakat sehari dua ni okey. Tak laa lambat berminit-minit dan tak laa cepat. Jam vintage 60an Citizen Homer PHYNOX." - thetick-thetick2020
Sejarah Citizen Homer
Tidak dapat dipastikan mengapa Citizen menggunakan nama Homer. Namun ia adalah merujuk kepada hand-winding movement; antara workhorse terbaik yang pernah dikeluarkan oleh syarikat matahari terbit ini dari tahun 1960 sehinggalah awal tahun 80an. Movement Homer ini dirujuk sebagai Citizen Calibre 0200 dan Calibre 0201 yang mempunyai movement revision 17 jewels, 19 jewels dan 21 jewels. Ia mula digunakan pada jam tangan Citizen sekitar tahun 1960. Variasi movement ini telah digunakan pada Citizen Homer dan Citizen Newmaster untuk model-model jam kunci 3 jarum tanpa haribulan. Movement ini telah dibangunkan oleh usahasama Citizen dan The Rhythm Time Company - syarikat bersekutu kepada Citizen. Tujuan usahasama yang bermula sejak tahun 50an ini adalah untuk mengeluarkan jam-jam tangan bersaiz kecil sesuai dengan trend pasaran dan pemasaran untuk golongan-golongan muda. Yang pastinya, jam-jam tangan Citizen Homer di era tersebut dibuat di Jepun sepenuhnya.
Citizen Homer Cal. 0201. 21 jewels, 5bps/18,000bph, hand-winding, 3 hands, no date, +/-36 hours power reserve.

Citizen Homer Vintage 60s Review
Terdapat permasalah pada jam tangan Citizen Homer ini. Lihat gambar di bawah. Screw pada ratchet wheel yang memegang mainspring barrel telah patah! Apabila bridge yang memegang centre wheel, intermediate wheel, dan escapement wheel dibuka; kelihatan banyak tompokan minyak pada pivot!!! Ini bermakna movement perlu diservis. Seusai dibaiki, diservis, dan digilap inilah hasilnya. Berikut sedikit pictorial review untuk jam tua ni... tidak laa tua, lebih dari 50 tahun. Jika rujuk pada WHO, masih muda lagi!
Rosak. Kena laa baiki... pandai-pandai. Takda spare parts!!! Ratchet wheel boleh tanggal bila jam dikunci. Ha-ha. Aku guna steel adhesive untuk pastikan ratchet wheel terus bergerak tanpa tertanggal dari kedudukan bila mainspring berputar.
Habis terbarai... movement jenis macam ni tak banyak parts. Simple. Mudah diservis. Assemble pun tak lama. Cuma kena hati-hati... barang lama daa.
Masih mulus! Jam kombinasi warna emas dan perak. Case diameter 35mm. Tip to tip 42mm. Saiz standard jam-jam tahun 50an hingga penghujung 60an. Parashock adalah merujuk kepada balance wheel shock absorber mechanism yang dibangunkan oleh Citizen.
Decorative dial. Silver sunburst dial, berbentuk cembung dengan engravings yang membahagikan minute indices untuk perakam waktu. Jarum tembaga bersadur emas. Jenis standard untuk jam-jam tangan dressage pada tahun 50an hingga 60an.
Two-piece case yang agak nipis. Ketebalan dari case back ke top dome acrylic crystal dalam 8mm. Crystal asal sudah retak seribu. Tukar baru, agak sedikit tebal dari model asal.
C.G.P watch case. Ini adalah merujuk kepada Copper Gold Plated. Case tembaga yang disadur emas pada sukatan 20 microns. Lug width 18mm. Senang sikit nak cari tali ganti! (Nota: perlu berhati-hati apabila menggilap case jenis ini. Jika bahan penggilap yang kasar seperti Autosol digunakan, plating akan mudah tanggal. Guna Polywatch cadangan terbaik)
Walau saiz 35mm, namun saiz lug to lug 42mm masih relevant untuk jam-jam dressage pada zaman ini. Pakai untuk majlis rasmi memang sesuai. Kalau badan saiz "bagak"... nampak haluih laa jam ni.
"Trend sekarang. Jam-jam re-issue dari model-model popular tahun 60an dan 70an sudah memasuki pasaran sejak 5 tahun kebelakangan ini. Saiz-saiz jam yang sering dipanggil modern vintage ini sedikit besar antara 38mm hingga 40mm. Banyak... Rado, Omega, Angelus, Smith, dan beberapa lagi jenama Swiss sudah mula mengeluarkan semula model-model vintage popular mereka. Turut tidak ketinggalan jenama-jenama dari negara matahari terbit. Sesungguhnya jam-jam tangan vintage ada daya tarikan tersendiri. Cuba bawak kereta antik... mesti ada yang jeling. Macam tuu laa jugak jam vintage. Pakai kena gaya... memang menarik pandangan mata! PKP... jam mana lagi laa aku nak perosah! Ada lagi..." - thetick-thetick2020

Saturday 11 April 2020

OTW: Citizen Vintage... Jam Projek PKP

"Duduk rumah. Jangan ke mana-mana jika tiada keperluan. Ini arahan pihak berkuasa dan patut dipatuhi demi keselamatan kita semua. Masa terluang di rumah boleh digunakan sebaik mungkin. Nak ngadap laptop lelama buat artikel blog pun kekadang memenatkan... sakit pungkok duduk lelama. Aku selongkar tukun-tukun yang ada. Haa... jumpa sebijik. Repair dan servis jam boleh sihatkan fikiran... relax. Buat sikit-sikit... slow-slow... man-man. Haa, siap! Dekat seminggu gak ambik masa. Tinggal nak polish balik. Carik tali yang sesuai. Amik gambau. Nanti aku pos buat simple review." - thetick-thetick2020


Citizen Homer. Jam kunci sekitar penghujung tahun 60an. Case jam jenis "CGP" yang banyak digunakan oleh pembuat-pembuat jam tangan seluruh dunia untuk jam jenis dressage. Saiz jam agak kecil sesuai pada trend dan era kegemilangan jam-jam tangan jenis ini. Walaupun sudah bertaraf jam vintage atau jam otai... jika masih berkeadaan baik, masih sesuai dipakai untuk majlis-majlis rasmi. Jam-jam tangan re-issue dan modern vintage merupakan trend terkini. Model-model vintage yang diperbaharui kini semakin banyak di pasaran. Maka jam jenis vintage macam ni tetap relevant. Tunggu kemunculan review jam tangan yang berumur lebih setengah abad ini.

Wednesday 8 April 2020

Pengetahuan: Asas Kalendar Jam Tangan Bhg. 2

Sambungan dari bahagian pertama.

Bila Boleh Menukar Tarikh Secara Manual?
Jika kita rujuk kepada operation manual atau user manual jam tangan, kita akan dapati arahan yang melarang kita menukar tarikh secara manual pada waktu-waktu tertentu atau sebaliknya. Kebanyakannya melarang kita menukar tarikh secara manual antara jam 6 petang hingga jam 6 pagi merujuk kepada penunjuk waktu pada jam tangan. Mengapa larangan ini perlu kita patuhi? Kita harus ingat apabila jam tangan beroperasi, movement pada jam tangan akan memacu perakam waktu dan calendar secara serentak dan berterusan - perpetual motion. Terdapat dua modul pada movement yang bergerak seiring untuk merakam waktu dan tarikh iaitu timekeeping module dan calendar module. Kesemua gear-gear yang ada pada kedua-dua modul berputar untuk menepati kiraan 24 jam bagi pertukaran tarikh atau calendar. Ilustrasi berikut menunjukkan mengapa pada waktu tertentu kita dilarang menukar tarikh secara manual.


[A] Seperti dinyatakan di bahagian pertama. Hour wheel akan membuat 4 putaran penuh untuk memenuhi kiraan 24 jam (1x putaran = 6 jam; 4x putaran = 24 jam). Putaran pertama untuk kiraan jam 12 tengah malam sehingga jam 6 pagi. Putaran kedua untuk kiraan 6 pagi hingga 12 tengah hari. Putaran ketiga untuk kiraan 12 tengah hari hingga 6 petang. Manakala putaran terakhir atau keempat adalah untuk kiraan 6 petang hingga 12 tengah malam. Tepat jam 12 tengah malam 4 putaran akan memenuhi kiraan 24 jam dan tarikh pada calendar disc akan dipicu (trigger) menggunakan striking mechanism/wheel. Ketika itu calendar disc akan berputar untuk tukaran date, seterusnya diikuti dengan day (untuk jam calendar day-date). Pada pusingan keempat dan pertamalah (6 petang hingga 6 pagi) timekeeping module dan calendar module bertaut atau engaged untuk membuat kiraan 24 jam. Pada ketika itu juga striking mechanism/wheel sudah mula atau masih memegang kedudukan calendar disc untuk bertukar ke tarikh seterusnya. [B] Jika kita menukar tarikh secara manual pada kedudukan tersebut, ia akan mengganggu gear-gear yang sudah bertaut untuk membuat kiraan 24 jam pada tarikh semasa. Maka apabila beroperasi secara berterusan (perpetual motion) terdapat gear-gear atau mechanism pada movement akan terjejas semasa berlakunya pertukaran kepada tarikh seterusnya. Force dari pergerakan berterusan atau perpetual motion bakal merosakkan bahagian-bahagian yang melibatkan calendar module terutamanya jika berlaku berulang-ulang.

Kerosakan Pada Calendar Module
Terdapat dua kerosakan yang biasa ditemui:
  • Calendar Disc - Tarikh yang terpapar tidak selari dengan aperture pada dial. Ada juga tarikh day dan date tidak selari. Kedua-duanya adalah masalah pada calendar disc. Ada tiga kebarangkalian 1. holding pin/calendar pin sudah bengkok, 2.holding pin/calendar pin keluar dari kedudukannya/tercabut atau 3. gear pada calendar disc haus. Ini adalah disebabkan oleh force dari perpetual motion menggerakkan gear-gear yang tidak berada pada kedudukan sepatutnya.
  • Quick-set Date Malfunction - Force yang disebabkan oleh pergerakan perpetual motion pada gear-gear quick-set yang tidak pada kedudukannya sedikit sebanyak boleh menyebabkan gear-gear tersebut terkeluar dari wheel pivot. Begitu juga rapid date change yang dibuat pada kedudukan gear-gear timekeeper yang salah boleh menyebabkan gear-gear yang berkenaan tersangkut. Apabila dipaksa bergerak menggunakan crown lever, gear-gear quick-set ini akan terkesan dan boleh menyebabkan gear-gear ini tidak lagi bersentuhan (disconnected). Maka quick-set tidak lagi berfungsi untuk menukar tarikh secara manual.

Swiss Calendar vs Japanese Calendar
Semua movement jam tangan buatan Swiss atau Jepun menggunakan kiraan waktu yang sama, menukar tarikh tepat pada jam 12 malam. Namun terdapat perbezaan dari segi mekanisma atau cara pertukaran dibuat. Untuk penggunaan calendar disc; Swiss movement akan menukar tarikh tepat pada jam 12 malam secara 'jumping' manakala Japanese movement, calendar disc akan mula diputar (samada ikut arah jam atau lawan arah jam) selepas jam 10 malam dan pertukaran tarikh sepenuhnya akan berlaku pada jam 12 malam. Ini dapat kita saksikan pada date aperture di mana nombor atau hari (tarikh day/date) terpapar secara separuh atau beralih sedikit demi sedikit sebelum jam 12 malam. Movement Jepun beroperasi sedemikian untuk penjagaan calendar module. Ia memberitahu kita bahawa masa menunjukkan waktu malam. Waktu di mana putaran akhir akan mula memacu atau engaged untuk pertukaran tarikh. Sementara movement Swiss, tidak diketahui samada menghampiri waktu 12 tengah malam atau 12 tengahari. Oleh yang demikian terjadilah tarikh bertukar di siang hari pada jam tangan Swiss disebabkan oleh date setting yang salah.


Swiss vs Japan. Pada masa yang sama. Swiss (gambar kiri), kedudukan calendar disc kekal selaras di bawah date aperture. Japan (gambar kanan), calendar disc mula berputar dan hampir menampakkan tarikh seterusnya. 
"Falsafah rekaan Jepun tak sama dengan Swiss. Walaupun date tak bertukar sekelip mata - jumping date canggih macam Swiss... tapi kalendar Jepun lebih selamat berbanding Swiss. Nak tukar kalendar Swiss ni kena set satu hari awal. Putar-putar crown dari semalam sampai time sekarang... baru boleh tahu malam atau siang! He-he. Ikuti siri-siri asas jam tangan seterusnya." - thetick-thetick2020

Sunday 5 April 2020

Pengetahuan: Asas Kalendar Jam Tangan Bhg. 1

Jarum date tidak berada pada kedudukan yang sepatutnya. Haribulan tidak selari dengan date window. Tarikh tidak bertukar dengan sendirinya. Mengapa ini terjadi? Mengapa jam tangan guna movement Jepun turun separuh pada date window? Kenapa jam tangan menggunakan Swiss movement bertukar tarikh pada waktu siang tanpa kita sedari? Ikuti artikel ini untuk mengetahui asas bagaimana kalendar berfungsi, mengapa kalendar menjadi rosak, dan bagaimana untuk mengoperasikan kalendar secara betul. Artikel agak teknikal dan panjang terpaksa dibahagi kepada dua bahagian. - thetick-thetick2020
Calendar Jam Tangan
Sebagaimana perakam waktu (timekeeperyang berjalan berterusan (perpetual motion), calendar pada jam tangan turut bertukar dari tarikh semasa kepada tarikh yang seterusnya secara berterusan selagi mana jam beroperasi. Ini bermakna kita tidak perlu menukar tarikh secara manual, hari demi hari. Pertukaran ini berlaku tepat pada jam 12 malam setiap hari selama mana jam tangan beroperasi. Calendar tarikh (date calendar) mempunyai kitaran atau pusingan dari 1 hingga 31 haribulan. Apabila tarikh bulan berakhir pada 28, atau 29, atau 30; calendar perlu diubah supaya tarikh seterusnya akan bermula dengan 1 haribulan. Begitu juga apabila jam tangan terhenti dan perlu di set semula. Ini kita boleh lakukan dengan cara manual. Jam tangan perpetual calendar samada quartz atau mechanical adalah jam tangan yang mampu memaparkan calendar secara tepat. Untuk memberikan ketepatan pada calendar, setting atau penetapan perlu dibuat terlebih dahulu. Setelah dibuat, calendar akan beroperasi seperti perakam masa - secara perpetual motion.


Jenis-Jenis Calendar Jam Tangan
Untuk jam tangan analogue, terdapat dua jenis calendar iaitu 1. Analogue Calendar yang menggunakan jarum atau dikenali sebagai pointer date dan 2. Display calendar yang menggunakan calendar disc yang dicetak dan dipapar pada bukaan (aperture) pada dial jam tangan. Terdapat beberapa calendar complication pada jam tangan. Yang paling asas adalah date. Ada juga jenis week-date yang memapar day dan date. Terdapat pula jam tangan  dengan fungsi annual calendar complication yang mampu memaparkan date, day, month, dan year termasuklah tahun lompat atau leap year. Untuk jam-jam tangan digital, calendar akan dipapar pada LCD atau LED screen. Kiraan dibuat oleh micro processor yang terdapat dalam movement jam tangan digital tersebut.


Jam mewah annual calendar. IWC Swiss (gambar kiri) menggunakan calendar display manakala Lange Germany (gambar kanan) pula menggunakan jarum dan calendar register. 

Bagaimana Perpetual Calendar Berfungsi?
Jam-jam tangan analogue, samada mechanical atau quartz menggunakan beberapa gear untuk menukar tarikh. Pusingan pada gear-gear inilah yang membolehkan kiraan 24 jam dibuat bagi pertukaran tarikh secara perpetual. Ilustrasi berikut menerangkan secara fizik, asas bagaimana calendar jam tangan analogue berfungsi secara berterusan, perpetual.
  1. Seconds Wheel - satu pusingan penuh bermaksud kiraan sudah menepati jangkamasa 1 mini. Pusingan gear pada seconds wheel akan memacu minute wheel untuk meneruskan pusingan untuk kiraan jam.
  2. Minute Wheel - satu pusingan penuh bermaksud kiraan sudah menepati jangkamasa 1 jam atau 60 minit berdasarkan pacuan dari seconds wheel (60 pusingan seconds wheel).
  3. Hour Wheel - satu pusingan penuh bermaksud kiraan sudah menepati jangkamasa 6 jam. Secara berterusan, dari pacuan yang dibuat oleh seconds dan minute wheels; hour wheel akan membuat 4 pusingan untuk menepati kiraan 24 jam (6 jam untuk 1 pusingan penuh x 4 pusingan = 24 jam). Hour wheel terhubung dengan calendar striking mechanism/wheel dengan gear-gear pelbagai saiz yang dikenali sebagai reduction wheels. Reduction wheels mempunyai gigi-gigi gear yang lebih halus maka pusingannya akan menjadi lebih kecil. Reduction wheels akan mentransmisikan kiraan sebanyak 24 jam apabila terhubung pada striking mechanism/wheel.
  4. Striking Mechanism/Wheel - Striking mechanism/wheel akan berfungsi untuk menukar tarikh selepas menerima transmisi berterusan dari reduction wheel yang mengira pusingan penuh untuk 24 jam. Bergantung kepada pembuatan striking mechanism, secara umumnya mekanisma ini akan menukar tarikh semasa kepada tarikh seterusnya hanya selepas 1 pusingan penuh. Striking mechanism akan memicu calendar disc untuk bergerak dari satu tarikh kepada tarikh yang lain.
  5. Calendar Disc - Calendar disc akan bergerak mengikut arah jam atau lawan arah jam - bergantung kepada movement yang digunakan. Calendar disc diperbuat dari logam yang agak ringan seperti aluminium atau brass. Terdapat gigi-gigi pada disc. Striking mechanism/wheel akan memicu (seperti menarik untuk memusing) gigi-gigi pada calendar disc untuk membuat pertukaran tarikh. Untuk mendapat kedudukan cetakan tarikh (date print) yang tepat, calendar disc menggunakan holding pin atau calendar pin untuk memegang salah satu dari gigi yang terdapat pada disc. Holding pin akan memegang dan membebaskan gigi apabila striking mechanism/wheel memicu pergerakan disc untuk pertukaran tarikh. Calendar disc hanya berputar pada satu arah.
Penjelasan di atas adalah asas bagaimana jam tangan yang mempunyai date berfungsi. Untuk jam tangan day-date, asasnya tetap sama; cuma ditambah satu lagi disc dan gear untuk fungsi day. Prinsip yang sama digunakan untuk jam pointer date. Cuma untuk pointer date, terdapat penambahan pointer gear dan register bagi menunjukkan tarikh menggunakan jarum dan paparan bulatan berskala tarikh, hari, mahupun bulan (calendar register).

Menukar Tarikh Secara Manual
Terdapat dua cara untuk menukar tarikh pada jam tangan mechanical. 1. dengan menggunakan crown (atau pemutar jarum jam tangan) dan 2. dengan menekan butang (push button atau push piece). Menukar tarikh secara manual menggunakan crown dipanggil quickset date lever setting. Ilustrasi berikut menjelaskan bagaimana manual setting dibuat tanpa mengganggu timekeeper yang merakam waktu secara perpetual motion.

  1. Crown - Untuk mengoperasikan crown bagi menukar tarikh, ia perlu ditarik keluar dari kedudukan operasi. Pada kebanyakan movement-movement jam tangan, ia perlu ditarik pada had yang pertama. Had kedua biasanya untuk menukar waktu. Pada crown stem, terdapat stem lever yang akan terhubung kepada mekanisma untuk menukar tarikh atau calendar secara manual.
  2. Stem Lever - Disengaged : Pada kedudukan operasi iaitu apabila crown tidak ditarik keluar, stem lever tidak terhubung dengan quick-setting wheels. Engaged : Apabila crown ditarik keluar, stem lever akan terhubung dengan quick-setting wheels. Pada kedudukan ini apabila crown diputar; ia akan memacu gear-gear yang ada pada quick-setting wheels untuk berpusing.
  3. Quick-setting Wheels - Sama fungsi seperti reduction wheels, quick-setting wheels mempunyai jejari bersaiz sesuai untuk membuat pusingan yang sama bagi memacu calendar disc.
  4. Calendar Disc - Pacuan dari quick-setting wheels akan menggerakan disc untuk menukar tarikh. Ia mampu untuk dioperasikan untuk rapid date change, iaitu pertukaran tarikh terpilih melalui langkauan tarikh demi tarikh secara berterusan.
Untuk pertukaran tarikh atau calendar menggunakan butang atau push piece, mekanismanya sedikit berbeza. Ia menggunakan butang yang diintegrasikan kepada setting clutch. Apabila butang ditekan, ia akan bersentuhan dengan setting clutch. Setiap kali butang ditekan setting clutch akan berputar dan memacu quick-setting wheels yang menggerakkan calendar disc untuk menukar tarikh. Gambar di bawah menunjukkan dua jenis butang atau push piece yang sering digunakan pada jam-jam tangan calendar.

Bersambung di bahagian kedua.