Sunday, 18 May 2014

4Sale: Seiko SNQ-135P1 Perpetual Calendar [SOLD]

"Haaa... ini laa jam yang paling malas. Biasa laa, tak payah kunci-kunci, tak payah goyang-goyang, dan tak payah jemur di bawah mentari untuk charge power dia yang macam Citizen Eco-Drive. Seiko Perpetual Calendar Calibre 6A32. Yang best giler tuu... haribulan atau calendar TAK PAYAH TUKAR SAMPAI TAHUN 2100!!! Dia tukar sendiri bekkk... tahun lompat 28 Februari kee, 29 Februari kee... dia set sendiri. Battery, ni memang sah wajib tukar laaa... 4 tahun sekali. Battery kereta pun ngkorang tukar! Dah tuu setahun sekali laa kalau nak adjust timing, jam ni cepat atau lambat (+/-) 4 minit setahun! +/- 20 saat sebulan. Tak caya, cuba calibrate pakai Atomic Time Clock... takpe, next article aku cerita pasal Atomic Time Clock nih. Yang paling tepat, 70 tahun +/- 6 saat jehh. Ada dua jam perpetual calendar nih, satu yang Diver model mula-mula, model lama... yang Dress Watch ni aku nak jual laaa kepada sesapa yang nak mengumpul jam-jam malas tetapi canggih.  Jam Perpetual Calendar nii Like New In Box. Ada warranty lagi. Aku rasa aku pakai tak sampai 10 kali. Aku pakai bila ada meeting jehhh... kena dengan pakaian aku laaa... Aku buat review sambil menjual. Sapa nak beli? Harga berbaloi. Pat-pat nye, sapa cepat dia punye..." - thetick-thetick



SPESIFIKASI BARANGAN
Brand & Model: Seiko SNQ-135P1 Perpetual Calendar
Movement: Seiko Calibre 6A32, Quartz - Perpetual Calendar, +/- 20s p.mth accuracy
Battery: Seiko SR927SW, 4 years battery life
Function: Hour, Minute, Second, & Perpetual Calendar Date
Setting Operation: Crown and Push-piece
Case: Stainless Steel, combi-finish polished and satin-brush
Case Dimension: 40mm diameter, 44mm lug-to-lug, 10mm thickness lid to top
Case Lug: 20mm
Crystal: Sapphire Crystal
Strap: Genuine Black Alligator Pattern Leather Strap 22mm lug, 20mm end, Seiko signed SS buckle
Water Resistant: 100m/10BAR
Kondisi: Like New In Box, ada lagi 3 bulan warranty (Thongsia, Seiko Malaysia)
JUALAN
Harga Jualan: SOLD
Kos Hantaran: C.O.D Kota Damansara atau tambah RM10.00 untuk Poslaju
Nota: Untuk jualan dalam negara sahaja (For Sale in Malaysia Only)
Contact: SMS ONLY 012-2399920 atau WHATSAPP 019-2646250; email atau komen di blog ini tidak akan di layan.


Nampak exclusive, macam jenis Seiko Premier grade...

Date aperture dia exposed. Tau pasal apa, haa bila setting nanti calendar disk tuu akan bergerak dengan sendirinya. Stepping motor kat movement tuu ada gear, akan digerakkan oleh IC (Integrated Circuit) untuk menetapkan tarikh yang sepatutnya. Canggih.

Crown dia lebih kurang 5mm, senang putar. Kalau model quartz yang sebelum nih kecik, untuk tangan orang Jepun. Crown guard dia solid kena dengan design. Ada setting push-piece at pukul 2.

Case - setting side. Crown, crown-guard, dengan push-piece.

Dial dia memang exclusive. Nengok index tuu... macam Grand Seiko! Jarum dia mengingatkan aku kepada jam Cartier yang guna blued-steel second hand. Clean dial, satin-finish.

Sebab 100m/10 BAR water-resistant, dia punya case lid jenih screw-type. Bukan snap-fit. Serial number censored heh! Tuan punya je yang tau.

Stainless Steel polished Seiko-signed buckle.

Seiko Lumibrite... jangan tanya la bekkk. Memang terang benderang. Kat tempat samar-samar pun terang.

Exclusive...

Complete set. Box, manual, warranty card, dengan jam sekali laaa...

"Tukar style blogging. Sambil menjual, kasi buat review. Apa cerita Atomic Time Clock nih. Nanti. Sabor. Aku guna dah dekal 10 tahun lebih. Guna untuk check dan calibrate jam-jam quartz. Sebetulnya Atomic Time Clock ni sesapa pun boleh miliki. Percuma jeh... Percuma!!! Memang punn, cuma download dan install kat komputer. Sebetulnya Atomic Time Clock ni digunakan oleh pengeluar-pengeluar gadget-gadget digital yang menggunakan micro-processor. Untuk session-timing processing clock. So program-program komputer atau mana-mana gadget boleh berfungsi. Kalau computer programmer baca article ni diorang paham laa... Tapi kalau penggemar dan pengumpul jam sure tak paham. Takpa, nantikan artikel sepenuhnya macam mana Atomic Time Clock ni membantu kita untuk check dan calibrate jam-jam yang menggunakan movement quartz, tak kira laa Solar-Powered kee, Eco-Drive kee, Digital timer kee... jam mekanikal auto-kunci pun bole gunaaa... tunggguuuuu.... Baca-baca gak, sapa nak beli bagitau heh!" - thetick-thetick

Monday, 5 May 2014

Review [BM]: Alba 'Flagship' 1/5 second Alarm-Chronograph

"Alba! Lama dah aku tak beli jam jenama adik kepada Seiko nih. Tak salah aku pernah beli satu masa dulu. Masa zaman bujang terantang-tang dulu. Mana pergi jam tuu aku pun tak tau. Awal tahun ni aku terserempak dengan member. Perasan kat pergelangan tangan dia ada satu jam yang boleh dikategorikan sebagai jam besor! Tapi menarik pasal nampak memang sporty, chronograph. Ada slide rule!. Laa.. jam Alba. Tapi, tak pernah pulak aku jumpa kat kedai-kedai jam kat sini. Kat kedai-kedai ejen Thongsia pun tak pernah nampak. Member aku beli online dari negara seberang tambak Johor. Nak jadi cerita, kat area rumah aku ada rupenya kedai yang jual species yang di panggil Flagship ni. Bila aku nengok, berkenan pulak. Aku buat research dulu kat Internet. Rupanya pakai movement Seiko Epson YM62. Sama dengan jam Swiss Jacques LeMan F1 yang aku pernah ada. Nengok betul-betul register yang ada kat jam tuuu... ada jam brand taknah dengor harga mahal pun pakai movement ni. He he... sah, Seiko dah ikut jejak Citizen-Miyota. Jual movement jugak... Ye laa, zaman OEM laa katakan. Hennah ko, baca la review ni. Bacaan santai." - thetick-thetick


ALBA ‘FLAGSHIP’ 1/5 SECOND ALARM-CHRONOGRAPH
Spesifikasi species Flagship ni seperti tersenarai di bawah:

Jenama & Model: Alba YM62-X244 ‘Flagship’ Alarm-Chronograph
Movement: Seiko Epson Cal. YM62, Quartz 1/5 seconds Alarm-Chronograph
Battery: SR927W, 3 years battery life
Fungsi:
• Hour, Minute and Small Seconds
• Date, triple date window/aperture
• Alarm, single time alarm, analogue-setting
• Stopwatch, 1/5 second with minute counter, up to 59min 59 seconds, split time measurement
Operation: Crown, 2 chronograph & setting push-piece/buttons
Water Resistant: 10 BAR/100 Meters
Case: Stainless Steel; 52mm lugs-to-lugs, 48mm diameter, 12mm height (incl. case lid)
Inner Bezel: Stainless Steel engraved slide-rule index
Outer Bezel (Slide Rule): Stainless Steel with slide-rule index and measurement marker with acrylic coatings
Dial: Matte black dial, 3 register and triple-open date aperture/window
Case Back: Screw type lid with water-resistant gasket
Crystal: Thick-hardened mineral glass
Strap: Stainless steel bracelet or leather (depends on model)

Nengok crown dengan push-piece button; kemas, protected. Haaa, chrono button tu punya warna lain-lain mengikut model. Sama dengan warna jarum register kat dial.

Jam pilot! Ada slide-rule untuk buat kira-kira, fashion yang dah mula wujud sejak dari zaman Breitling mula buat jam pilot. Manual slide-rule calculator! Luminous-marker jam nih kira standard Alba je lah. Tak seterang Seiko. Adik tiri kutt!? Abang yang lebih. Happa la Jepun nih... kasi standard laa.

Dia punya ‘small second hand’ macam kapalterbang punya ‘flight-level indicator’ laa... macam kapalterbang kan! Tapi dia pusing 60 second ikut pusingan jam. Mau pening pilot kalau terbang cam tuu... he he he jam pilot jet pejuang!? 

Analogue alarm-setting. Macam biasa ku lihat... di mana yah? Biasa laa Seiko Epson YM62. Jam Seiko pakai, jam-jam yang ntahhapa nama pun ada yang pakai movement nih!

Tolong perhatikan ‘inner bezel’ dia. Ada slide-rule index. Betul-betul tepi crystal. Kemas... haaa tu yang aku suka tuu! Gigi bezel tuuu... cam jam diver. Senang pusing-putar pakai jari-jemari, bi-directional.

Ada lekuk kat tepi watch case pada kedudukan pukul 9. Untuk memudahkan jari memutar slide-rule. Nengok dia punya slide-rule. Mantap. Nak kira hapa? Ketinggian? Kelajuan? Minyak? Ikut lbs, ikut liter, ikut gallon... kM/h, hishhh aku pun tak reti. Yang aku tau, slide rule marker tu pusing, point kat jarum minit so bila timing start, dari situ laa kita sukat.

Lugs dia saiz 22mm. Water-proof case lid. Standard Alba, ada logo ombak. Sorry, serial number kena censored.

Haaa... yang ni jenis yang ‘limited edition’. Slide-rule warna merah. Jarum register dia warna merah. Kat chrono-push piece pun warna merah. Harga mahal sikit. Berapa diorang bikin? Aku pun tak tau... tapi limited.

Seiko Epson Calibre YM62. Cam betul-betul ‘configuration’ kat dial tuu... haaa nanti sure ngkorang akan jumpa jenama-jenama lain yang pakai movement yang sama.

Tali ori kulit dia warna hitam. Lagi cunnn... jam yang cun. Tangan tuuu tak cun pasal asyik dipanah mentari masa main golf, he he...

"Bek, santai tak artikel nih? Asyik Seiko jehh. Kasi simpan satu Alba. Alba Flagship. Jam ni kira jam malas. Asal ada bateri, dia jalan. Takpyah goyang-goyang. Takpyah kunci-kunci. Sekali-sekala tukor haribulan, tuu jeh. Koleksi jam malas semakin bertambah. Haa... nanti aku buat artikel pasal jam yang paling malas. Jam analog tau! Bukan jam digital. Tapi kompom paling malas. Unta padang pasir pun takde malas macam dia... jam hapa bek? Tungguuuuu...” - thetick-thetick 

Friday, 11 April 2014

Setahun Sudah Berlalu...

"Setahun sudah berlalu... Februari muncul kembali... Ceh! Macam lagu Alleycats jeh. Dah setahun lebih aku tak post artikel kat blog ni. Maaf saudara-saudara sekelian, sibuk menggagahkan perniagaan sendiri yang sebetulnya macam nak sampai tahap buluh kasap - untung takde modal lesap. Macam meniaga jam lama... kekadang rugi! Alhamdulillah. Rezeki Allah S.W.T. yang bagi... ada, cuma perlu banyak bersabar. Tak la lupa langsung bab-bab horologi ni. Kekadang ke Jakarta jumpa jugak bapak-bapak ahli arloji kat sana. Kat Manila pun kekadang jenguk-jenguk jugak kedai pajak gadai kat tepi-tepi kasino - carik jam branded-ori-murah. Tapi tuu laa, banyak duit abis terbang sana sini carik projek, carik bisnes, tukar golf set!!! Akhirnya, jam-jam yang tak seberapa dalam kotak jam aku berhabuk. Aku pakai jam quartz jeh. Senang, pasal malas nak kunci dan nak goyang gerudi. Hehehe... apa cerita bekkkk! Hassan Detikduabelas tanya... hehehe. Ada... ada... ada... artikel baru. Kebetulan masa dah mula ada nak meninjau balik pasaran jam kat Malaya nih... dan ada modal sikit nak invest beli jam buat review. Haaa... jam apa laa agaknya? Nengok kat bawah nih. Alba Flagship Chrono-calculator. Pakai Seiko Epson Calibre YM62... tengah test." - thetick-thetick



"Orang Minang sebut... goddang jam nih! 48mm! Bukan pada harga tapi memang nampak macho... jam pilot. Yang ada slide-rule calculator. Bila sebut pilot, teringat kat MH370. Semoga Allah permudahkan segala urusan pencarian. Aku sebenarnya perasan pasal Alba Flagship Chronograph ni. Ada yang limited edition. Tapi tak banyak dipamer di ruang-ruang di kedai jam. Dan aku perasan yang YM62 ni bukan Seiko-Alba je yang pakai. Jenama Swiss pun pakai! Hehe... nantikan review pada posting seterusnya." - thetick-thetick