Wednesday, 10 August 2011

Blog Kedua: chachamerbah.blogspot.com

Hampir enam bulan lamanya aku memikirkan pasal nak bikin satu lagi blog. Pada mulanya nak ikut idea Dr. Asmar Duniajam; satu blog untuk review jam tangan, satu untuk jual jam. Tak salah aku Tn. Syed Mohri irhomdey.blogspot pun pernah ada second blog! Aku ni takda la simpan banyak jam macam member-member blogger yang lain. Betul tu bek? Lain lah Saudara Hassan D24... upps sorry. D24 tu durian. D12. Detikduabelas. Ni kan pulak nak jual! Jadi bila aku memikirkan pasal blog aku yang kedua, aku terkesima (bahasa Hassan D12) bila salah seorang peminat jam bernama Mr. Black bagitau kebanyakan barang-barang dia, dia beli kat pasar karat dan bundle. Idea... idea... idea! Jadinya, aku bercadang nak menghimpunkan beberapa barangan yang aku pasti masih elok dan boleh dijual melalui blog kedua nih! Buat simple review, jual harga yang berpatutan. Daripada simpan berhabuk, karat, elok let go kat orang lain. Mana tau ada yang minat. Jadinya, di penghujung bulan Jun aku pun set-up lah blog kedua nih. Ini lah rupanya landing page blog kedua aku.

Chachamerbah (cha-cha-merbah), apakenama ni yeop?

Chachamerbah
Aku teringat jurulatih aku selalu sebut, "aku bagi hangpa lima minit. tukaq baju cha-cha-merbah". Biasa laa... masa 'sojar' dulu kena change parade. Chachamerbah ni tak salah aku merujuk kepada burung merbah yang rupa dia macam-macam dan tak tentu hala... macam-macam fashion. Macam tu la 'skot-skot' aku dulu laa. Jadinya chachamerbah ni aku rasa sesuai dengan konsep blog kedua nih. Macam-macam ada... tapi yang pasti barangan yang original! Genuine. No fake.

Amende ada kat chachamerbah nih?

Kategori Barang-Barang
Nak kata everything under the sun, tak boleh laa... Kalau nak kira, ada member suruh tolong jualkan tug boat dia! Besar sangat tuu... Kita main benda kecik-kecik je lah. Harga puluhan ringgit, ratusan ringgit, pangkal ribu... mampu milik. Sudahlah. Daripada cincin, batu permata, jam tangan, aksesori jam, sehinggalah peralatan sukan dan hobi. Tak kira lah; aku punya atau kawan punya. Aku review, kasi jual. Jadinya, pada 8hb Ogos 2011; blog chachamerbah ni aku lancarkan dengan beberapa barangan ditawarkan. Setakat artikel ni dipos, ada 27 barangan yang ditawarkan. InsyaAllah, dalam masa terdekat aku akan iklankan banyak lagi barangan terutamanya jam tangan, jam poket, dan jam dinding. Terpulang kepada bekalan dari negara jiran. Begitu jugak pen-pen Mont Blanc dan jenama lain, akan aku buat tawaran. Harga mampu milik, asli, genuine, authentic, original, no fake! Stay tune...