Thursday, 13 February 2020

OTW: Casio G-Shock DW-6900

"OTW On the Wrist... articles on the way! I will post OTW from time to time. A snippets, a pictorial brief about a watch to be reviewed or a subject of opinion. It will be in Malay or English." - thetick-thetick2020 

Iconic watches! Does not mean they have to be expensive. What makes these watches becoming an icon is because of its original design and loved by many. In some cases the watch created a cult by itself. Apparently they are also top selling models of all time. Some of these iconic watches have been discontinued but some still exist on the market until today. The original design remains but the manufacturer keep rejuvenating the model with production of new series, re-issue, or making a special edition. Another reason why these models survives the market is because of their easy customisation by design. Like the Seiko SKX divers, some collectors preferred to modify their collection with variety of accessories and parts that are widely available on the market. Casio’s infamous G-Shock DW-6900 model is another watch in this category. An iconic watch - a glimpse on someone's wrist, you can recognise the watch by its signature design.


The Casio G-Shock DW-6900 model was released right after the DW-6600 in 1994. Both are signature models of Casio that still exist on the market until today. The DW-6900 model is the first G-Shock to feature an EL (Electro-Luminescent) back light. Wait for my posting on this icon. - thetick-thetick2020

Monday, 10 February 2020

Tips: Beli Jam Tangan Secara Online Bhg. 1

"Baru-baru ni aku gi The Curve, Campbell, Pertama Complex, dan merayau area Jalan T.A.R. Sejak kembali sihat dan berkelapangan, aku mula tinjau balik toko-toko menjual jam tangan yang aku biasa masuk bertahun-tahun sebelum ni. Jangan kata jam tangan... kedai-kedai jual jam tangan pun dah mula pupus! Tempias dan saingan dari kedai online kat pasaran maya (bahasa ubi kentang dia Virtual Market) yang bercambah hari demi hari macam sayur taugeh. Taukeh dan salesman kedai jam kerut dahi! Jam Online Store halga mulaa (murah) maa. Talak macam saya, misti bayar sewa. Sewa kidai pun sikalang talak mulaa! Itulah keluhan seorang taukeh kedai jam yang aku kenali hampir tiga dekad lamanya. Saingan perniagaan dari dunia maya. Kepada pemburu-pemburu jam tangan, membeli di online store tak sama dengan beli di kedai. Kedua-duanya ada kelebihan. Jangan ingat nak murah jehh... Beli online pun ada risiko... aku kongsikan tips." - thetick-thetick2020


Web-store vs. Market Place
Web-store (kedai di Internet) dan Market Place bukanlah sesuatu yang baru. Telah wujud hampir tiga dekad. Kebanyakan web-store ini dimiliki dan dikendalikan oleh pengeluar atau reseller jam tangan. Tujuannya adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna untuk membeli jam jualan meraka secara terus menggunakan Internet. Juga untuk mengawal promosi dan pemasaran menggunakan channel web-store itu sendiri. Selain dari web-store, wujud virtual market atau market place seperti eBay, Amazon, Rakuten, Mudah, Lelong, Carousell, Shopee, Lazada, dll. Antara web-store dan market place, mana pilihan terbaik?

Mutakhir ini, pengguna-pengguna lebih tertarik untuk membeli jam-jam tangan di market place berbanding web-store. Ini adalah kerana pemilik market place menawarkan banyak purchase incentives dan promosi berbanding web-store. Market place juga menempatkan (secara virtual) banyak kedai-kedai online (online store), Virtual Mall, dan mampu diakses dengan lebih mudah. Tidak perlu menaip URL untuk untuk setiap kedai seperti web-store. Melalui market place, kita boleh cari jam; pelbagai jenis jenama jam, jam baru, jam lama, jam vintage; bahkan pelbagai accessories, spare parts, dan peralatan membaiki jam. Bukan hanya peniaga-peniaga tempatan, malah dari luar negara turut ada dalam platform yang sama. Semua dalam satu login! Macam pergi pasar borong... kena singgah semua kedai atau penjual untuk cari sesuatu yang dihajati, terbaik dan termurah. Kalau tak jumpa? Kena cari di web-store!

Web-store tetap relevant. Terutamanya untuk jenama-jenama tertentu, jenis-jenis accessories tertentu, dan sesuatu yang special. Hendak beli jam JDM (Japan Domestic Model)? Nak cari tali besi... tali getah untuk jam Seiko Sumo? Nak mod (modify) jam-jam Seiko automatic? Tidak mudah untuk mencari semua ini dalam market place. Mungkin ada, tetapi hanya segelintir. Kita perlu ke web-store seperti Seiyajapan, Dagaz, Strapcode, dan special online store yang lain untuk mendapatkan barangan tersebut. Web-store atau Market Place, kedua-duanya mempunyai kelebihan sendiri.

Online Catalogue vs. Barangan Sebenar
"Ni warna bijik remia... bukan warna merah! Apa laa seller nih! Jangan-jangan mata aku terpeleot!". Rungutan dan nasib apabila terima barangan dibeli secara online. Ini perkara yang pertama kita perlu tahu dan pastikan sebelum membuat pilihan. Warna-warna di online catalogue atau sales display bergantung kepada colour setting pada peranti yang kita gunakan untuk akses - smartphone, tablet, laptop, PC, mahupun television. Mungkin berbeza dari warna sebenar!!! Adalah dinasihatkan, jika ada masa terluang - pergi ke kedai-kedai jam, lihat barangan yang sebenar. Bukan setakat warna, spesifikasi lain seperti saiz dan fungsi sebenar boleh kita pastikan jika rajin membanding apa yang ada di skrin dan keadaan fizikal yang sebenar. Aku selalu buat camni... hehe sorry laa taukeh kedai!!!

Ada kalanya kita kurang pasti apa yang dimaksudkan atau disenaraikan oleh penjual-penjual di dalam katalog. Terutamanya spesifikasi dan fungsi-fungsi sesebuah jam tangan untuk dijual. Kita boleh Google search model atau jam tersebut. Ini perkara yang amat disarankan. Bukan apa, kadang-kadang penjual pun boleh jadi terpeleot jugak. Saiz jam 50mm lug to lug, dia bubuh 40mm. Padahal 40mm tuu diameter jam tuu... bukan tip to tip atau lug to lug. Haru beli kalau pergelangan tangan saiz kecik, dapat jam saiz gabak!!! Ada banyak review-review jam tangan di Internet sekarang ini. Ada video review, ada text & pic review. Terpulang... dapatkan maklumat barangan sebelum membeli.

Penjual, Jaminan, dan Khidmat Lepas Jualan
Kebanyakan pemilik atau pengendali market place seperti eBay dan Lazada, menyediakan store rating sebagai rujukan pembeli mengenai sesebuah barangan mahupun pemilik online store. "Camtu laa juga kita-kita ni Cek Kiah oiii... rajin nyoping online pun ada rating". Anda pastinya tahu! Pendapat peribadi, saya tidak terpengaruh pada seller's rating atau store rating semata-mata. Berdasarkan pengalaman dan kajian, kebanyakan penjual yang mendapat rating tinggi seperti 5 star... 4 star... atau volume rating seperti 1.5k sold ini lebih dipengaruhi oleh harga tawaran dan jumlah belian sesuatu barangan.

Lumrah, membeli online untuk mencari harga termurah. Namun, harga termurah tidak menjamin sesuatu yang penting seperti keaslian barangan tersebut, warranty atau guarantee oleh pengeluar barangan, mahupun after-sales service. Ini perlu penelitian. Bak kata mat saleh, penny wise - pound foolish! Kata pak mat... alah membeli, menang memakai. Perlu penelitian sebelum membuat keputusan. Usah kena jerangkap samar atau perangkap harga oleh penjual-penjual online. Kena barangan yang dibeli rosak, nak return untuk claim warranty - masalah. After sales adalah penting akan tetapi selama mana anda dibenarkan untuk edit balik rating penjual tersebut? Dalam masa setahun? Nasib laa... kena hati-hati dan teliti.

Harga Patut dan Harga Tak Patut!
Ingin mengetahui harga asal atau SRP (suggested retail price) untuk sesebuah jam tangan? Kita perlu semak di laman-laman web rasmi pemilik jenama atau model tersebut. Boleh juga kita semak di kedai-kedai yang menjual jam-jam tersebut. Namun, jika kita tidak mempunyai sumber maklumat sebegini; kita boleh membuat bandingan secara rawak (random) di market place. Sebagai contoh - jam penyelam Seiko Prospex model Turtle Standard tali besi harga online terkini di Malaysia sekitar RM1,200.00 hingga ke RM1,350.00 satu. Usah tertarik pada penjual yang menjual jam yang sama pada harga RM380.00 atau harga yang jauh lebih rendah sekalipun! Ini bukan harga patut, tetapi adalah harga yang tidak patut. Jam yang asli, genuine tidak semurah itu. Usah ditipu dengan sales claim oleh penjual seperti OEM, re-assembled, reject, dan helah-helah untuk jual jam tiruan! Lain lah jika seller memberitahu bahawa jam tersebut adalah jam tiruan!!! Haha... tepuk dada, tanyalah selera. Nak tukun tiruan, silakan. Sebagai peminat jam, pastinya kita mahukan yang asli. Namun, jika terlalu dipengaruhi oleh "harga runtuh" alamat bakal terpijak tahi ayam laa gamaknya. Aku dah terkena. Haha... pengalaman. Buat kaji selidik mengenai harga terlebih dahulu. 


Harga patut? Mana ada harga Seiko Turtle PADI semurah ni! Usah tertipu.
 Jam G-Shock. Lowest price guaranteed. Original? Hati-hati dengan "China Scam".
"Nak ziarah toko-toko jam tangan kat mall yang besar-besar ni meletihkan. Boleh luruh bulu betis banyak naa berjalan. Berbatu-batu berjalan tak perasan, ngalahkan main golf jalan kaki satu round. Nak buat camna, minat punya pasal. Dah jumpa apa yang awak nak? Itu laa soalan isteri aku kalau gi merayau kat mall. Dia tahu jeh mana nak carik aku... kedai jam! Awas... scam, penipuan jualan jam tangan original di market place. Haha... tunggu, akan dibentangkan di bahagian kedua." - thetick-thetick2020

[Semak dan susun semula 24 Februari 2020]

Friday, 7 February 2020

Pengetahuan: Jam Tangan Replica, Re-Issue, Homage, dan Tiruan

"Sama. Tapi tak serupa. Apa yang sama? Yang sama tuu ori ke boss? Yang tak serupa tuu apa? Yang mana tak serupanya... kalau tak serupa kira tak ori ke? Tiruan ke? Kalau replika tuu kira sama? Kalau klon? Hmhhh... macam-macam kat pasaran sekarang nih. Macam-macam terma diguna-pakai bagi mengkategorikan sesuatu model jam tangan yang mempunyai ramai peminat dan jadi buruan penternak-penternak. Alamak bekk... sorry laa, aku tak minat jam-jam homage nih! Itu komen aku pada Wak Asan tuan punya detikduabelas.blogspot.com bila dia offer aku satu jam... jam diver sebijik macam Seiko 6105 tapi bukan Seiko 6105! Jam Seiko homage, bukan jam replika ke? Haha... jangan konpius-konpius. Baca hehh. Setuju tak setuju, ini topik debat seantero dunia... di dunia Horology." - thetick-thetick2020


Jam-Jam Icon, PopularOriginal Design, dan Trendsetter
Tak banyak, tapi ada berberapa model jam tangan popular dari jenama-jenama terkenal layak dikategorikan sebagai icon dalam dunia horology. Jam-jam tangan ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Rekabentuk dan nilai estetikanya (aesthetic value) menjadi ikutan pengeluar jam-jam tangan yang lain. Model-model yang dianggap sebagai trendsetter ini merupakan original design kepada pengeluarnya dan sering mendapat jolokan sebagai signature model. Demi mengambil peluang untuk pasaran-pasaran tertentu, model-model ini telah dikeluarkan oleh pembuat-pembuat jam tangan yang lain dengan menggunakkan rekabentuk yang sama, atau hampir sama tanpa melanggar undang-undang hakcipta atau meniru registered pattern oleh pengeluar yang asal (pemilik original design). Ada jugak yang tiru!!! Maka wujudlah di pasaran - jam-jam original replica dan homage. Jam-jam tiruan (fake) jangan cakap laa... makin banyak, bak cendawan tumbuh di pagi hari. Antara model-model trendsetter yang menjadi ikutan, antaranya adalah Rolex Submariner, Rolex Oyster-Date, Rolex Cosmograph, Rolex ExplorerPanerai Luminor, Panerai Radiomir, Patek Philippe World-Timer, Breitling Navitimer, dan model-model signature jam penyelam Seiko. Perkara ini bukan baru, tetapi telah wujud sejak tahun 60an dan berlarutan sehingga sekarang.  

Rolex Submariner & Date-just. Model yang paling banyak direplika dan dihomage. Mutakhir ini Seiko SKX Bond ni pun dah dihomage dan dijadikan tukun tiruan!!!
Jam-Jam Model Re-IssueReplica, dan Homage
Tajuk debat seantero dunia - re-issue, replica, dan homage. Tiga terma berbeza dari segi istilah. Dari segi pengeluaran jam tangan ianya perkara yang sama. Bagi pengeluar jam tangan jenama Seiko, model re-issue adalah replica kepada model asal keluaran mereka sebelum ini yang mendapat perhatian dan diminati oleh penggemar dan collector seperti model 62MAS, Turtle, Samurai, dan berberapa lagi signature models. Model-model ini dikeluarkan oleh pemilik original design itu sendiri iaitu Seiko. Begitu juga Omega yang mengeluarkan replica-replica kepada model-model asal Seamaster yang popular untuk edisi re-issue atau untuk edisi anniversary. Homage... ada dua pandangan tentang homage. Pertama - homage adalah satu penghormatan oleh pengeluar-pengeluar jam tangan terhadap model-model tertentu keluaran mereka atas kejayaan model-model tersebut (successful models). Sebagai contoh, Mido mengeluarkan semula model Multifort sebagai penghormatan (paying homage) kepada kejayaan model tersebut. Begitu juga Tag Heuer dengan model Monaco; Blancpain dengan Fifty-Fathom; dan banyak lagi. Ini adalah homage oleh pengeluar untuk model-model mereka sendiri. Kedua - homage adalah jam-jam replica atau original replica yang dikeluarkan oleh jenama-jenama lain sebagai tarikan jualan untuk pasaran tertentu. Tidak semua orang mampu memilik jam tangan Rolex Submariner kerana faktor harga; maka pengeluar jenama Invicta mengeluarkan jam-jam tangan yang hampir sama sepertinya pada harga yang jauh lebih murah. Ini dikategorikan sebagai jam-jam homage. Pendapat atau pandagan mengenai homage ini masih jadi perdebatan, namun ia tidak dikategorikan sebagai jam tiruan (fake watches). 

Original Replica. Phoibos dan Invicta - replika asli kepada Rolex Submariner. Orient - rekabentuk jam macam telur ni bukan Ahmad Albab yang punya... Rado yang punya?!!! Takpa... ni semua jam-jam ori.
Homage Seiko SKX oleh Steeldive... cuma model homage oleh Steeldive ni hanya ada date calendar, takda week-date (day-date) calendar. Kalu ada... mau kena saman dengan Seiko. Saman dengan Seiko, bukan Saman Ekor!!!    
Jam Original Replica vs. Jam Replika Tiruan (Fake)
Original replica pastinya tidak akan 100% sama dengan original design atas sebab undang-undang hakcipta yang melindungi pemilik model yang asal. Nampak macam sama! Banyak jam-jam original replica boleh dijumpai di hampir semua toko-toko menjual jam tangan. Kebanyakannya adalah replika kepada model-model signature jenama elite seperti Rolex SubmarinerRolex Date-just, Rolex CosmographRolex Explorer, dan Rolex GMT. Jenama Jepun seperti Orient, Citizen, dan Seiko ada mengeluarkan model-model yang mirip Rolex Submariner dan Rolex Date-just. Begitu juga jenama-jenama lain seperti Steinhart, Invicta, Ancon, dll. Ada juga pengeluar-pengeluar jam tangan lain yang mengeluarkan model-model seakan Panerai. Semua jam-jam ini dikategorikan sebagai original replica dan yang pastinya setiap satu memaparkan jenama pengeluar itu sendiri. Namun disebalik pemintaan original replica model-model mampu milik ini, ada pengeluar jam tangan haram yang mengeluarkan replika tiruan (fake watches). Merekalah yang melabelkan jam-jam tangan ini sebagai replika! Kenapa? Banyak sebab. Haha... tak perlulah aku nak bahas kat sini. Cuba browse Shopee atau Lazada. Ada best copy, ada re-assemble, ada original copy 1:1, clone dan yang paling extreme - Original. Macam mana jam tiruan dioriginalkan??? Nantilah aku buat satu artikel khas hasil siasatan aku sendiri. Keluar modal bekkkk... nasib baik dapat balik refund. Saja aku test seller tuu... hehe. 


Cuba nengok online sales display kat atas ni. Seiko PADI. Munasabah tak harga dia RM398.00??? Ini jam tiruan, bukan original/genuine. Ikut kehendak ngkorang laa... nak beli? 23 sold!
Generasi Baru Jam Tiruan - ReplicaOEM, Re-AssembledCopy Original 1:1, Best Copy, dan Clone
Ada satu teknologi yang telah wujud lebih dari sedekat lamanya yang dikenali sebagai rapid prototyping. Teknologi ini tujuan asal dibangunkan adalah untuk membolehkan sesuatu objek diimbas secara 3 dimensi (3D scan) untuk tujuan pembuatan barangan proto-type secara pantas. Teknologi ini semakin berkembang dan semakin mampu dimiliki oleh mana-mana pengeluar, termasuklah pembuat-pembuat jam tangan halal dan haram! Antara negara industri yang menguasai teknologi ini adalah China. Kerana itu Seiko, Citizen, dan banyak lagi pengeluar-pengeluar jam tangan menjadi mangsa. Semuanya kerana business outsourcing dimana sebahagian dari model-model keluaran mereka dikeluarkan di sana secara 100%, atau assembled, atau "Cased in China". Profile sesuatu unit keluaran (production unit) samada case, dial, jarum, crown atau bahagian-bahagian jam tangan lain mudah diciplak. Makanya wujud generasi baru jam tiruan yang memang canggih dan hampir sama dengan yang asli. Bukan hanya watches hardware, movement-movement turut ditiru atau diklonkan! Namun, harga jam-jam tangan jenis ini berbeza dari segi kualiti. Dari semurah puluhan ringgit sehinggalah ribuan ringgit. Mengapa murah? Mengapa mahal? Akan saya kupaskan dalam satu artikel khas. Tunggu....


ORIGINAL! LOWEST PRICE GUARANTEED. 2 YEARS WARRANTY. Harga RM68.00 satu tak termasuk shipping dari China! Jam clone, jam copy ori 1:1, premium copy. Memang fungsi dan kualiti hampir-hampir sama dengan yang asli. Amacam? Nak borong? Ratusan! Rasanya ribuan dah dibeli oleh peminat-peminat jam G-Shock dari Malaya.
"Nak carik jam tiruan, replika jenis tiruan, original tiruan, clone... sekarang ni tak perlu naik-turun turun-naik kereta, bas, LRT-MRT, atau angkat Grab pergi P.S. Boutique... Petaling Street. Kat Shopee dengan Lazada berlambak-lambak boleh jumpa. Kalau kat Lelong.my... setakat ni memang aku dah tak jumpa. Bagus. Pengurusan Lelong dah tak nak virtual market mereka menjadi lubuk jam-jam tiruan. Kalau kat eBay sejak awal mula memang tak ada pun. Jadi kalu beli jam kat Shopee dengan Lazada tuu... pandai-pandai, jangan sampai tak boleh dapat refund dah laa! Tipah tertipu bang... Tipah tertipu." - thetick-thetick2020 

Wednesday, 5 February 2020

Exploring Horology: 20-Twenty-Plus Part 1

"What are you? Some kinda war junkie? Haha... I always remember that line from my favourite movie Black Hawk Down. War junkie? Yea... I was but just a short term serviceman in the reserve army. Nope... I am not a war junkie... I'm just a watch junkie. Hoo hoo... who said that? I remember my fellow H4U co-founder Nazri Mat Akim said that when we first met at the Horology for Unit inaugural meeting donkey years ago. Now, year twenty-twenty, what else? My journey continues..." - thetick-thetick2020

A Junkie's Collection
I have to admit - I am a DIY person. I repair some of my home appliances, fixing minor car problems, do plumbing works, restoring old furniture, and work on watches in collection. I bought a lot of watchmaker tools throughout the years. Not only that, I also keep some watches' junks - from those tiny little watch hands and rusty old dials to watch cases and bracelets. Some of these junks come from my BER watches. BER??? Beyond Economical Repair! That makes me a watch junkie! Just recently, I manage to organise and put all these junks and gadgets into proper storage. Before, they are all over the place... huhu.


Temporary workbench. My old workbench dah reban (in Malay means collapsed).  Will get new one soon.
Divers' Watch... Desk Divers
Almost all watch enthusiasts have at least a diver's watch in their collection. Some enthusiast really into collecting this most versatile and appealing watches. Be it Japanese, Swiss made, German's masculine divers... dive watches are the most sought-after design and liked by many. There are few watch collectors that I know for many years keep on collecting dive watches... new models, old models, vintage... I call them penternak  (in Malay means breeder). They keep expanding their collection... 200m, 300m, 500m, 1000m and even deeper ISO rated water resistant dive watches. I don't fall into this penternak category. I have a few... haha a few! But I didn't bother to collect by depth ratings because I am a diver no more. After going through endoscopic surgery for my sinuous blockage in 2006, I stop diving. That makes me a "desk diver". Wearing dive watches and do desk job! Haha... how about you fellow enthusiasts? Another question, would you dive deep into salty water with your expensive Rolex??? Nowadays, dive watches are common for daily wear. A fashion I would say. If I want to go diving one of these days, I would prefer to wear a "dive-comp". An essential and real diver's tool...and may be wearing an ISO rated Seiko as my dive-timer back-up.


A desk diver's collection... nyelam atas meja laa kita! anak itik berenang-renang pakai jam diver atas meja boleh berenang... ha ha. Ni hobi Wak Asan nih. Penternak tegar seantero Malaya. Wait for my review on some of these divers.
Investing and Liquidating
I do not have the privilege to invest in watches. No big spending on watches like before. At this very age, I decided to hedge my money in real investment. For watches, I only look for certain brand, type and model - good bargain suit to my quest is utmost important all the time. Getting limited edition and JDM Seiko is my main interest now. Buying the rare and expensive Seiko? Not me. Why not? Experience... not many people really want to spend heavily on rare Seiko. You might face liquidity issue turning watches into cash. Unless you bought many years ago then it is worth a treasure to liquidate. But in any trade - buyer always have the upper hand. Buying for short term and expecting extra returns? Better not. You might end-up in willing buyer - willing seller situation and at the end, you might get frustrated. Most of these rare timepieces are old models and majority classified as vintage. Rare one is for us to keep and not to trade, unless you are in the used timepieces business. Limited Edition? Ya... but depends on type of watches. I only go for dive watches. Not field watches or dress watches. Special Edition? Ha ha... Seiko, Citizen or may be Orient... what else? Casio G-Shock... Swiss brands? Since the past decade watch manufacturers starts collaborating with institutions and individuals to produce their themed and Special Edition timepieces. Their sales strategy is to satisfy the watch enthusiasts need for a difference... extra cosmetic will do. We got PADI and Save the Ocean for Seiko divers line. We got celebrity endorsed edition, what else? Recently announced, Seiko is releasing the Brian May (the famous Queen's rock band guitarist) special edition Seiko 5 sports dive watch. The dubbed Seiko Superman watch is fitted with a special dial resembling the Brian May's famous guitar look. Are these SE watches worth investing? For Casio G-Shock, I would say yes. Because the cult members always hunt for SE, some SE models are very pricey. But for me; not for Seiko, not for Citizen and not for Orient watches. Swiss? Yes, because most of the SE are produced in limited numbers. It goes with the price though! Spending wisely, I go for Seiko LE. You know why? Easy to liquidate, better resell value. Tak caya? Tanya la Wak Asan... hehe.


Endangered species! This rare and LE Seiko SKXA65 is not cheap. Hence, the announcement by Seiko Watch Corp. to stop production on SKX line makes the value sky high. Nak carik pun payah... nak kira-kira lagi payah. Kalau seller tuu kengkawan bole laa dapat harga cun-cun. Nak jam-jam camni ngkorang tanya laa Wak Asan Detikduabelas. Spesis macam ni memang ada saja dalam sangkar ternak dia.     
Quest for Accuracy
Swiss C.O.S.C. standard? Japan standard? Mechanical timekeepers' precision? Quartz watches accuracy? How accurate you want your timekeeper to perform? I would prefer the Atomic Time Clock. Why? The atomic time clock is the world's most accurate timekeeper, -1 second in a million years. It is a timekeeper synchronised for global operation standard. The most advanced atomic timekeeper that we have now was first made available for synchronisation with computers, named the Internet time clock. Not only for personal computers but for all sort of control instruments and advanced equipment used for daily operation, globally. Accurate, it is a single point of reference for international standard. In terms of consumer service, the telecommunication service providers (telcos) are the early adopters. It is use to record our call or what they call the Call Data Record. The mobile phone is the most accurate timekeeping device most of us own right now. But most of them only display timing up to the minute - no running seconds. Accurate, provided you set the default to synchronise the phone with the telcos timekeeper. The quartz watch precision timing so far lead by Seiko - the Grand Seiko quartz watch. The accuracy measured at -7 seconds per year. Ranking number two is the Longines VHP (Very High Precision) quartz watch and if not mistaken is around -10s per year and the infamous Breitling Superquartz stays third. Besides these three big names, are there any manufacturers come close to atomic precision? There is or... there are now. Not the mechanical but the quartz watch manufacturer, definitely the Japanese. How they brought this precision timekeeping into our watches? You might have read the chapter too early! Casio. Multi-Band? Waveceptor? No... they did it inexpensively and in a very simple way this time. They just use our smartphone as a bridge. Connecting to the Atomic Time Clock using the Bluetooth! Hence the watch operation now driven by a software running on our smartphone. 


    I always set my watches manually by referring to Internet time clock on my laptop. Not anymore, this G-Shock GR-B100-1DR is my most accurate reference now. Wait for my review on this chunky and Eco-friendly dude!    
Go Green
Citizen is the first to mass produce the Eco-friendly timepieces by introducing the Eco-Drive models. The Eco-Drive is a light-powered timepieces with many improvement and it comes with various shapes and functions. I use to own one before. A military watch. No need to change the battery! Exposing the watch dial to the desktop lamp can do. Once sufficiently charged, the stored electrical power will drive the quartz movement. A couple of years ago the market was introduced to the G-Shock Tough Solar and the Seiko Solar. Eco or Solar, the timekeeping technology eliminates the need to replace chemical cell batteries. Disposal of these chemical batteries is the main concern. Go Green! For me, less hassle to maintain the watch. Opening the case back in every two or three years for battery replacement might cost more than the battery itself. Damage on the screws and thread, the rubber gasket, and the need to lubricate for water proofing. Get one I must. From YouTube watch reviews I found a Seiko Solar that really amazed me. Love at first sight! A dive watch. I repeat! A dive watch.


        Released in fourth quarter in 2019, I bought this Seiko Prospex SNE541P1 soon after watching a review by Maverick Watch Channel on YouTube. A solar-powered baby tuna... nantikan kemunculan review diver tin sardin ni. Tunggu tauuu... Wait for my review on this shrouded scuba dude.
"Hmhhh... where did I put my digital camera? I rarely see people with digital cameras nowadays. Most every Tom, Dick, and Harry... and Jane and Mary use smartphone camera. I need my digi-cam... I need my digi-cam... It produces better pix for my blogging. Not my Redmi 8 phone... damned. Where did I put it. Search I must. Haha... guys, enough for Part I. Wait for Part II. Coming soon." - thetick-thetick2020    

Tuesday, 4 February 2020

(!) 5 Tahun Sudah Berlalu... thetick-thetick

"Bek! Buat la artikel... pos kat blog! Itulah ungkapan Saudara Hassan Detikduabelas setiap kali kami bergebang-gebang di kedai mamak sekitar Kota Damansara. Gebang-gebang pasal jamtangan, belek-belek jamtangan, jual-beli jamtangan dan macam-macam perkara mengenai model, movement, teknologi, pasaran semasa... panjang kalau aku nak senarai kat sini... hik... hik... tercekik aku sambil taip sambil minum kopi! Hassan (Wak Asan, nama manja) suruh aku pos artikel-artikel berkaitan. Bukan setakat Wak Asan... saban hari aku terima email dari seantero Malaya dan dunia bertanya khabar, tanya kenapa tak update blog, tanya ada sosial media ke tak, tanya kat mana nak repair jamtangan, mintak repair jamtangan... macam-macam. Page view untuk artikel-artikel yang selama ini aku pos pun masih banyak. Bukan setakat itu... dua kali aku terima jemputan dari events organizer kat Hong Kong dengan Thailand untuk jadi technical translator untuk horology events... sibuk bang!!! Business first... hobby later. Jam-jam ni hobby jeh. Carik makan dulu bekkkkk... Saranan Wak Asan... buat artikel yang sempoi-sempoi, bacaan santai... haa betul jugak! Aku ni sebenarnya sibuk menggagahkan perniagaan IT aku, dah berumur macam ni punnnn buat kerja-kerja teknikal. Haha... 24 jam dengan laptop tapi nak blogging pun takda masa. Sebagai permulaan... awal pagi tadi hingga jam dua, aku dah clean-up blog articles dengan subject index. Aku senaraikan kat bawah nih topik-topik yang dah tersusun dan tunggu final-edit untuk bacaan tuan-tuan dan puan-puan yang meminati dunia jam... dunia Horology. Terima kasih atas minat anda semua. Aku ni sekadar nak berkongsi ilmu dan pendapat jehhh... koleksi jam tak banyak mana punnnn. Dah berumur ni simpan duit kat ASB Unit Trust jehh.  Horology for Unity!" - thetick-thetick2020



Antara topik-topik yang tersenarai setakat ini. Aku telah satukan mengikut kumpulan-kumpulan tajuk di bawah. Nantikan kemunculannya:
  • Icon - artikel mengenai jenama dan model-model lagenda yang masih kekal di pasaran dan jadi buruan pengumpul-pengumpul jam tangan
  • Watches Review review model-model jam tangan
  • OTW - On the Wrist/On the Way; snippets mengenai artikel-artikel atau posting yang akan datang
  • Tick-Talk pendapat dan pandangan peribadi mengenai sesuatu subject horology; model-model dan jenama jam tangan; analisa pasaran; teknologi terkini; pemain industri; dan perkara-perkara berkaitan dunia horology
  • Pengetahuan - asas-asas pengetahuan mengenai horology dan jam tangan
  • Tips tips mengenai jam tangan, beli jam tangan, bagaimana... 
"Terhegeh-hegeh jugak aku naip artikel ni bek!!! Baru balik ngantar cucu gi sekolah tadika. Haha... atuk nak blogging. For foreign audience, thank you very much for your interest. Sorry if I didn't reply your email promptly. My precious time using my laptop is for technical work and business matter. Wait for my next blog posting. Hishh... cakap omputih pulakk! Bekkk... ada lagi tak jam-jam limited edition nak jual? Bila nak teh tarik? Siapa-siapa nak join gebang boleh jehh... tapi tengah malam membawak ke awal pagi. Haha... detikduabelas dan thetick-thetick H4U." - thetick-thetick2020

[Semak dan susun semula 25 Februari 2020]