Friday, 24 September 2010

External Drive Crashed. Habis Blog Article Aku.

Hampir 4 purnama aku tak blogging. Sibuk. Sibuk dengan kerja. Meniaga IT. Banyak design dengan documentation. Dalam pada sibuk, aku sempat draft aku punya artikel untuk blog. Ada la dalam lima ke enam tajuk. Semua aku humban dalam external drive aku. Huarghhhh.... drive tu pulak crash. Sekarang ada dekat budak teknikal aku. Cuba recover balik file-file yang ada dalam drive tuh. Ada koleksi gambar-gambar jam, movement jam, artikel-artikel jam, segala-galanya jam, sejak dari tahun 1999! Aduhhhhh... penuh dengan directory pasal jam. Ni nak mula blogging balik dah jadik putus idea. Takpa, ilmu ada dalam kepala. InsyaAllah aku akan strukturkan balik artikel-artikel untuk kita kongsi bersama. Jadi, saudara Hasan Detik 12 tak perlu nak 'consult' aku itu ini pasal jam. Aku post kat blog ni. Sekarang ni dalam perancangan nak buat siri pengetahuan mengenai jam seperti tajuk-tajuk yang berikut:

1. Jenis-jenis jam tangan
2. Teknologi dan bahan-bahan pembuatan jam
3. Tips penjagaan jam vintage dan antik
4. Preview
5. Teknik asas untuk membaiki jam
6. Sambungan Exploring Horology (artikel bahasa inggeris)

InsyaAllah, dalam masa terdekat ini aku akan mula posting artikel-artikel merangkumi 6 kategori tajuk di atas.


Casio Digi-Ana 1/1000s Chronograph. Apa yang anda perlu tahu pasal digital chrono?

"Nantikan artikel-artikel aku. Gambar jam Casio bertenggek atas tangan aku ni gambar jam raya akuh. Biasanya aku akan simpan satu jam jenis digital quartz tali getah camni. Bukan apa, pakai masa main golf atau badminton. Jam lasak, tahan peluh masin dan masam! Lagi satu, kegunaan dia adalah untuk aku 'synchronize' time untuk jam-jam mekanikal aku yang lain. Kalu takde jam macam nih, korang synhronize la dengan time kat hanpon, komputer, jam dinding kat rumah ke, takpun pegi Dataran Merdeka korang synchronize la dengan waktu kat bangunan bersejarah tu. Nak tepat lagi, korang synchronize la dengan "standard time display" kat bangunan SIRIM kat Shah Alam. Aku punya 'main source' adalah 'atomic time clock', pakai Internet 'connection' ke laptop aku. Memang tepat, pakai atomic movement tuuu...1 second (anggaran) lambat atau cepat setiap 70 tahun! Camna la rupa enjen jam atomic nih? Haaa, nanti aku cerita. Masih lagi Syawal. Selamat hari raya aidil fitri untuk pengunjung dan pembaca di blog ini".

I am back – thetick-thetick   

9 comments:

  1. Sellamat kembali beeekkkk.... come bekkkk ..(bunyi bobot mengurat)

    ReplyDelete
  2. errr silap..bunyi bobot nak mengkawan...

    ReplyDelete
  3. Selamat kembali. Mmg kami menanti2 artikel dari org lama. Pengalaman yg di garap selama ni tu yg sangat bermakna.

    ReplyDelete
  4. Apa2 jenama digital yg menyaingi Casio?

    ReplyDelete
  5. Bekkkk...setakat ni digital watch memang Casio la number 1 in the world pasal muti-function. Kalau setakat digital-analoque biasa, Breitling Superquartz la bekkk

    duniajam, aku tak raya aloq staq tawun nih, kalu pi sana kita jumpak di kola prelih, bukan jauh punnn... tungguuuuuu

    ReplyDelete
  6. Insyaallah... ada rejeki kita jumpa nanti.... awat ada bekkk.... Ekekeke....

    ReplyDelete
  7. Saya ada jam hublot replica utk djual.

    ReplyDelete
  8. Wassup saya klu bemnat.0122432334

    ReplyDelete
  9. Saya ada jam hublot replica utk djual.

    ReplyDelete