Friday, 2 December 2011

4hb Disember 2010... bermulanya H4U

Aku tak berapa ingat macam mana ia bermula. Ini kira "tangkap muat" punya kerja lah ni. Apa betul bek? Aku nak tanya si Hassan aka Bekkkk... blogger "Detikduabelas". Bukan dukapaksa tapi dengan sukacitanya Nazri Tan blogger "Time As It Is" pun terjerumus sama. Seingat akulah, Dr. Asmar blogger "Duniajam" nak buat small gathering dengan berberapa peminat-peminat jam zaman dulu ataupun zaman purba; ikut bahasa ubi kentang dia - vintage watch. Lokasi dicadangkan adalah di sebuah apartment di Putrajaya. Mengapa pilih tarikh 4hb Disember? Kena la tanya Dr. Asmar... kebetulan musim cuti sekolah. Maka setelah di war-warkan, ramai pulak yang nak join... datang dari segenap pelusuk tanah air. Tak kira bangsa... semuanya kerana Gila Jam!


"Bek! Aku nak design t-shirt nih siap dengan logo untuk gathering kat Putrajaya nanti... Ko tolong la bagi satu tema untuk gathering ni bek", Hassan D12 mintak tolong kat aku. Puas gak aku memikirkannya. Hmhhh... kalau sukan Olympic mencadangkan "Sports for Unity", jam mesti bole punya. Bagi canggih lagih. Haa... itu yang jadinya aku cadangkan kat Hassan D12..."Horology for Unity". Memang benar sangkaan aku... H4U telah mengeratkan tali persahabatan antara blogger dengan peminat dan pengumpul jam tangan se Malaysia. Tidak mengira bangsa, banyak koleksi, takda koleksi, jual jam, beli jam, cikgu, businessman, kerja gomen, kerja swasta, kerani... Dato', ada pangkat, takda pangkat, ada duit, takda duit... semuanya berinteraksi dengan baik atas minat yang sama... horology. Tukar pengetahuan, kongsi pengalaman, tukar jam dengan jam, tukar jam dengan duit... ke ada yang jual seluar dalam pasal nak beli jam? He... he, macam-macam kerenah orang gila jam nih. Itulah keunikan peminat dan pengumpul jam. Bukan setakat itu jeh... makin banyak pulak blog-blog jam baru yang wujud di dunia digital. Macam cendawan tumbuh selepas hujan!


Walaupun sejak dua menjak ni aku sibuk menebas di hujung minggu (main golf... bukan tebas lalang kat kebun!), aku pasti akan ke Amcorp Flea Market. Memang benar, hampir tiap-tiap minggu ada "Mini H4U" kat kedai mamak di Basement Floor. Berkumpulnya peminat-peminat, penjual, dan pembeli jam vintage. Yang bagusnya... makin banyak muka-muka baru duduk sama pekena teh tarik sambil menjamah mata membelek-belek jam yang bertimbun atas meja. Bukan kat Amcorp jeh, kat belah Utara tanah air, Selatan, Pantai Timur dan tak lupa saudara-saudara kita di Sabah dan Sarawak. Asal jam... jam tangan, jam meja, jam poket... pasti diorang hurung! Bukan lalat hurung sampah, tapi macam lebah hurung bunga... bikin maduuuuuu. "Apa? Korang ingat jam buruk ni takda harga ke? Kekadang lagi mahal dari Rolex tau!???", teringat aku ucapan kasar seorang pengumpul jam yang dah tahap otai. 


Dua hari lagi H4U akan menyambut ulang tahunnya yang pertama. Walaupun tak ada gathering sebagai acara tahunan pada tarikh 4hb Disember 2012 nih; namun semangat H4U tetap ada. Saban hari, saban minggu, dan saban bulan... pasti akan ada mereka-mereka yang berkumpul sambil membelek-belek "permata zaman silam" nihTahniah untuk semua peminat-peminat Horology se Malaysia kerana membentuk satu budaya yang baik demi satu minat yang sama.


Liputan berita H4U di akhbar Mingguan M-Star bertarikh 13 Disember 2010. 

Happy Birthday H4Uthetick-thetick

10 comments:

  1. InsyaAllah thn depan kita buat lg bang... tahun ni sy sibuk dgn peralihan kerjaya... Hehe... Mmg best la perjumpaan ni dulu. Kenangan terindah!

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah H4U besar akan ada lg..hehe

    ReplyDelete
  3. aku usulkan Dato' Tuan Syed Mohri aka Irhomdey jadi penaung... penaja!!! aku pun sibuk sekarang nih, sibuk asah kayu golf... he he, macam aku katakan sebelum nih, kalau plan betul-betul aku sanggup volunteer carik sponsor...Seiko, Casio, memana distributor aku berani deal... tapi kena la 'grand'...

    ReplyDelete
  4. kalau Dato' jadi penaung baru la ok. Org lama dlm Dunia Jam... blogger pioneer Malaysia plak.. Ok sgt le... Hehe...

    ReplyDelete
  5. nanti aku jumpa dia kat amcorp aku story-story...

    ReplyDelete
  6. kita buat tgh taun la...amacam

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, saya dari In-trend RTM. Kami berminat untuk interview untuk program kami berkaitan dengan jam vintage ni. boleh tak kalau emailkan details seperti nama, contact number, alamat dengan dah berapa lama kumpul jam vintage ni dekat ezzat.asyiq89@gmail.com

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  8. Adusss... orang In-Trend RTM pulak dahhh. Aku ni dah la sibuk... kepada Neena J, nanti lah aku bincang dengan kawan2. Kalau rajin, check bloglist... semua tu ahli bersekutu Horology for Unity - blogget se Malaysia. Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Kteorg perlukan secepat mungkin sbb nk shoot either this friday or next tuesday, kalau forwardkan kawan2 yg willing nk tlg boleh? Please. Kerjasama korg sangatla kami hargai.

    In-trend RTM

    ReplyDelete
  10. Yasmin,

    The closest and my fellow co-founders of H4U are too busy right now. Another one who is a Dato' with handful of vintage collection is also busy. Sorry, you caught us by surprise and we are not able to help you in short notice. If you feel free, contact those bloggers in my blog list. But, seriously they are based mostly all over Malaysia.

    Thanks.

    ReplyDelete