Monday 20 April 2020

(!) 100th Blog Post

Isnin, 23hb November 2009. Itulah tarikh artikel pertama dipos ke blog ini... dan yang ini pula adalah yang ke 100. Lebih 10 tahun berkarya, kejap-kejap terkucil berhenti... sambung balik... sibuk lagi... sambung balik. Dalam pada henti sambung henti sambung... page view terkini sudah mencecah hampir setengah juta dari pembaca seantero dunia. Banyak feedback dan pertanyaan yang aku terima melalui email. Maaf, komen-komen memang tak terlayan maka kini ruang komen dibekukan. Dari feedback yang aku terima, ramai suruh buat artikel pendek-pendek... kira macam cerpen (cerita pendek). Boring baca artikel panjang-panjang. Akan tetapi... dalam menyampaikan sesuatu subjek yang teknikal, perlu menyeluruh. Ada contacts atau hubungkait dengan pelbagai perkara. Maka subjek-subjek teknikal pasti agak panjang. Namun kini aku cuba pendekkan dengan visual... ilustrasi. Sejak awal mula pertama mula, memang ramai suka nengok gambar-gambar... gambar jam. Pasal itu bila review jam-jam tangan, gambar lebih celoteh kurang! He-he.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada blog follower yang setia mengikuti blog ini dari dahulu hingga sekarang. Juga kepada mereka yang baru mengenali blog yang tak seberapa ini. Kepada yang singgah sekali sekala tuu... terima kasih juga buat anda. Hari-hari kita tambah ilmu. Dalam berkarya, aku ni memang banyak buat research, buat analisa, susun kata-kata santai... sekadar berkongsi ilmu. Dunia Horology memang sentiasa berubah, namun asas atau fundamental masih sama. Saban hari kita akan dengar dan lihat perkembangan terbaharu. Penuh keunikan dan keasyikan kepada yang faham dan minat. Teruskan membaca dan buat carian di blog ini. Banyak artikel-artikel lama yang tetap relevant sampai sekarang. Kepada pembaca-pembaca yang ingin menyumbang, boleh sebarkan artikel-artikel yang anda rasa menarik untuk dikongsi bersama rakan-rakan media sosial. Aku dah sediakan link untuk dipanjangkan ke facebook dan tweeter. Sekali lagi... terima kasih daun keladi, jangan lupa singgah lagi. Horology for Unity (H4U). - thetick-thetick2020